Friday, November 18, 2011

Manifesto Atau Serahkan Sabah?

PAS menasihatkan supaya Ketua Pemuda PBRS Cawangan Kg. Sinua, Edwin Laimin agar berpijak di bumi yang nyata dan tidak termasuk di antara golongan-golongan pengampu terbesar negeri.

Ketua Penerangan PAS Sabah, Hisammudin Sulaiman berkata, kenyataan Edwin yang mempertahankan tuannya itu menggambarkan sikap sebenar keadaan dirinya yang berpura-pura memperjuangkan isu kemudahan rakyat.

Kata Hisammudin, PBRS tidak sepatutnya mencabar PAS untuk mengeluarkan manifesto pilihanraya semata-mata, tetapi memberi laluan kepada PAS Pensiangan untuk memerintah dan berkuasa di Sook dan Sabah ini.

“Jika PBRS benar-benar ‘jantan’, berikan kepada PAS walaupun sehari untuk PAS mentadbir Pensiangan, Sook dan negeri ini.

Sambil memberikan contoh mengenai kehidupan sebenar rakyat Pensiangan terutama di Sook, yang merupakan salah sebuah daerah pedalaman Sabah yang sehingga kini tidak mempunyai jaringan perhubungan yang baik.

“Sikap Edwin ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawabnya untuk memberikan perkhidmatan sebaiknya untuk rakyat,” ujarnya.

Beliau turut kesal dengan pembangunan Sook yang tidak selesai setelah sekian lama negara mengecapi kemerdekaan. Masyarakat Sook menurutnya, terpaksa menggunakan generator bagi meneruskan aktiviti harian mereka pada waktu malam.

“Lihat sajalah. Boleh datang ke sini. Di pekan Sook, ada elektrik, bila sampai di pekan kecil Sook pula, rakyat masih menggunakan generator untuk pencahayaan waktu malam.”

Hishamuddin tidak menafikan adanya pembangunan yang dibuat untuk kemudahan rakyat, namun di sebalik pembangunan tersebut ada juga ketirisan dan pembaziran yang diamalkan atas nama ‘pembangunan’.

“Saya sentuh isu sekolah. Sekolah ni menjadi medan pendidikan anak-anak muda. Di sini, hanya ada dua buah sekolah menengah. Satu di Tulip dan satu lagi di pekan kecil Sook. Berbaloikah dengan kapasiti penduduk?

“Ada juga surau sekolah yang dibina untuk pelajar kini digunapakai sebagai masjid oleh masyarakat setempat. Ini menunjukkan Edwin sendiri membawa sentimen agama. Kenapa tidak dibuat masjid khusus untuk masyarakat? Dewan sekolah yang dibina pun sudah rosak. Macam mana nak membangun?,” katanya.

Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR (sabahkini)

68 comments:
Write comments
  1. Harap setiap parti akan berusaha memenangi hati pengundi dengan kebolehan diri tanpa memainkan isu penting sebagai alat.

    ReplyDelete
  2. Rakyat Sabah sendiri juga perlulah pandai membuat pilihan demi masa depan negeri.

    ReplyDelete
  3. Harap isu-isu ini akan ditangani oleh pemimpin-pemimpin tempatan.

    ReplyDelete
  4. Harap setiap parti akan bertanding dengan bersih tanpa menggunakan cara kotor.

    ReplyDelete
  5. Kenapa ada PAS di Sabah, sangat heran. Ada juga yang menyokong PAS.

    ReplyDelete
  6. PAS tidak sesuai berada di Sabah, kerana prinsip yang mereka perjuangkan tidak sesuia di adaptasi di Sabah.

    ReplyDelete
  7. rasanya PAS tidak berapa sesuai untuk memerintah negeri Sabah...apa yg mereka cuba sampaikan tidak dapat difahami..

    ReplyDelete
  8. harap PRU yg akan datang dapat dijalankan dengan adik dan saksama tanpa sebarang penipuan..

    ReplyDelete
  9. hmm..susah jg...biasalah pembangkang akan cuba jatuhkan pemimpin kita..tapi wakil2 rakyat pun harus jg menjalankan tugas mereka..

