Friday, November 18, 2011

Pegawai Rela Yang Ganas?

ADUAN salah laku dan perbuatan ganas Pegawai Rela Daerah Keningau, Venantius Masingga kini muncul kembali. Kali ini, seorang budak kecil menjadi mangsa Venantius. Budak tersebut kini dilanda trauma kerana cedera dan menerima jahitan di kening dan kepala.

GAMBAR : TERUK….Paula, 59, dibelasah teruk oleh seorang anggota Rela yang dilindungi oleh Pegawai Rela Daerah yang tergamak membiarkan Paula dipukul anggota Rela lain.

Nasib Clarence Pius,12, lebih malang lagi disebabkan ibunya tidak dapat membantu kerana selepas insiden berkenaan, Venantius membawa mangsanya ke hospital tanpa memaklumkan kepada ibu mangsa. Hanya selepas diberi pemeriksaan kesihatan dan jahitan dilakukan, anak itu dihantar ke rumah.

Kejadian ini berlaku dua minggu lalu, namun terbongkar ke pengetahuan Sabahkini.net disebabkan kemarahan penduduk dan rasa tidak puas hati terhadap Venantius yang berlagak temberang dan sering menyalahguna kuasanya.

Ibu mangsa, Mariah Kandu, terkejut apabila anak lelakinya dihantar ke rumah mereka di Kg.Pagansangan, Keningau dalam keadaan yang mencurigakan.

Ibu mangsa dikatakan tidak berdaya untuk membuat laporan polis kerana bimbang dicederakan disebabkan Venantius tinggal sekampung dengannya; apatah lagi ayah kepada anak malang itu bekerja di Afrika.

Menurut Mariah, Venantius memaklumkan kepada beliau bahawa Clarence terjatuh di rumpun buluh sehingga menyebabkan kecederaan. Namun mangsa memberitahu ibunya, bahawa dia telah dibaling dengan batu ketika mandi manda di sungai bersama kawan-kawan. Kejadian itu dilihat oleh kanak-kanak lain.

Dikatakan Venantius telah memohon kemaafan dan membayar sogit dengan memberi garam, namun Mariah curiga keikhlasan Venantius memohon maaf kerana garam yang diberikan itu diminta dari dapur rumah mangsa?

Sumber mengatakan Venantius telah datang kembali untuk meminta maaf, namun ibu mangsa tidak membuka pintu rumah kerana takut. Sebelum ini Venantius ini seringkali menimbulkan kekecohan termasuk mengunci balai raya kampung dengan mangga lain dengan tujuan menghalang sesi pembelajaran budak-budak Taska Kemas yang menumpang balai raya itu. Tindakan itu juga telah menyebabkan ketakutan kepada tenaga pengajar Kemas.

Sebelum ini, Venantius seringkali menyalahguna kuasanya terhadap anggota Rela di daerah Keningau. Beliau sering menggunakan khidmat percuma Rela untuk mengerjakan sawahnya secara bergotong-royong atau membersihkan kebun.

Dalam satu kejadian lain, selepas sesi gotong-royong membersihkan kebun Venantius; seorang anggota Rela warga tua yang juga kakak kepada Venantius telah dibelasah oleh seorang anggota Rela lain di hadapan beliau.

Namun Venantius tidak menghalang perbuatan anggota yang berusia 31 tahun itu. Namun setelah dibelasah teruk, wanita malang itu telah membuat laporan polis atas serangan terhadapnya dalam satu majlis anjuran Venantius.

Venantius telah meminta agar laporan polis itu ditarik balik dan pemuda yang membelasahnya bersetuju untuk membayar denda. Malangnya nyawa orang tua itu yang dibebani trauma serta kesakitan, hanya dinilai dengan seekor ayam dan seekor babi mengikut undang-uundang sogit.

Kes tersebut telah ditutup oleh Venantius sendiri yang tidak mampu melindungi orang tua dari diserang oleh anggota Rela yang sering mengampunya.

Venantius telah menimbulkan banyak kekacauan termasuk menganggu isteri orang, membuat kekecohan di majlis-majlis dan berlagak bahawa beliaulah yang paling berkuasa dan perlu dihormati.

Persoalan yang ditimbulkan banyak pihak, perlukah kerajaan terus memberi tanggungjawab kepada orang ini; sedangkan beliau sendiri tidak boleh mengawal dirinya dan melindungi orang yang lemah seperti seorang kanak-kanak dan warga tua?

Perlukah orang ini terus menjaga ketenteraman awam sedangkan beliau seringkali mencetuskan kemarahan, tidak puas hati di kalangan penduduk yang kerap menjadi mangsanya?

