Perkara ini akan diselesaikan secepat mungkin dan apa yang pasti, keputusan nanti adalah yang terbaik bagi memelihara sensitiviti agama,” kata Adun Linggi, Abd Rahman Mohd Redza ketika diminta mengulas berkenaan gambaran kalimah ALLAH dalam tulisan jawi yang kelihatan di bumbung sebuah tokong di Pekan Pasir Panjang.
Menurutnya, pihaknya akan berbincang dengan pihak pengurusan rumah ibadah itu bagi mengelak kalimah ALLAH SWT di hadapan tokong tersebut terus kelihatan.
“Bagaimanapun, saya percaya ini semua terjadi secara kebetulan di mana tiada sesiapa berniat negatif dalam mempersendakan agama Islam ataupun menyentuh sensitif sesuatu kaum,” katanya.
Abd Rahman berkata, hasil tinjaunya mendapati kalimah tersebut terhasil daripada imbasan pencahayaan daripada tiang lampu berhampiran tokong tersebut.
“Orang ramai jangan membuat sebarang andaian negatif dan cepat melatah kerana ia boleh memecahkan perpaduan serta mengeruhkan lagi keadaan sebaliknya kita bersama-sama bersatu hati dalam menangani masalah yang kecil ini.
“Kemungkinan besar bumbung tersebut akan dicat warna hitam tetapi kita masih di peringkat perancangan dan masih di tahap perbincangan bagi menghilangkan pantulan kalimah ALLAH SWT terbabit,” katanya.
Semalam Sinar Harian melaporkan sebuah tokong di Pekan Pasir Panjang menjadi tumpuan orang ramai selepas tersebarnya di laman sosial facebook yang memaparkan gambar bumbung tokong berkenaan yang terbentuk kalimah ALLAH SWT. -SH
Saturday, October 12, 2013
Kalimah "ALLAH" Di Tokong Terhasil Dari Imbasan Cahaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.