Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat hari ini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan kepada RM1,200 mampu menyara isi rumah selama dua bulan, berbeza dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan wang BR1M sebanyak RM500 boleh bertahan selama setahun.
Semasa pemberian BR1M 2.0 pada Februari lalu, Najib berkata sekiranya RM500 dibahagikan kepada 12 bulan setiap bulan satu isi rumah akan memperoleh RM41.60 dan ia mencukupi untuk menyara mereka selama setahun.
"Apabila BRIM dinaikkan kepada RM1,200 ia akan diterjemahkan dengan membantu perbelanjaan isi rumah untuk dua bulan, 10 bulan lagi mereka perlu usahakan sendiri," kata Timbalan Menteri Kewangan tersebut semasa menjawab soalan di Parlimen pagi ini.
Seramai 6.8 juta isi rumah dan individu bujang telah menerima BR1M 2.0 pada tahun ini yang meliputi 88.1 peratus daripada jumlah keseluruhan pemohon dimana RM2.9 bilion telah diagihkan oleh kerajaan, peningkatan sebanyak RM0.3 bilion berbanding pusingan pertama BR1M yang berjumlah RM2.6 bilion.
Bagaimanapun, Ahmad Maslan gagal memberikan penjelasan selepas Ahli Parlimen Sibu (DAP) Oscar Ling Chai Yew bangkit untuk mempertikaikan kadar kemiskinan negara yang dikatakan sudah menurun tetapi kerajaan masih lagi terpaksa memberikan bantuan daripada segi wang tunai kepada rakyat Malaysia.
"Pandangan mengatakan kadar kemiskinan dalam negara telah turun adalah tidak selari dengan pemberian BR1M , boleh menteri menjawabnya?" kata Ling.
Ahmad Maslan kemudiaan menjawab: "Tentang statistik itu saya tidak ada," jawab Ahmad Maslan.
Pada Mac lalu, Najib menegaskan kadar kemiskinan negara terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan, kepada 1.7 peratus tahun lalu.
Najib berkata jurang pendapatan dalam kalangan rakyat Malaysia juga bertambah baik dengan kadar pekali Gini menurun kepada 0.431 pada 2012.
Pakatan Rakyat (PR) telah mengkritik pentadbiran Najib dengan apa yang mereka katakan sebagai membeli undi oleh kerajaan BN melalui perbelanjaan awam dalam bentuk pelbagai pemberian seperti BR1M sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.
Dalam manifesto PRU13 lalu, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjanji pemberian BR1M akan ditambah secara berperingkat sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk golongan bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.
Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berkembang sebanyak 4.1 peratus dalam suku pertama 2013, dalam persekitaran luar negara yang lemah.
Ini berbeza dengan 5.1 peratus yang dicapai dalam suku yang sama pada 2012 dan 6.5 peratus dalam suku keempat tahun lepas.
Hutang negara juga mencecah kepada 53 peratus KDNK - menghampiri siling 55 peratus - naik daripada 43 peratus pada tahun 2008. -TMI
Wednesday, July 3, 2013
BR1M : Dua Bulan Atau 1 Tahun?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen dikunjungi tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, sehari selepas pendedahannya berkaitan senarai tanah keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
ReplyDeleteMereka datang untuk mendapatkan dokumen senarai pendedahannya sehingga menyebabkan Chong terkejut.
"Saya hanya individu biasa. Jika saya boleh mendapatkan dokumen itu daripada Pejabat Pendaftar Tanah, apakan lagi SPRM?" soal Chong apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.
"Jika kata 10 penyiasat mereka buat kerja, tiada alasan untuk mereka tidak memiliki dokumen sebegini," tambah beliau lagi.
Pada Isnin, Ahli Parlimen DAP itu mendedahkan dokumen senarai tanah seluas hampir 100,000 ekar bernilai RM1 bilion yang didakwa milik ahli keluarga Abdul Taib.
