Politik wang memainkan peranan dalam memastikan seseorang calon yang tidak layak memenangi jawatan dalam pemilihan Umno baru-baru ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, rasuah masih belum dapat dihapuskan dalam pemilihan Umno dan wang masih terus diberikan.
“Banyak wang yang diberi hingga nilai berjuta ringgit dan itu menjadikan mereka yang tidak layak telah dipilih disebabkan wang yang diberi,” katanya di Putrajaya pagi ini.
"Saya pernah menang, kalah dan menang tanpa bertanding dalam pilihan raya. Keadaan yang paling tidak menyeronokkan bagi pengundi di kawasan saya, apabila saya diisytihar menang tanpa bertanding kerana tiada wang untuk beli nasi lemak dan rokok.”
Katanya, jika ada pertandingan maka calon sanggup berbelanja besar untuk mendapat sokongan.
Menurutnya, rasuah dalam pilihan raya bermula selepas negara mendapat kemerdekaan apabila pengundi mula bertanya apa yang akan diperoleh jika mengundi calon tertentu.
“Semenjak itu, kita melihat pilihan raya demi pilihan raya, soalan itu juga yang diajukan. Mereka tidak lagi melihat kepada pembangunan negara tetapi kepentingan diri sendiri.
“Menjual undi menjadi budaya dan pembangunan negara tidak lagi dihiraukan. Apabila hal itu telah berleluasa, rasuah menjadi biasa,” katanya.
Dr Mahathir berkata perkara itu turut melibatkan penjawat awam di mana dari menteri ke pegawai,mengharapkan balasan dalam tugas berbanding menjalankannya sebagai tanggungjawab.
Walau bagaimanapun, Dr Mahathir berkata masalah ini boleh dibetulkan.
“Ia boleh dibetulkan namun bukan dengan menghukum. Ya, hukuman perlu diberi kepada mereka yang bersalah tapi kita juga perlu memastikan semua projek kerajaan dibuat mengikut prosedur dan dalam jangka masa singkat yang diperuntukkan,” katanya. –TMI
Monday, October 28, 2013
Dr M : Politik wang masih wujud dalam Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hang tak tau ka Chet Det? Eh eh eh..hang ni bodo betui noo
ReplyDeletedulu situa ni guna politik wang juga
ReplyDelete