    ReplyDelete
  10. itulah ba kerja parti pembangkang, bertungkus-lumus mau cari kesalahan pemerintah.... hehe

    ReplyDelete
  11. Harap wakil rakyat tidak akan pandang remeh hal yg di tibulkn oleh pembangkang..

    ReplyDelete
  12. kawasan Sook juga perlukan pembangunan, harap kawasan tersebut akan mengecapi pembangunan.

    ReplyDelete
  13. PAS di Sabah masih belum kuat.

    ReplyDelete
  14. Sook kena dibangunkan wakil rakyat Sook kena usahakan untuk membangunkan sook.

    ReplyDelete
  15. wakil rakyat harap dapat mengutamakan kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  16. mana sudah adun dan mp sook..? mintalah kilang2 didirikan dikwsn brhampiran..kilang penapis minyak/gas/kilang proton/produa barulah kmudahan asas akan dpt sepenuhnya di sook..takkan smua projek2 mega didirikn dsmnjung shaja!! sabah srawak bila lagi? smpai rkyt borneo mmbrontak brkorban nyawa utk kluar dri m'sia baru buka mata?!

    ReplyDelete
  17. harap kerajaan negeri memberi perhatian/siasatan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS ini..

    ReplyDelete
  18. jika inginkan sokongan dari rakyat Sabah di PRU-13, kerajaan negeri tidak seharusnya berdiam diri mengenai hal di atas

    ReplyDelete
  19. hanya keputusan di pilihanraya akan datang sahaja dapat menentukan nasib kerajaan/pembangkang di Sabah

    ReplyDelete
  20. melainkan ada penglibatan 'phantom voters'....

    ReplyDelete
  21. harap pembangunan di pekan-pekan kecil/pendalaman dapat diteruskan dengan jayanya tanpa ada sentimen rasuah di kalangan pemimpin terlibat

    ReplyDelete
  22. Masing-masing bersaing dan memberi tumpuan kepada kerusi, semoga wakil rakyat ini tidak melupakan tanggung jawab dan peranan terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  23. “Lihat sajalah. Boleh datang ke sini. Di pekan Sook, ada elektrik, bila sampai di pekan kecil Sook pula, rakyat masih menggunakan generator untuk pencahayaan waktu malam.”

    Ini membuktikan bahwa perkembangan Sabah tidak secara keseluruhan. Banyal kawasan luar bandar masih tidak diberi pembekalan asas.

    ReplyDelete
  24. "Hishamuddin tidak menafikan adanya pembangunan yang dibuat untuk kemudahan rakyat, namun di sebalik pembangunan tersebut ada juga ketirisan dan pembaziran yang diamalkan atas nama ‘pembangunan’."

    Pembanguan dan projek harus mengikut keutamaan. Banyak projek yang dijalankan terbukti gagal dan tersangkut, dan ada sebilangan dikira tidak begitu penting. Semoga kerajaan membuat keutamaan.

    ReplyDelete
  25. Turun padang dan melihat keadaan, dengan ini masalah dapat dikesan dan diperbaiki.

    ReplyDelete
  26. parti pembangkang memainkan peranan juga, jika tidak pembangkang, rasa banyak hal dan masalah masih disembunyi dan tidak dikesani. Teruskan usaha dan memastikan perkembangan negara mengikut jejak dan misi yang betul

    ReplyDelete
  27. OK juga ba PAS, cuma kalau untuk parti ini menetap di Sabah... duiii.. macam takda parti lain saja oo... hahahhaa

    ReplyDelete
  28. Namun terpulanglah pada rakyat. Biar rakyat nilai dan tentukan sendiri siapa yang patut disokong.

    ReplyDelete
  29. Sekarang ini umno/bn kenalah lipat gandakan usaha kalau mahu kekal sebagai parti pilihan ramai.

