Monday, July 8, 2013

Akta Hasutan: BN mungkir janji?

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mendakwa keengganan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 menunjukkan bahawa BN tidak menepati slogan 'Janji Ditepati' semasa pilihan raya umum.

Malah, ia merupakan sikap degil yang ditunjukkan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang berjanji pada bulan lalu untuk menggantikan Akta Hasutan dengan Akta Harmoni Nasional.

“Kedegilan Ahmad Zahid tidak boleh diterima. Najib perlu menunjukkan kepastian dan kejelasan bahawa beliau bersungguh-sunguh untuk memansuhkan Akta Hasutan dengan menuntut Ahmad Zahid supaya menurut arahan, menukar pendirian dan menyokong pemansuhan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Ahmad Zahid sepatutnya meletak jawatan dari kabinet sekiranya terus berkeras untuk menarik balik tentangannya.

“Sekiraya tidak, Najib perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau memungkiri janji BN dan curang kepada pengundi dengan tidak memenuhi janji untuk menghapuskan Akta Hasutan,” katanya.

Lim juga menangkis dakwaan Ahmad Zahid bahwa tiada peruntukan yang boleh digunakan untuk mengawal kandungan menghasut jika undang-undang itu dimansuhkan.

Katanya, peruntukan dalam Kanun Keseksaan masih berhubung kesalahan tersebut masih boleh digunakan, selain dengan mengemukakan saman sivil.

Zahid: Kabinet akan pinda, bukan hapus

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan.

Beliau berkata jika dihapuskan, empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan disentuh sesetengah pihak.

"Jika Akta Hasutan dihapuskan keseluruhannya, mereka berhak menyentuh empat perkara ini sedangkan telah termaktub dalam perlembagaan. Saya tidak akan berkompromi jika ada pihak yang menyentuh empat perkara ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Anti Dadah Antarabangsa di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, mana-mana pihak yang menyentuh empat perkara itu harus dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 yang sedia ada.

"Kabinet mahu melihat beberapa aspek sahaja (dan) tidak buat keputusan untuk menghapuskannya ... tapi meminda," kata beliau.

Semalam Ahmad Zahid menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mengenai pembentangan draf baharu Ordinan Darurat 1969, Ahmad Zahid berkata, ia dijangka siap selepas dibawa ke mesyuarat September ini dan pada masa sama ingin membetulkan kenyataan yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menerima draf itu.

"Sebenarnya kita akan mengemukakan kepada AG Chambers, bahagian draf supaya akta itu dibawa ke Kabinet dan selepas itu baru dibawa untuk perbincangan pertama.

"Sekarang ini masih dalam peringkat perbincangan," kata Ahmad Zahid.

- Bernama

63 comments:
Write comments
  1. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baru yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

    Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamim kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

    ReplyDelete
  2. "Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

    Turut hadir Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail.

    Najib berkata, tanpa keseimbangan yang ideal, ia mungkin merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme.

    ReplyDelete
  3. Katanya, keseimbangan itu perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat yang lebih terbuka dengan akses kepada maklumat yang boleh menyebabkan limpahan maklumat, taraf pendidikan dan sosio ekonomi yang semakin tinggi serta tahap harapan yang semakin meningkat.

    "Peruntukan yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama," katanya.

    Beliau berkata, rang undang-undang baharu itu akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.

    ReplyDelete
  4. Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memastikan peruntukan akta itu tidak akan menjejaskan kuasa untuk menangani perbuatan seperti mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja.

    Ia juga meliputi perbuatan untuk menimbulkan permusuhan antara kaum danmempersoal apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang dilindungi dalam Perlembagaan.

    "Sebelum menggubal rang undang-undang Keharmonian Nasional ini kerajaan ingin menjemput pandangan dan pendapat rakyat Malaysia sama ada individu mahupun pertubuhan mengenai perkara yang perlu ditangani dalam merangka perundangan ini.

    ReplyDelete
  5. "Jabatan Peguam Negara telah ditugaskan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk mendapat sudut pandangan emua 'stakeholder' (pihak berkepentingan)," katanya.

