Tuesday, October 22, 2013

Kongsi habuan, prosedur lemah?

WACANA Sinar Harian bertajuk “Laporan Audit: Tiris atau Terlepas Pandang”, 10 Oktober lalu me maparkan beberapa hakikat sekali gus mengesahkan kegusaran rakyat tentang kedudukan tadbir urus atau tatakelola bagi kementerian, jabatan kerajaan ser ta badan-badan Persekutuan.

Ternyata seperti yang diterang kan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bahawa banyak aduan yang dibuat meskipun jelas tidak munasabah seperti membeli komputer pada harga RM20,000 walhal hanya RM4,000 di pasaran.

SPRM hanya mempunyai bidang kuasa pemberian dan penerimaan rasuah, tuntutan palsu dan pemberian projek kepada kroni. Maka kalau prosedur diikuti, SPRM tidak boleh bertindak.

Kalau atas kelalaian atau kebodohan, kes tersebut tidak boleh dianggap jenayah dan tidak boleh dituduh di mahkamah.

Dalam kes menipu, yang salah ialah prosedur dan iaperlu dan mesti diperbaiki.

Persoalannya, mengapakah pro sedur itu tidak diperbaiki sehingga berlaku ketirisan yang menelan jutaan ringgit wang rakyat?

Lebih parah, gejala yang me rugikan hak rakyat itu berulang setiap tahun. Sukar untuk mengelak daripada persepsi umum yang mendakwa bahawa dalam ke tirisan seperti ramai yang “berkongsi habuan”. Ia se macam satu “rompakan” yang memberi manfaat kepada banyak pihak.

Dengan wujudnya audit dalaman, yang sepatutnya datang sebelum pihak Ketua Audit Negara, agak hairan juga bagaimana masih boleh tiris dan pelik sehingga gagal dikesan oleh ketua jabatan.

Pegawai, ketua jabatan dan pihak audit dalaman pun sukar mahu dibebaskan dari ‘tuduhan’ yang mereka juga turut culas dan tidak bertanggungjawab.

Mungkin sudah sampai waktunya supaya aspek kelalaian dan “kebodohan” yang tidak boleh dianggap jenayah serta boleh dihukum itu perlu kepada satu perundangan dan akta.

Hal ini penting bagi memperuntukkan hukuman seperti negara- negara lebih maju. Tenyata bagi kebejatan seperti ini dalam tadbir urus kerajaan yang telah berlangsung sekian lama, maka hanya hukuman yang berat sahaja mampu menakutkan pegawaipegawai kerajaan ini seperti pemecatan atau dikenakan surcaj.

Sebaliknya, kalau pegawai ber prestasi baik dan cemerlang maka layak diberikan bonus.

Agak malang serta mengejutkan pelbagai pihak juga apabila Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) membuat kenyataan menganggap tidak banyak kes penyelewangan dalam laporan audit kali ini.

Kenyataan seorang Pengerusi PAC seperti yang dibuat Dato’ Nur Jazlan itu adalah amat dikesali.

Walau apa pun maksud beliau, kenyataan dari seorang pimpinan kerajaan yang memerintah seperti menampakkan “kebejatan” tadbir urus di negara ini telah sampai ke peringkat parah.

Kalau hanya NFC sahaja yang mahu dilihat sebagai sensasi maka nyata beliau silap dan semua pimpinan Umno-BN yang menyatakan pandangan seperti beliau memang tidak layak memeritah negara ini lagi.

Rasuah dan ketirisan telah sampai ke peringkat “terminal” atau maut, tetapi masih ada pemimpin Umno-BN yang tidak peka bahkan berada dalam zon selesa.

Akhirnya, meskipun Ketua Pesuruhjaya SPRM mencadangkan penubuhan pangkalan data harga barang perolehan dan penambahbaikan prosedur tetapi isu pokoknya ialah persoalan keprihatinan terhadap amanah rakyat dan tuntutan Allah, khasnya bagi kakitangan beragama Islam.

Pegangan dan amalan agama pegawai dan kakitangan adalah “formula” dan resepi rawatan yang terbaik ketika prosedur dan hukuman telah dilaksanakan.

Kepekaan tentang sumber rezeki yang dibawa pulang dan disuapkan ke mulut isteri dan anak adalah “insentif” dan “motivasi” yang paling besar yang membawa kebertanggungjawaban dan integriti.

Pada kemuncaknya, itu tetap penyelesaian Islam dan amalan tatakelola yang baik atau “husnul muamalat” atau good governance dalam pentadbiran Islam.

Oleh DR DZULKEFLY AHMAD
» Penulis ialah Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.