Sabahkini.net sedang berusaha untuk mendapatkan gambar Clarence kerana ketika buat masa ini kanak-kanak tersebut enggan berjumpa dengan sesiapa, lagipun ketika itu sedang belajar di dalam kelas.

Lihatlah wajah Paula, seorang warga tua, 59, yang menjadi mangsa sikap bongkak dan pentingkan diri sendiri abangnya; yang tidak mahu tindakan undang-undang dilakukan terhadap penyerangnya.

Malahan ketika kejadian itu berlaku, Paula dibiarkan diserang oleh seorang anggota Rela yang lebih muda di hadapan matanya. Bukankah itu satu penganiayaan kepada Paula?

Selepas kejadian itu, Paula dihalang untuk membuat laporan kerana bimbang jika polis mengambil tindakan, akan memberi kesan terhadap kedudukannya sebagai Pegawai Rela Daerah Keningau yang menggalakkan keganasan dilakukan anggotanya.

Untuk menyenangkan hati Paula, Venantius dan Ketua Kampung Kg. Pagansangan kemudiannya membenarkan Paulua membuat laporan polis, tetapi hanya memohon penyelesaian di luar mahkamah.

Yang jelas, tindakan tersebut memberi kelebihan kepada penyerang dan Venantius; tetapi tidak kepada Paula yang mengalami trauma secara berkekalan. Bahkan kos perubatan ditanggung sendiri oleh Paula. Sementara penyerang pula bebas begitu sahaja disebabkan hanya perlu membayar sogit kampung.

Oleh : KAREN OMPONGAU (sabahkini)

19 comments:
Write comments
  1. Pegawai RELA ini sememangnya keterlaluan dan melampau kerana menyalah guna kuasanya untuk mencederakan penduduk setempat.

    ReplyDelete
  2. Harap ada tindakan yang diambil terhadap pegawai RELA yang melampau ini. Baik berhentikannya.

    ReplyDelete
  3. patut penduduk kampung kumpul ramai2 pukul saja pegawai rela ni.. dia bukan jaga keamanan tapi buat kacau pula.

    ReplyDelete
  4. pegawai Rela seperti ini patut dikenakan tindakan, orang seperti inilah yang mencemarkan nama baik Rela.

    ReplyDelete
  5. Setiap kesalahan dia patut dirakam gunakan Hand Phone dan rakam suara kalau boleh dan buat selidik setaip salah guna kuasa kemudian lapor ke Polis dan SPRM.Jangan biarkan orang macam ini berkuasa macam firaun atau mafia.

    ReplyDelete
  6. sebaiknya pekara ini disiasat untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

    ReplyDelete
  7. jika benar seperti yang didakwa, tindakan haruslah diambil.

    ReplyDelete
  8. rela sepatutnya menjaga keamanan penduduk.

    ReplyDelete
  9. ada buat laporan polis??

    ReplyDelete
  10. Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan berkuasa begitu saja. Sebaiknya Letak jawatan..

    ReplyDelete
  11. Betulkah ni? Teruk juga kalau langsung tidak dapat buat apa2 untuk bawa si pesalah ke muka pengadilan.

    ReplyDelete
  12. teruk sangatlah pegawai RELA macam ni. bagus dipecat saja.

    ReplyDelete
  13. memang ramai orang2 yang ada jawatan dan kedudukan ni suka salahguna kuasa mereka.

    ReplyDelete
  14. buat laporan bertulis kpd menteri dlm negeri dg laporan polis sekali kerana rela dbawah kemnterian brkenaan. smoga sisatan dpt dijlnkn dan psalah dhukum dg adil.

    ReplyDelete
  15. tapi bikin sa heran owh.. apasal urg2 kg sana tida ambil tindakan sendiri.. klu d kg sa sudah selasai bha c beliau ne.. bwa geng pakat2 kasi pancing dulu dia bru gasak.. atau urg kg ne tiada palir atau mabuk talak saja tiap hari sampai anak bini adik kakak kena kacau pun diam2 saja

    ReplyDelete
  16. laporan bertulis kpd home minister [hisapputing]? jgn harap la, itu laaaagi tembirang/x bulih pakai...

    ReplyDelete
  17. biasa la kuasa dah ada boleh buat apa saja

    ReplyDelete
  18. memang teruk ni pegawai rela.. dia ingat dengan kuasa yg dia ada, apa saja buli dia buat..

    ReplyDelete
  19. kes macam ni balik2 di Keningau. dulu ada remaja yang dibelasah oleh pengarah penjara Keningau dan yang baru2 ini seorang anggota polis didakwa terlibat dalam kes kematian Kartini. apalah...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.