    Najib berkata, kerajaan sedar ada pihak menganggap Akta Hasutan sebagai alat untuk merencatkan tindakan dan pandangan yang tidak sealiran dengan kerajaan, namun menegaskan anggapan itu tidak berasas sama sekali.

    "Lantaran itu, peruntukan baharu ini tidak akan menghalang rakyat untuk mengkritik kerajaan dan pentadbiran keadilan. Sebarang perbuatan menghina mahkamah akan dikendalikan sendiri oleh pihak kehakiman melalui peruntukan di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah sedia ada," katanya.

    Dalam pada itu, Najib juga berkata, kerajaan mengambil keputusan menguatkuasakan serta-merta semua akta baharu dan pindaan terhadap akta-aktasedia ada yang yang diumumkan dalam Pelan Transformasi Politik termasuk AktaKesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitanserta Akta Universiti dan Kolej Universiti.

    ReplyDelete
  6. "Melalui pemansuhan dan penggubalan rang undang-undang yang sedang berjalan, kerajaan mahu memastikan ruang demokratik yang mencukupi disediakan untuk perbezaan pendapat serta persaingan idea.

    "Pucuk pangkalnya, kita mahu mencipta sebuah Malaysia yang mana prinsip hak asasi manusia dijunjung, kebebasan individu untuk menyatakan pendapat secara terbuka diraikan, seraya kepentingan individu dan komuniti diimbangi," katanya.

    Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Jabatan Peguam Negara boleh diibaratkan sebagai kompas yang memberi petunjuk bagi memastikan prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sentiasa dijunjung.

    "Saya amat berbangga kerana warga Jabatan Peguam Negara tidak pernah leka dengan sanjungan dan pujian serta tidak melatah setiap kali diasak dengan tohmahan dan fitnah," katanya.

    ReplyDelete
  7. Pemansuhan beberapa akta menjurus kepada pencegahan sebelum ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kekerapan berlakunya jenayah di negara ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Bekas Perdana Menteri berkata, punca peningkatan jenayah disebabkan kurangnya tindakan pencegahan yang dapat dilakukan oleh pihak berkuasa susulan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Ordinan Darurat (EO).

    ReplyDelete

  8. “Akibat kurangnya tindakan pencegahan, menyebabkan kadar jenayah semakin meningkat. Saya lihat ada kaitan antara jumlah jenayah sekarang dengan kurangnya tindakan pencegahan.

    “Ini disebabkan mencegah adalah lebih baik dari menunggu dari jenayah itu berlaku,” katanya pada sidang media.

    ReplyDelete
  9. Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas desakan sesetengah pihak yang mahu kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948.

    Mengulas mengenai akta menjurus kepada pencegahan jenayah, Dr Mahathir memberi contoh pemansuhan ISA adalah satu kerugian kerana akta itu diwujudkan atas sebab tertentu, terutama dalam aspek mencegah jenayah.

    ReplyDelete
  10. “Kita wujudkan ISA kerana ada sebab...kalau kita nak tunggu jenayah itu berlaku dan hukum orang yang melakukan jenayah, yang tidak bernasib baik adalah orang yang menjadi mangsa jenayah.

    “ISA adalah undang-undang yang dibuat untuk mencegah.. ia bukanlah undang-undang yang tidak baik. Tetapi ia (ISA) menjadi tidak baik jika disalahguna,” katanya.

    ReplyDelete
  11. Akta Hasutan 1948 tidak perlu dimansuhkan kerana merupakan benteng utama dalam mengekang perbuatan 'menghalalkan' fitnah, tohmahan serta pelbagai bentuk hasutan.

    ReplyDelete
  12. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, akta itu perlu dikekalkan selepas kerajaan mendengar pelbagai desakan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO).

    ReplyDelete
  13. "Untuk itu, saya tidak fikir Akta Hasutan 1948 patut dihapuskan sebab apa lagi yang tinggal (selepas ISA dan EO dimansuhkan)?

    ReplyDelete
  14. "Jika penghasut-penghasut dan mereka yang menimbulkan perkara-perkara sensitif, yang dianggap memecah-belahkan perpaduan kaum, kebebasan agama dan memberikan gambaran negatif, sudah tentu termasuk dalam kategori hasutan," katanya.