Chong kemudian mempersoal keupayaan SPRM dalam menjalankan siasatan ke atas ketua menteri itu yang disifatkannya sebagai tidak serius.
Chong dalam ucapannya di Parlimen pada Isnin mendakwa Abdul Taib dan keluarganya memiliki 24 plot tanah yang diperoleh bawah aras nilai pasaran serta menunjukkan dokumen berkaitan enam tanah berjumlah 89,025 hektar, terletak kira-kira lapan kilometer dari Kuching.
Beliau turut mendedahkan syarikat yang ada kaitan dengan Abdul Taib, Polar Red Sdn Bhd, Magna Wide Sdn Bhd, CMS Lands Sdn Bhd, Monarda Sdn Bhd, Radiant Lagoon Sdn Bhd, Miracle Harvest Sdn Bhd dan Worldsign Harvest Sdn Bhd.
Turut menyatakan gesaan supaya SPRM mengambil tindakan tegas ialah Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew yang menyifatkan bukti itu mencukupi untuk mendakwa Taib.
HIDUP DISABAH..aku rasa ko p tuntut ilmu dulu lar sblm masuk mn2 forum atau wbesite utk memberi pandangan..nmpk sgt xberilmiah cara anda memberi pendapat..malahan meloyakan..rm1200 atau rm500 aku tanya saudara lar..berapa lama boleh tahan..jgn kira duk kg..kita kira yang duk di sabah cthnya..beli susu,diapers,sakit pening anak sorg pun dh dkt 500-700..agak berapa lm boleh tahan..cuba saudara try dl rm1200 tu hidup 2 bulan..klu mampu..saya akan beri gaji saya selama 2 bulan kpd saudara..barang2 asas keperluan lar yg patut diturunkan harganya..BR1m adalah satu senjata politik be end utk meraih undi..knp slps mng dia xbagi lg br1m..nk tunggu thn dpn..2thn dpn..atau dh dkt pru14 nk bg..BR1m adalah duit hasil negara..bkn hasil kerajaan be end
ReplyDeletebila pemimpin utama KEPALA SETAN rujk
ReplyDeletemahathir...(lebih baik berkawan dgn
SYAITAN dari MALAIKAT)akhirnya para pengikutnya terus diPERBODOHLEMBUKAN
dan sanggup jadi LEMBU..kalau hendak
kira BULU JEMBUT ATAU BULU KETIAK pun tidak mencukupi 1200 HELAI setahun.malangnya
dapat PM DAN KABINET BODOH LEMBU bagi
rakyat SAPUUU MALAYSIA.
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 kepada pemohon yang tercicir daripada senarai bantuan itu sebelum ini, membuktikan bahawa pemberian itu bukan bertujuan memancing undi semasa pilihan raya umum ke-13.
ReplyDeleteAnggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamad Said berkata pihak pembangkang sebelum ini dilihat sentiasa memutarbelitkan apa jua tindakan kerajaan demi kepentingan politik mereka.
ReplyDeleteBeliau berkata BR1M merupakan bantuan kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat di negara ini tanpa mengambil kira fahaman politik, ideologi, bangsa dan agama.
ReplyDeleteBUDAK SEKOLAH RENDAH PUN ADA AKAL...
ReplyDeleteBILA 1200 BAHAGI 365 HARI jadi lebih kurang RM 3.80 sehari utk dibelanjakan
dgn pelbagai barangan terus menggila
NAIK...keramat B angkai N egara terus
menipu KAMI DAHULUKAN RAKYAT/RAKYAT D
DAHULUKAN disebalik dendangan JANJI
DI TEPATI
Tunggu saja pengumunan rasmi mengenai BR1M.
ReplyDeleteKerajaan dah nak bagi..terima saja la. Duit rakyat juga pun.
ReplyDeleteKelab Veteran Umno kini fokus untuk memastikan 2,385 pengundi warga emas berusia lebih 60 tahun mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dun Kuala Besut.
