Monday, October 28, 2013

Herald : KDN tarik balik arahan di Sabah

Putrajaya telah membatalkan arahannya terhadap larangan pengedaran 2,000 naskhah mingguan Katolik, Herald daripada diedarkan di Sabah namun penerbit tidak boleh mengedarkannya ke gereja hari ini.

Menurut Editor Herald Father Lawrence Andrew, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memaklumkan syarikat penghantaran bahawa Putrajaya telah memberi kebenaran untuk pengedaran pada pagi ini.

Namun, cuti hari ini menghalang agen penghantaran mengedarkannya ke gereja menyebabkan penganut Kristian tidak menerima Herald apabila mereka menghadiri perhimpunan di Sabah hari ini.

“Ia akan diedarkan esok. Mereka ke gereja hari ini,” katanya.

Andrew berkata Kementerian Dalam Negeri perlu memberi penjelasan mengapa naskhah tersebut dihalang tempoh hari.

“Kami ingin tahu mengapa mereka menghalangnya,” katanya.

Keputusan menghalang pengedaran tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang kepada ahli politik di Malaysia Timur yang mahu penjelasan Putrajaya atas arahan tersebut dibuat 10 hari selepas keputusan Mahkamah Rayuan.

Putrajaya telah memberi jaminan kepada Malaysia Timur bahawa mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam usaha memastikan deposit tetap mereka di Sabah dan Sarawak terpelihara kerana ramai penganut Kristian di sana menggunakan bahasa Melayu dalam upacara keagamaan.

Namun syarikat penghantaran yang membawa masuk Herald ke Sabah pada Jumaat lalu diberitahu oleh KDN supaya tidak mengedarkan naskhah tersebut.

Gereja Katolik mencetak 14,000 naskhah Herald setiap minggu untuk kira-kira satu juta penganut Kristian dalam negara malah editor akhbar tersebut berkata kalimah Allah digunakan dalam edisi terbarunya hanya merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan 14 Oktober lalu.

Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR), Datuk Dr Jeffery Kitingan meminta penjelasan daripada Putrajaya berhubung isu ini.

“Mengapa mereka mengenakan (larangan) itu ke Sabah juga? Mengapa kerajaan tidak konsisten dalam keputusan mereka? Mereka cakap tak serupa bikin,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mesti menjelaskan larangan terbaru itu kerana Putrajaya sendiri telah mengakui keputusan Mahkamah Rayuan tidak terpakai di Sabah dan Sarawak.

“Penjelasan perlu diberikan. Kita difahamkan kalimah Allah boleh digunakan di gereja dan penerbitan agama (mengandungi kalimah Allah) serta boleh diedarkan di Sabah dan Sarawak.

“Itu yang kita faham. Namun jika benar Herald telah dirampas di Sabah, kerajaan perlu memberikan penjelasan lanjut,” katanya.

Beliau berkata melarang pengedaran Herald di negeri Borneo membawa implikasi cukup besar iaitu melihatkan Putrajaya tidak memenuhi janjinya.

“Adakah keputusan mahkamah termasuk di Sabah dan Sarawak?” tanya beliau yang menunjukkan larangan terbaru ini melihatkan keputusan itu telah diluaskan ke dua negeri Borneo itu.

Katanya, kerajaan tidak mampu menjalankan pemerintahan dengan berkesan sekiranya tidak berpegang pada janjinya.

“Kerajaan mesti menjelaskan (alasan menghalang pengedaran) supaya orang ramai tidak terkeliru,” tegas beliau.

Sementara itu, Ketua PKR Sarawak, Baru Bian turut berpendapat yang sama.

"Cakap tak serupa bikin. Ini juga menunjukkan mereka tidak bersemangat melaksanakan keputusan mahkamah.

"Kenapa Herald dirampas sekarang? Jika sebelum ini tiada masalah Herald diedarkan, kenapa mahu merampasnya? Sangat malang perkara ini berlaku, " katanya.

Turut sama keliru dengan tindakan terbaru KDN adalah bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok.

"Saya tidak faham mengapa salinan Herald telah ditahan di Kota Kinabalu sedangkan Herald adalah sebuah penerbitan berlesen.

