Tuesday, November 22, 2011

Produk KR1M: Kementerian terus membisu?

Kementerian Kesihatan hari ini dituduh berkomplot dengan pembekal produk Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), berikutan tindakannya yang membisu berhubung dakwaan beberapa barangan yang dijual berkualiti rendah.

NONEMerujuk susu formula bayi 1Malaysia (KR1M) yang dikatakan tidak mengandungi 15 nutrien utama yang diperlukan, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata bahawa kementerian kesihatan masih belum membuat sebarang pendirian mengenai perkara itu.

"Tiada sebarang kenyataan daripada menteri mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian atau tindakan yang mesti diambil oleh KR1M.

"Sikap membisu menteri kesihatan mencerminkan seolah-olah ada usaha untuk menutup dan bersekongkol dengan pembekal untuk memastikan bahawa jenama 1Malaysia tidak terjejas," katanya.

Minggu lalu, KR1M menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985, sementara menunggu siasatan.

1malaysia milk kr1m kedai chilli sauce sos cili 161111Walau bagaimanapun, pada sidang akhbar di Parlimen hari ini, Pua berkata pengumuman di laman web itu tidak mencukupi, tetapi sebaliknya KR1M perlu mengiklannya dalam semua akhbar arus perdana.

"Pengumuman yang hanya dibuat di laman webnya tidak mencukupi. Secara etika dan amalan global ialah syarikat itu mesti melindungi kepentingan rakyat dan pengguna.

"Mereka yang membeli barangan KR1M ini, bukan pengguna yang biasanya menyemak di internet untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, syarikat berkenaan mesti menyiarkan iklan dalam akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia dan Sinar Harian," katanya.

Minggu lalu, Pua mendakwa susu 1Malaysia yang dijual itu mengandungi "lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan". -MK

3 comments:
Write comments
  1. Mengapakah Tony Pua sibuk menyerang Kedai Rakyat 1 Malaysia yang baru ada 4 kedai keseluruhanya.Mungkin ada kelemahan diperingkat awal operasi tetapi tuduhan yang dilemparkan Tony Pua dilihat sengaja mengagalkan usaha kerajaan memberikan harga terbaik untuk rakyat.Adakah Tony Pua menjadi suara kepada ACCIM yg tidak senang kpd penubuhan KR1M??

    ReplyDelete
  2. sudah kedapatan zip seluar terbuka, memang mengambil masa utk merangka pelan penipuan/damage control seterusnya, sambil menunggu arahan drpd UMNObigdogs...

    ReplyDelete
  3. Bagus PKR buka pula kedai PKR1M ganti kedai 1Malaysia.Pasti barang-barangnya lebih murah..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.