Monday, October 14, 2013

Khalid bidas Anwar Pula?

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata pihaknya mempunyai alasan tersendiri dalam cara membelanjakan lebihan dana kerajaan negeri.

Beliau berkata ia perlu dilakukan dengan tertib agar rakyat tahu tujuan dana itu digunakan.

Proses mengumpulkan lebihan dana kerajaan negeri adalah sesuatu yang sukar dilakukan dan ia memerlukan strategi lebih teliti dalam membelanjakannya, katanya kepada pemberita selepas penyerahan lembu untuk korban sempena Aidiladha di Masjid Kampung Pendamar di sini hari ini.

Beliau berkata kritikan yang diterima daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada forum di Petaling Jaya malam tadi yang melabelnya sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik sebaliknya hanya berbangga dengan lebihan dana itu, dianggap kritikan biasa.

"Pada saya, ia (kritikan) hanya perkara biasa dan saya anggap Anwar ibarat memberi galakan untuk melakukan lebih banyak perbincangan sesama pemimpin agar dapat menjana strategi terbaik menguruskan dana kerajaan negeri," katanya. – Bernama

5 comments:
Write comments
  1. Apa yang membezakannya adalah strategi pengurusan dana (antara Selangor dan Pulau Pinang). Saya merasakan adalah sangat sukar untuk mengumpulkan dana berbanding membelanjakan dana.

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH TS KHALID kerana berjaya tadbir Selangor dengan baik terutama sekali wang rakyat.

    ReplyDelete
  3. Menyimpan dan menabung memang sukar berbanding berbelanja, usah ikut perangai umno/bn yang berbelanja sakan buksn untuk rakyat tetapi untuk kroni......jika banyak wang mudah merancang projek untuk rakyat.....memang akan ada orang kata kedekut...biar kedekut dari murah hati sangat, kerana itu wang rakyat......

    ReplyDelete
  4. Teguran DSAI amat membina, &TS Khalid telah beraya melonjak Ekonomi Negeri Selangor ke tahap yang membanggakan, tahniah TS

    ReplyDelete
  5. setiap teguran ada maknanya, teguran membawa kemajuan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.