Monday, July 8, 2013

Tidak hairanlah Ibrahim Ali mengamuk!

Selepas senyap lebih dua bulan sejak kalah dalam pilihanraya lalu, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali membuatkan kemunculannya di persada media baru-baru ini menjadi perhatian umum semula.

Selain meluahkan rasa kecewanya atas layanan UMNO terhadap Perkasa selama ini sambil membandingkannya dengan layanan yang diberi terhadap Dong Ziong, Hindraf dan paderi-paderi Kristian, Ibrahim Ali juga mengecam beberapa pendekatakan Najib yang dianggapnya retorik

Dalam masa yang sama, Ibrahim Ali juga meluahkan kesusahan hidupnya untuk menyara keluarga sehingga membayangkan akan menjadi pemandu teksi selepas ini.

Dengan membawa Perkasa memperjuangkan banyak kepentingan politik Najib dan UMNO, kekecewaaan Ibrahim Ali tidak sukar difahami. Sementara Perkasa tidak mendapat apa-apa, bahkan sebagai calon pilihanraya pun diabaikan dan mujur Mahathir muncul menghulurkan pertolongan di saat akhir, beliau sebaliknya mendapati NGO yang memperjuangkan hak kaum India iaitu Hindraf lebih diberikan kasih sayang oleh Najib dengan pemimpinnya diberikan jawatan timbalan menteri pula.

Begitu juga Najib sedia hadir ke majlis anjuran Dong Ziong dan menjemput paderi-paderi Kristian ke pejabatnya mengadakan perbincangan. Tetapi Perkasa tidak pernah diberikan layanan sebegitu rupa. Perkasa tak ubah seperti "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" dengan UMNO. Mujurlah ada Mahathir yang banyak memberi sokongan kepadanya.

Jika tanpa Mahathir, Perkasa mungkin umpama anak tiri yang hitam legam dimata Najib dan UMNO. Langsung tidak dipedulikan.

Selain mendapati pemimpin Hindraf diberikan jawatan timbalan menteri, kemunculan semula Ibrahim Ali mengecam Najib dan mahu menjadi pemandu teksi juga hampir serentak dengan musim pemimpin-pemimpin UMNO yang lain menerima habuan durian runtuh melalui pelbagai jawatan dalam GLC dan agensi kerajaan.

Antaranya ialah Dr Latif sebagai Pengerusi SPNB, Azeez Rahim Pengerusi Tabung Haji, Annuar Musa Pengerusi MARA, Ghani Othman Pengerusi Sime Darby serta Rais Yatim dilantik Presiden UIA. Beberapa pemimpin lain juga dikhabarkan akan menerima khabar bakal dilantik sebagai Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah GLC yang lain dan berita mengenainya akan menyusul satu demi satu tidak lama lagi.

Di celah-celah semua perlantikan itu, rupa-rupanya ada lagi berita yang mengejutkan. Rais Yatim yang telah dijadikan Presiden UIA, dalam masa yang saman turut juga dilantik sebagai penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan yang bertaraf menteri. Seolah-olah kewujudan pelbagai kementerian tidak memadai sehingga Najib perlu diberikan nasihat khusus oleh Rais Yatim mengenai aspek sosial dan budaya.

Ini bermakna Rais Yatim yang sudah berkhidmat dalam kerajaan sejak era Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, mendapat ganjaran berganda di zaman Najib, disebalik penggugurannya daripada bertanding di Jelebu dalam pilihanraya lalu.

Perlantikan Rais sebagai sebagai penasihat yang bertaraf menteri juga bermakna bertambah seorang lagi penasihat Najib. Jika sebelum ini beliau sudah ada penasihat yang juga bertaraf menteri dalam bidang agama iaitu Abdullah Mohd Zain, Jamaluddin Jarjis pula sebagai penasihat khas mengenai Anerika Syarikat dan penasihat lain seperti Alies Nor, Omar Ong dalam politik dan puluhan nama lain dalam bidang media dan sebagainya, perlantikan Rais Yatim ini jika dicampur dengan pegawai khas, Setiausaha Politik dan seumpamanya yang sedia ada di JPM, ia mungkin menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri yang paling ramai penasihatnya.

