PENAJA USNO Sabah yang diketuai oleh anak Mantan Bapa Kemerdekaan Sabah, Datu Badaruddin Tun Datu Haji Mustapha akan mengadakan mesyuaratnya hari ini 20 November 2011 bagi membincangkan hala tuju dan tindakan seterusnya bagi memperjuangkan serta memulihkan semula Parti USNO supaya dapat menyertai PRU 13 akan datang.
Mesyuarat yang akan diadakan di Kota Kinabalu itu akan dihadiri oleh semua AMT seluruh Sabah dan akan membuat satu ketetapan yang bakal diumumkan selepas mesyuarat nanti.
Pada 12 Mei 2011, USNO telah mengadakan sidang akhbar dan memberi tempoh 14 hari kepada KDN untuk memberikan jawapan kepada pendaftaran Parti semada diluluskan atau sebaliknya; jika tidak Parti USNO akan meminta campur tangan DYMM Yang Di Pertuan Agong bagi menyelesaikan perkara itu.
Dalam satu sidang selepas pengumuman menghidupkan semula USNO, Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman selaku Pengerusi BN negeri tidak menghalang kewujudan semula USNO bahkan memberi pandangan bahawa rakyat BERHAK untuk menubuhkannya semua dalam konteks Negara Demokrasi.
Jesteru itu halangan yang dihadapi USNO perlu diselesaikan oleh pihak berkuasa dan ROS serta KDN bagi memberikan laluan kepada rakyat negara ini menjalankan aktiviti politik dan menyegarkan prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara.
USNO adalah parti kemerdekaan Sabah. Tanpa USNO Malaysia tidak mungkin wujud kerana parti ini adalah tunggak kepada perundingan penyertaan dan pembentukan Malaysia pada 1963 dan pernah memerintah Negeri Sabah selama 13 tahun dari 1963 hingga 1976; serta menggangotai kerajaan Barisan Nasional sebelum dibubarkan secara teknikal oleh ROS pada 2004.
Usaha menghidupkan USNO telah dimulakan sejak 2005, perundingan dan perjumpaan dengan pihak kerajaan khas Ketua Menteri Sabah dan Pernah Menteri Malaysia pernah diadakan bagi membolehkan USNO dipulihkan semula pada tahun 2007.
Tetapi sehingga hari ini belum mendapat kelulusan yang sewajarnya, walhal sudah terlalu banyak parti-parti yang telah diluluskan selepas penubuhan USNO semula, antaranya Parti Makkal Sakti, Parti Kita dan banyak lagi yang mendapat kelulusan kurang dari 60 hari selepas pendaftaran.
Jesteru itu AMT USNO akan membuat keputusan selepas mesyuarat yang akan diadakan ini bagi memperjuangkan serta memulihkan parti itu semula.
Oleh : MEDIA USNO
Sunday, November 20, 2011
Nasib USNO Ditentukan Hari Ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semoga mendapat kelulusan
ReplyDeleteSelemat berjuang kepada USNO, harap mereka berjaya mendapatkan kelulusan untuk parti mereka.
ReplyDeleteKita tunggulah dan lihat bagaimana nanti.
ReplyDelete"Datu Badaruddin Tun Datu Haji Mustapha akan mengadakan mesyuaratnya hari ini 20 November 2011 bagi membincangkan hala tuju dan tindakan seterusnya bagi memperjuangkan serta memulihkan semula Parti USNO supaya dapat menyertai PRU 13 akan datang."
ReplyDeleteSemoga usaha USNO mendapat sambutan dan hasil.
"Dalam satu sidang selepas pengumuman menghidupkan semula USNO, Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman selaku Pengerusi BN negeri tidak menghalang kewujudan semula USNO bahkan memberi pandangan bahawa rakyat BERHAK untuk menubuhkannya semua dalam konteks Negara Demokrasi."
ReplyDeleteMusa akan buat yang terbaik untuk semua orang Sabah. Rakyat tetap akan memberi sokongan permulihan USNO di Sabah ini jika berkebolehan mempertahan dan memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.
Demi demokrasi negara, rakyat bebas bersuara dan menjalankan aktiviti politik, yang penting tidak mengugat ketenteraman negara.
ReplyDelete"Tetapi sehingga hari ini belum mendapat kelulusan yang sewajarnya, walhal sudah terlalu banyak parti-parti yang telah diluluskan selepas penubuhan USNO semula, antaranya Parti Makkal Sakti, Parti Kita dan banyak lagi yang mendapat kelulusan kurang dari 60 hari selepas pendaftaran."
ReplyDeleteSemoga Ketua Menteri Besar mempertimbangkan kelulusan penubuhan USNO sedangkan parti lain juga diberi peluang.
All the best to USNO. Semoga Penubuhan USNO mendatangkan lebih manfaat kepada golongan masyarakat.
ReplyDeleteHari ini akan menjadi sejarah kepada USNO. Kami menantikan berita baik.
ReplyDeleteHarap kewujudan USNO dapat memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat yang kekal menyokongnya.
ReplyDeleteIm sure the approval has got no issue. KM will do the best for it.
ReplyDelete"Usaha menghidupkan USNO telah dimulakan sejak 2005, perundingan dan perjumpaan dengan pihak kerajaan khas Ketua Menteri Sabah dan Pernah Menteri Malaysia pernah diadakan bagi membolehkan USNO dipulihkan semula pada tahun 2007."
