Monday, October 28, 2013

Melampau : Muhyiddin Kaitkan Azizan Dengan Harga Gula

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan kempen yang tidak berakhlak dan tidak beradab.

Muhyiddin hari ini cuba mempertahankan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan mengaitkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terpaksa memotong kakinya akibat kencing manis.

Jelas Mahfuz, kenyataan Muhyiddin itu tidak berakhlak khususnya kepada ahli keluarga Allahyarham iaitu isteri dan anak-anaknya.

"Kenapa hendak kaitkan keputusan pemotongan subsidi gula dengan Allahyarham yang potong kaki.

"Jangan guna orang yang dah mati untuk menghalalkan mereka menaikkan harga gula," tegas Mahfuz kepada Harakahdaily.

Katanya, Muhyiddin langsung tidak ada rasa hormatkan isteri dan ahli keluarga Allahyarham.

Justeru, Mahfuz menggesa Muhyiddin memohon maaf kepada isteri dan anak-anak Allahyarham serta seluruh pengundi Sungai Limau yang rata-rata begitu rapat dengan Allahyarham.

Hari ini, Muhyiddin dalam majlis pertemuannya bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini.

Menurutnya sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya. -HD

2 comments:
Write comments
  1. Muhydin sdh kehabisan bahan cerita utk berkempen. ..itulah dia suka merapu dan bercakap tdk sedikitpun memikirkan tersentuhnya perasaan ahli keluarga Allahyarham..... nama saja TPM.....bahlul dan lahbau.....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.