Saturday, October 26, 2013

Kesan GST Kepada Para Pendokong Dan Ahli UMNO!!!

Goods & Services Tax (GST) atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan adalah sejenis Value Added Tax (VAT) iaitu cukai keatas nilai yang ditambah.

Ia akan menggantikan Sales & Services Tax (SST) atau Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang diamalkan sebelum ini.

Apakah perbezaannya atas dua bentuk cukai ini?

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum ini hanya dikenakan pada barang/perkhidmatan akhir yang dijual. Manakala GST dikenakan di setiap peringkat seperti perkilangan dan pengedaran. Dari sudut pulangan kepada negara, hasil dari cukai akan bertambah sebab firma/syarikat tidak lagi dapat 'menyorok' dari di kenakan cukai.

Umpamanya Kentucky Fried Chicken(KFC). Sebelum ia akan kenakan 6% cukai perkhidmatan kepada pembeli. Maka secara kasarnya, pembeli KFC akan untung sebab tiada lagi tambahan 6% apabila GST dilaksanakan.

Tetapi perlu kita ingat... setiap ayam yang disembelih nanti akan dicukai.

Tepung yang digunakan juga akan dicukai ... begitu juga sos, rempah, kentang goreng, keju dan sebagainya.

Sudah pasti secara kasarnya kos firma KFC akan meningkat dengan mendadak kerana cukai tidak lagi dikenakan kepada ayam yang terjual sebaliknya pada semua barang yang terlibat dalam proses pengeluaran.

Untuk menampung kos ini, sudah tentu KFC akan menaikkan harga ayam-ayamnya.

Tiada lagi tambahan 6% kerana harga baru nanti akan menyerap cukai yang telah dikenakan di semua peringkat.

Sebelum ini kerajaan berjanji untuk kenakan kadar 4% sahaja GST ... tetapi petang semalam Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I, Dato' Seri Najib Razak mengumumkan kadar GST ialah sebanyak 6%.

Jelas sekali Janji Tidak Langsung DiTepati sebaliknya berbohong kepada rakyat.

Kerajaan kata ia bagus kerana GST tidak dikenakan pada barangan keperluan asas. Justeru kelompok berpendapatan rendah tidak akan terjejas.

Betul ke atau ungkapan sekadar halwa telinga bagi penyedap jiwa dan mendinginkan kepala yang sedang membara.

Tetapi Kerajaan seolah-olah tidak faham atau sengaja buat-buat tidak faham betapa kenaikan dalam barangan lain yang bukan asas juga akan mengheret ekonomi kepada inflasi dan kesan rantaian

Apabila berlaku inflasi, kelompok paling teruk terjejas adalah golongan berpendapatan rendah.

Golongan berpendapatan rendah ini majoritinya warga luar bandar, kampong-kampong tradisional, Rancangan Felda dan pendalaman.

Golongan ini jugalah yang memenangkan UMNO/BN pada PRU 13 lalu .. golongan ini jugalah yang didera dan diseksa apabila GST mulai berkuatkuasa nanti.

Kalau golongan ini masih jua nak berikan sokongan kepada UMNO/BN pada PRU 14 nanti .. Maaf cakap .... tiada siapa yang boleh membantu mereka lagi.

Omak Kau cukup yakin .. mereka akan marah tapi dalam jangka waktu sekejap saja.-omakkau

8 comments:
Write comments
  1. Sifat dan perangai majoriti orang2 Melayu itu menyebabkan pemimpin2 Umno mengambil kesempatan... kesiaaaan orang Melayu termasuk aku

    ReplyDelete
  2. Aku yang dulu ada 2 orang kawan, aku yang sekarang 2 orang kawan itu sudah jadi menteri, dulu aku disayang, sekarang aku ditendang...

    ReplyDelete
  3. pakcik makcik kat pendalaman mana tahu itu semua, pakcik makcik tahu BN bagusss.jer

    ReplyDelete
  4. hasil minyak,gas, balak dll entah kemana macam pembangunan yg dijanjikan slama 50 tahun dan yg terkini gst - gasak sampai terduduk.Kaya raya lah menteri anak beranak...

    ReplyDelete
  5. Harga barang naik pun tepuk meja..kena tambah cukai pun tepuk meja..itulah realitinya.Kami rakyat bawahan juga yang menanggungnya.Sedih.

    ReplyDelete
  6. kerana selepss gst dilaksanakan sale tax 6% dan service tax 10% sudah tak dpat mereka nak tipu pengguna lagi( melayu) sebab kerajaan telah gabungkan sale tax dan service tak dari 16% skrg menjadi 6% sahaja.

    ReplyDelete
  7. Jangan salahkan KERAjaan. Salahkan diri sendiri yang memberi mandat kepada BN Gasat Sampai Terduduk kepada rakyat!

    ReplyDelete
  8. GST atau tax ni sebenarnya cukai yg gomen amik dr rakyat atas apa2 pembelian atau terima apa2 service. Bahasa kasar,kerajaan amik duit dlm poket kite sebab kita ORG BERADA. Kenapa org berada? sebab kita mampu beli KFC, Pizza, Serbis Kereta di Bangkel EOn atau mana2 bengkel bertauliah atau seumpamanyer.Tak kire tax yg 6% atau 10% atas apa2 nama sekalipon..isunya kite/pengguna kena bayar lebih. Dan jgn lupa..PM akan kata KITA ANTARA TRMURAH DIRANTAU ASIA.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.