Friday, October 18, 2013

Rakyat Sabah & Sarawak Sahut Cabaran ISMA?

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) telah menyeru masyarakat Kristian Malaysia untuk menerima keputusan Mahkamah Rayuan mengharamkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh mingguan Katolik The Herald.

Katanya, mereka sentiasa boleh mempertimbangkan berhijrah jika tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Pelawaan Isma disambut baik oleh rata-rata penduduk Sabah dan Sarawak yang ingin menyatakan hasrat untuk keluar dari Persekutuan Malaysia yang diluahkan dalam Facebook mereka.

“Itu yang sebaiknya. Keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Suruh Isma buat kertas cadangan. Hantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Harry Nelson J. Seliang.

Daniel Aishiteru pula berkata,”Malaysia- bawah Thailand, atas Singapura manakala Sabah & Sarawak dalam pulau Borneo. Jauh panggang dari api bah….memang kita layak keluar. Jangan tunggu lagi…”

“Peluang sudah Isma bagi. Sabah Sarawak bantah isu kalimah Allah, keluar Malaysia. Kita tak payah sain sain surat tak susah payah gaduh mulut. Bagus lah idea Isma bagi nih,” ujar Philip Harry Son.

Beberapa orang tidak merasakan, Malaysia tidak bermakna sudah bagi mereka.

“Saya di Borneo bukan di Malaya. Saya tidak mahu bah Malaya,” ujar Collin Ontak.

Gafpelz Blizt Ridexz pula berkata, “Kita bantah perkauman… Mereka semua nak keluarkan kita jadi teruskan… Lebih cepat lebih bagus.. Tak payah nak peduli bah. .Tolong keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia….Kami sedia utk keluar!”

Eva Claude menambah, “Siapa tahu Tuhan sedang bagi jalan sama Sabah Sarawak keluar Malaysia,”

Presiden Isma Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, sebagai rakyat Malaysia, orang Kristian mesti menerima ketuanan Islam di negara ini.

“Mereka boleh memilih untuk bergerak ke mana-mana negara lain jika mereka tidak dapat menerima ketuanan Islam dan royalti yang melindungi ketuanan agama,” ujar Abdullah Zaik Abd Rahman dalam satu kenyataan kelmarin.

Sebelum ini Najib telah menandatangani sepuluh perkara di mana membenarkan penduduk Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam Alkitab (Bible) bahasa Indonesia, Malaysia serta bahasa pribumi Iban, Kadazan Dusun dan Lun Bawang. -FMT

93 comments:
Write comments
  1. Sanggup ka Persekutuan melepaskan Sabah dan Sarawak??

    ReplyDelete
  2. Cadangan ISMA bukan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ni. menunjukkan kepimpinan pemimpin ISMA. Bukan mencari penyelesaian tetapi hanya membuang masalah.

    ReplyDelete
  3. Mahkamah telah memberi kata putus, semua harus menerima keputusan mahkamah

    ReplyDelete
  4. Jangan membangkitkan kemarahan orang-orang Sabah dan Sarawak

    ReplyDelete
  5. ISMA memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu dalam menghasut rakyat untuk terus keluar dari Malaysia

    ReplyDelete
  6. Serupa batu api la ISMA nie

    ReplyDelete
  7. Confirm pembangkang akan memberi respond balik kepada ISMA

    ReplyDelete
  8. I not agree with ISMA suggestion to those not satisfied with court result.

    ReplyDelete
  9. ISMA dok mengarut dan merepek. Lebih baik takyah masuk campur

    ReplyDelete
  10. siapa presiden ISMA tu. apa pasal benggong sungguh.

    ReplyDelete
  11. takkan presiden dan ahli2 ISMA tidak dikenakan apa2 tindakan? mana letaknya keadilan dalam negara islam? adakah agama islam menggalakkan umatnya melakukan provokasi agama?

    ReplyDelete
  12. inilah masanya pemimpin2 BN sabah tampil mempertahankan hak2 yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat di negeri ini.. tindakan mendiamkan diri bakal membuatkan BN sabah gulung tikar..

    ReplyDelete
  13. Malaysia patut mencontohi negara2 Islam yang lain dimana tidak wujud konflik mengenai khalimah Allah sebagaimana yang berlaku di negara ini..

    ReplyDelete
  14. jika beginilah keadaannya, confirm BN akan gulung tikar.. inilah masanya pembangkang terutamanya Pakatan menggunakan isu ini untuk menarik sokongan rakyat..

