Friday, November 18, 2011

Pakatan sedia lantik Ku Li sebagai PM?

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dikatakan bersedia untuk menerima ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, sebagai perdana menteri, dedah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali, dalam buku terbarunya, Memoir Perjuangan Politik.

KataNONEnya, perkara itu dipersetujui dengan syarat bahawa Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li dapat meyakinkan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 ahli parlimen BN untuk berpaling tadah dalam cubaan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Sept, 2008, untuk menggulingkan kerajaan BN.

"Pada masa sama diberitakan bahawa Tengku Razaleigh mungkin turut serta bersama empat orang pengikutnya. Akan tetapi khabarnya beliau mengenakan syarat agar dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

"Beberapa orang pemimpin Pakatan secara tidak rasmi dalam perbualan mereka menyatakan syarat itu boleh diterima sekiranya Tengku itu boleh membawa 15-20 orang ahli Parlimen lain bersamanya," tulisnya dalam bukunya yang dilancarkan malam semalam.

Dalam buku itu, Syed Husin berkata, perkara itu adalah penting, kerana sebahagian besar ahli parlimen yang bersetuju meninggalkan BN itu adalah bukan Melayu atau bumiputera bukan Islam. Pakatan, katanya mahu memastikan bahawa sokongan orang Melayu Islam, tidak terhakis.

september 16 political party jumpSambil mempertahankan bahawa usaha 16 September itu adalah benar, menurut pemimpin veteran itu lagi, Umno selepas mengetahui rancangan berkenaan, bergegas membawa kebanyakan ahli parlimen BN ke Taiwan, dan ada juga ke Macau dan New York, bagi memastikan rancangan itu tidak menjadi kenyataan.

"(BN) telah mengumumkan peruntukan kira-kira RM3 bilion untuk projek-projek pembangunan di Sabah dan Sarawak.

"Ini pasti memberi peluang kontrak kepada syarikat-syarikat dan kontrak kroni yang ada kaitan dengan ahli-ahli parlimen yang juga merupakan pemimpin politik Umno-BN di kedua-dua negeri," tulisnya.

Majlis perasmian buku ini di Shah Alam dihadiri oleh kira-kira 500 orang.

Buku memoir itu merupakan kenangan hidup Syed Husin tentang perjuangan politiknya untuk menegak keadilan, kebajikan dan kebenaran bagi rakyat.

NONEIa juga menceritakan mengenai penyertaan, kegiatan, pengalaman dan pandangan beliau terutama berhubung beberapa peristiwa politik yang melibatkan rakyat.

Pendidikan, kegiatan akademik serta luar akademik diceritakan kerana sedikit sebanyak mempengaruhi sikap hidup Syed Husin, terutama terhadap bidang politik yang lebih setengah abad diceburinya.

Turut hadir semasa majlis perlancaran buku itu adalah ketua pembangkang PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan juga beberapa pemimpin Pakatan. -MK

17 comments:
Write comments
  1. Ku Li elok jugalah, tapi kenalah tunggu sehingga PR menawan Putrajaya dulu.

    ReplyDelete
  2. Kita tengoklah sama ada PR mampu memenangi hati pengundi untuk menawan Putrajaya PRU-13 ini.

    ReplyDelete
  3. Ku Li ni sebenarnya berada di pihak pakatan atau BN?

    ReplyDelete
  4. kita tgklah adakah usaha mereka ini akan berjaya.

    ReplyDelete
  5. Ku Li dilihat seperti lalang yang tidak mempunyai pendirian.Ironinya buku ini secara langsung menjelaskan Anwar sanggup membuat apa sahaja untuk mendapat jawatan PM dengan membeli MP.adakah ini pemimpin yg kita mahukan??

    ReplyDelete
  6. Kalau janji guna mulut saja mana la boleh diguna pakai.

    ReplyDelete
  7. Tiada yang mustahil, tapi biar la berpijak di bumi nyata.

    ReplyDelete
  8. Wah..macam manalah tu kalau Ku Li yang jadi PM? Senario politik negara tentu berubah.

    ReplyDelete
  9. Ku Li ni pun misteri juga. Ahli BN tapi pendirian macam tidak. Ada agenda tersendiri?

    ReplyDelete
  10. tengok, baik pihak kerajaan atau pembangkang, 2-2 pun main kotor.. sama saja 2x5 perangai semua gila kuasa, pangkat, jawatan..

    ReplyDelete
  11. Sesiapa pun tak layak jadi PM jika tiada asas agama dan iman yang kukuh, walaupun mereka boleh memimpin, kerana mereka mungkin memimpin kita ke arah yang boleh menjerumus kita ke arah yang
    makin jauh dari ALLAH

    ReplyDelete
  12. dia suruh Ku Li hasut 15 hingga 20 ahli parlimen BN untuk berpaling tadah, dan sebagai ganjaran Ku Li akan dapat jawatan PM.. macam terdesak saja bunyinya..

    ReplyDelete
  13. nampak sangat Pakatan Rakyat sanggup lakukan apa saja semata2 mahu berkuasa.

    ReplyDelete
  14. jadi mereka mahu Ku Li masuk PR lah ni nanti?

    ReplyDelete
  15. Ku Li jadi PM? Macam tidak betul saja PAKATAN kalau macam ini..Mampukan Ku Li menanggung beban sebagai PM?

    ReplyDelete
  16. ha ha ha! mcm ku li bilang "dun ask me a silly Q, u will get a silly A"...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.