Bahkan sudah menjadi percakapan umum dalam UMNO bahawa beberapa Ahli Parlimen dan bekas menteri lagi akan dilantik sebagai penasihat kerajaan yang juga bertaraf menteri juga tidak lama lagi.

Jika dilihat daripada keghairahan Najib mahu mengagih dan memfaraidkan jawatan dalam kerajaan lebih kepada kawan-kawan dan kenalan rapatnya, tidak mustahil Ibrahim Ali akan tercicir sekali lagi. Ibrahim Ali mungkin merasakan beliau juga layak difaraidkan jawatan atau kedudukan berikutan sokongan dan perjuangannya mempertahankan Najib dan UMNO selama ini walaupun beliau bukan ahli UMNO.

Berbanding mereka yang sudah diberikan jawatan itu, Ibrahim Ali mungkin merasakan beliau tidak jauh bezanya, malah kadangkala lebih ke depan dan lantang dalam membela Najib dan UMNO. Jika dibandingkan dengan Dr Latif atau Rais misalnya, suara Ibrahim jauh lebih kuat dan nyaring membela UMNO atau menempelak Anwar Ibrahim. Begitu juga jika dibandingkan dengan Azeez Rahim, Ibrahim Ali juga tidak kurang sumbangannya kepada masyarakat. Bahkan jika Azeez Rahim kerap mencium tangan Rosmah Mansor, Ibrahim Ali juga tidak lupa berbuat demikian setiap kali bersalam dengan isteri Perdana Menteri itu.

Kalau Hindraf boleh diberikan jawatan timbalan menteri, apa pula istimewanya Rais Yatim sampai diberikan dua jawatan sekaligus? Begitu juga dengan nama-nama lain yang sudah dan bakal diberikan jawatan oleh Najib yang kini mulai menjadi percakapan ramai. Barangkali kemunculan semula Ibrahim Ali dengan gaya gempaknya baru-baru ini sekadar mahu mengingatkan Najib tentang dirinya yang selalu dianak-tirikan. Sekali-sekal jadikanlah "anak manja" pula, kalau pun tidak mungkin dijadikan "anak emas".

Oleh Shahbudin Husin

49 comments:
Write comments
  1. "Nasib Sabut Timbul Nasib Batu Tengelam." Unk Pak Ibrahim renung-renungkanlah pepatah lapuk ini.

    ReplyDelete
  2. Mungkin PERKASA bukannya tidak dipandang oleh Najib. Mungkin kita perlu memilih yang terbaik kepada semua berbanding kebaikan untuk 1 pihak saja.

    ReplyDelete
  3. Maka Ibrahim Ali perlulah faham. Negara kita ini negara yang pelbagai kaum.

    ReplyDelete
  4. Tidak salah rasanya dengan keputusan yang dibuat oleh Najib. Beliau lebih faham apa yang terbaik. Mungkin Perkasa saja yang masih lagi mundur dengan perjuangan mereka.

    ReplyDelete
  5. Benar kita lihat perkasa ini ada membantu UMNO untuk terus disokong. Datuk Najib pasti menghargainya.

    ReplyDelete
  6. Tapi tidak perlulah Ibrahin mengamuk dan sebagainya. Tidak perlulah. Belajar terima kenyataan.

    ReplyDelete
  7. Kita ucapkan kepada kerajaan BN kerana sekali lagi telah dipilih sebagai kerajaan di Malaysia.

    ReplyDelete
  8. BN tetap yang terbaik untuk rakyat. Mungkin parti ini perlu teruskan usaha mendekati rakyat.

    ReplyDelete
  9. Rakyat lebih suka diambil perhatian kebajikan dan kepentingan mereka. Jadi laksanakan semua itu demi masa depan Kerajaan BN.

    ReplyDelete
  10. Setakat mana usaha Perkasa demi kemenangan BN. Mungkin tidak sehebat mana pun perkasa ini.

    ReplyDelete
  11. Yang membimbangkan adalah Perkasa ini parti yang tidak menghormati kaum lain di negara ini.

    ReplyDelete
  12. Apabila bercakap tentang kuasa,tidak dapat lari daripada menggunakan perkataan pengaruh. Pengaruh yang dimaksudkan ialah pengaruh kuasa yang dibentuk.

