KUASA telah mengaburi mata seorang Pengerusi Jawatan Kuasa Dan Keselamatan (JKKK) sebuah kampung nun jauh di Sook. Dengan pembangunan tanah untuk tanaman kelapa sawit yang tidak akan dapat dilakukan sendiri oleh penduduk yang tidak berkemampuan dan berdaya, cuma mengharapkan tanah-tanah yang terbentang luas di hadapan mereka diusahakan oleh sebuah agensi kerajaan secara rakan usahasama.
Ternyata ada pihak yang telah menjadikan wakil kampung ini mengaut keuntungan dengan segera dengan cara menjual lot-lot ini kepada orang luar sehingga mengenepikan penduduk asal kampung tersebut.
Kampung Tuawon, yang berada di bawah bayu Gunung Trus Madi yang indah diapit sempadan Sook dan Tongod, tempat tinggalnya suku kaum Dusun Lobu. Kini tidak boleh berbangga dengan jati diri mereka yang telah dikoyak rabakkan oleh Pengerusi JKKK mereka; yang tidak melihat orang sendiri dalam soal pengambilan peserta sebagai rakan kongsi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB).
Anak tempatan dinafikan hak untuk menjadi peserta. Malahan yang paling menjadi tanda soal ialah orang luar seperti dari Tenom, yang langsung tiada kaitan dengan penduduk Kg Tuawon turut disenaraikan sebagai peserta dalam perladangan kongsi itu yang tidak lama lagi akan ditandatangani.
Termeterinya MoU itu, maka bermulanya sejarah penuh hitam penduduk yang terpinggir dalam pemilihan yang tidak adil tersebut.
Malahan seorang guru besar dan dua orang anak beliau yang belajar di pusat pengajian tinggi adalah antara bakal peserta perladangan kongsi itu. Sedangkan mereka langsung tidak berhak memandangkan mereka ini adalah dari Kg.Mansiat.
Begitu juga dengan isteri Pengerusi JKKK yang diistiharkan bujang disenaraikan di bahagian belia dan anak-anak beliau turut disenaraikan sebagai peserta. Mereka yang bekerja di Kota Kinabalu, malah yang berjawatan tinggi di sektor swasta dan kerajaan juga turut mendapat tuah, seolah menang cabutan tiket bertuah.
Anak-anak PJKKK itu juga berbangga atas usaha ayah mereka, masa depan mereka cerah di hadapan berikutan dengan tersenarainya nama mereka sebagai peserta, mereka akan mendapat bayaran dividen apabila tiba masanya kelak.
Menantu PJKKK juga yang datang dari kawasan lain di luar Sook mendapat durian runtuh kerana bapa mertua sangat sayang kepada mereka sehingga diberikan lot suami isteri. Balu dan duda yang bukannya orang asli di kampung itu juga turut mendapat lot dengan mudah.
Di sebalik semua itu, terdapat rintihan dan keluhan penduduk kampung Tuawon kerana sebagai orang asal, dengan kuburan nenek moyang yang tersemadi dengan aman, mereka telah dipinggirkan malahan dinafikan hak untuk mendapatkan lot tersebut. Lot-lot itu telah disapu oleh PJKKK yang tidak telus diberi kepada keluarga dan rakan-rakannya.
Tindakannya, ibarat anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan. Ramai orang di Tuawon dan sekitarnya bekerja di luar kampung itu mencari rezeki. Namun mereka tidak pernah melupakan kampung halaman. Malahan setiap perayaan, kematian atau keramaian mereka pasti akan pulang untuk sama-sama meringankan beban dan bersimpati.
Namun sikap PJKKK yang sering menggunakan nama Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup tidak disenangi oleh penduduk kampung. Apatah lagi apabila pembahagian kemudahan yang dipohon dari wakil-wakil rakyat tidak sampai kepada sasaran sebenar. Ia terlebih dahulu mengutamakan sanak saudaranya.
