Monday, October 28, 2013

Herald kembali ke Sabah minta bantuan Ahli Parlimen BN

Ketua Biskop Tan Sri Murphy Pakiam (gambar) minta campur tangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah meskipun timbul persoalan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menghalang penerbitan Herald terbaru di Sabah.

Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau berkata melalui kiriman Facebook hari ini beliau telah berurusan dengan KDN mewakili Gereja Katolik bagi mendapat kebenaran pengedaran 2,000 naskhah Herald di Sabah.

Wilfred yang juga merupakan timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) berkata Ketua Biskop Kuala Lumpur telah meminta bantuannya malam semalam.

"Saya cuba menghubungi Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk bertanya 2,000 naskhah yang disimpan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sama ada boleh diedarkan.

"Saya diminta menghubungi sendiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi namun tidak berjaya kerana Ahmad Zahid kini berada di Jakarta," katanya.

Wilfred turut menghantar pesanan ringkas kepada Ahmad Zahid bagi meminta pengedaran 2,000 naskhah Herald tersebut.

Katanya, petang ini Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Abdul Halim Mohammad memberitahu Wilfred bahawa kelulusan diberikan untuk 2,000 naskhah itu diedarkan.

Beberapa penganut Kristian di Malaysia Timur mengucapkan terima kasih, bersyukur dan tahniah kepada Wilfred atas bantuannya.

Ramai yang bersyukur kerana mempunyai wakil rakyat yang mampu mengendalikan masalah ini.

Ketegangan di antara gereja Katolik dan BN bermula apabila Putrajaya menghalang pengedaran Herald di Sabah pada petang Khamis.

Menurut Editor Herald Father Lawrence Andrew, KDN telah memaklumkan syarikat penghantaran bahawa naskhah itu tidak boleh diedarkan.

Menurut prosedur, KDN memeriksa salinan akhbar mingguan Kristian itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Namun kali ini syarikat penghantaran diberitahu oleh KDN bahawa naskhah itu tidak boleh diedarkan.

Berhubung pelepasan 2,000 naskhah Herald, Andrew mahu penjelasan KDN.

“Kami ingin tahu mengapa mereka menghalangnya,” katanya.

Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Tan Sri Dr James Masing berkata keputusan KDN dibuat tergesa-gesa tanpa berbincang dengan pemimpin politik.

"Mereka membuat keputusan sendiri. Pemimpin setempat mesti diberitahu terlebih dahulu sebelum tindakan diambil yang dapat memberi kesan kepada sosio politik setempat," katanya yang mengulas pemimpin setempat yang akan berdepan kritikan daripada orang ramai.

"Kami yang dicari, bukannya pegawai kerajaan," kata menteri Kabinet Kristian di Sarawak itu yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak. – TMI

53 comments:
Write comments
  1. Please stop humiliating christians in Sabah

    ReplyDelete
  2. Sengaja mau timbulkan isu lagi bikin geram

    ReplyDelete
  3. Bikin panas sungguh

    ReplyDelete
  4. This is totally unbearable. Why banned?

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya hal ini tidak timbul jika ada phak yg bertoleransi

    ReplyDelete
  6. Busuk hati sungguh

    ReplyDelete
  7. This is where injustice was found

    ReplyDelete
  8. Orang ikhlas tp diorang yg tidak ikhlas

    ReplyDelete
  9. Sabah and Sarawak shouldn't be punished this way

    ReplyDelete
  10. I hate ths type of thing happened

    ReplyDelete
  11. Please be more considerate

    ReplyDelete
  12. Isu ini tidak sepatutnya jadi politik

    ReplyDelete
  13. Thats a big thing now

    ReplyDelete
  14. Keputusan Mahkamah Rayuan berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh The Herald, akhbar mingguan gereja Khatolik wajar dihormati oleh semua pihak. Dalam membuat keputusan itu ketiga-tiga barisan hakim mengambil kira pelbagai aspek serta pandangan pelbagai pihak.

    ReplyDelete
  15. Inti patinya larangan tersebut ialah Penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh akhbar terbabit boleh menimbulkan kekeliruan di dalam kehidupan beragama, terutamanya antara penganut Islam dan Kristian.

    ReplyDelete
  16. Kesannya ialah ia boleh mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat di negara ini. Bagimanapun keputusan Mahkamah Rayuan itu tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  17. Malangnya masih ada pihak yang enggan menerima keputusan Mahkamah Rayuan itu, sebaliknya terus mempolitikkannya dengan mengaitkannya sebagai usaha UMNO untuk memenangi semula sokongan orang Melayu.

    ReplyDelete
  18. Tuduhan ini turut dibuat media barat seperti BBC yang turut membuat liputan mengenai keputusan mahkamah itu. Penulis yakin bahawa ada pihak atau individu tertentu di negara ini yang bersekongkol dengan media Barat itu yang sering memberikan liputan yang tidak adil terhadap isu-isu berkaitan agama.

    ReplyDelete
  19. Nampaknya, penyakit masyarakat kita hari ini ialah suka mempolitikkan isu-isu sensitif yang dilarang oleh perlembagaan negara sehingga merosakkan keharmonian hidup bermasyarakat.

    ReplyDelete
  20. Kehidupan bernegara seolah-olah tidak dipedulikan lagi sehingga lahirnya sikap tidak mahu menghormati keputusan mahkamah. Pihak terbabit mudah menunding jari kepada kerajaan kononnya campur tangan dalam keputusan mahkamah.

    ReplyDelete
  21. Kedegilan dan keengganan pihak tertentu untuk menerima keputusan mahkamah itu boleh menimbulkan keadaan yang tidak baik dalam hubungan kaum dan agama di negara ini. Mereka kini tidak mementingkan sensitiviti umat Islam yang merupakan penduduk majoriti di negara ini.