    ReplyDelete
  15. perbalahan mengenai khalimah Allah sengaja di sensasikan oleh ahli2 politik.. jika selepas ini berlaku bencana yang lebih buruk, diharapkan ahli2 politik ini tidak lari meninggalkan negara dengan bercuti2 diluar negara..

    ReplyDelete
  16. The Court of Appeal ruling to deny Catholic publication Herald the use of the word "Allah" should put the issue to rest. The justification was clear and, more importantly, did not apply any injustice to Christianity or Islam.

    ReplyDelete
  17. All parties should accept the ruling and not fuel the controversy further. Despite the academic arguments voiced, be they by laymen, religious scholars, opinion leaders or academicians, what we should remember is that Malaysia is a multiracial and multi-religious country where the rights of all religions are respected.

    ReplyDelete
  18. We have come to be the peaceful nation that we are today not because we have indulged in controversial debates, but because we cherish tolerance and mutual respect we have for one another.

    ReplyDelete
  19. Leaders of communities and religious organisations must be wise enough to know when some issues should be put to rest rather than continue at the expense of creating animosity and tension in society. The Roman Catholic Church's decision (NST, Oct 15) that it would file an appeal may not be a step in the right direction.

    ReplyDelete
  20. Christians and Muslims are not taught by their religion to disrespect other religions. Granted, in the global and academic context one can argue from many perspectives and historical facts to justify the use of the word "Allah", but when addressing issues affecting the society that one is in, one must not separate oneself from the real context of the society itself.

    ReplyDelete
  21. Insisting on addressing issues from only one's own context could be construed as selfish and disrespectful. The judges noted in their ruling how volatile religious sensitivities in Malaysia were.

    ReplyDelete
  22. They elaborated that their decision did not render injustice to the claimant's grievances while at the same time, will avoid stoking the sensitivities of Muslims.

    ReplyDelete
  23. All religions in Malaysia have always held to the common sense principle of respecting each other's religious sensitivities, so much so that we have communal gatherings such as open houses and kongsi holidays.

    ReplyDelete
  24. It is an integral part of our multi-religious society to see churches, mosques and temples co-exist in cities, towns and even villages. Therefore, is it worth to uphold an academic argument at the expense of destroying such harmonious diversity that we have practised?

    ReplyDelete
  25. All religions in this country have to sacrifice to accommodate countrymen from different religions at some point or the other, and we have done so amicably for the last 56 years.

    ReplyDelete
  26. I am confident that Malaysians from any religious background do not wish to create tension or be disrespectful to their fellow Malaysians.

    ReplyDelete
  27. Let us practise restraint out of respect to our fellow Malaysians regardless of their religious background.

    ReplyDelete
  28. What is the point of having the freedom to practise our religions when what we struggle for is to create animosity in other religions?

    ReplyDelete
  29. Sokong! jika ISMA berani buat cepat surat cadangan tersebut ke meja PM. Warga Kristian Borneo 100% menyokong cadangan tersebut.

    ReplyDelete
  30. Sabah dan serawak bukan lah sebahagian dari Tanah Melayu,sabah dan serawak ada lah rakan kongsi dalam malaysia,kalau lah sabah dan serawak di lepaskan menjadi rakan kongsi nercaya penduduk di Tanah Melayu akan menjadi porak peranda,banyak syarikat besar akan gulung tikar,tak kan lah syarikat seperti sime darby,felda felcra,petronas akan bawa tanah dan alat pemgorek minyak yang banyak di perairan sabah dan serawak balik ke tanah melayu...hanya rakyaat mereka yang akan balik ke semananjung(silap hari bulan mereka pun tidak mahu balik kesana sebab sudah merasai kerhomanian hidup disabah dan serawak) nah pada masa itu sabah dan serawak yang akan mengurus hasil mahsul syarikat tersebut...hilang lah pendapatan berbillion kerajaan Tanah melayu pada masa itu dan dari situ lah rakyaat merekaa berperang dan porak peranda.......hancur beb ISMA....kalau bercakap jangan pakai kepala lutut sepatutnya pakai lah kepala otak bukan hotak

    ReplyDelete
  31. SABAH IS FOR SABAHANOctober 18, 2013 at 7:25 PM

    The Minister’s statement to threaten and intimidate Sabahans shows sheer arrogance of the highest order and a clear-cut abuse of power to lord over and control Sabahans to ensure Umno/Malaya’s dominance and colonization over Sabah” said Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, STAR Sabah Chief in response to the Minister’s statement to weed out protagonists over their claims for Sabah rights.

