Monday, October 21, 2013

Kristian Sabah dan Sarawak boleh guna kalimah Allah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Najib berkata perkara yang terkandung dalam resolusi 10 perkara peringkat kabinet pusat itu akan dikekalkan di kedua-dua negeri.

"Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah Allah, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan," katanya.

Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berucap demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-28 di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Kota Kinabalu hari ini.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa Herald, penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah pada 14 Oktober untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Perdana menteri mengingatkan semua anggota masyarakat bahawa satu daripada prasyarat untuk menjalani kehidupan aman damai adalah menjaga hubungan antara kaum dan penganut agama di negara ini.

"Kepada rakyat Sabah, harap jangan ada sesiapa rasa tertekan kerana amalan setiap penganut agama akan kekal seperti mana sebelum ini.

"Jika kita hidup dalam aman, keharmonian kaum dan agama dapat kita kekalkan, dipupuk dan diperkukuhkan. Kita (kerajaan) juga ingin lihat bagaimana kita dapat membawa lebih pembangunan di Sabah terutama di kawasan desa dan luar bandar," katanya.

Beliau berkata sebelum gagasan 1Malaysia diperkenalkan, Sabah telah mengamalkannya dalam keserasian, keunikan kumpulan pelbagai bangsa dan etnik, selain cermin kepada konsep masyarakat 1Malaysia.

Sehubungan itu, Najib berkata semua pihak juga harus saling menjaga sensitiviti agama selaras usaha kerajaan memupuk perpaduan dalam kepelbagaian kaum di negara ini.

"...maka kita perlu uruskan segala yang berkait dengan hubungan etnik dan agama dengan saling memahami sensitiviti antara kaum.

"Pokoknya seperti yang saya katakan bahawa kalau kita ambil dua kumpulan besar dalam negara, maka rahsia yang boleh membawa keharmonian kepada penganut agama bukanlah terlalu sukar untuk dicapai... ia bukanlah 'roket science', ia berasaskan pertimbangan yang rasional dan waras," katanya.

Perdana menteri berkata pertimbangan itu mudah sahaja, iaitu orang Islam tidak seharusnya menyakiti hati bukan Islam dan orang bukan Islam juga tidak patut menyakiti hati orang Islam.

Jika semua rakyat berpegang kepada prinsip itu, selain sentiasa disemat dalam ingatan, maka negara akan aman dan harmoni seperti yang dilihat dalam perpaduan rakyat Sabah termasuk anggota PBS sehingga kini, katanya. – Bernama

101 comments:
Write comments
  1. PM patut juga ambil tindakan terhadap pemimpin2 politik di semenanjung yang mencabar penduduk kristian supaya keluar dari negara ini..

    ReplyDelete
  2. the issue of religion, especially the topic of "Allah" should not be politicised. Religious scholars and academicians from all faiths should discuss the best way to solve the problem. They should come up with a statement that should be accepted by all.

    ReplyDelete
  3. They can refer to Muslim-majority countries to see how the matter is being handled. In the interest of the multiracial and multireligious communities in the country, it is best that all quarters refrain from making comments that could stoke unwanted sentiments.

    ReplyDelete
  4. One aspect that all parties would agree to in the dispute and verdict regarding the use of the word "Allah", is the "reverence" for God's holy name. Indeed, this is the third of the 10 Commandments, which states: "Thou shalt not use my name in vain."

    ReplyDelete
  5. Although the outcome was a sad day for Christians, we should accept the verdict for the love and understanding of our Muslim brothers. In the meantime, use the revered name of the Most High and Merciful God only in private.

    ReplyDelete
  6. As alluded to by the judges who passed the verdict, there are alternative names with which the Christian congregation can address the Almighty, either in publication or print.

    ReplyDelete
  7. With deep reverence, Christians do at different times call our God Adonai, Bapa, Christ Jesus, Despotes, Elohim, Father God, Holy Spirit, Immanuel or Isa, Jehovah, King, lord, Messiah, Jehovah Nissi, El Olam, Palet, Qanna, Reedeemer, Saviour and Tuhan.