    ReplyDelete
  30. Kalau tak, alamatnya tipis lah harapan. Rakyat sekarang ni makin bijak menilai:P

    ReplyDelete
  31. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah apa yang akan berlaku next GE nanti. hehehe

    ReplyDelete
  32. Harap semuanya akan diselesaikan dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  33. Wakil rakyat dilantik untuk memperjuangkan hak & kepentingan rakyat, semoga semu awakil rakyat sanggup bertugas dengan baik dan bertanggung jawab kepada semua rakyat.

    ReplyDelete
  34. rasanya pengaruh pas tidak dapat mengatasi pengaruh parti-parti lain yang ada di Sabah.

    ReplyDelete
  35. “Saya sentuh isu sekolah. Sekolah ni menjadi medan pendidikan anak-anak muda. Di sini, hanya ada dua buah sekolah menengah. Satu di Tulip dan satu lagi di pekan kecil Sook. Berbaloikah dengan kapasiti penduduk?

    Isu pendidikan harus diutamakan sebab golongan ini yang memerlukan pendidikan yang wajar agar berkebolehan menyesuaikan diri dan menjawat jawatan tinggi dan memperkembangkan negara.

    ReplyDelete
  36. Jika BN tidak berubah perangai dan cara pentadbiran di Sabah, pasti rakyat akan menyingkirkannya. Perosak parti harus dilucutkan jawatan dan digantii dengan yang betul-betul berkebolehan.

    ReplyDelete
  37. "Beliau turut kesal dengan pembangunan Sook yang tidak selesai setelah sekian lama negara mengecapi kemerdekaan. Masyarakat Sook menurutnya, terpaksa menggunakan generator bagi meneruskan aktiviti harian mereka pada waktu malam."

    Di sana berlakunya pembaziran elektrik, di Sook tiada bekalan electrik langsung. Kerajaan harus memantau keadaan ini.

    ReplyDelete
  38. Pembangunan Sabah masih tidak wajar, sistem infra yang tidak lengkap terutama kawasan luar bandar.

    ReplyDelete
  39. PAS tidak mungkin mendapat sambutan di Sabah. Tetap BN merupakan pilihan utama, tetepi jika BN berkekalan sebegini, pasti banyak yang akan melompat parti.

    ReplyDelete
  40. Selaku wakil rakyat, haruslah bekerja bersungguh-sungguh untuk berkhidmat untuk rakyat. Usaha pasti dikenal pasti dan rakyat tetap akan memberi sokongannya.

    ReplyDelete
  41. yang pasti PAS tidak relevan di sabah...

    ReplyDelete
  42. PAS adalah parti politik berlandaskan kepada agama islam...adakah PAS akan melaksanakan hukum hudud di sabah jika menjadi kerajaan negeri? harus diingat bahawa rakyat sabah adalah berbilang etnik dan agama...selama ini rakyat sabah hidup harmoni tetapi masuk saja parti2 dari malaya seperti PAS, keharmonian ini kian terhakis kerana kerap kali isu agama dimainkan untuk kepentingan politik.

    ReplyDelete
  43. PAS harus berpijak di bumi nyata...PAS ditolak oleh rakyat sabah..maka PAS perlu kembali ke tempat asal mereka, kelantan, duduk diam2..tidak payah PAS buat kacau di sabah dengan ideologi politik melampau mereka yang berlandaskan kepada agama semata-mata.

    ReplyDelete
  44. jika PAS benar2 'jantan' beri laluan kepada kerajaan untuk mentadbir negeri kelantan...

    ReplyDelete
  45. keputusan di tangan rakyat...namun rasanya rakyat sabah tidak akan memilih wakil/calon dari PAS pada PRU nanti disebabkan ideologi politik PAS yang berlandaskan kepada agama tidak relevan di sabah melainkan di semenanjung sahaja.

    ReplyDelete
  46. Asyek2 'harap...harap...harap' saya komen yg di atas tu. Jgn hidup dlm pengharapan, tetapi bertindak. Pemimpin tak blh 'diharap' perlu dibuang. Contoh terbesar ialah si KURUP

    ReplyDelete
  47. yang tinggal tempat berkenaan fikir la nak buat macamana? masih nak simpan ka pemimpin yang tak dapat membawa kemajuan dikawasan tersebut.kalau masih harap..harap.. memang teruk la jadinya.

