Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak (DPPNS) hari ini menggesa Pihak Jabatan Agama Islam Saarawak(JAIS) untuk mengambil tindakan yang lebih tegas kepada 5 peserta muslim yang sertai pertandingan akhir Ratu Cantik Borneo dekat kuching malam kelmarin.
Pihak JAIS, Majlis Islam Sarawak dan Sahibus Samahah Mufti Negeri Sarawak telah mengadakan sesi kaunseling sejurus tangkapan dibuat keatas mereka seperti yang telah dilaporkan di dada akhbar Sabtu lepas 19 November 2011 dalam Borneo Post dan 2o November 2011 dalam Harian Metro.
Apa yang menyedihkan adalah mereka berlima nekad untuk meneruskan niat mereka untuk menyertai pertandingan Ratu Contik itu. “ Mereka (5 peserta terbabit) mendakwa bahawa mereka diberi layanan yang baik oleh penganjur, ini bukanlah alasan untuk mereka ketepikan syariat islam dalam menentukan pertandingan Ratu Cantik yang nyata mendedah aurat dan bercanggah dengan syarak. Kita juga tidak mahu JAIS lesu dan lemah dalam menengani isu seperti ini.” Kata Ustaz Ahmad Solihin Timbalan Ketua Pemuda DPPNS.
Menurutnya lagi kefahaman mereka tentang Islam itu lemah dalam menentukan sesuatu perkara yang bercanggah dengan Syariat atau tidak. “ Dek kerana orang berlaku baik kita sanggup gadaikan maruah agama kita? Kenapa JAIS tidak boleh bertindak dengan lebih tegas keatas kes seperti ini? Jangan jadi Seperti Jabatan Agama Islam Selangor yang membuat tangkapan atau menyelesaikan isu atas dasar politik sempit bukan atas sentiment sensitivity umat Islam dan Syaraiat Islam.” Tambah Ustaz Ahmad Solihin.
Lima peserta ini juga dikatakan tidak menghiraukan nasihat yg diberikan dan merasa rugi jika tidak sertai pertndgn akhir krn telah berlatih. DPPNS sekali lagi menggesa Jais tidak menjadi seperti Jabatan Agama Islam Selangor yang sibuk mencari pendakwah yang tidak bertauliah berbanding dengan mengambil tindakan kepada mereka yang cemarkan imej Islam seperti ini.
DPPNS juga kesal dengan kenyataan Pengarah JAIS iaitu Abang Shamsudin yang mengatakan bidang kuasa JAIS hnaya mampu menasihat mereka sahaja. Kenyataan ini seolah-olah umat Islam Di Sarawak boleh memandang sebelah mata kepada JAIS. Apatah lagi tiada pegawai JAIS yang memantau kemuncak pertandingan tersebut sabtu lepas kerana bimbang berlaku salah faham. Justeru, DPPNS mendesak agar JAIS bertindak dengan lebih proaktif dengan memastikan maruah dan aurat wanita Islam Sarawak tidak diperdagangkan sewenang-wenangnya atas nama pertandingan ratu cantik.
kemelut ini merupakan kemelut tambahan yang melanda umat Islam di Sarawak bila mana badan penguatkuasa Islam yang sepatutnya memelihara Islam dalam rakyat yang beragama Islam tidak mampu berbuat demikian. Pada pertegahan tahun ini JAIS turut didakwa gagal mengawal rakyat yang beragama Islam daripada menyertai ratu pondan di Sibu.
Dalam bajet negeri yang baru dibentangkan jelas kerajaan negeri tidak menitik beratkan pembinaan pemahaman Islam yang terbaik utk umat Islam di Sarawak dengan tidak memberikan peruntukan yang jelas berkenaan Pendidkan Islam kepada umat Islam di Sarawak. Sekiranya kerajaan negeri serius untuk memberikan pemahaman Islam yang kukuh kepada rakyat Sarawak yang beragama Islam perkara seumpama ini pasti dapat dikawal dengan wujudnya komuniti yang lebih sensetif terhadap tuntutan agama.
Tuesday, November 22, 2011
Ratu Cantik : JAISarawak Harus Tegas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
apa status agama islam di sabah n sarawak sebenarnya? spt peruntukan dlm 20 perkara, sabah x ada agama rasmi...
ReplyDeletesarawak is a secular state you know. how come pas interfere..pengaruh politik dari semenanjung yang kurang sihat merosak suasana politik sarawak...
ReplyDeletePAS should get out! Malayan political influence based on religion or race are not welcome in Sarawak.
ReplyDelete