    There is nothing criminal or wrong in any Sabahan/Sarawakian to seek the restoration of the rights, privileges and autonomy of the Borneo States that were taken away or eroded since 1963.

    The Minister seems to have forgotten the facts of history that Sabah and Sarawak (with Singapore then) formed Malaysia in 1963 and were given various promises and assurances by the then Malayan leaders including the execution of the Malaysia Agreement to induce and entice the Borneo States to form Malaysia.
    Malaysia never existed before 1963 and Malaysia would not have existed even today without Sabah and Sarawak.

    Claims for the restoration of Sabah rights and autonomy do not mean cessation, being anti-Malaya/Peninsula or promoting hatred for other Malaysians. Claiming for Sabah rights is nothing more than the equivalent claim for Malay rights in the Peninsula. Claiming for these rights also does not mean “Sabah for Sabahans” or “Sarawak for Sarawakians”.

    It is not even a shadow of a threat to the security and well-being of the nation although it may seem to be a political threat to the political powers that be. A political threat just like the political threat posed by Pakatan Rakyat to the ruling regime does not mean a threat to the nation or security of the nation. Such a political situation is but part and parcel of a democracy. However, the ruling regime does not see it that away and use every possible government machinery to bully, harass and intimidate the opposition.

    The Minister should take a lesson from the Prime Minister and realize the realities of the political power wielded by the Borneo States and its people including the local BN leaders.

    The people in the Borneo States have awakened from their slumber and now realize that their roles as kingmakers in determining the federal government in Putrajaya and along with it the God-given opportunity to voice and claim the restoration of the rights and autonomy of the Borneo States.

    Sack the ministers and deputy ministers from Sabah and Sarawak today and immediately the ruling BN regime will find itself in the opposition with the Minister himself as the “shadow” minister in the opposition cabinet.

    The claims for restoration of Sabah rights and autonomy are beyond pure harassment and threats by the ministers and the government machinery. The people of Sabah including Sabah Umno/BN leaders and supporters are already joining the band-wagon to seek the restoration of the Sabah rights.

    Even the claims for the return of the oil rights and oil revenue, taken 95% by Petronas and the federal government with RM58 billion taken in 2012, can no longer be ignored. Promises of development, 1 or 2 “Tangki Biru 1-Malaysia”, a few pieces of zinc and timber, a few million here and there, a few hundred million of projects here and there, will no longer satisfy the people in Sabah and Sarawak. It will be more evident come the 14th general election.

    ReplyDelete
  32. Kemajuan yang bakal dicapai oleh SABAH!October 18, 2013 at 7:26 PM

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin negeri Sabah akan mencapai tahap pembangunan dan kemajuan lebih pesat di bawah Malaysia bagi tempoh 50 tahun akan datang.

    ReplyDelete
  33. Kemajuan yang bakal dicapai oleh SABAH!October 18, 2013 at 7:28 PM

    Najib yang menyifatkan Sabah sentiasa 'dekat di hati beliau' berkata kejayaan seperti itu boleh dicapai sekiranya rakyat negeri itu terus memilih kerajaan negeri yang sama dengan kerajaan di peringkat persekutuan.

    ReplyDelete
  34. Kemajuan yang bakal dicapai oleh SABAH!October 18, 2013 at 7:28 PM

    "Kalau kita dah berjaya 50 tahun untuk membawa Sabah ke hari ini, kita berazam 50 tahun akan datang (Sabah) lebih hebat...ini janji kita pada sambutan yang bersejarah malam ini yang mendapat sambutan hangat dari rakyat jelata.

    ReplyDelete
  35. Kemajuan yang bakal dicapai oleh SABAH!October 18, 2013 at 7:29 PM

    "Kita berikrar kepada rakyat Sabah yang merupakan sebahagian Malaysia untuk terus mempertahankan kemerdekaan Sabah agar setiap inci bumi bertuah ini akan mencapai kemajuan itu.

    ReplyDelete
  36. Kemajuan yang bakal dicapai oleh SABAH!October 18, 2013 at 7:29 PM

    "Kita berikrar bahawa kita akan bersama-sama 50 tahun lagi. Sabah bertukar wajah dan tujuh tahun lagi Malaysia mencapai status negara maju dan berharap Sabah juga mencapai status negeri maju," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Malaysia dan perayaan 50 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia di Taman Prince Philip, Tanjung Aru di sini malam Isnin.