ReplyDeletePenyalahgunaan ‘lesen’ penyembelihan oleh pemborong ayam sekitar Bandar Triang didakwa berjaya mengaburi pengguna Muslim semata-mata untuk mengaut keuntungan.
ReplyDeletePresiden Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM), Abdul Aziz Ismail berkata, pemborong terbabit menggunakan nama seorang pekerja Muslim yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang penyembelihan untuk meyakinkan pengguna beragama Islam.
ReplyDeleteMenurutnya, sepanjang tinjauan di pasar borong dan pasar basah sekitar Triang, tiada seorang pun dalam kalangan tukang penyembelihan memiliki Kad Tauliah Sembelihan.
ReplyDeleteHanya ada seorang tukang sembelih Muslim yang hanya memiliki Sijil Penyertaan Kursus Penyembelihan yang diperoleh pada 2008, manakala yang lain adalah pekerja warga asing.
ReplyDeleteMungkin kita tidak akan meragui sekiranya tugas penyembelihan dilakukan individu tersebut, tetapi yang menjadi persoalan siapa yang akan melakukan tugas penyembelihan sekiranya individu itu bercuti atau berehat?” katanya selepas melakukan tinjauan di sekitar Triang bersama kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) dan Jabatan Imigresen Temerloh.
ReplyDeleteHadir sama, Timbalan Pengerusi, Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Pahang, Ghazali Khatib Pendek.
ReplyDeleteAbdul Aziz berkata, Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) diharap dapat membantu menyebarkan perkara ini dari semasa ke semasa supaya bukan sahaja pengusaha pasar borong perlu menghantar pekerjanya mengikuti kursus dan ujian tertentu, bahkan pekerja juga wajar mengetahui keperluan perkara ini.
ReplyDeleteJika semua pihak memainkan peranan masing-masing, masalah penghasilan produk halal dapat diatasi dengan baik, malah pengguna Muslim dapat menikmati kehidupan yang lebih berkat," katanya.
ReplyDeleteSabah Umno liaison deputy chief Datuk Seri Salleh Said Keruak has hailed the education ministry's decision to give the state education director power to expedite implementation of approved education infrastructure projects in the state.
ReplyDeletethe delegation of authority was timely and appropriate in uplifting the education standards in the state, particularly in rural areas which had performed poorly in the national examinations.
ReplyDeleteNext year ada lagi
ReplyDeleteMalaysia is capable of achieving a per capita income of US$15,000 (US$1=RM3.04) in seven years’ time or even earlier for it is in the right tract to advance to the status, said Datuk Seri Najib Tun Razak.
ReplyDeletefollowing the implementation of the Government Transformation Programme, Economic Transformation Programme and the New Economic Model, the GNI per capita income in
ReplyDeletethe people deserved to know an edge over the opposition which the Barisan Nasional’s (BN) had in charting out a holistic direction to develop the country for all races for the past 50 years.
ReplyDeleteNajib also expounded on two important messages to Umno and BN, namely organisational discipline and winning new and young voters.
ReplyDeletethe meaning of organisational discipline was understood well for an act of sabotage could recur, thus it was important that Umno members were loyal to the party and obey instructions.
ReplyDeleteProspective winnable candidates must not only be acceptable to the party, but should also be well-liked as voters by the community
ReplyDeletethe voting behaviour of the new generation born after Umno formation was different for their consideration was not based on past experience, but merit and future vision.
ReplyDeleteNajib also questioned PAS’ hypocrisy when he recalled that “Tuan Guru” had labeled Umno members as infidels in 1981 for working with non-Muslims, thus sowing the seeds of hatred among Muslims.
ReplyDeletePeningkatan kos sara hidup yang tinggi sejak akhir-akhir ini menyukarkan urusan perbelanjaan seharian. Pelbagai pemberian dan insentif diberikan kerajaan untuk semua golongan bagi menunjukkan kerajaan komited untuk mengurangkan beban perbelanjaan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
ReplyDelete