Tuesday, November 22, 2011

Selesakah Umno-Bn Untuk Menghadapi PRU 13?

http://gerbanginformasi.files.wordpress.com/2009/01/umno-bn440.jpg?w=440&h=286Hari raya ke tiga korban iaitu 12 Zulhijjah 1432H bersamaan 8 November 2011, penulis meronda sekitar bandar bagi mendapatkan sarapan untuk anak-anak yang pulang bercuti.

Kedai ke empat barulah dapat membeli makanan yang dihajati dek orang yang ramai di semua premis sarapam pagi. Lebih sejam masa diambil untuk mencari sarapan pagi itu bagi penulis yang mendiami di pusat bandar ini di kira terlalu lama.

Memang budaya orang Melayu jika sudah tiga hari kedai bercuti tiada nasi kandar dan roti canai, apabila buka sahaja, berpusulah pelanggan di semua premis.

Biarpun makanan berisiko seperti roti canai, orang sanggup menunggunya, termasuklah penulis. Di Perlis, roti canai telah mencecah RM0.80 sekeping. Di Kuala Lumpur sudah tentulah RM1.00 sebagai mengiring kenaikan harga semua barang-barang.

Mungkin mereka belum lagi merasai beban kenaikan harga barang-barang. Yang penting boleh makan apa sahaja yang digemari buat masa ini. Biasalah orang Melayu yang begitu lama ditarbiah oleh Umno tidak mampu berfikir apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Situasi seperti ini , penulis rasa wujud di seluruh negara di ketika cuti perayaan. Orang ramai sanggup menunggu dan makan dengan selesa. Pastinya ia adalah suatu fenomena yang di kehendaki oleh Umno-BN kerana ia menggambarkan Malaysia yang aman damai dan rakyat masih mempunyai banyak wang untuk berbelanja.

Dek budaya seronok dan makan orang Melayu, apa sahaja isu yang didedahkan oleh media massa tidaklah diendahkan sangat oleh warga penduduk. Isu-isu seperti korupsi, ketirisan wang rakyat, gejala sosial dan jenayah, kurang diambil peduli atau mereka sudah lali dengan isu-isu sedemikian.

Perkataan ‘biasalah’ , ‘sama saja siapa perintah’ , ‘kalau hang dok di atas pun..’ atau ‘kalau aku pun dalam keadaan macam tu..’ Itulah ungkapan-ungkapan yang biasa kita dengar.

(Catatan; hang – bahasa utara bermaksud awak).

Biarpun sebuah akhbar di muka hadapannya memaparkan berita dua bayi baru lahir dijumpai terbuang di Nilai dan di Petaling Jaya dengan gambar seorang bayi yang dijumpai itu masih hidup.

Itulah antara berita pagi yang sempat dilayar oleh mata penulis ketika memerhati secara rambang tajuk-tajuk berita di beberapa buah akhbar sementara menanti makanan yang di minta.

Memang benar, berita buang bayi sudah menjadi berita lumrah di Malaysia, dan ia sudah tidak lagi direspon oleh rakyat. Apakah ia merupakan petanda bala’ dari Allah sudah ke tahap maksimum!

Di ketika saat yang celaru seperti ini juga Umno tetap menolak Hudud sebagai jalan penyelesaian ke atas gejolok umat ini dengan memberi pelbagai helah.

Bukankah bayi-bayi yang dibuang itu hasil dari penzinaan yang berleluasa. Peliknya biarpun bayi itu dibuang di sungai atau di parit atau disembunyikan ia tetap akan dijumpai oleh manusia. Bukankah Allah SWT mahu manusia menyaksikan di hadapan mata kepala mereka sendiri hasil perbuatan mungkar yang dilakukan oleh manusia dan hasil kerana tidak mahu melaksanakan hukum Allah.

Kita boleh merujuk balik kajian yang dibuat badan-badan yang berautoriti, angka-angka yang begitu menakut kan bersabit penglibatan remaja di dalam seks bebas, gejala porno, anak yang tidak sah taraf termasuklah bayi yang dibuang sehingga terwujud pula sekolah remaja mengandung di Melaka itu yang majoritinya adalah orang Melayu Islam.

Rakyat yang sudah lali dengan kebobrokkan dan kepincangan sosial di dalam negara baru-baru ini dikejutkan pula dengan laporan Audit Negara yang mendedahkan berlakunya penyelewengan, pembaziran dan ketirisan wang rakyat berbiilion ringgit serta peningkatan hutang yang serius. Ia menggambarkan betapa kepincangan tadbir urus kewangan oleh kerajaan pusat sudah ditahap membimbangkan.

Laporan Audit ini mengesahkan betapa amalan korupsi dan kronism yang sentiasa menjadi buah mulut rakyat memang mempunyai asasnya.

Di saat genting seperti ini yang menggambarkan betapa isu sosial dan pengurusan di dalam Negara sudah di tahap meruncing Umno masih menggunakan hujah akal untuk menolak perlaksanaan dasar Islam secara menyeluruh sebagai jalan penyelesaian kehidupan umat.

Di saat PAS sedang menerangkan (berdakwah) kepada rakan-rakan bukan Islam samada di dalam Pakatan Rakyat atau di luar tentang kebaikan peraturan Islam, Umno memintasnya dengan mengatakan ia belum sesuai dan pelbagai lagi hujah akal.

