Friday, October 18, 2013

BN akan tumbang jika PR bersatu

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menegaskan agar semua jentera parti sama ada daripada pusat atau negeri memberi tumpuan sepenuhnya bagi mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau tanpa mengira siapa calon yang diketengahkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu kelak.



Ini bagi memastikan kawasan berkenaan tidak jatuh ke tangan pihak lawan sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini.

“Jika kalah di DUN Sungai Limau, jangan mimpi nak ambil alih semula Kedah,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-34 Pas kawasan Alor Setar.

Menurutnya yang juga mesra dengan panggilan Mat Sabu menegaskan, ia penting bagi memastikan kawasan yang dianggap tradisi PAS itu kekal milik parti itu.

“Sekali dua ada bertukar tangan antara PAS dan BN tetapi PAS lebih banyak menang di kawasan itu. Selepas lima penggal Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak mempertahan kawasan itu, wajar untuk kita berjuang berhabis-habisan teruskan tradisi itu,” katanya sambil menyatakan keyakinan terhadap pengundi Cina di kawasan itu yang dilihat memihak kepada PR, walaupun calon diketengahkan adalah daripada PAS.

Justeru, mereka perlu bersedia mental dan fizikal untuk PRK ini dan beliau menganggap PRK kali ini seumpama berdepan dengan sebuah kerajaan. Walaupun bukan mudah, ia perlu tetap perlu berdepan dengan cabaran dan serangan pihak lawan.

Mohamad berkata, BN hanya akan menjadi pilihan rakyat pada PRU14 sekiranya PR berpecah belah, berikutan itu, PR perlu sentiasa bersatu.

“Jika Umno fikir begitu, sudah tentu mereka lebih tahu situasi sebenar kerana mereka ada pakar dan penyelidik. Usaha untuk mereka terus berkuasa ialah pecah belahkan PR,” katanya.

Mohamad turut mengingatkan ahli supaya mencari pendekatan untuk membina semula sokongan orang Melayu terhadap PR dalam tempoh empat tahun sebelum PRU14.

“Sokongan orang Cina sudah tiada masalah. Kena tumpu sokongan Melayu pula, jika meningkat hingga tujuh peratus pun saya percaya kita sudah mampu tawan Putrajaya,” katanya. – TMI

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.