Tuesday, November 29, 2011

Artis rebut peluang niaga di PWTC


Raja Pop Jamal Abdillah, produser drama A. Aida dan penyanyi Deja Moss antara yang turut berniaga sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula hari ini hingga 3 Disember.

Menurut Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, beliau teruja kerana berpeluang untuk mempromosikan produk syarikat Pro Channel Sdn. Bhd. yang baru dilancarkan Januari lalu.

"Ini merupakan peluang terbaik bagi saya untuk memperkenalkan produk kesihatan dan kecantikan saya iaitu Eterno yang dalam bahasa Itali bermaksud awet muda dan Senzaeta (dalam bahasa Perancis bermakna pencerahan kulit) di bawah label D'JA'S," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Bagi A. Aida yang merupakan dramatis tahun 1990-an, dia teruja melihat kejayaan ramai rakan artis membuka perniagaan masing-masing pada perhimpunan UMNO saban tahun.

-Kosmo

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.