    ReplyDelete
  8. There are also other names like Universal God, the Victorious One, the Word of God, Yahweh (YHWH), Yesus, Yeshua Hamashia, truly our Zealous God (representing all the letters except for "X").

    ReplyDelete
  9. There are also many other generic names, such as Tuan, Nuan, Baghwan, Kadavul, ShangTi, Siong Teh and Jenang, which are used by different local languages and dialects to refer to the Almighty God, our Creator.

    ReplyDelete
  10. In fact, if all Malaysians begin to call upon God's revered name in repentance, with true humility and sincerity, each in our own God-fearing way, then Almighty God's mercies and blessings will pour down on this land, which is tanah air kita (this land of ours).

    ReplyDelete
  11. Mahkamah rayuan tu ada kata ke yg keputusan mngharamkn pnggunaan kalimah Allah tidak tertakluk pd Borneo. Ia hanya merangkumi Sememanjung shj. atau Najib yg risau undi popular UMNO dr Borneo akan lesap maka lesap lah Najib dr kerusi PM. Masa isu ni mula2 nak didengari di mahkama,mcm2 puak pengampu UMNgok ygtampil bersuara. Keluar dr Msia lah, polis sila siasat la dan bla bla bla. Bila Najib pula oleh balik keputusan Mahkamah rayuan..tu boleh pulak. betul le andaianya yg kata,selagi ada campuirtangan barua2 UMngok,selagi tu le masyarakat akan keliru. selama aku ke Sabah Sarawak,tak pernah aku rasa kecewa dgn pnggunaan kalimah itu oleh pihak gereja..bg aku kita semua mkhluk Tuhan dan selagi kita tidak mnsyirikkn Tuhan, betul la itu. Kalau krsitian nak syirikkn pon..itu dia punya ajaran, apa kita nak halang. Yg penting masjid dan surau di iamarahkn dan perangai org Islam biar disenangi oleh agama lain,itu kaedah tarbiah juga.

    ReplyDelete
  12. Please be firm with wat u said

    ReplyDelete
  13. Jadi ingat bahawa jan sesekali mencabar agama orang lain

    ReplyDelete
  14. Kami baik2 saja sini kamurang laitu perosak keamanan

    ReplyDelete
  15. Kami tau apa tu sensitiviti kamu tau ka

    ReplyDelete
  16. Only foolish people will never know the difference

    ReplyDelete
  17. We are in peace here

    ReplyDelete
  18. Kenapa kami boleh bertolak ansur di sini

    ReplyDelete
  19. We are well rounded

    ReplyDelete
  20. Kami biasa saja pun kamu tu saja lebih2

    ReplyDelete
  21. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:21 PM

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  22. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:21 PM

    Keterangan/Hujah:

    Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

    ReplyDelete
  23. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:22 PM


    Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.

    ReplyDelete
  24. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:22 PM

    Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

    ReplyDelete
  25. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:23 PM

    Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

    ReplyDelete
  26. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:23 PM

    Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

    ReplyDelete
  27. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:23 PM

    Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

    ReplyDelete
  28. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:24 PM


    Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.

    ReplyDelete
  29. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:24 PM

    Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.

    ReplyDelete
  30. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:24 PM

    Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

    ReplyDelete
  31. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:25 PM


    Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.

    ReplyDelete
  32. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:25 PM


    Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

    ReplyDelete
  33. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:27 PM

    Isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam amat mudah di selesaikan jika semua pihak mengambil pendekatan ilmiah. Namun, isu ini menjadi rumit apabila dikaitkan dengan politik.

    ReplyDelete
  34. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:27 PM

    Penggunaan perkataan Allah dalam kalangan bukan Islam sepatutnya dibincang dalam dua tajuk berasingan. Pertama ialah, adakah bukan Islam dibenarkan menggunakan kelimah Allah?