    Maksud pengaruh secara logiknya, kita bolehlah mengatakan bahawa A boleh mempengaruhi B sekiranya kehendak A menyebabkan perubahan pada tingkah laku B. Seseorang yang berpengaruh hanya boleh mempengaruhi individu atau masyarakat dalam perkara tertentu.

    ReplyDelete
  13. Ada juga yang berpendapat bahawa pengaruh itu merupakan satu keadaan yang membolehkan seseorang membuatkan orang lain menyukainya atau menyokongnya.

    Keadaan ini mungkin disebabkan dia mempunyai kepandaian semula jadi untuk mengambil hati orang lain. Jadi secara tidak langsung, dia mempunyai kuasa untuk menyebabkan seseorang itu mengikut segala perintah dan arahan yang dikeluarkannya.

    Jadi boleh disimpulkan yang pengaruh adalah sesuatu yang abstark sebab pengaruh susah didefinisikan dengan jelas. Pengaruh tidak dapat diukur atau dilihat dengan mata kasar, tetapi kesan dan akibatnya adalah jelas.

    ReplyDelete
  14. Aspek-aspek pengaruh termasuklah penyelarasan sumber-sumber politik yang membolehkan seseorang itu mempengaruhi tingkah laku orang lain seperti pekerjaan, wang dan lain-lain.

    Kemahiran individu yang digunakan dalam pelbagai bidang politik, juga matlamat yang digunakan oleh individu dalam mengembangkan sumber-sumber politik atau cara-cara mendapat atau menggunakan politik. sesetengah orang menggunakan kekayaannya untuk mendapatkan kuasa atau pengaruh politik dan sesetengahnya untuk kepentingan diri sendiri.

    ReplyDelete
  15. Pemimpin Umno menyatakan kesediaan untuk bertemu pemimpin badan bukan kerajaan (NGO)/PERKASA, Datuk Ibrahim Ali bagi merungkai sebarang kekeliruan.Menyifatkan kemarahan Ibrahim itu sebagai 'salah faham', beberapa pemimpin Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka tidak berniat meminggirkan Perkasa.

    IBRAHIM ALI PERLU SEDAR BAHAWA SIKAP BELIAU YANG SERING MENCETUSKAN KONTROVERSI TERUTAMA ISU KAUM DAN AGAMA AMAT BAHAYA PADA NEGARA

    ReplyDelete
  16. Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mengatakan parti itu akan mengadakan perbincangan dengan Ibrahim.

    “Ibrahim Ali memainkan peranan penting kepada Umno,” katanya merujuk kepada peranan dimainkan Ibrahim dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

    MASING-MASING MEMPUNYAI PERANAN YANG TERSENDIRI.TIADA YANG SEPATUTNYA RASA DIPINGGIRKAN.

    ReplyDelete
  17. “Umno perlu adil kepada semua. Akan adil kepada Perkasa dan Ibrahim. Kita akan duduk berbincang dan menjernihkan suasana,” katanya yang menyifatkan, Perkasa sebagai mesra Umno dan tidak timbul persoalan parti berkenaan menolak peranan mereka.

    SEPATUTNYA IBRAHIM ALI BERSEMUKA SENDIRI DENGAN UMNO/BN BAGI MEMBINCANGKAN MENGENAI PERKARA TERSEBUT, BUKANNYA TERUS MENGHEBOHKAN KEPADA UMUM PERASAAN KETIDAKPUASAN HATI BELIAU

    ReplyDelete
  18. Selain Razali, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid turut menafikan Umno meminggirkan Perkasa.

    “Saya tidak nafikan dakwaannya. Akan tetapi sebagai Ahli Parlimen biasa Umno, saya nak beliau tahu Umno tidak pernah meminggirkan Perkasa.

    “Tidak betul untuk dia (Ibrahim) marah-marah. Tuntutan mereka boleh dipertimbangkan Umno selagi tidak menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat berbilang kaum,” katanya.

    PERKASA@IBRAHIM ALI PERLU SEDAR DENGAN ISU-ISU PANAS YANG BELIAU TIMBULKAN SEBELUM INI. ADA YANG TAK BETULNYA HINGGA BELIAU SENDIRI YANG RASA DIPINGGIRKAN.JANGAN BUAT RAKYAT MUAK DENGAN SIKAP TERSEBUT.

