Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak berasa tertekan dengan memorandum Kelab Penyokong Kerajaan yang menuntut peruntukan lebih besar bagi pembangunan dalam belanjawan kerajaan negeri tahun depan.
Beliau menganggap memorandum itu sebagai satu perkara biasa kerana banyak pihak mengemukakan tuntutan sama sebelum ini.
Beliau juga gembira kerana memorandum tersebut menunjukkan minat ke atas operasi pentadbiran kerajaan, katanya.
"Ini satu budaya baru bahawa kita bekerja untuk rakyat... Tidak ada tekanan," kata Khalid sambil ketawa kecil dalam sidang media petang ini.
"Rakyat hendak tahu apa kita buat. Ada kalanya rakyat, ada kalanya ADUN, ada kalanya ahli parlimen. Oleh sebab itu kita sedia kena sedia menjawab dan berjumpa.
"Saya akui ada ada keputusan kerajaan tidak seratus peratus betul, tetapi kita menerima (prisip) ketelusan. Jadi kita betulkan, dan (selepas) itu kita buat kerja lagi, supaya (keterlibatan dalam) pembangunan bersama-sama," katanya lagi.
Memorandum dari Kelab Penyokong Kerajaan Negeri (BBC) bertarikh 7 Oktober itu antara lainnya menolak cadangan untuk mengurangkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM100 juta.
ADUN berkenaan dalam satu taklimat sebelum itu diberitahu bahawa perbelanjaan itu dikurangkan ekoran kegagalan beberapa agensi kerajaan untuk berbelanjar sehingga suku ketiga 2013.
Menurut memorandum tersebut, kerajaan tidak sepatutnya menjadikan kegagalan agensi tersebut untuk membelanjakan peruntukan sebagai alasan untuk mengurangkan peruntukan pembangunan. -MK
Wednesday, October 23, 2013
MB Selangor akui ada kesilapan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.