    ReplyDelete
  35. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:28 PM

    Pertama ialah, adakah bukan Islam dibenarkan menggunakan kelimah Allah? Jawabnya ialah tidak ada bukti dan dalil yang menghalang penggunaan perkataan Allah oleh mereka sekalipun mungkin orang Islam tidak selesa. Jika merujuk kepada al-Quran Allah SWT mengisyaratkan penggunaan kalimah ini berlaku dalam kalangan mereka. Firman Allah SWT bermaksud;

    “Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah Yang mencipta langit dan bumi? sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. (al Zumar: ayat 38)

    ReplyDelete
  36. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:28 PM

    Salah seorang penyair jahiliyyah yang bernama Labib juga telah menggunakan kaliamah Allah dalam syairnya. Sabda Nabi SAW;

    “Ucapan yang paling benar ditutur oleh orang Arab ialah kata-kata Labib, ketahuilah semua perkara selain Allah adalah batil.” (Riwayat Muslim: 2256)

    ReplyDelete
  37. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:28 PM

    Ketika bermula peperangan Badar, Abu Jahal telah berdoa kepada Allah dengan lafaz berikut;

    “Ya Allah, Ini adalah orang yang memutuskan silaturrahim, dia membawa kepada kami perkara yang kami tidak ketahui….” (Rahiq al-Makhtum : Wizarah al-Awqaf 2007)

    ReplyDelete
  38. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:29 PM

    Memadailah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam apabila ayah Nabi sendiri dinamakan Abdullah. Penggunaan kalimah Allah dalam kalangan mereka sebenarnya begitu meluas ketika zaman jahiliyyah lagi dan tidak sepatutnya menjadi isu besar dalam kalangan umat Islam.

    ReplyDelete
  39. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:29 PM

    Perkara kedua berkaitan isu ini ialah penggunaan kalimah Allah dalam Bible. Inilah topik yang sepatutnya dibincangkan dengan bijaksana. Jawabnya, bagi saya juga mudah, apakah perkataan Allah digunakan dalam Bible di seluruh dunia. Kalau mereka menggunakannya di merata pelosok dunia, apakah keupayaan kita untuk menghalangnya. Namun berdasarkan fakta, dalam bible tidak ada penggunaan perkataan Allah sebaliknya yang ada hanya god atau ‘Rabb’ dalam bahasa Arab.

    ReplyDelete
  40. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:30 PM

    Maka penggunaan perkataan Allah dalam terjemahan bible di Malaysia tidak sepatutnya berlaku kerana bertentangan dengan fakta ilmu dan realiti tambahan pula bertengangan dengan undang-undang dan budaya setempat.

    ReplyDelete
  41. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:30 PM

    Saya fikir, jika isu ini diurus dengan baik tanpa campurtangan politik bukanlah merupakan perkara yang besar. Adapun berkaitan dengan permohonan mereka untuk menggunakannya mengapa pula kita melenting kerana itu hak mereka untuk memohon dan hak kita dari sudut ilmu dan undang-undang untuk menolak dengan baik.

    ReplyDelete
  42. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:31 PM

    Maka ucapan berunsur ancaman dan amaran adalah tidak perlu, begitu juga kenyataan bahawa Allah hanya hak ekslusif bagi umat Islam adalah satu kenyataan yang amat menghairankan.

    ReplyDelete
  43. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:37 PM

    – Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kontroversi berhubung isu penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam sebuah akhbar mingguan Katolik ‘The Herald’ perlu diselesaikan

    ReplyDelete
  44. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:37 PM

    Sehubungan itu, panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin mengarahkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah ‘Allah’, didengar pada 10 Sept ini.

    ReplyDelete
  45. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:37 PM

    Panel hakim yang turut dianggotai Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusuf itu membuat keputusan berkenaan selepas sebulat suara menolak permohonan Gereja Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan.

    ReplyDelete
  46. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:38 PM

    Dalam penghakimannya, Abu Samah berkata bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memfailkan afidavit yang memperjelas bahawa isu penggunaan kalimah ‘Allah’ bukanlah sebahagian daripada penyelesaian 10 perkara.

    ReplyDelete
  47. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:38 PM

    “Oleh itu, ia tidak terpakai dalam kes ini. Perkara ini (rayuan) tidak boleh dianggap akademik kerana masih terdapat isu dan kontroversi yang perlu diselesaikan,” katanya. Berdasarkan persetujuan bersama pihak gereja, Kementerian Dalam Negeri (KDN), kerajaan dan Majlis Agama Islam di enam negeri, Mahkamah Rayuan tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.