    ReplyDelete
  22. Sepatutnya kita mengutamakan dialog agama secara konstruktif supaya dapat meningkatkan toleransi dalam kehidupan bermasyarakat dengan menjaga kerukunan yang dinamis.

    ReplyDelete
  23. Policies that have been spelt out, structural reform initiatives and programmes need to be implemented, and not left on the shelf or on hold

    ReplyDelete
  24. This thing should put to rest

    ReplyDelete
  25. Kalau begini la caranya alamatlah rosak

    ReplyDelete
  26. Bantuan harus diberi

    ReplyDelete
  27. The Herald sepatutnya tidak menjadi isu pun

    ReplyDelete
  28. They love to make propaganda on that

    ReplyDelete
  29. Aint we should be prosper?

    ReplyDelete
  30. Sengaja diperbesarkan oleh orang politik

    ReplyDelete
  31. I wonder why Sabah has to face this thing all alone

    ReplyDelete
  32. memang patut pihak kerajaan campur tangan menagani masalah ni

    ReplyDelete
  33. perlu selesaikan isu tersebut jangan ada pihak yang mengambil kesempatan

    ReplyDelete
  34. ada pihak tertentu yang tengah main kotor

    ReplyDelete
  35. kenapa hal begini terjadi. Kita berada di Malaysia yang bebas beragama. Ada dalam rukun negara.

    ReplyDelete
  36. Penggunaan perkatan Allah di kalangan pemeluk agama Kristian di Sabah dan Sarawak telah berlaku sekian lama dan tidak menjadi masalah atau sensitif kepada umat Islam di kedua negeri itu.

    ReplyDelete
  37. Keadaannya adalah berbeza dengan di Semenanjung yang majoriti bumiputranya adalah Melayu Islam yang sebelumnya tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan perkataan Allah bagi Tuhan mereka.

    ReplyDelete
  38. Tidak heranlah apabila mereka terkejut, membantah dan meanggap hal ini sebagai suau percubaan untuk mencemarkan perkataan Allah dan mengelirukan umat Islam.Keadaannya sama seperti orang Melayu di Malaysia terkejut melihat orang Indonesia bersongkok bersembahyang di gereja di Semenanjung.

    ReplyDelete
  39. Hal ini adalah pekara biasa di Indonesia tetapi di Semenanjung Malaysia ,Melayu semestinya Islam.

    Maka itu tidak heranlah jika percubaan menggunakan perkataan Allah oleh Mingguan Catholic The Herald dalam penerbitan bahasa Malaysianya telah disyaki sebagai suatu percubaan untuk mendakwahkan Kristian di kalangan orang Islam yang memang terlarang dari segi Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  40. Demikian juga kebimbangan dan kemarahan akan timbul di kalangan orang Kristian di Sabah dan Sarawak jika mereka dilarang menggunakan perkataan Allah sedangkan pekara itu tidak pernah menjadi persoalan kepada orang Islam di negeri itu.

    ReplyDelete
  41. Penjelasan Timbalan Menteri Dalan Negeri Datuk Wan Junaidi bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya melibatkan mingguan Catholic dan bukan Al -Kitab versi Bible Bahaa Melayu seharusnya mewaraskan pemikiran penganut Kristian di Sabah dan Sarawak apabila menghadapi sebarang hasutan politik yang bermotif jahat.

    ReplyDelete
  42. Pemimpin pemimpin Kristian di Sarawak juga tidak yakin bahawa keputusan itu akan melibatkan Sabah dan Sarawak . Presiden Parti Rakyat Sarawak(PRS) Tan Sri James Masing berkata Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud pernah memberikan jaminan bahwa masyarakat Kristian di Sarawak boleh terus menggunakan perkataan Allah didalam doa dan sembayang mereka.

    ReplyDelete
  43. Kata Masing "kami telah menggunakan perkataan ini sejak lebih 100 tahun dahulu dan kami tidak menghadapi masalah dalam hubungan dengan jiran tetangga kami orang Islam."

    ReplyDelete
  44. Untuk mengelakan dari pekara yang samar samar ini di bakar menjadi api politik maka eloklah penjelasan segera diberikan oleh Mahkamah Rayuan tentang samaada keputusan pengharaman perkataan Allah itu meliputi Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  45. Perkataan tu tidak harus dihakmilikkan oleh mana2 pihak.jangan sampai hanya kerana 1 perkataan ni ja, perpaduan di negara ni terjejas dan musnah.

    ReplyDelete
  46. BUAT PA MAU RISAU BAH,"THE HERALD" CUMA DI EDARKAN DALAM GEREJA CATHOLIC JA BAH,BUKAN NYA DI TEMPAT2 UMUM SEPERTI MAJALAH2 ATAU SURATKHABAR BIASA.......YANG KMURANG P BACA JUGA TU PAPER(THE HERALD) SAPA SURU....BASUGGGG.

    ReplyDelete
  47. Setiapkali ada isu yang melibatkan pelbagai agama dalam negara sejak mutakhir ini pasti akan dipolitikkan dengan hebat sekali.

    ReplyDelete
  48. Kepelbagaian agama (pluraliti) dalam negara ini merupakan suatu realiti yang mesti difahami oleh semua pihak. Kita perlu menerima hakikat ini secara positif dengan ketentuan Tuhan yang membawa banyak rahmat.

    ReplyDelete
  49. Masing-masing agama harus memahami batasan yang dibenarkan dan sempadan yang tidak boleh dicerobohi (eksklusif).

    ReplyDelete
  50. premis yang membentuk sikap positif-apresiatif terhadap pluraliti. Kerana itu pula tidak ada masalah bagi umat Islam menghadapi pluraliti masyarakat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.