"Setakat yang saya tahu, lesen penerbitannya tidak pernah dibatalkan.

"Ia sama seperti mana-mana penerbitan atau akhbar lain yang melaporkan berita dan terma cetak atau nama, dalam kes ini perkataan Allah, supaya pembaca akan memahami isu ini."

Seperti semua, beliau juga mempersoalkan jaminan Perdana Menteri untuk menggunakan perkataan Allah dalam doa dan penerbitan di Sabah dan Sarawak.

Herald hanya diedarkan di Sabah dan Semenanjung menurut sumber Katolik di Kuching.

Gereja mempunyai akhbar mingguan iaitu Catholic Today, katanya. – TMI

56 comments:
Write comments
  1. Ini adalah titik permulaan tidak lama lagi Amin pun jagi isu

    ReplyDelete
  2. Kan aku dah cakap..jika ada campurtangan UMNo dlm isu yg takde isu ni,msyarakat akan keliru danpening. Keluar perintah mahkamah yg melarang ( larang apa aku pon tak tau ) lepas PM kata Tanah Borneo berkecuali. Nazri aziz kata merangkumi semua ( apa yg trkecuali dan apa yg semua,aku masih tak faham). Ini pulak,perintah larangan ditarik balik. Larang apa dan bila? Bangang jdi......

    ReplyDelete
  3. The Herald has never condemned any part

    ReplyDelete
  4. Tarik balik saja la

    ReplyDelete
  5. This is the consequence of being in a bad company

    ReplyDelete
  6. Teruknya cara mcm ni

    ReplyDelete
  7. Keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh The Herald, akhbar mingguan gereja Khatolik wajar dihormati oleh semua pihak. Dalam membuat keputusan itu ketiga-tiga barisan hakim mengambil kira pelbagai aspek serta pandangan pelbagai pihak.

    ReplyDelete
  8. Inti patinya larangan tersebut ialah Penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh akhbar terbabit boleh menimbulkan kekeliruan di dalam kehidupan beragama, terutamanya antara penganut Islam dan Kristian.

    ReplyDelete
  9. Kesannya ialah ia boleh mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat di negara ini. Bagimanapun keputusan Mahkamah Rayuan itu tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  10. Malangnya masih ada pihak yang enggan menerima keputusan Mahkamah Rayuan itu, sebaliknya terus mempolitikkannya dengan mengaitkannya sebagai usaha UMNO untuk memenangi semula sokongan orang Melayu.

    ReplyDelete
  11. Tuduhan ini turut dibuat media barat seperti BBC yang turut membuat liputan mengenai keputusan mahkamah itu. Penulis yakin bahawa ada pihak atau individu tertentu di negara ini yang bersekongkol dengan media Barat itu yang sering memberikan liputan yang tidak adil terhadap isu-isu berkaitan agama.

    ReplyDelete
  12. Nampaknya, penyakit masyarakat kita hari ini ialah suka mempolitikkan isu-isu sensitif yang dilarang oleh perlembagaan negara sehingga merosakkan keharmonian hidup bermasyarakat.

    ReplyDelete
  13. Kehidupan bernegara seolah-olah tidak dipedulikan lagi sehingga lahirnya sikap tidak mahu menghormati keputusan mahkamah. Pihak terbabit mudah menunding jari kepada kerajaan kononnya campur tangan dalam keputusan mahkamah.

    ReplyDelete
  14. Kedegilan dan keengganan pihak tertentu untuk menerima keputusan mahkamah itu boleh menimbulkan keadaan yang tidak baik dalam hubungan kaum dan agama di negara ini. Mereka kini tidak mementingkan sensitiviti umat Islam yang merupakan penduduk majoriti di negara ini.

    ReplyDelete
  15. Sepatutnya kita mengutamakan dialog agama secara konstruktif supaya dapat meningkatkan toleransi dalam kehidupan bermasyarakat dengan menjaga kerukunan yang dinamis.

    ReplyDelete
  16. A Sabah delegate at Gerakan’s conference yesterday insisted that the party still has a future based on its success in his state.