    ReplyDelete
  37. Kemajuan yang bakal dicapai oleh SABAH!October 18, 2013 at 7:30 PM

    Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin yang juga Pengerusi Induk Sambutan.

    ReplyDelete
  38. Kemajuan yang bakal dicapai oleh SABAH!October 18, 2013 at 7:31 PM

    Najib yang juga Menteri Kewangan berkata meskipun setiap tahap pembangunan akan memakan masa kerana saiz negeri Sabah yang luas, namun kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berusaha untuk memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini terus terbela.

    ReplyDelete
  39. Kemajuan yang bakal dicapai oleh SABAH!October 18, 2013 at 7:33 PM

    Beliau menegaskan bahawa kerajaan BN akan bekerja keras untuk mencapai kemajuan dan merealisasikan janji dan hala tuju terbaik kepada rakyat Sabah yang menyokong BN pada pilihan raya umum ke-13 yang lepas.

    ReplyDelete
  40. Kemajuan yang bakal dicapai oleh SABAH!October 18, 2013 at 7:35 PM

    Terdahulu, perdana menteri merasmikan Ekopembangunan Tanjung Aru dan pelancaran wang syiling emas 50 tahun sempena sambutan Hari Malaysia ke-50 tahun.

    ReplyDelete
  41. Kemajuan yang bakal dicapai oleh SABAH!October 18, 2013 at 7:37 PM

    Sempena sambutan yang dihadiri kira-kira 50,000 pengunjung itu, turut diadakan persembahan khas 50 tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia yang menampilkan tujuh segmen dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

    ReplyDelete
  42. INI LA SIKAP SESETENGAH MALAYA YANG SUKA BULI URANG KITA

    ReplyDelete
  43. We need to uphold our rights

    ReplyDelete
  44. Jangan condemn orang pasal agama

    ReplyDelete
  45. Semestinya kami inginkan keadilan

    ReplyDelete
  46. Macam macam suda kepingin drg ni

    ReplyDelete
  47. Politicians from both sides of the divide have described a video released by Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) in conjunction with National Day as inappropriate.

    ReplyDelete
  48. Islamic group criticising several other groups they claimed were attempting to alter policies that favour Malays and Bumiputeras.

    ReplyDelete
  49. They had also listed four main threats faced by Malaysia - liberal ideology, chauvinism, Christianity and deviant Shia teachings - all of which, the group said, affected the majority Malay population and their identity.

    ReplyDelete
  50. ISMA also named human rights group Suaram and Chinese education group Dong Zong for their demands which allegedly conflicted with national policies

    ReplyDelete
  51. It is clear that most of them don't have proper relationships with those from other races and religions, or even other Muslim denominations

    ReplyDelete
  52. There was no point in giving prominence to such extreme and narrow views.

    ReplyDelete
  53. Malaysians are more mature than that and do not need to be told what was threatening

    ReplyDelete
  54. If anything, it is intolerant views such as those espoused in the video which should be rejected

    ReplyDelete
  55. It was unfortunate that certain parties went to such extremes in defending their religion and race

    ReplyDelete
  56. We are living in peace and harmony, so do not do anything to lose that. Do not take the extreme road to achieve your objectives

    ReplyDelete
  57. contents of the video showed that ISMA was still under a siege mentality

    ReplyDelete
  58. They always feel that the Malays in this country are under threat

    ReplyDelete
  59. They will not develop any positive characteristics if they keep this up.

    ReplyDelete
  60. It is such an odd message to put up for National Day. Are they trying to sow fear, hatred and mistrust among the Malays?

    ReplyDelete
  61. ISMA did not represent what Islam is about, which is a faith of tolerance, moderation and forgiveness

    ReplyDelete
  62. Everything they project is not only against Islam but also against the spirit of nationhood as championed by our founding fathers

    ReplyDelete
  63. What was under threat was rationality, openness, honesty and the willingness to listen to each other

    ReplyDelete
  64. A lesson to learn from all this is that we have to do a lot more to increase understanding with one another

    ReplyDelete
  65. anything that can cause our peace and harmony to be in jeopardy should be dealt with

    ReplyDelete
  66. Do not abuse the freedom of speech given to mess up the racial harmony that we have had for decades

    ReplyDelete
  67. Fahaman Syiah semakin menular di Malaysia. lebih baik sibuk hal tu. Syiah adalah satu fahaman yang dipelopori oleh seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba

    ReplyDelete
  68. segala ulama memperjuangkan penggunaan perkataan Allah di kalangan bukan Muslim. risau umat mereka tersesat dan akidah terpesong. Segala yang buruk umat mereka lakukan pasti orang lain yang akan dipersalahkan

    ReplyDelete
  69. Sabah sarawak kita dikatakan sudah merdeka 50 tahun dalam malaysia. Tapi apa yang anda lihat sekarang lebih baik atau sebaliknya? Lihat sahaja singapura dan brunei taraf hidup rakyat lebih tinggi dan maju daripada sabah sarawak. sekarang kita dibelenggu dengan masalah agama. Saya bosan dengan isu ketuanan melayu sedangkan kita ni dalam malaysia ada pelbagai kaum. Kalau begini lah malaya mahu ada baiknya sabah sarawak mengikuti jejak singapura. Sarawak jadi negara dan sabah jadi negara. Banyak peluang orang asal jadi duta di luar negara dan yang penting peluang untuk menjadi perdana menteri atau president untuk sabah atau sarawak. Fikirlah baik-baik demi untuk generasi akan datang.

    ReplyDelete
  70. Itu titik permulaan, akan datang tetap ada ethnic cleansing

    ReplyDelete
  71. Pemimpin kanan BN Sabah dan Sarawak menyelar kenyataan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman yang menggesa mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Herald The Catholic Weekly supaya pindah berhijrah ke luar negara.

    ReplyDelete
  72. Pairin sendiri berkata kenyataan itu satu provokasi dan tidak patut diucapkan.

    ReplyDelete
  73. Ini kata-kata yang ada unsur provokasi dan tidak sepatutnya diucapkan terutama ketika Perdana Menteri menganjurkan kesederhanaan sebagai antara tonggak tranformasi ke arah Malaysia yang lebih baik dan bersatu dalam kepelbagaian.

    ReplyDelete
  74. Tindakan mencabar hakikat tersebut boleh menjejaskan kesetiaan mereka kepada raja dan negara.

    ReplyDelete
  75. Pairin menyeru masyarakat Kristian terutamanya di Sabah dan Sarawak supaya bertenang dan tidak terpengaruh dengan retorik isu kalimah Allah.

    ReplyDelete
  76. Rakyat diminta supaya tidak salah anggap dengan isu itu kerana keputusan mahkamah hanya menyentuh soal penggunaan kalimah Allah dalam The Herald.

    ReplyDelete
  77. Pairin dalam pada itu terkilan isu itu telah dibawa ke mahkamah kerana berpendapat ia bukan isu perundangan tetapi isu agama yang melibatkan soal falsafah dan pendekatan akal budi.

    ReplyDelete
  78. Kerajaan Persekutuan melalui Penyelesaian 10 Perkara setuju bahawa Sabah dan Sarawak boeh menggunakan kalimah Allah.

    ReplyDelete
  79. Kita menggunakannya dengan cara yang wajar. Kita juga patut berterimakasih atas jaminan kerana ia tidak terbatal dengan (keputusan mahkamah).

    ReplyDelete
  80. Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr. James Jemut Masing menyifatkan golongan ekstremis yang menggunakan pendekatan "tidak setuju, keluar Malaysia" itu harus ditangani dengan undang-undang sedia ada.

    ReplyDelete
  81. Beliau menyifatkan kelompok itu sebagai "makhluk asing" yang tidak cocok dengan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama.

    ReplyDelete
  82. Kalau kita negara yang hanya ada satu kumpulan etnik, bolehlah cakap macam itu. Tetapi kita negara pelbagai kaum dan pemimpin tidak wajar bercakap seperti itu.

    ReplyDelete
  83. Bagi saya apabila akal manusia yang terhad cuba mentafsirkan kehendak Tuhan, kita akan gagal dan itulah titik mula perbezaan dan masalah agama kita.

    ReplyDelete
  84. Kenyataan Abdullah Zaik mendapat kritikan keras di kalangan masyarakat Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak kerana menambah kekecewaan mereka selepas keputusan Mahkamah Rayuan.

    ReplyDelete
  85. Tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan yang baru dilantik, Datuk Mohamed Apandi Ali berpendapat larangan yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas Herald tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  86. Mahkamah itu juga berpendapat kalimah Allah bukanlah bahagian penting dalam amalan dan kepercayaan Kristian, dan membenarkan Herald menggunakan kalimah Allah akan mencetuskan mudarat kerana ia boleh mengelirukan masyarakat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.