    ReplyDelete
  19. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang reaksi ketika ini.

    “Biar Ibrahim Ali tenang dulu. Kemudian kita boleh bincang mengenai kemarahannya,” katanya.

    Ibrahim menyelar Umno kerana tulang belakang Barisan Nasional (BN) itu meminggirkan Perkasa, sebaliknya memberi layanan baik kepada kumpulan 'biadap' termasuk Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum PRU13.

    Berikutan itu, beliau kian hilang sabar dengan karenah kerajaan dan memberi amaran untuk mengambil langkah yang tidak dinyatakannya.

    KERAJAAN ADIL KEPADA SEMUA RAKYAT TANPA MENGIRA KAUM DAN AGAMA.IBRAHIM ALI TIDAK SEPATUTNYA MERASA DIPINGGIRKAN.PERBAIKI APA YANG LEMAH DALAM PERTUBUHAN TERSEBUT DAN JANGAN ASYIK MENYALAHKAN UMNO/BN.

    ReplyDelete
  20. Ibrahim Ali sepatutnya tidak bertindak mengikut emosi. Jangan salahkan pihak lain atas kelemahan sendiri.sebelum ni memang beliau suka sangat timbulkan isu agama dan perkauman.

    ReplyDelete
  21. Anwar Ibrahim tidak pernah menafikan dia mempunyai hubungan secara langsung dengan anasir-anasir luar yang mahu menjajah negara ini. Malah Anwar Ibrahim secara terbuka pernah mengumumkan bahawa dia akan mempertahankan negara haram Zionis Israel serta mengecam umat Islam yang menentang pendudukan haram Zionis Israel dan negara haram itu sendiri. Anwar Ibrahim juga secara terbuka pernah menyuarakan sokongannya kepada pemusnahan dan penghapusan umat Islam di beberapa negara seperti di Iraq, Sudan, Afghanistan mahupun di Pakistan atas nama JUSTICE menurut acuan Amerika Syarikat dan Zionis.

    ReplyDelete
  22. Usahanya untuk membawa campurtangan asing ke negara ini pada tahun 1997 setelah kelihatan berjaya pada mulanya menerusi serangan mata wang dan kewangan negara membabitkan penyangak matawang George Soros serta pelabur-pelabur ‘atas angin’ yang telah memecahkan gelembung atau belon indeks BSKL, akhirnya berjaya disekat oleh Tun Dr. Mahathir yang pada ketika itu masih lagi berupa Perdana Menteri Malaysia. Tindakan yang paling tidak disangka-sangka oleh Anwar Ibrahim akan dilakukan oleh Mahathir adalah dengan mengikat matawang Amerika Syarikat dengan Ringgit Malaysia pada harga RM3.80 bersamaan dengan USD1.00.

    ReplyDelete
  23. Mahathir dan pentadbirannya selepas mengenepikan Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan, tidak berhenti setakat itu sahaja. Sebaliknya Mahathir dan pasukannya telah ‘merombak secara besar-besaran’ hukum ekonomi dengan mengamalkan perbelanjaan secara besar-besaran bagi menjanakan kecairan domestik, sekaligus menggalakkan rakyat berbelanja dalam negara. Mahathir juga telah menggiatkan ekonomi dengan pengumuman banyak projek mega yang disifatkan sebagai gajah putih termasuklah Putrajaya dan Cyberjaya.

    ReplyDelete
  24. Anwar dan IMF serta Bank Dunia yang pada mulanya mengecam Mahathir, akhirnya melopong. IMF dan Bank Dunia mengakui kaedah yang digunapakai oleh Mahathir lebih berkesan berbanding kaedah mereka. Manakala Anwar Ibrahim pula hilang muka hendak disorokkan kerana dia ternyata tidak faham suatu apa pun tentang prinsip ekonomi, melainkan sepertimana yang telah diberitahu kepadanya oleh tuan-tuan besarnya.

    ReplyDelete
  25. Kegagalan menyerang Malaysia menerusi struktur ekonomi tidak mematahkan semangat Anwar Ibrahim. Dia sedar, dia sangat lemah dalam bidang ekonomi meskipun kerap kali dia mendabik dada kononnya dialah yang paling jaguh dan kononnya dialah yang paling tahu, walaupun sepanjang dia berkhidmat selaku Menteri Kewangan dahulu, yang ada di belakangnya adalah MTEN dan Daim Zainuddin. Dia cuma tukang baca skrip!