    ReplyDelete
  17. Datuk Seri Raymond Tan Shu said the party, despite being active for only four years in Sabah, had gained a lot of ground and was capable of defeating DAP in constituencies where the two parties were pitted against each other.

    ReplyDelete
  18. Tan said Gerakan in the peninsula could adopt the strategy used by its Sabah machinery, by directly engaging the electorate and being frank with them on issues.

    ReplyDelete
  19. Datuk Seri Najib Tun Razak said the Barisan Nasional (BN) will uphold the principles of moderation, progressiveness, centrist, inclusive and fair as it continues to champion the interest of the people.

    ReplyDelete

  20. The Prime Minister said this would ensure that the party remained dynamic and relevant, and continued to enjoy support of the people.

    ReplyDelete
  21. The Malaysian Institute of Economic Research (MIER) has projected Malaysia’s growth outlook for 2014 to be between five to 5.5 per cent.

    ReplyDelete
  22. This is on account of the expected fiscal strategies and measures to rein in the budget deficit, generally tight financial conditions and enhanced downside risks.

    ReplyDelete
  23. the public sector account has been in deficit for a long time and requires some bold measures to overcome this.

    ReplyDelete
  24. Perkara ini harus dijelaskan. Sebarang masalah harus dijelaskan dan dinyatakan.

    ReplyDelete
  25. jangan main-main dengan semua ni

    ReplyDelete
  26. politik...politik..politik...politik

    ReplyDelete
  27. isu sensitiviti memang senang dijadikan isu dan topik untuk menarik perhatian orang ramai

    ReplyDelete
  28. JK benar-benar menggunakan situasi seperti sekarang

    ReplyDelete
  29. Pairin sendiri telah mengingatkan semua pihak supaya berhati-hati membuat kenyataan berkaitan isu agama supaya tidak menjejaskan perpaduan rakyat.

    ReplyDelete
  30. Pairin berkata terdapat cara dan saluran sesuai untuk menangani isu sensitif dan adalah tidak wajar membuat kenyataan tanpa pengetahuan mendalam.

    ReplyDelete
  31. Kita hidup dalam sebuah negara berbilang kaum. Selama ini kita hidup penuh harmoni dan kita mesti menghormati perbezaan masing-masing.Tidak perlulah kita perbesarkan dan bangkitkan isu yang hanya akan rosakkan negara.

    ReplyDelete
  32. Kita tidak sepatutnya memberitahu orang ramai apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu dilakukan tanpa mengkaji latar belakang mereka atau ada orang yang akan tersinggung.

    ReplyDelete
  33. Pairin kesal dengan kontroversi berhubung penggunaan kalimah "Allah", namun berharap orang ramai terus menerima perbezaan orang lain sepertimana di masa lalu untuk membolehkan perpaduan diperkukuh dan negara dibangunkan.

    ReplyDelete
  34. Parti politik dan pemimpin harus melibatkan rakyat dalam dialog produktif bagi meredakan ketegangan susulan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa akhbar mingguan Katolik, Herald, tidak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Bahasa Malaysia.

    ReplyDelete
  35. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata mereka perlu mengelak daripada terlibat dalam pertandingan “holier-than-thou” atau siapa lebih hebat.

    ReplyDelete
  36. Saya menggesa semua pihak demi perpaduan negara agar berhati-hati dengan kenyataan mereka, tidak provokatif dengan kenyataan tidak wajar dan berhenti mencipta ketakutan sehingga sesetengah masyarakat mula mempersoal kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan di negara kita.

    ReplyDelete
  37. Semua parti diggesa agar sentiasa mengingati bahawa Malaysia adalah sebuah negara aman dan penyayang serta amat menghargai perpaduan dalam kalangan rakyatnya.

    ReplyDelete
  38. Semua rakyat Malaysia bertenang dengan keputusan Mahkamah Rayuan.

    ReplyDelete
  39. Orang ramai digesa untuk membenarkan proses undang-undang berjalan dan tidak membiarkan perkara itu mengganggu keamanan serta perpaduan antara kaum di negara ini.

