Saturday, October 26, 2013

GST 6% berkuatkuasa 1 Apr 2015

Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya mengumumkan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) 6 peratus akan diperkenal.

Ia akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan cadangan itu dalam pembentangan Bajet 2014 hari ini.

Pengumuman itu disambut sorakan bantahan anggota Parlimen pembangkang yang konsisten menentang cukai itu daripada dilaksanakan.

Menyambung pembentangannya, beliau yang juga perdana menteri berkata, GST sistem percukaian terbaik kerana majoriti negara dunia pakai sistem itu.

Antara intipati berkaitan cukai tersebut yang diumumkan oleh Najib dalam Bajet 2014:

  1. GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.
  2. Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.
  3. GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan pengguna domestik; perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti pengeluaran pasport dan lesen, persekolahan serta kesihatan.
  4. Turut dikecualikan GST perkhidmatan pengangkutan, jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih.
  5. Apabila GST dilaksanakan pada 2015, kerajaan akan beri bantuan tunai RM300 sekali bayar kepada penerima isirumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); kadar cukai individu akan dikurangkan 1 hingga 3 mata peratusan; dan struktur cukai pendapatan individu disusun semula.

-MK

5 comments:
Write comments
  1. Beli makanan di Restoran kelas A = kena 6% GST
    Beli makanan di Restoran kelas B = kena 6% GST
    Beli makanan di Restoran kelas C = kena 6% GST
    Beli makanan di Kedai Sederhana = kena 6% GST x
    Beli makanan di Kedai Kecil = kena 6% GST x
    Beli makanan di Gerai = kena 6% GST x
    Beli makanan di tepi Jalan = kena 6% GST x

    ReplyDelete
  2. Memanglah GST mula mula 6% tapi kita tak nampak lagi Akta GST itu macam mana. Mesti ada klausa yang akan memberi kuasa pada Menteri Kewangan untuk kecualikan GST terhadap sesuatu barang atau kadar yang berbeza, ataupun kecuali GST untuk sesuatu tempoh masa.

    Dikhuatiri pula ada menteri atau sesiapa dikehendaki tak payah bayar GST sedangkan rakyat dipaksa bayar.Sedangkan lembu 250 juta boleh dapat free inikan GST tak payah bayar. Dan negara yang selalunya mula GST akan menaikkan kadarnya sedikit demi sedikit. Mula mula 6% silap silap 13% macam negara lain. Macam harga minyak juga kata tak naik last last naik. Dah jadi macam rakyat pula makin kena tingkat produktiviti kerja atau cari duit lebih untuk tampung cukai. Sedangkan pemimpin makin senang. Boleh atur atur pula nak kekalkan orang lemah menang tanpa bertanding or kekal sedia ada untuk jawatan dan tak mahu alternatif fikiran orang lain untuk memimpin.

    Gunakanlah kebijaksanaan pakar ekonomi untuk cari duit dengan cara lain bukan GST kalu tak mampu fikir sendiri.

    ReplyDelete
  3. kerana selepss gst dilaksanakan sale tax 6% dan service tax 10% sudah tak dpat mereka nak tipu pengguna lagi( melayu) sebab kerajaan telah gabungkan sale tax dan service tak dari 16% skrg menjadi 6% sahaja.

    ReplyDelete
  4. macam gula juga... gula aje yang naik harga.. kerajaan tak cakap nak naikkan harga makanan atau kuih muih sebab kesiankan rakyatnya... bijaknya..bijaknya...para pengundi jawablah...

    ReplyDelete
  5. TAHNIAH pengundi-pengundi BN macam HEADHNTER, MANTERA, AKU ORANG SABAH yang telah memberi mandat kepada BN untuk menyembelih rakyat!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.