    ReplyDelete
  48. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:38 PM

    Gereja Katolik memfailkan permohonan bagi membatalkan rayuan kerajaan pada 8 Julai lepas.

    Pada 16 Feb 2010, pihak gereja memfailkan semakan kehakiman dengan menamakan KDN serta kerajaan sebagai responden, dan memohon antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam The Herald adalah tidak sah.

    ReplyDelete
  49. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:39 PM

    Akhbar mingguan itu, yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan untuk ‘God’ bagi seksyen bahasa Malaysia terutama bagi memenuhi keperluan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  50. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:39 PM

    Bagaimanapun, kerajaan berhujah penggunaan kalimah ‘Allah’ hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh umat Islam.

    Pada 31 Dis 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan KDN melarang The Herald menggunakan kalimah ‘Allah’ adalah salah, batal dan tidak sah.

    ReplyDelete
  51. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:40 PM

    Kerajaan kemudian mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.

    Terdahulu, peguam Porres Royan, yang mewakili pihak gereja, berhujah rayuan kerajaan harus dibatalkan kerana tidak ada sebarang kontroversi atau pertikaian berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Katolik.

    ReplyDelete
  52. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:40 PM

    Beliau berkata ini kerana penyelesaian sepuluh perkara yang ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dialamatkan kepada pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia Ng Moon Hing membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam kitab Bible Bahasa Indonesia/Bahasa Malaysia serta bahasa pribumi Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang.

    ReplyDelete
  53. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:40 PM

    “Kami berpendapat kerajaan sudah mengubah pendiriannya berhubung penggunaan kalimah berkenaan,” katanya sambil menambah penyelesaian sepuluh perkara itu merupakan keputusan kolektif Kabinet dan ia turut membincangkan isu kalimah ‘Allah’.

    ReplyDelete
  54. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:41 PM

    Porres berkata kesannya ialah kalimah ‘Allah’ kini boleh digunakan dalam Bible Bahasa Indonesia/Bahasa Malaysia serta bahasa pribumi lain dan kitab ini boleh diimport serta dicetak.

    ReplyDelete
  55. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:41 PM

    “Jika Kabinet sudah memberi kebenaran berhubung penggunaan kalimah itu dalam Bible, maka sudah semestinya ia boleh juga digunakan dalam penerbitan,” katanya.

    Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan yang mewakili KDN dan kerajaan berhujah bahawa rayuan mereka tidak harus dibatalkan kerana terdapat isu yang perlu diputuskan.

    ReplyDelete
  56. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:42 PM

    “Permohonan yang difail pemohon adalah remeh dan perlu ditolak,” katanya.

    Beliau berkata isu di depan Mahkamah Tinggi adalah berkaitan kuasa budi bicara Menteri Dalam Negeri mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan berhubung permit pencetakan The Herald manakala penyelesaian sepuluh perkara membincangkan isu kitab Bible.

    ReplyDelete
  57. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:42 PM

    Peguam Mubashir Mansor, yang mewakili Majlis Agama Islam Terengganu pula berhujah semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi terhad kepada keputusan pentadbiran KDN bertarikh 7 Jan 2009.

    ReplyDelete
  58. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:42 PM

    Oleh itu, beliau berkata penyelesaian sepuluh perkara tidak boleh diambil kira kerana dibuat selepas Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah berhubung permohonan semakan kehakiman oleh pihak gereja.

    ReplyDelete
  59. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:43 PM

    “Surat Perdana Menteri bertarikh 11 April 2011 itu tidak menyentuh perjara dalam rayuan berkenaan. Beliau tidak mengatakan bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah Allah,” kata Mubashir.

    Peguam Hanif Khatri Abdulla, yang mewakili Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) berkata arahan Kabinet adalah khusus untuk import dan eksport kitab Bible secara fizikal namun tidak menyentuh kandungannya.

    ReplyDelete
  60. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:43 PM

    Beliau berkata Hishammuddin, dalam afidavitnya memperjelas mengapa penyelesaian sepuluh perkara dikeluarkan dan apa yang dipertimbang serta sebaliknya.