    ReplyDelete
  40. Diharap setiap rakyat Malaysia akan terus mengekalkan semangat perpaduan dan kestabilan di negara ini, serta tidak membiarkan isu ini memecah-belahkan rakyat.

    ReplyDelete
  41. Perbezaan suku bangsa dan anutan agama bukan penghalang bagi rakyat negara ini sama-sama meraikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina malah ianya menjadi landasan mengukuhkan perpaduan sesama kaum yang sedia erat terjalin sekian lama.

    ReplyDelete
  42. Datuk Haji Nasir Tun Sakaran, menjelaskan semangat muhibbah antara kaum yang telah lama diamalkan rakyat negeri Sabah selama ini telah mampu mengwujudkan semangat perpaduan yang tulin dan menjadi landasan utama kehidupan harmoni yang menjadi teras kepada konsep 1Malaysia.

    ReplyDelete
  43. rakyat Sabah yang terdiri daripada 32 suku kaum telah lama menjalani kehidupan yang berteraskan semangat berkasih sayang sesama kaum serta ianya harus dipertahankan demi untuk kesinambungan bangsa Malaysia yang maju dan bersatu padu.

    ReplyDelete
  44. PBS memberi amaran politik perkauman yang sudah mula menular di Sabah akan membawa masalah besar bukan sahaja kepada Sabah tetapi seluruh Malaysia pada satu hari nanti.

    ReplyDelete
  45. Datuk Henrynus Amin, berkata telah ada cubaan anasir-anasir tertentu membawa politik perkauman dan agama ekstrim ke Sabah, sebuah negeri yang terkenal dengan toleransi agama suatu masa dulu.

    ReplyDelete
  46. Adalah sangat menyedihkan pandangan-pandangan ekstrim agama dari Semenanjung Malaysia telah dieksport ke Sabah atas kepentingan politik mereka untuk mengkucar-kacirkan keharmonian perhubungan rakyat pelbagai kaum dan bangsa di Sabah yang sudah wujud sejak berkurun lamanya.

    ReplyDelete
  47. Menurut Henrynus, rakyat Sabah mesti menentang pandangan atau pegangan ekstrim agama dari Semenanjung itu bagi memastikan Sabah terus harmoni dalam keadaan masyarakat majmuknya.

    ReplyDelete
  48. Kita ini semua dari rumpun nusantara tetapi mempunyai pegangan dan latar belakang budaya dan agama yang berbeza-beza tetapi kita semua hendaklah terus bersatu sebagai rakyat Malaysia yang hidup harmoni.

    ReplyDelete
  49. Kita mesti berjuang mempertahankan gaya hidup yang bersatu padu di Sabah dan tidak terpengaruh dengan mudah oleh elemen-elemen ekstrim yang mengganggu keamanan dan keharmonian.

    ReplyDelete
  50. kewujudan Batu Sumpah di Keningau yang telah mengikat janji masyarakat Dusun dari Pedalaman pada awal penubuhan Malaysia pada 1963, untuk setia kepada negara Malaysia dengan syarat kerajaan persekutuan hendaklah memberi jaminan kebebasan beragama dan tanah adalah di bawah kuasa kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  51. Sebarang usaha untuk menukar status quo ini adalah dianggap melanggar prinsip kesucian kebebasan beragama yang memberi implikasi kesahihan kewujudan sebuah Persekutuan Malaysia

    ReplyDelete
  52. Beliau juga meminta Kerajaan Pusat supaya berpegang teguh kepada 10 Poin keputusan kabinet persekutuan sebelum pilihanraya umum lalu untuk memastikan umat Kristian di Sabah dan Sarawak dapat terus mengamalkan agama Kristian mereka tanpa tekanan dan kekangan.

    ReplyDelete
  53. Dokumen 10 Point Kabinet Persekutuan ini dianggap penting kerana ia memberi jaminan umat Kristian di Sabah dan Sarawak bebas mencetak, menjual, mengedar dan menggunakan Bible dalam bahasa Malaysia (Alkitab), walaupun ada kumpulan di Semenanjung cuba menentang hal ini

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.