ReplyDeleteUsaha USNO akan berhasil dan berharap pemulihan USNO di politik Sabah akan membawa Sabah ke era yang lebih berkembang.
"Pada 12 Mei 2011, USNO telah mengadakan sidang akhbar dan memberi tempoh 14 hari kepada KDN untuk memberikan jawapan kepada pendaftaran Parti semada diluluskan atau sebaliknya; jika tidak Parti USNO akan meminta campur tangan DYMM Yang Di Pertuan Agong bagi menyelesaikan perkara itu."
ReplyDeleteJika berhasrat untuk berkhidmat untuk semua rakyat, peluang pasti akan diberi. Kami sedia menantikan perkembangan dan keputusannya.
Harap ROS membenarkan/meluluskan permohonan USNO ini agar demokrasi subur.
ReplyDeletePerancangan yang mantap akan mengukuhkan hala tuju parti.
ReplyDeleteGood luck to USNO
ReplyDeleteTonjolkan para pemimpin USNO kpd umum/rkyt Sabah meskipun USNO tidak diluluskn oleh ROS namun kami tetap undi calon USNO yg mngunakan Lambang BEBAS. HIDUP!!! USNO!!!
ReplyDeletetunggu dan lihat sajalah..
ReplyDeletekenapa USNO dibubarkan secara teknikal oleh ROS pada 2004 dan pada tahun berikutnya barulah ni pengikut2 USNO sibuk2?
ReplyDeleteapa sebab USNO belum dapat kelulusan dari ROS?
ReplyDeleteapa2 pun, selamat maju jaya kepada USNO..
ReplyDeletegood luck to USNO...
ReplyDeleteSelamat berjaya USNO...harap yg terbaik..
ReplyDeletelebih banyak parti, lebih meriahlah dunia politik..hehe
ReplyDeleteharap parti USNO berjaya
ReplyDeletekita tunggu sahaja keputusannya nanti
ReplyDeletesemoga USNO masih diminati ramai
ReplyDeletenamun, kemenangan/kekalahan sesuatu parti, semuanya bergantung pada rakyat Sabah di PRU-13 nanti
ReplyDeletesemoga perjuangan USNO ini mendapat sambutan ramai
ReplyDeleteGood luck to USNO.. the key to winning is to win the people's heart.
ReplyDeleteneway, i think there is already too many party out there, do we really need another one? all the best though.
ReplyDeleteDiharapkan USNO akan mendapat kelulusan daripada ROS.
ReplyDeleteBaik kita tunggulah dan lihat macam mana selepas ini.
ReplyDeletejika USNO berjaya dihidupkan semula, kita tgk adakah sokongan terhdap USNO masih kuat.
ReplyDeleteapapun, semoga USNO dpt lakukan yang terbaik.
ReplyDeletetunggulah apa perkembangan pekara ini nanti.
ReplyDeleteDitentukan hari ini?
ReplyDeleteWhy is that?
ReplyDeleteApakah kata putus itu?
ReplyDeleteGood luck.
ReplyDeleteUSNO sememangnya berkuasa.
ReplyDeletekalau usno diluluskan saya yang pertama menaja parti ini di daerah saya....hidup usno buang UMNO balik ke malaya yang mana asyik dengan slogan hidup melayu,macam lah melayu saja yang mahu hidup di malaysia ini dan bangsa lain tidak mahu hidup.....
ReplyDeleteakan bertambah meriahlah politik di sabah...
ReplyDeleteKita lihat sama ada USNO masih lagi berkuasa atau tidak..
ReplyDeleteparti usno bukan tidak pernah diluluskan.. pemimpin sendiri juga yang bubar.. so akur saja la kalau sekarang ini sukar untuk mendapatkan kelulusan.
ReplyDeleteKalau USNO berjaya didaftarkan, mampukah ia menggugat UMNO?
ReplyDeleteSesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. Jangan ulangi kesilapan lalu.
ReplyDeleteUSNO 'dipadamkan' oleh UMNO. c neji ni mungkin pubic hair pun belum tumbuh, x tau sejarah. grow up, kid!!!
ReplyDeletejika UMNO yang 'memadamkan' USNO, adakah mungkin permintaan USNO ni akan ditunaikan dengan keberadaan UMNO di Sabah sekarang?
ReplyDeleteada kemungkinan USNO ni masih tidak diluluskan pada waktu ini.
ReplyDeleteUSNO merupakan parti yang paling disegani dahulu tapi bukannya sekarang.
ReplyDeleteMungkin keputusan masih belum dapat diberikan kerana USNO masih belum memenuhi syarat yang ditetapkan.
ReplyDeleteUSNO dahulu dan sekarang berbeza maka sokongan dahulu dan sekarang pun akan turut berbeza.
ReplyDeleteKenapa perlu USNO ditubuhkan lagi? Rasanya carilah nama lain selain USNO. Jangan kerana USNO berpengaruh dahulu maka mereka ambil kesempatan dengan menaikkan nama USNO mereka akan mendapat sokongan besar daripada penduduk. Itu mustahil.
ReplyDeleteKeputusan seperti tidak memihak kepada penubuhan USNO yang baru. Sehingga sekarang masih belum ada keputusan atas permohonan mereka.
ReplyDeletehope u win
ReplyDelete