Ketua Umno Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menyarankan agar pucuk pimpinan parti memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat dalam pemilihan parti itu.
Ini kerana katanya penggunaan kertas undi dalam pemilihan peringkat sayap semalam menyulitkan dan mengelirukan perwakilan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas proses pengiraan undi untuk sayap Wanita bahagian itu yang masih berlangsung sekalipun pemilihan membabitkan 725 perwakilannya sudah berakhir semalam.
Tinjauan Bernama di pusat pengiraan undi mendapati petugas masih sibuk mengasingkan kertas undi dan dimaklumkan keputusan penuh pemilihan sayap Wanita bahagian itu dijangka diketahui lewat petang ini. – Bernama
Monday, October 14, 2013
Abdul Ghapur saran Umno teliti semula kaedah pemilihan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mcm mana tak hbis kira....penipuan tetap juga berlaku.
ReplyDelete