    Hishammuddin juga berkata Kabinet tidak membuat sebarang keputusan berhubung penggunaan kalimah Allah.

    ReplyDelete
  61. ISU AYAT 'ALLAH' bukan satu isu!October 22, 2013 at 2:44 PM

    Hishammuddin berkata keputusan Kabinet pada 11 April 2011 hanyalah mencari jalan untuk mengatasi masalah berhubung import, pencetakan, pengagihan serta penggunaan kitab Bible dalam Bahasa Malaysia di negara ini.

    Lebih 300 anggota badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Macma berhimpun di pekarangan mahkamah seawal 7 pagi

    ReplyDelete
  62. according to Human Resources Minister Datuk Richard Riot Jaem did not apply to worship and literatures of the Christian community of Sarawak and Sabah, or the impor ted Malay Bible from Indonesia.

    ReplyDelete
  63. there should be no cause for confusion and anxiety especially among Christians in Sarawak and Sabah

    ReplyDelete
  64. a lot of confusion arising from the decision of COA. The Prime Minister has asked all cabinet members, both Christians and Muslims to help clear the air

    ReplyDelete
  65. We all are one hearted

    ReplyDelete
  66. Kita kan satu keluarga

    ReplyDelete
  67. So does it mean that we never can watch the herald

    ReplyDelete
  68. people of Sarawak and Sabah in particular the Christian community who have remained calm for not resorting to drastic actions to show their anger and fear over the ruling.

    ReplyDelete
  69. Cabinet should amend laws concerning the decision, and ensure the issue will not affect Sabah and Sarawak as well as any other Christian publications.


    ReplyDelete
  70. issue will not be raised in Sarawak and Sabah which have been using the word all this while without any problem


    ReplyDelete
  71. word ‘Allah’ had been used by Christians for over 100 years even before Malaysia was formed, and there was never any problem from the multi-racial and multi-religious community.


    ReplyDelete
  72. irrespective of race and religion or political parties, the people of Sarawak do not want the issue to be raised in this state, as this can cause racial and religious tensions among the multi-racial community and affect their peace and harmony.

    ReplyDelete
  73. Court of Appeal allowed the government’s appeal against the usage of the word ‘Allah’ in the Bahasa Malaysia edition of The Herald

    ReplyDelete
  74. Catholic weekly has been banned from using the word in its publication

    ReplyDelete
  75. Berdosakan kalau saya menggunakan perkataan ini dalam didalam doa saya tiap hari.. Apakah hukuman jika saya masih dan tetap setia memanggil nama Allah...dalam doa setiap hari. Berdosakan...apakah Allah tidak mendengar doa saya ini.... Saya sebutkan perkataan Allah didalam doa untuk bersyukur dan menyembah dan memuliakanNya, bukan nya membuat kejahatan seperti berperang sesama manusia sambil melaung-laung namaNya..bagaimana?

    ReplyDelete
  76. Sabah sarawak xmasuk mesia ke..cuba ko pm najib ash..

    ReplyDelete


  77. Anonymous said...
    October 22, 2013 at 6:02 PM:

    bukankah ini lebih mengelirukan rakyat [terutama org islam]? ini la yg kita dapat bila UMNgOk lebih SUPREME drpd allah n undang2 negara...

    ReplyDelete
  78. Kalimah Allah adalah untuk semua umat manusia

    ReplyDelete
  79. Isu kalimah Allah boleh selesai kalau peguam luar malaysia yang mengadili, ambil saja dari negara Arab