Jelas, Umno sebenarnya menjadi penghalang perlaksanaan sistem Islam, biarpun mendakwa mereka parti yang memperjuangkan Islam.

Biarpun telah berkuasa dan menerajui negara lebih 50 tahun, namun Umno gagal memberi gambaran Islam yang sebenar kepada rakan-rakan bukan Islamnya di dalam BN sehingga mencetuskan keraguan melampau malah penentangan terhadap Islam seperti dilakukan oleh pemimpin rakan Cina mereka, Chua Soi Lek.

Umno usah merasa memadai dengan perlaksanaan sistem Islam dari aspek-aspek tertentu sahaja seperti zakat, takaful, perbankan Islam, haji dan sebagainya kerana dilihat ia boleh menjana keuntungan.

Umno hendaklah yakin bahawa perlaksanaan apa sahaja dasar Islam termasuk Hudud tetap akan memberi keuntungan dan kebaikan kepada seluruh manusia kerana Islam adalah sistem cara hidup yang diturunkan dari langit oleh Allah SWT yang mencipta manusia dan segala isi makhlukNya.

Di saat Umno menuduh PAS menggunakan agama untuk berpolitik, Umno sendiri banyak terperangkap oleh agenda-agenda politik yang menjadi darah dagingnya. Kes Aziz Bari sudah cukup menjelaskan siapa yang bermain politik.

Malah agenda politik Umno terserlah di dalam isu-isu penguatkuasaan bersabit agama dan kepentingan rakyat terutama di Selangor dan Pulau Pinang yang menjadi target rampasan kuasa mereka.

Akibat agenda politik keterlaluan dan tidak ‘smart’ Umno juga tewas untuk mempolitikkan isu ceramah Mat Sabu biarpun seluruh jentera terutama media dikerah 24 jam untuk membenamkan PAS atas anggapan liar PAS sudah jadi komunis.

Justeru tidak memadai di saat rakyat dan negara sedang berdepan dengan hentaman gejolok, ombak, badai dan gelora yang berkesinambungan, tiba-tiba pilihanraya mahu diadakan hanya semata-mata terpampang gambar di muka hadapan akhbar pengampunya, Perdana Menteri dan isteri sedang bertawaf di Kaabah.

Usahlah kerana politik, kouta tambahan untuk jemaah haji dibolot habis, sehingga mengambil hak ramai jemaah lain yang sekian lama sabar menanti dan ikhlas untuk menunaikan ibadah rukun ke lima itu.

Media massa talibarut dan pengampu Umno perlu ingat bahawa akan tiba masanya rakyat yang semakin bermaklumat dan cerdik terutama golongan muda akan menolak secara total cara mereka menghidangkan maklumat untuk rakyat.

Pergolakan di Timur Tengah yang menyaksikan kejatuhan satu persatu rejim yang begitu lama berkuasa dan menindas rakyat sepatutnya menjadi pengiktibaran buat Umno kerana arus kebangkitan rakyat pada satu tahap ia tidak boleh dibendung lagi.

Apakah Umno-BN akan menggunakan apa cara sekalipun seperti pernah diucapkan oleh Perdana Menteri terutama sebagai strategi mereka untuk merampas kembali negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, yang merupakan negeri-negeri yang sangat strategik buat negara kita.

Dengan tidak mempedulikan tuntutan Bersih 2.0 sebaliknya memprogramkan pula kerakyatan kepada warga asing agar membolehkan mereka mengundi Umno-BN seperti dijejaki oleh penyiasat Pakatan Rakyat merupakan ingauan-ingauan ngeri buat demokrasi di Malaysia.

Ingat, biarpun di dalam keadaan tidak selesa, demi survival politik dan kuasa Umno boleh melakukan apa sahaja hatta secara tidak demokratik dan membelakangkan perlembagaan seperti mana pernah mereka lalukan di dalam drama ‘coup de tat’ Negeri Perak dari Pakatan Rakyat dua tahun lalu.

-Detikdaily

5 comments:
Write comments
  1. memang selesa kalau banyak duit apapun boleh

    ReplyDelete
  2. Pernyataan saudara penulis bahawa PAS berusaha mentarbiah rakan-rakan dalam PR nampak seperti kurang relevan memandangkan DAP dan PKR berter-terusan menghina Islam baik secara terang-terangan mahupun tersembunyi dan PAS dilihat tidak lagi relevan.Saya berpendapat dibawah pentadbiran selama ini,Malaysia sudah maju kehadapan hasil kebijaksanaan pemimpin terdahulu.Tidak nampak apa pencapaian PR walaupun memegang 5 negeri dengan isu air seperti di Kelantan pun tidak boleh diselesaikan.Mungkin masyrakat Kelantan selese agaknya seperti memetik kate2 tuan?

    ReplyDelete
  3. dear pemerhati:

    org melayu dlm UMNO menganggap anjing n khinzir sj yg haram, sdgkan rasuah halal. mentaliti/amalan spt ini menghina islam @ memang ianya ajaran sebenar islam? siapa sebenarnya yg memanipulasi islam utk MENGEMBUNGKAN poket n akaun peribadi???

    ReplyDelete
  4. Orang UMNO hanya menganggap khinzir saja haram kalau tayang video lucah tetap HALAL punya. Disokong oleh malaikat Hisamudin yang melarang polis siasat penayangan video lucah di Carcosa Sri Negara!

    ReplyDelete
  5. dear pemerhati:

    kenapa bodoh sangat ni..pemerhati akai tarak

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.