    ReplyDelete
  15. Terdahulu, Ahmad Zahid mengulas desakan pembangkang supaya kerajaan menghapuskan Akta Hasutan 1948 dengan alasan akta itu sebagai warisan yang ditinggalkan penjajah British.

    ReplyDelete
  16. Beliau memberitahu, berdasarkan amalan demokrasi dan kepercayaan mana-mana agama sekali pun, hasutan adalah salah dan perkara itu tidak seharusnya bersandarkan kepada 'matlamat menghalalkan cara'.

    ReplyDelete
  17. "Dengan EO dimansuhkan, maka lihatlah kejadian yang berlaku sekitar masyarakat, kadar jenayah bertambah, perbuatan jenayah yang terdorong daripada undang-undang yang telah memberikan semacam kebebasan kepada penjenayah untuk melakukan kegiatan mereka," kata beliau.

    ReplyDelete
  18. Kepada soalan berhubung draf undang-undang baharu bagi menggantikan EO yang dimansuhkan pada 2011, beliau memberitahu, dalam melaksanakan dasar keterbukaan, kementerian, polis dan Jabatan Peguam Negara akan mengadakan majlis dialog bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat.

    ReplyDelete
  19. Dialog itu, tambah beliau, bertujuan membolehkan pihaknya mendapat maklum balas, input dan ulasan supaya undang-undang baharu nanti diterima semua pihak.

    ReplyDelete
  20. "Kita tidak mahu berlakunya 'rumah siap pahat berbunyi' selepas dibentangkan di Dewan Rakyat, diluluskan Dewan Negara dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong nanti," tegas beliau.

    ReplyDelete
  21. Tidak perlu dimansuhkan rasanya Akta ini. Pembangkang sedang mencari ruang untuk memastikan kesalahan akan berbalik semula kepada kerajaan jika tersalah langkah.

    ReplyDelete
  22. Kerajaan akan meminda Akta Hasutan tetapi pada masa yang sama akan memastikan peruntukan berkenaan mengenakan tindakan ke atas mereka yang mencetuskan huru-hara dan beberapa aspek lain berkaitan terus kekal, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

    BUKAN MUDAH UNTUK MENGHAPUS DAN MEMBUAT UNDANG2 BARU SETELAH SEKIAN LAMA MENGIMPLIMENTASIKAN AKTA HASUTAN NI

    ReplyDelete
  23. Desakan daripada pelbagai pihak yang menyokong Pakatan Rakyat agar AKTA HASUTAN dihapuskan, ternyata sudah sampai ke kemuncaknya. Biarpun hanya bermodalkan 89 kerusi kuasa di Parlimen, tetapi Pakatan Rakyat begitu yakin, tekanan mereka akan dapat mengalahkan Barisan Nasional dan tiada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional yang berani buka mulut, terutama terhadap Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  24. Pada PERINGKAT AWAL ini, nampaknya Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, secara tegas menyatakan bahawa Akta Hasutan tidak boleh dihapuskan atau dipinda mahupun diubah kerana ia akan membabitkan 4 ASAS UTAMA NEGARA di dalam Perlembagaan iaitu AGAMA ISLAM, BAHASA MELAYU, MELAYU-BUMIPUTERA DAN RAJA-RAJA MELAYU.

    Pakatan boleh cakap apa-apa sahaja dan memberikan pelbagai dalih tetapi dalam semua keadaan, keempat-empat teras itulah yang sekarang ini menjadi serangan mereka. Walaupun di dalam Pakatan itu sendiri terdiri daripada manusia yang berlindung dan bergantung kepada keempat-tempat teras berkenaan, mereka sentiasa membohongi diri dan orang lain bahawa tiada sebarang hasutan untuk mengubah atau menghapuskan keempat-empat perkara berkenaan.

    PEMBANGKANG HANYA INGINKAN PERHATIAN RAKYAT DENGAN MENDESAK AKTA HASUTAN DIMANSUHKAN PADAHAL AKTA TERSEBUT SEBENARNYA MELINDUNGI MEREKA SELAMA INI.JIKA BENAR IA DIMANSUHKAN PASTI PEMBANGKANG MASIH TETAP TIDAK HABIS DENGAN KRITIKAN MEREKA

    ReplyDelete
  25. Anda boleh perhatikan dan analisa sendiri, sejauh manakah keempat-empat elemen utama itu terpelihara sekarang ini?