    ReplyDelete
  26. Tahun 2008, Anwar Ibrahim cuba menyerang sistem pertahanan dan ketenteraan negara selain beberapa instrumen penting negara yang lain. Belum pernah berlaku dalam sejarah mana-mana negara moden, pihak pembangkang akan menyerang dan berusaha mendedahkan apa-apa sahaja tentang sistem pertahanan dan ketenteraan negara.

    ReplyDelete
  27. Anwar memang berbeza sama sekali. Dia tidak peduli dan dia cuba mengaitkan semuanya dengan jawatan Perdana Menteri yang sangat diidam-idamkannya. Anwar Ibrahim melihat isu kapal selam Scorpene sebagai isu utama untuk melakukan serangan. Isu kapal selam tersebut kemudiannya dikaitkan dengan kematian model Mongolia, Altantuya Shiiribu dan Anwar Ibrahim secara terbuka menuduh Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan tersebut.

    ReplyDelete
  28. Semuanya digarap sebaik-baik mungkin untuk dipersembahkan kepada masyarakat. Dan tidak lama kemudian, beberapa orang bekas pegawai tinggi tentera mulai seperti anjing sawan yang kelihatan takut-takut di hadapan Anwar Ibrahim. Antara mereka adalah Abdul Hadi Al-Khattab yang sebelum ini turut dikaitkan dengan skandal penjualan enjit jet tempur F-5E, Imran Abdul Hamid yang sebelum ini dikaitkan dengan pembinaan friged di Lumut dan Abdul Ghafir Abdul Hamid yang dikaitkan dengan beberapa kontrak dan tender pembekalan untuk Tentera Darat.

    ReplyDelete
  29. Walaupun sebelum ini terdapat khabar-khabar angin mengatakan ketika berkuasa dan masih dalam jawatan, pegawai-pegawai tinggi tentera tersebut terlibat dalam penjualan maklumat keselamatan negara selain bekerjasama dengan pihak asing, bukti-bukti tidak dapat diadakan dan khabar-khabar angin tersebut kekal menjadi khabar-khabar angin semata-mata.

    ReplyDelete
  30. Namun melihat kepada kehadiran pengawal-pengawal peribadi upahan Anwar Ibrahim yang didatangkan khas dari Filipina serta mempunyai pelbagai kemahiran tinggi terutama dalam bidang perisikan, ketenteraan dan persenjataan, wujud semula tanda tanya apa kaitan antara pegawai-pegawai tinggi ATM itu dengan pengawal-pengawal peribadi Anwar Ibrahim?

    ReplyDelete
  31. The toughest man in Umno these days is vice-president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

    ReplyDelete
  32. Not just as a big biker astride his Harley-Davidson but also as the Home Minister who believes sedition laws should remain and not amended to pander to civil liberties activists.

    ReplyDelete
  33. The 60-year-old minister has good reasons to keep tough until the Umno elections is completed by end of this year. The party consensus is to stop contests for the top two posts but not for the three vice-presidents slots, where talk is there could be a contest with Kedah Mentri Besar Datuk Mukhriz Mahathir leading the pack of hopefuls.

    ReplyDelete
  34. The official noted that Zahid has been honing his tough-guy image since the Sulu incursion into Sabah last February, where he took charge as Defence Minister while the then Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein delayed any action to resolve the crisis.

    ReplyDelete
  35. Analysts pointed out that both Zahid and Hishammuddin are party vice-presidents with Sabah's Datuk Seri Shafie Apdal, and any challenge could risk their posts.

    ReplyDelete
  36. The need to keep his party post has pushed the always-smiling Zahid to take a hardline stance on several issues from dealing with street protests to keeping certain laws.

    ReplyDelete
  37. He has gone public to oppose Datuk Seri Najib Razak's announcement that the controversial sedition law is to be amended, saying that the Cabinet has yet to decide on the law that is used mainly against opposition politicians.

