Thursday, October 17, 2013

Pemilihan UMNO Tak Gambar Sokongan Akar Umbi

Kemenangan yang diraih oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khary Jamaluddin Abu Bakar bukanlah kemenangan mutlak kerana dalam sistem baru "electoral college" bagi pemilihan Umno, tidak kira berapa banyak undi dibuang, ia hanya dianggap sebagai satu undi bagi peringkat bahagian kata penulis blog pro Umno Syed Akhbar Ali (gambar).

Beliau yang menggendalikan blog "Outsyed The Box" menyifatkan kemenangan yang diperoleh kedua-dua penyandang Ketua Pemuda dan Ketua Wanita tersebut hanyalah "menang mudah".

"Tidak kiralah banyak mana undi yang diperoleh, setiap bahagian dikira sebagai satu undi.

"Terdapat 191 bahagian Umno. Jika calon menang 97 bahagian (lebih daripada setengah 191 bahagian), beliau diisytiharkan sebagai menang mudah," kata Syed Akbar, merujuk kepada kemenangan yang diraih oleh Khairy dan Shahrizat semalam.

Penulis blog yang pernah menggelar Datuk Seri Najib Razak sebagai "sewel" itu mahu pengiraan keputusan pemilihan sayap Umno kali ini dinilai menerusi "undi popular", namun malangnya ia tidak dilaksanakan.

"Terdapat banyak perkara yang diselindung dalam Umno. Mereka tidak akan membocorkan undi popular," kata beliau.

Syed Akhbar menerangkan terdapat kira-kira 400 pengundi setiap bahagian dan menggesa pecahan undi kepada empat calon yang menentang Khairy juga sewajarnya dikira bagi melihat jumlah keseluruhan undi popular sama ada memihak kepadanya atau tidak.

"Katakanlah terdapat 500 pengundi di setiap bahagian dan KJ menang 200 undi. Akhram menang 180 undi dan tiga lagi calon menang 40 undi setiap seorang - pengiraan akhir masih satu untuk KJ dan kosong kepada lain.

"Realitinya, KJ mungkin tewas undi popular. Jadi apa berlaku kepada undi popular? Adakah KJ dan Shahrizat tewas undi popular?" soal Syed Akbar lagi merujuk kepada pencabar Khairy Akhramsyah Sanusi.

Menyifatkan pemilihan kali ini satu malapetaka, Syed Akhbar berkata Umno ketandusan bakat dan dan tidak mampu mengilap pemimpin yang lebih berkaliber.

"Umno pastinya hadapi malapetaka,"
katanya lagi.

Dalam pada itu, Syed Akhbar juga berkata pemilihan kali ini berkecamuk dan huru-hara kerana pelbagai insiden dan kontroversi yang berlaku sepanjang proses membuang undi berlangsung daripada isu kertas undi hinggalah terdapat mereka yang keliru cara untuk memilih calon pada pemilihan kali ini.

"Ini mungkin masalah merumitkan, mungkin terdapat manipulasi.

"Apa pun yang berlaku, Umno kini berhadapan malapetaka," katanya.

Dalam keputusan pemilihan semalam, Khairy dan Shahrizat berjaya mengekalkan jawatan mereka sebagai ketua Pemuda dan ketua Wanita manakala Mas Ermieyati Samsudin dinobatkan sebagai Ketua Puteri Umno yang baru.

Shahrizat memperoleh 100 undi, Khairy mendapat 97 undi dan Mas Ermieyati dengan 97 undi daripada 191 bahagian dalam pemilihan semalam. -TMI

ULASAN GB Apa yang kita lihat sistem pengundian electoral college yang diamalkan UMNO di dalam pemilihannya kali ini menampakkan kecacatan besar dimana pertamanya ia lansung tidak menggambarkan sokongan sebenar peringkat akar umbi. Ia hanya mengambilkria peringkat bahagian. Justeru itu undi popular tidak diambilkira.

Kedua, keputusan pemilihan akhirnya mengaibkan calon-calon yang kalah. Sebagai contoh:




Anda boleh lihat keputusan di atas dimana Khairy memboloti semua undi, sementara calon yang lain dapat 0 dan seolah-olah lansung tidak mendapat sebarang undi atau tidak mendapat sebarang sokongan. Bukankah itu amat mengabibkan?

Kita melihat sistem baru yang diperkenalkan hanyalah satu helah untuk mengekalkan status quo yang lebih berbentuk penipuan, satu cara yang hampir serupa dengan sistem "first past the post" yang dilaksanakan oleh SPR di dalam pilihanraya umum yang tidak mengambilkira undi popular demi untuk mengekalkan rejim BN.

1 comment:
Write comments
  1. betul,ba dgn artikel ni. Kalau ndak,masakan wanita umno dr Parlimen Kalabakan sinang2 mau letak jawatan mngugut pimpinan UMNO. Kalau calon A yg mau dipilihkn tetiba calon B yg trpilih,macam mana itu. Mau ndak mngamok,ba. Khabarnya Datuk Hamisa, datuk Muis serta DSP Ghaffur memang suda ndak terpilih,ba. Last2 masuk senarai semula. Mesti akan ada yg makan hati dgn keputusan Najib itu,ba.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.