    Teresa Kok mewakili DAP secara terang-terangan menyatakan bahawa dia tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,. Kata-katanya itu langsung tidak disanggah oleh sesiapa pun, termasuklah dari kalangan Barisan Nasional.

    Islam diperlekehkan dari segala segi termasuklah menyamakan agama ini dengan agama-agama lain. Peruntukan untuk pembelajaran dan pendidikan Islam dipertikaikan. Peruntukan untuk masjid dan surau dipertikaikan dan dikecek agar dibahagikan sama rata dengan rumah-rumah ibadat lain. Eksklusiviti Islam mahu dikongsikan termasuklah duit Baitulmal dan tanah wakaf.

    ReplyDelete
  26. Raja-raja Melayu dihina dan diperlekehkan walaupun kerana Raja-Raja Melayulah, Cina dan Tamil dibenarkan menjadi rakyat negara ini. Kalaulah pada tahun 1955, salah seorang daripada 9 orang Raja-Raja Melayu itu menentang dan enggan menerima walau seorang pun Cina atau Tamil sebagai rakyat negara ini, sudah tentu tiadalah Cina dan Tamil yang bergelar warganegara Malaysia sekarang.

    Malangnya, kebaikan dan kesudian Raja-Raja Melayu menerima Cina dan Tamil menjadi rakyat negara ini dibalas dengan sikap tidak mengenang budi oleh anak dan cucu mereka sedangkan sebahagian daripada mereka yang menerima kerakyatan daripada kebaikan hati Raja-Raja Melayu itu seperti Lim Kit Siang dan Chen Man Hin masih hidup dan masih memegang kuasa.

    ReplyDelete
  27. Bahasa Melayu secara 'rasminya' sekarang hanya di atas kertas. Rakyat Malaysia, terutama sekali yang bukan berbangsa Melayu-Bumiputera langsung tidak dapat berbahasa Melayu sama ada menerusi tulisan apatah lagi lisan. Buktinya, hampir kesemua Ahli Parlimen dari DAP, tidak ubah seperti Cina yang baru datang dari tanah besar dan mendarat di negara ini dengan tongkang kongsi. Bahasa Melayu mereka terlalu lemah dan lintang pukang.

    Dan sekali lagi, Teresa Kok menjadi wakil DAP yang menentang Bahasa Melayu bersama-sama Lim Guan Eng yang menurut mereka, perlu diletakkan semua bahasa kerana Malaysia bermasyarakat majmuk.

    ReplyDelete
  28. Kalau bab HAK KEISTIMEWAAN MELAYU-BUMIPUTERA, tak payahlah diceritakan. Anwar Ibrahim adalah proksi Lim Kit Siang untuk menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menghapuskan hak-hak keistimewaan Melayu-Bumiputera sebaik-baik sahaja mereka berjaya menang Putrajaya. Walau bagaimanapun, apabila melihat lebih ramai orang Melayu-Bumiputera yang menjadi penghalang, kenyataan tersebut diubah.

    Justeru apabila Zahid Hamidi menyatakan bahawa Akta Hasutan akan dipertahankan dan serangan Pakatan Rakyat, termasuklah menerusi Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional sendiri, bahkan Menteri Barisan Nasional juga tidak akan mengubah apa-apa yang terkandung dalam Akta Hasutan.

    ReplyDelete
  29. Rakyat malaysia boleh mula tersenyum lega dengan kenyetaan Menteri KDN Dato Seri Zahid Hamidi yang menegaskan Akta hasutan 1948 harus dikekalkan... Walaupun ada sebilangan PUAK Chauvinis Kurang Ajar bising dan idak puas hati dengan ketegasan menteri KDN Tersebut...

    ReplyDelete
  30. kekuatan yang ada pada akta ini telah menyemarakkan keharmonian dan keamanan rakayt Negara ini sejak bertahun lamanya... Perkara yang baik seperti ini perlu dikekalkan demi menjaga kemaslahatan Ummah lebih-lebih lagi dalam konteks Malaysia sebagai Negara Majmuk...

