Tuesday, October 22, 2013

Raja-raja patut bertitah isu kalimah Allah

Raja-raja Melayu patut bertitah menyatakan pandangan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan dalam isu kalimah 'Allah', kata pakar perlembagaan.

NONEIni kerana, menurut Dr Abdul Aziz Bari (kiri), perkara itu berkait dengan kebebasan asasi seperti kebebasan beragama dan pentadbiran Islam yang tertakluk bawah bidang kuasa negeri.

Katanya, kementerian dalam negeri mengenakan larangan penggunaan 'Allah' dalam mingguan Katolik berbahasa Malaysia menggunakan alasan ketenteraman dan keselamatan awam.

Bagaimanapun, beliau membangkitkan kes Mamat Daud pada 1998 di Mahkamah Agung apabila "ketenteraman awam" terpaksa memberi laluan kepada faktor-faktor lain.

"Kerajaan kalah kes itu kerana memasukkan alasan ketenteraman awam untuk mendakwa pihak yang menganjurkan solat berasingan di Terengganu dan isu dua imam ditolak oleh mahkamah tertinggi," katanya.

"Oleh itu, kita perlu mendengar apa yang hendak dititahkan oleh raja-raja berhubung kes The Herald bagi mengetahui pendirian mereka.

NONE"Bawah perlembagaan, mereka ketua agama Islam dan mereka patut menggunakan kuasa mereka. Raja-raja tidak terikat dengan nasihat kerajaan."

Raja-raja Melayu patut bertitah melalui Majlis Raja-Raja Melayu sama ada kesemua sembilan anggotanya mempunyai pandangan yang sama.

"Kita tunggu dan dengar apa Raja-Raja nak titah; tak perlu kita sangsi kemampuan mereka. Kita kena objektif.

"Bila mereka sudah buka mulut nanti, barulah kita buat komen.

"Sekarang elok kita tunggu dan kita kena profesional dan objektif," katanya. -MK

2 comments:
Write comments
  1. Betul jugak..kan Raja2 Melayu yg ada Majlis Raja2 tu adalah Tiang Agama, Kepala Negeri bg urusan keagamaan. Baru aku prasan. Maknanya,raja2 melayu tu satu sen pon tak berguna. Habiskn duit rakyat utk bayar gaji dan betul la tindakan Tun Mahathir yg nak hapuskan raja2. Paling tidak pon trhapus kekebalan. Bukan apa,kalau dah benda tu tak berguna,buat apa disimpan. Tonggak Melayu? Bohong la. Tonggak Melayu cina atau India atau apa2 shj takde,itu semua permainan UMNo jer. Tonggak segala tonggak dlm institusi kenegaraan adalah PARLIMEN yg ada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sapa jd kerajaan,dia la yg berkuasa. Kalau di Dewan Rakyat buat usul buang raja2 melayu dan disokong oleh 2/3 suara majoriti,maka usul tu LULUS. Hantar ke dewan Negara..bacaan 2-3 kali,lepas segala rintangan..LULUS lg dan LULUsss. usul nak buang raja2 LULUSSSs maka trbuang la tonggak tu. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN? selama ni pon UMNo mmpermainkan Perlembagaan tu dan tak pelik jika lepas ni kalau bukan BN yg perintah negara,akan tiru balik apa yg BN lakukan trhadap perlembagaan negara yg selalu dilanggarinya.

    ReplyDelete
  2. takkan sdh lupa kes masa dr m dulu...raja2 pun terpaksa ikut 'skrip' UMNgOk!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.