Apabila pembahagian zink dibuat atas pemberian Yang Berhormat, beliau akan meminta penama masing-masing mengambil zink itu di pekan Keningau, atau jika beliau bawa ke kampung. Beliau akan memotong sehingga bahagian zink itu sebagai tambang malahan ada yang langsung tidak mendapat habuan.
Ketika orang kampung berura-ura mahu menyingkirkan beliau dari jawatan PJKKK melalui satu mesyuarat yang akan diadakan; dikhabarkan beliau telah mereka-reka minit mesyuarat bahawa penduduk kampung masih memerlukan perkhidmatan beliau sebagai PJKKK.
Hakikatnya jawatan itu dipergunakannya untuk terus memijak masyarakat di kampung dan apabila ditegur beliau akan menggunakan jawaban paling keramat, “Ini yang Tan Sri arahkan”, sehingga menimbulkan kebencian di kalangan rakyat dan penyokong BN di kawasan itu.
Beliau adalah liabilti bagi BN kerana tidak berlaku adil kepada yang lain. Bagaikan Tan Sri Kurup dikencing PJKKK ini. Meskipun beliau adalah orang lama, namun sebagai orang yang penuh dengan tanggungjawab, prihatin dan adil, sepatutnya beliau mendahulukan penduduk sendiri.
Diminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terutamanya soal penyenaraian peserta lot dan pembahagian kemudahan di kampung itu. Mustahil SPRM tidak dapat mengambil tindakan terhadap beliau kerana menyenaraikan anak beranak, isteri, menantu dan kawan-kawan beliau sebagai peserta SLDB, tetapi kenapa isteri, suami atau anak penduduk di kampung itu tidak layak?
Oleh :LEGASI SIMBOUN (sabahkini)
Thursday, November 10, 2011
Kurup Ditipu JKKK Sendiri?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Ternyata ada pihak yang telah menjadikan wakil kampung ini mengaut keuntungan dengan segera dengan cara menjual lot-lot ini kepada orang luar sehingga mengenepikan penduduk asal kampung tersebut."
ReplyDeletePerkara ini harus disiasat supaya tiada pihak mengambil kesempatan terhadap hak milik penduduk.
SPRM harus menjalankan tugas untuk menyiasat perkara yang dikemukakan itu untuk memastikan tiada pihak yang menyalahguna kuasa dan mengambil kesempatan fasiliti yang diberinya.
ReplyDelete"Hakikatnya jawatan itu dipergunakannya untuk terus memijak masyarakat di kampung dan apabila ditegur beliau akan menggunakan jawaban paling keramat, “Ini yang Tan Sri arahkan”, sehingga menimbulkan kebencian di kalangan rakyat dan penyokong BN di kawasan itu."
ReplyDeleteSiapakah Tan Sri itu? Ini merupakan perosak parti dan harus disingkirkan supaya BN terus berkembang dengan ahli-ahli yang betul-betul berusaha dan berdedikasi terhadap rakyat.
Yang berkelayakan tidak dapat apa yang diberi tetapi yang tidak layak semua diberi. Apakah yang terjadi sebenarnya? Kerajaan harus memperbaiki sistem kini untuk mengelakkan golongan kecil ini menjejas imej baik BN.
ReplyDeleteSikap PJKKK yang sering menggunakan nama Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup tidak disenangi oleh penduduk kampung. Apatah lagi apabila pembahagian kemudahan yang dipohon dari wakil-wakil rakyat tidak sampai kepada sasaran sebenar. Ia terlebih dahulu mengutamakan sanak saudaranya.
ReplyDeleteApakah cara untuk memastikan kemudahan dan peruntukan yang diberi 100% sampai ke tangan rakyat? Banyak isu membuktikan adanya golongan yang mengambil kesempatan terhadap peruntukan yang diberi kepada rakyat.
Harap hak tanah rakyat akan dipertahankan, mereka haruslah diberikan bantuan untuk membagunkan tanah mereka.
ReplyDeleteHarap kerajaan akan lebih adil mengurus apa jua perkara, jangan sekali berat sebelah ataupun diskriminasi terhadap sesiapa pun.