    ReplyDelete
  31. Semua orang boleh bebas bercakap, tetapi kita kena ingat, kita kena bertanggungjawab di atas segala yang kita tutur dan lakukan... Ada pihak yang mula menyentuh perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum lain tanpa rasa bersalah, adakah rakyat seperti ini kita mahu lepaskan begitu saja? No WAY!!!

    ReplyDelete
  32. saya bersetuju agar Akta Hasutan ini diberi nafas baru terutamanya dalam era yang penuh mencabar ketika ini... Ada puak yang sudah berani melawan arus dan bertindak sesuka hati ikut cara kepala dia sendir yang mana cukup menjengkelkan... Budaya kesopanan dan kesusilaan dalam Rukun Negara sudah tiada lagi, malahan yang lebih teruk mereka-mereka ini sudah mengenepikan Kesetiaan Kepada Raka dan negara sebagai Rukun Negara yang kedua...

    ReplyDelete
  33. UMNO telah membuktikan dalam Pilihanraya Umum ke13 yang lepas bahawa rakyat masih memerlukan parti ini untuk terus mengemudi negara terutamanya dalam mencapai wawasan 2020...

    ReplyDelete
  34. Walau badai yang menimpa, parti keramat ini terus menjadi pilihan pertama rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu/Bumiputera sebagai tempat untuk bertaut.

    ReplyDelete
  35. Perhimpunan kali ini akan membawa dimensi baru bagi orang UMNO... Sistem pemilihan yang berbeza jelas menunjukkan UMNO sentiasa mahukan perubahan...

    ReplyDelete
  36. Pertandingan akan membuatkan pemimpin UMNO menjadi kuat samaada yang mahu mengekalkan jawatan atau mahu bertanding merebut jawatan... Tak salah jika ada pertandingan kerana ianya akan menguatkan lagi parti ini... Dalam keadaan pilihanraya ke14 ada lebih kurang 5 tahun lagi, sayapercaya pemilihan baru akan mencernakan idea baru dan semangat baru untuk kekuatan UMNO itu sendiri..

    ReplyDelete
  37. Dengarnya pertandingan jawatan naib presiden adalah antara yang ditunggu-tunggu... Sudah ada yang berbunyi dari pelbagai peringkat agar perubahan mesti dilakukan... Nama-nama seperti Nur Jazlan, Mukhriz Mahathir, jamaludin jarjis, musa aman antara muka-muka baru yang akan merebut jawatan tersebut... Ketiga-tiga presiden yang sedia ada juga akan mempertahankan kedudukan masing-masing... DS Zahid Hamidi dilihat antara yang cukup bertenaga dan kuat dalam mempertahankan kerusi ini.

    ReplyDelete
  38. Sayap pemuda dan puteri juga akan menyaksikan pertandingan... Khairy juga mengalu-alukan pertandingan jawatan ketua pemuda... Diperingkat bahagian, akan berlaku banyak pertandingan di semua bahagian atas semangat mahu menarik suara anak-anak muda terutamanya dalam perancangan kerja 5 tahun sebelum pru14.

    ReplyDelete
  39. ada pemimpin yang mula pasang strategi dan bergerak secara senyap bertemu dengan 'pengundi', nasihat jomo, apa oun yang kita buat ukur baju di badan sendiri... Walaupun pertandingan amat dialu-alukan, tapi kalau dah tahu diri tak mampu dan galas tugas dan tanggungjawab sudah-sudahlah... Pergi ambil masa muhasabah diri... Jangan menyusahkan UMNO apatah lagi menjadi liabiliti UMNO yang menjadi buah mulut orang.

    ReplyDelete
  40. UMNO punyai ramai pemimpin yang berpengaruh dan berbakat... Cungkillah demi kelansungan parti UMNO!

    ReplyDelete
  41. Aku pun dah muak dengan propaganda auta media media pembangkang ni... Kalau sebelum ni puak puak PR ni asyik tuduh media Kerajaan tak betul, auta, tipu dan sebagainya tapi puak puak ni tak pernah juga nak pertikaikan laporan media mereka.

