Wednesday, October 30, 2013

Gula Naik, Mungkin Inilah Sebabnya?

Agak pelik kali ini dan ramai juga yang tertanya-tanya mengapa dalam hal menaikkan harga gula Perdana Menteri dan juga lain-lain Menteri langsung tidak membandingkan harga yang dinaikkan itu dengan harga-harga di luar negara..

Biasanya mereka akan menggunakan alasan standard mereka iaitu 'Harga barangan tersebut adalah jauh lebih murah dari harga dinegara luar'.. tetapi tidak dalam hal gula ini..

Semua mereka memberikan alasan dengan mengaitkannya dengan faktor kesihatan hingga menyebabkan Perdana Menteri sendiri kelihatan seperti penjual ubat seks dipasar malam..

Mereka sepatutnya boleh menggunakan alasan standard mereka dalam hal ini kerana ianya adalah satu fakta bahawa selain Thailand kebanyakkan negara di Asean menjual gula pada harga yang lebih tinggi dari apa yang terjual di Malaysia iaitu RM2.84 setiap kilogram.

Di negara Thailand setiap Kilogram dijual pada harga RM2.39, di Cambodia RM3.04, Myanmar juga RM3.04, Vietnam RM2.88 setiap Kilo, Indonesia RM3.44, Singapore RM4.08 dan Philippines ialah RM4.17 bagi setiap Kilo.


The Nation

Jika alasan itu digunakan sudah pasti mereka tidak ditertawakan oleh rakyat kebanyakkan..

Bagaimanapun sebab sebenar gula dinaikkan sebanyak 34 sen terdedah jua... kerajaan sebenarnya telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi..

Jadi sekali lagi kerana kesilapan mereka rakyat terpaksa menanggung beban akibat kesilapan mereka itu.. Adilkah?

Laporan berkaitan...

Kerajaan beli gula mahal punca subsidi dipotong, kata DAP

Pengurangan subsidi gula sebanyak 35 sen setiap kilogram yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2014 adalah disebabkan kerajaan telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi, kata DAP.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua (gambar) berkata pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US$26 setiap 100lbs berbanding harga pada ketika itu, US$23.42.

“Saya telah mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan ketika itu kerana kerajaan membeli gula mentah dengan harga lebih mahal daripada harga pasaran.

“Perbezaan harga kontrak melebihi 10% daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun. Saya juga pada masa itu telah menyarankan kepada kerajaan bahawa laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat pengeluaran gula mentah yang terlampau tinggi.

“Tetapi, perkara ini tidak dihiraukan oleh kerajaan malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir membidas dengan berkata harga gula mentah dunia dijangka terus meningkat pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pua berkata sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa telah menjunam sehingga serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013 dan itu bermakna kerajaan telah membeli gula 55.7% lebih tinggi daripada harga pasaran bulan lalu.

Katanya, kerajaan perlu bertanggungjawab kerana telah membuat keputusan tidak wajar dan menyusahkan rakyat Malaysia.

“Ismail pada Januari tahun lalu bersikap angkuh apabila berkata 'biar saya ingatkan kamu bahawa kerajaan adalah bijak' kerana menandatangani perjanjian tiga tahun tersebut. Namun ia membuktikan keputusan tersebut adalah salah dan amat merugikan Malaysia.

“Kerajaan tidak boleh terus menggunakan alasan tidak munasabah untuk menjelaskan kenaikan harga gula.

“Punca kenaikan harga gula disebabkan kerajaan mengimport gula mentah bagi pihak pengilang gula dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Kerajaan perlu mengaku kesalahan yang dilakukan dengan menyiasat punca gula mentah diimport dengan harga lebih mahal dan mengumumkan dasar pemulihan yang akan dilaksanakan agar perkara yang menambahkan beban rakyat tidak akan diulangi pada masa hadapan,” katanya ~ The Malaysian Insider

3 comments:
Write comments
  1. wang yang tiris dan bocor berlegar-legar dalam poket puak-puak mereka juga - ada yang dijadikan wang sumbangan politik sebagai rasuah untuk mengekalkan kuasa dan ada yang di jadikan hadiah untuk kekasih dan keluarga mereka. Bila tak cukup wang, kutip semula dari poket semua rakyat.

    ReplyDelete
  2. Saya hanya mampu menggeleng kepala mendengar alasan yang diberikan oleh pemimpin negara kita berkaitan dengan kenaikan harga gula, atau lebih lembut pengurangan subsidi gula. Alasan atau sebab seperti itu hanya layak sebagai bahan lawak kedai kopi. Malangnya, itulah tahap mentaliti pemimpin2 negara hari ini, sama ada mereka tahu itu adalah alasan bodoh yang akan dipercayai ramai khalayak melayu atau itulah tahap pemikiran mereka, samalah dengan pengikut2 mereka. Sedangkan ramai tahu sama ada harga gula naik atau turun tidak ada kena mengena dengan peningkatan pesakit diabetes.

    Sebagai ramai rakyat biasa lain, saya juga risau memikirkan nasib negara dan rakyat negara ini dengan senario yang berlaku hari ini. Dikala rakyat masih lagi trauma dengan kenaikan harga minyak kini harga gula pula dinaikkan dengan melampau, yang sudah tentu akan berlaku kenaikan harga barang yang melampau, hasil kesan ketara kenaikan barang asas tersebut. Tidak lama lagi GST akan diperkenalkan, dan kita akan tengok kesan yang akan berlaku pada masa hadapan yang sudah pasti akan menambah beban kepada rakyat berpendapatan rendah yang majoritinya orang melayu.

    Apa akan berlaku 10 tahun akan datang? harga rumah yang mahal, barang keperluan asas semakin meningkat, rakyat dibelenggu hutang kereta, rumah, dan sebagainya, sedangkan pendapatan relatif semakin rendah dengan kenaikan yang berlaku. Saya tidak tahu bagaimana pemimpin2 yang sudah berpuluh2 tahun memegang tampuk pemerintahan boleh bergembira dan tidur lena dengan situasi ini. Malangnya setiap kali pilihanraya, apabila diberi sedikit gula2 kepada rakyat, mereka akan terus kekal berkuasa. Ternyata, pemimpin pakatan rakyat tidak mempunyai iltizam yang kuat untuk mengubah situasi ini dengan menukar mentaliti rakyat, selain kadangkala mereka berbalah sesama sendiri. Sepatutnya mereka ini kekal fokus kepada 'common struggle', dan mereka melipat gandakan usaha mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat. Tapi akhirnya saya sedar, meraka hanyalah ahli politik yang juga mahu tidur lena, bukan pejuang.

    ReplyDelete
  3. Najib sekali lg lepas tangn & cabut luar negara ketika pembangkang membahas bajet mulai Isnin ini. Najib memang pengecut & bacul utk berdepan dgn pembangkng. Najib jugak tak mampu mengawal Menteri2, lantas rasuah bermaharaja lela & berluasa.
    Apa lah sangat yg Najib beriya2 sgt nak ke WIEF di London & Manchester ketika Parlimen sibuk membahaskn bajet negara? nampak sgt Najib membelakangkn negara & Rakyat. Agaknya dia lebih seronok & enjoy dgn trip luar negara sambil bersantai menonton team favourite MU...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.