ReplyDeletehal ini kena disiasat, jgn biarkan penyelewangan berlaku.
ReplyDeletetanah itu adalah penduduk, ia harus dipertahakan.
ReplyDeleteMacam ini pun boleh berlaku? individu yang menipu seharusnya tidak memegang jawatan itu.
ReplyDeleteKepada semua pemimpin sikap tegas harus sentiasa ada agar penipuan tdak berlaku.
ReplyDeleteitu lah orang sook kena kasi 50.00 terus angkat tangan sokong sikurup..cuba lah kamu cari yang betul-betul boleh membantu rakyaat disana.
ReplyDeleteIni pasti akan salah guna kuasa yang diberi. Ini perlu disiasat dan mengambil tindakan.
ReplyDelete"Ada pihak yang telah menjadikan wakil kampung ini mengaut keuntungan dengan segera dengan cara menjual lot-lot ini kepada orang luar sehingga mengenepikan penduduk asal kampung tersebut."
ReplyDeleteSPRM harus membuat siasatan agar tiada pihak mengambil tindakan dan kesempatan terhadap hak milik orang lain.
Betul kata Zack, Perosak parti harus dilucutkan pangkat untuk menjamin imej baik parti tersebut.
ReplyDeleteJKKK harus memastikan peruntukan dan bantuan diberi sampai ke tangan penduduk dengan sepenuhnya, pembahagian lot juga harus adil dan diutamakan kepada golongan yang betul-betul berkelayakan.
ReplyDeleteSemoga SPRM membuat siastan dengan cepat untuk mengelakkan hal ini berlanjutan.
ReplyDeleteApa2 pun rakyat harus diutamakan.
ReplyDeletesiasatan perlu diadakan.
ReplyDeletekenapa juga mahu tanah itu diusahakan oleh pihak lain? tidak boleh ka usahakan sendiri? orang miskin yang main tumpang tanah orang saja pun boleh maju, inikan pula yang ada tanah sendiri..
ReplyDeletebiasa la.. lepas jual baru sedar tidak ada apa2 lagi yang tinggal.. lepas tu blame pihak lain bila tindakan kurang bijak itu tidak membuahkan hasil..
ReplyDeletenepotisme kini sudah menjadi budaya masyarakat.
ReplyDeletekalau keadaan seperti ini, yang miskin pasti akan terus miskin. yang kaya pula semakin bertambah kaya.
ReplyDeleteharap Kurup dapat melihat sendiri keadaan penduduk di kawasan jagaannya. lakukan sesuatu untuk selesaikan masalah ini.
ReplyDeleteInilah yang berlaku di Negeri Bawah Bayu.....Rakyat ditindas oleh pemimpin walaupun bangsa sendiri selagi bernaung di bawah BN/UMNO/APCO.Rakyat perlu sedar sesedar-sedarnya tentang kebobrokan pemimpin khasnya pemimpin UMNO negeri yang dulunya bagus sebelum masuk UMNO ke Sabah. Tapi bila dah berkawan dan makan taik UMNO mereka sudah habis integriti dan jadi lanun rakyat...
ReplyDeleteharap wakil rakyat di kawasan itu berbuat sesuatu sebelum tersingkir di PRU-13 nanti oleh penduduk tempatan..
ReplyDeleteinilah yang dinamakan tamak kuasa dan duit..
ReplyDeletejika benar perkara ini berlaku, semoga Pengerusi JKKK ini dilucutkan jawatannya dan 'dibuang negeri'
ReplyDeletependuduk asal kampung tersebut tidak patut diketepikan..semoga wakil rakyat di kawasan ini menyiasat hal ini dan bertindak segera
ReplyDeletebetul, semoga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terutamanya soal penyenaraian peserta lot dan pembahagian kemudahan di kampung itu.
ReplyDeleteHarap SPRM akan menyiasat penyelewengan JKKK ini untuk mengenal pasti isu ini.