    ReplyDelete
  42. Cukup memualkan... Promo perhimpunan bulan main lagi, tapi aku yakin rakyat mula sedar kerana terlalu diperbodohkan oleh pemimpin pakatan ni..

    ReplyDelete
  43. Malahan ada naib presiden PAS sorang ni pula boleh keluarkan kenyataan siapa yang mati time tu dikira mati syahid... Ingat polis kita bodoh ker?

    ReplyDelete
  44. Polis bertindak atas kapasiti mereka... Larangan telah dibuat... Terpulang kepada rakyat untuk menilai..

    ReplyDelete
  45. Suara majoriti harus diberi keutamaan. Kerajaan jangan layan lagi suara minoriti yang bertujuan semata-mata untuk menyusahkan, merosakkan kepimpinan dan pemerintahan Barisan Nasional. Langkah-langkah untuk mengekang kebangkitan mereka ini juga harus dikuatkuasakan demi menjaga kesejahteraan Negara dan memastikan pemerintahan Barisan Nasional dapat berkhidmat dengan cemerlang terhadap pengundi yang telah memilih mereka.

    ReplyDelete
  46. ni bermakna para pengundi bangsa Cina yang telah menolak Barisan Nasional sudah tidak mempunyai keistimewaan suara untuk didengar dan dilayan tuntutan yang merupakan para pemberontak dan petualang negara ini. Seruan untuk mengekang ekonomi dan obsesi bahasa Cina yang telah membawa semangat kecinaan dan kongsi gelap yang melampau dikalangan bangsa Cina sudah sampai keperingkat wajib untuk dibenteras dengan sekeras-kerasnya.

    ReplyDelete
  47. Tindakan kerajaan Sabah yang menyekat kemasukan pemimpin pembangkang juga harus dipuji. Ini kerana mereka benar-benar mengutamakan suara majoriti rakyat Sabah. Mereka tahu bahawa mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan dan keamanan rakyat Sabah setelah berlaku pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu baru-baru ini. Oleh itu sebarang percubaan dan unsur-unsur negatif telah ditolak bulat-bulat oleh Kerajaan Sabah demi kesejahteraan dan kemakmuran Sabah.

    ReplyDelete
  48. Rentak tari minoriti yang memperbodohkan dan mempermainkan kerajaan harus diabaikan. Selama ini pembangkang yang merupakan minoriti telah menuntut berkali-kali penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya.

    ReplyDelete
  49. Setelah kerajaan akur dan laksanakan permintaan mereka maka pembangkang menggunakan isu dakwat kekal pula untuk menghentam kerajaan secara maksima. Ini adalah antara bukti mengapa sebarang permintaan pembangkang tidak harus dilayan.

    ReplyDelete
  50. Tindakan yang diambil oleh kerajaan Melaka juga harus dipuji. Penutupan sementara Jonker Walk yang merupakan pusat kongsi gelap Cina juga telah membuatkan DAP yang sememangnya rasis menjaga bangsa Cina melenting bagaikan anjing gila. Kononnya penutupan ini menjejaskan ekonomi Melaka sedangkan hakikat sebenarnya ianya cuma menjejaskan mata pencarian orang Cina di Melaka yang rata-rata menjual barangan tiruan saja.

    ReplyDelete
  51. Apabila “periuk nasi” orang Cina diusik, maka Cina DAP akan melenting. Sekarang siapa yang rasis. Pernahkan DAP memperjuangkan nasib peniaga Melayu dan India? Perlu kita ingat bahawa bangsa Cina di Melaka merupakan suara minoriti yang tidak mengundi Barisan Nasional. Oleh itu suara mereka sememangnya tidak ada harga. Jangan kita layan kehendak dan permintaan mereka.

    ReplyDelete
  52. Ini bermakna tindakan Datuk Seri Najib yang telah memilih pemimpin Sabah dan Melaka ini amat tepat sekali. Mereka tahu mengutamakan suara majoriti tanpa menzalimi minoriti seperti yang berlaku di Myammar dan Thailand. Syabas kepada pemimpin Melaka dan Sabah. Oleh itu pemimpin-pemimpin Barisan Nasional di negeri yang lain harus mencontohi mereka.