    ReplyDelete
  38. DAP secretary-general Lim Guan Eng has asked Najib to censure Zahid, saying the prime minister had pledged a year ago to replace the sedition law with the National Harmony Act to regulate relations between the three major races in Malaysia.

    ReplyDelete
  39. Najib, who is abroad, has not responded to Zahid's views on amendments to the colonial-era law. But not many expect any action to be taken, pointing out Zahid was once Najib's political secretary in the 1980s before his first win in Election 1995 for the Bagan Datoh parliamentary seat.

    ReplyDelete
  40. Perkasa tidak ni sebenarnya ok kalau bukan Ibrahim Ali pengerusinya.

    ReplyDelete
  41. IBRAHIM ALI BODOH & GILA KUASAOctober 3, 2013 at 7:57 PM

    RAMAI di kalangan pemerhati politik di Sandakan, sama ada pro parti pembangkang mahupun pro parti kerajaan, masing-masing kurang senang dan tidak begitu setuju terhadap kenyataan Presiden PERKASA,

    ReplyDelete
  42. IBRAHIM ALI BODOH & GILA KUASAOctober 3, 2013 at 7:58 PM

    Mereka mendakwa kenyataan Ibrahim itu merupakan sentimen yang berupa hasutan yang boleh menegangkan dan menimbulkan kemarahan di kalangan penganut agama Kristian di negara ini.

    ReplyDelete
  43. IBRAHIM ALI BODOH & GILA KUASAOctober 3, 2013 at 7:58 PM

    Dalam hubungan ini, seorang ahli Cawangan Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Cabang Batu Sapi, Ahmad Hj Ibrahim dalam kenyataannya kepada Sabahkini.Net semalam merasa terkejut apabila membaca berita tersebut dan menyifatkan kenyataan Ibrahim Ali sudah keterlaluan dan perbuatan yang bodoh.

    ReplyDelete
  44. IBRAHIM ALI BODOH & GILA KUASAOctober 3, 2013 at 7:59 PM

    “Ingin saya nyatakan di sini, walaupun saya merupakan ahli parti pembangkang saya memang tidak setuju dan kurang senang mengenai isu agama yang ditimbulkan oleh Ibrahim Ali kerana ini boleh mencetuskan hura hara dalam negara yang berbilang kaum khususnya mereka yang beragama Kristian,” kata Ahmad.

    ReplyDelete
  45. IBRAHIM ALI BODOH & GILA KUASAOctober 3, 2013 at 8:00 PM

    Negara kita, kata Ahmad, walaupun terdapat perbezaan fahaman ideologi politik yang berlainan dan perbezaan kepercayaan anutan agama, namun masih beruntung kerana hidup dalam suasana harmoni dan saling hormat menghormati budaya dan agama masing-masing.

    ReplyDelete
  46. IBRAHIM ALI BODOH & GILA KUASAOctober 3, 2013 at 8:00 PM

    Sebagai ahli pembangkang jelas Ahmad, beliau menyambut baik usaha murni Perdana Menteri dalam pembentukan menyatupadukan rakyat berbilang kaum menerusi Gagasan 1 Malaysia dengan bermatlamatkan supaya rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai.

    ReplyDelete
  47. IBRAHIM ALI BODOH & GILA KUASAOctober 3, 2013 at 8:01 PM

    “Saya tidak bermaksud sama sekali untuk memperbesar-besarkan isu sentimen agama yang dicetuskan oleh Ibrahim Ali. Kita hanya ingin memperingatkan, kalau nak buat isu jangan sekali-kali menyentuh agama bangsa lain kerana akan membuat mereka terkilan,” kata Ahmad yang mendesak agar Kementerian Dalam Negeri bertindak segera memadam api sengketa agama yang dinyalakan Ibrahim Ali.

    ReplyDelete
  48. IBRAHIM ALI BODOH & GILA KUASAOctober 3, 2013 at 8:01 PM

    Kata Ahmad, beliau faham Ibrahim Ali kini sudah tidak mempunyai hala tuju politik terpaksa menggunakan isu sensitif untuk menarik perhatian umum agar terus kekal sebagai Ahli Parlimen sekalipun terpaksa menjual agama dan menghina Tuhan penganut agama lain.

    ReplyDelete
  49. Dah la muka macam babi, merosakkan nama BN saja si Ibrahim Ali ni!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.