ReplyDeleteBaik kita tunggulah hasil penyiasatan untuk isu ini.
ReplyDeletePemimpin kita perlulah membuat keputusan dengan bijak supaya tidak mengundang masalah yang tidak diingini.
ReplyDeletesebaiknya pekara ini disiasat untuk mengetahui sama ada pekara ini benar atau tidak..
ReplyDeleteharap pekara ini diselesaikan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteKerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Seringkali pemimpin dan parti yang dapat nama buruk bila orang lain atau orang bawahannya yang buat masalah.
ReplyDeleteSiast perkara ini. Siapa PJKKK itu? Ambil tindakan jika benar dia melakukan kesalahan. Biar jadi pengajaran kepada semua supaya yang bakal dia pun tidak akan buat kesilapan yang sama.
ReplyDeleteItulah banyak yang mahu sangat dapat pangkat dan kuasa. Supaya boleh dapat apa yang diidamkan. Kena pantau tindakan mereka ini supaya tidak menyeleweng.
ReplyDeleteHarapkan pagar, pagar makan padi betullah kalau macam ni!
ReplyDeleteDon't know why some people can act like nothing happen when he or she misuse their power and live in lavish by suppressing the weak and poor ones.
ReplyDeleteJKKK LEBIH TINGGI DARIPADA MENTERI..
ReplyDeleteSebaiknya berikan keutamaan kepada penduduk kampung sendiri mengenai pembahagian tanah perusahan ini.
ReplyDeletePerlukah kita berbuat demikian. tidak patut ini berlaku. Sebaiknya orang kampung perlu difikirkan terlebih dahulu. Harap masalah ini akan ada penjelasan.
ReplyDeleteIni dikira kes rasuah kalau ikut betul Sekarang SPRM perlulah menyiasat perkara ini. Jangan biarkan dakwaan demi dakwaan terus keluar oleh pihak lain.
ReplyDeleteKerana duit dan tamak sanggup melakukan perkara sebegini tanpa memikirkan orang sendiri. Harap JKK tersebut akan diambil tindakan kerana berbuat demikian.
ReplyDeleteTidak layak pengerusi JKKK tersebut untuk memegang jawatan tersebut lagi. Apa pun siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu untuk memastikan kebenaran.
ReplyDeletedisebabkan pemimpin akar umbi seperti inilah kerajaan dan wakil rakyat BN mendapat nama dan imej buruk di mata rakyat.
ReplyDeletetan sri kurup harus segera campur tangan dalam hal ini demi kepentingan penduduk kampung yang telah ditindas dan bagi membersihkan nama beliau yang telah dipergunakan untuk kepentingan peribadi.
ReplyDeletediminta agar nama penuh PJKKK ini disiarkan untuk tatapan umum agar masyarakat tahu siapa yang korup..
ReplyDeletelaporan harus dibuat kepada SPRM untuk menyiasat perkara ini..
ReplyDeletePJKKK tersebut harus dilucutkan...beliau telah menjadi liabiliti kepada wakil rakyat dan kerajaan...gara2 nila setitik, rosak susu sebelanga..
ReplyDeletePenduduk yang tak berubah, kenalah berubah.
ReplyDeletePJKKK ada apa hak untuk merampas harta orang, buduh..
ReplyDeleteMelaukan perkara sedemikian ke atas orang sendiri, tak malulah
ReplyDeleteperkara ini perlu disiasat..sangat memalukan..
ReplyDeletePJKKK yg mengambil kesempatan ini harus di ambil tindakan tegas, mereka2 ini umpna duri dalam daging,yg merosakkn nama baik menteri kita..
ReplyDeletelot yg diberi keda penduduk kampung adalah hak mereka, tidak sepatutnya PJKKK berbuat demikian..
ReplyDeleteperlu buat siasatan berkenaan dengan hal ini, buktikan dulu dakwaan ini, jika benar, mereka ini harus di ambik tindakan..
ReplyDeletejangan sebab tamakkn duit, sanggup berbuat demikian..
ReplyDelete