    ReplyDelete
  53. Kerajaan Barisan Nasional harus menetapkan matlamat dan mengambil langkah drastik untuk mencapai matlamat tanpa menggadaikan nilai-nilai yang boleh menjejaskan agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair kita. Matlamat harus jelas, begitu juga cara perlaksanaannya.

    ReplyDelete
  54. Tumpuan yang cukup fokus dan maksima akan menjamin kejayaan Barisan Nasional dalam mentadbir Negara sekaligus akan memastikan kerajaan Barisan Nasional terus meraih undi maksima dalam Pilihanraya Umum ke 14 yang akan datang

    ReplyDelete
  55. AKTA HASUTAN PERLU UNTUK KEAMANAN NEGARAOctober 3, 2013 at 7:42 PM

    Akta Hasutan 1948 perlu dipertahankan supaya tidak timbul permasalahan kelak jika berlaku situasi yang boleh mengancam ketenteraman awam.

    ReplyDelete
  56. AKTA HASUTAN PERLU UNTUK KEAMANAN NEGARAOctober 3, 2013 at 7:43 PM

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, mengambil kira kepentingan umum itu, maka akta tersebut wajar dikekalkan supaya tidak menerima nasib sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah pun dihapuskan.

    ReplyDelete
  57. AKTA HASUTAN PERLU UNTUK KEAMANAN NEGARAOctober 3, 2013 at 7:44 PM

    Menurutnya, banyak kejadian jenayah tidak mampu dikawal selain tidak dapat mengambil tindakan ke atas mereka yang menimbulkan masalah berhubung keselamatan akibat pemansuhan Akta ISA itu.


    ReplyDelete
  58. AKTA HASUTAN PERLU UNTUK KEAMANAN NEGARAOctober 3, 2013 at 7:45 PM

    Saya bersetuju dan menyokong penuh kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri) akta itu tidak perlu dimansuhkan.

    “Jika kita tengok selepas kerajaan hapuskan Akta ISA, banyak masalah kita hadapi sekarang, jadi kita mesti ada undang-undang bagi menjamin keselamatan orang ramai," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

    ReplyDelete
  59. AKTA HASUTAN PERLU UNTUK KEAMANAN NEGARAOctober 3, 2013 at 7:45 PM

    Semalam, Zahid menyatakan bahawa empat perkara yang termaktub dalam perlembagaan termasuk yang membabitkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi akan terbuka kepada pertikaian sekiranya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.

    ReplyDelete
  60. AKTA HASUTAN PERLU UNTUK KEAMANAN NEGARAOctober 3, 2013 at 7:46 PM

    Kata beliau, dua lagi perkara itu adalah berkenaan kedudukan Raja-raja Melayu serta hak istimewa orang Melayu.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, akta tersebut perlu dipertahankan atau setidak-tidaknya diwujudkan sebuah akta seumpamanya supaya dapat memelihara kestabilan dan keamanan negara.

    ReplyDelete
  61. AKTA HASUTAN PERLU UNTUK KEAMANAN NEGARAOctober 3, 2013 at 7:46 PM

    Katanya, mana-mana pihak termasuk ahli politik tidak perlu takut kepada akta tersebut kerana ia hanya untuk mencegah sebarang bentuk kenyataan yang boleh memecah-belahkan hubungan antara rakyat negara ini.

    ReplyDelete
  62. AKTA HASUTAN PERLU UNTUK KEAMANAN NEGARAOctober 3, 2013 at 7:48 PM

    Akta ini masih relevan supaya dapat membendung anasir-anasir yang menyebabkan perpecahan dalam kalangan rakyat," katanya.

    Berkongsi pendapat sama, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, semua pihak perlu menerima hakikat dan keperluan sebenar kepada akta berkenaan bagi menyekat berlaku keadaan lebih buruk.

    ReplyDelete
  63. AKTA HASUTAN PERLU UNTUK KEAMANAN NEGARAOctober 3, 2013 at 7:49 PM

    Ini bukan soal politik tetapi berkaitan keselamatan. Semua pihak kena faham.

    “Kalau tidak ada satu undang-undang yang sesuai untuk menangani perkara sebegini ia akan mengeruhkan lagi keadaan," katanya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.