    ReplyDelete
  80. negara Pakistan dan Turki mnganggap keputusan Mahkamah Rayuan atau apa2 mahkamah berhubong isu klimah Allah yg melarang pnggunaan kalimah oleh agama lain adalah suatu KESILAPAN. Secara asasnya, Allah yg mnjadikn manusia dan makhluk2 lain. Apa msalahnya mereka guna dan sebut Allah.? Syirik..memang Islam mengharamkan dan brdosa besar dan itu dalam Islam. Agama lain kita tak tau dan kita semua tau pnggunaan serta sebutan nama Tuhan kita atau tuhan2 ciptaan manusia dlm agama hindu semua berkonsepkn dan brpaksi kepada kbaikn. Gautama Budhha tu ajarannya seiras dgn ajaran Islam spt juga kristian. Hanya golongn paderi serta rahib mereka yg putarbelit ajaran agama mereka mngikut acuan datuk nenek mereka. Ramai org melayu masuk kristian bukan kerana isu kalimah Allah tapi individu itu sendiri yg mudah trpesong. Melayu murtad bukan sebab kes kalimah sekrang tapi dan berpuloh tahun lampau lagi dan tiada dlm perlembagaan negara yg nak hukum pancung org murtad malah dihina lagi hukum hudud/islam dan disambut baik pnghnaan itu oleh krjaan dan pnyokongnya.

    ReplyDelete
  81. Nampaknya, isu Kalimah Allah telah dipolitikkan sepenuhnya oleh beberapa pihak. Nama ‘Allah’ yang merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa kini dituntut untuk digunapakai sebagai nama Tuhan bagi agama Kristian iaitu salah satu entiti dalam konsep trinity.

    ReplyDelete
  82. Selama ini, entiti tersebut dirujuk sebagai ‘Father’ atau ‘Lord’ tanpa nama yang jelas dan ia tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah kepada mana-mana masyarakat Kristian di dunia.

    ReplyDelete
  83. Kalimah ‘Allah’ bukanlah nama khas tetapi perkataan Arab yang merujuk kepada Tuhan secara umum.

    ReplyDelete
  84. Keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia di mana umat Islam yang merasa bimbang sekiranya penggunaan nama ‘Allah’ di dalam risalah Kristian akan mengelirukan anak-anak mereka sehingga menjadi murtad.

    ReplyDelete
  85. Beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah mempolitikkan isu ini sebagai isu ketidak-adilan dalam konteks kebebasan beragama.

    ReplyDelete
  86. Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini seharusnya ditangani dengan bijak.Perbincangan ilmiah dengan memahami maksud tersurat dan tersirat terhadap tuntutan ini harus diselami oleh semua pihak.

    ReplyDelete
  87. Kalimah Allah merupakan kalimah suci yang melambangkan Islam itu sendiri. Umat Islam semestinya mempertahankan penggunaan kalimah ini agar tidak tersasar daripada maksud sebenar. Ia adalah kewajipan bagi umat Islam dalam mempertahankan kesucian Islam itu sendiri.

    ReplyDelete
  88. 31 Disember 2007—Pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatkan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah Allah. Kerajaan menegaskan bahawa larangan itu masih kekal.

    ReplyDelete
  89. 3 Januari 2008—Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam mesyuarat pada 18 Oktober dan 1 November 2006.

    ReplyDelete
  90. 19 Mac 2008—Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah Allah.

    ReplyDelete
  91. 05 Mei 2008—Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman larangan tersebut dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.

    ReplyDelete
  92. Alasan Gereja Katolik Menggunakan Kalimah Allah

    -Dalam akhbar The Sun (24 Dis. 2007), terdapat laporan bertajuk Church leaders explain use of Allah. Terdapat 5 alasan utama yang dikemukakan oleh laporan tersebut mengapa Gereja Katolik ingin meneruskan penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar terbitan mereka. Alasan yang dikemukakan ialah:

    ReplyDelete
  93. 1) Mendakwa mereka mengikuti Bible. Bible dalam Bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan istilah God dan Tuhan sebagai terjemahan istilah Lord.

    ReplyDelete
  94. 2) Mendakwa bahawa mulai awal ke 19, para penganut Katolik di Malaya telah memiliki buku-buku doa dalam Bahasa Melayu dan kalimah Allah telah digunakan sebagai terjemahan istilah God. Penganut Katolik Malta juga menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dan begitu juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.

    ReplyDelete
  95. 3) Mendakwa ayat-ayat suci al-Quran sendiri telah menunjukan bahawa golongan bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.

    ReplyDelete
  96. 4) Mendakwa bahawa segmen terjemahan dalam Bahasa Malaysia diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi penganut Katolik di Malaysia.

    ReplyDelete
  97. 5) Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3)A Perlembagaan Persekautuan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.