    ReplyDelete
  48. Jack lu cakap memang betul kalau PAS anak jantan bagi Kelantan kepada BN dan kalau BN anak jantan bagilah Puterajaya/kerajaan Malaysia kepada PAS perintah,kita lihat siapa berwibawa.

    ReplyDelete
  49. Sebenarnya bagi pengundi pendalaman kena ingat pilih orang yang amanah dan berpelajaran untuk memimpin kawasan anda agar tidak sia2 undi anda yang sudah nampak jahilnya kalau anda pilih so terima sahajalah apa yang ada.

    ReplyDelete
  50. pemimpin/parti yg adil adalah yg dpt mengagihkan kekayaan, pluang pkerjaan dan pemberian hak yg spatutnya secara adil ...

    ReplyDelete
  51. selagi penguundi dikaburkan dengan wang ringgit dan janji terang bulan sampai bila pun jadi begini juga.

    ReplyDelete
  52. Jangan sesekali mengkhianati negeri yang telah melindungi anda.

    ReplyDelete
  53. berikan sehari untuk mentadbir negeri ini?? berapa puluh tahun sudah PAS memerintah Kelantan? kenapa masih tidak mampu selesaikan masalah air bersih di negeri itu?

    ReplyDelete
  54. baik PAS lupakan saja niat mereka mahu merampas negeri ini.. PAS pun bukannya popular sangat di negeri ini.. hanya aktif bila dekat pilihanraya..

    ReplyDelete
  55. Mari kita lihat sampai mana kekuatan PAS di Sabah. Atau hanya berlagak bila bercakap semata-mata.

    ReplyDelete
  56. Besar betul mimpi PAS ini mahu menawan Sabah.

    ReplyDelete
  57. Jadi bagaimana pula perjuangan PAS?? Bukankah PAS memperjuangkan isu Agama dalam parti mereka? PAS sedarkah apa yang dikatakan. Kawasan Pensiangan majoriti adalah beragama kristian jadi rasanya PAS salah tempat..

    ReplyDelete
  58. Janganlah penduduk mudah terpedaya dengan kata-kata pembangkang. Semua itu cuma kepentingan politik semata-mata.

    ReplyDelete
  59. Jika PAS mengatakan mengenai sekolah yang ada iaitu SMK Tulip dan SMK Sook rasanya sudah mencukupi. Ini kerana jika dilihat pun SMK Sook sendiri cuma membuat satu sesi iaitu sesi Pagi.. Jika tidak mencukupi sudah pasti pihak sekolah akan membuat dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. PAS tahukah semua ini? Atau PAS langsung tidak tahu menahu cuma cakap ikut suka hati saja.

    ReplyDelete
  60. bila dekat2 PRU barulah kedengaran suara2 PAS ni..saya fikir PAS tiada di Sabah.

    ReplyDelete
  61. memang masih banyak kawasan2 di Sabah ni yang masih jauh ke belakang. untuk ubah keadaan mereka, perlulah ada pemimpin yang aktif menyuarakan masalah rakyat dan salurkan kepada kerajaan. kalau asyik diam dan tiada tindakan, maka kawasan tu akan tetap daif sampai bila2.

    ReplyDelete
  62. kalau bagi PAS kuasa sehari saja untuk mentadbir tiada apa2 pun perubahan yang mereka dapat buat. nampak macam ada nada merayu pula mereka ni..

    ReplyDelete
  63. PAS,DAP,KEADILAN,BN semua keluar dari sabah .Pemimpin sabah seperti Kurup ,Pairin ,Jefri ,Dompok ,Maximus dan byk lagi,juga gagal memberi perubahan dan mendengar suara rakyat tak hairan kawasan mereka sungguh daif .apa lagi yg mahu di harap dengan Pemimpin KDM ni.

    ReplyDelete
  64. Kenapa nak serahkan Sabah?

    ReplyDelete
  65. I don't understand.

    ReplyDelete
  66. bodoh punye neji isu air ko nak ckp? macam la sabah tak ada masalah air barua punya neji!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.