Wednesday, July 3, 2013

Ibrahim Ali kecewa dan ugut Najib?

"Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya...

Itu adalah kata-kata Ibrahim Ali yang kelihatan meradang bilamana Najib langsung tak pandang PERKASA yang bermati-matian membodeknya hinggakan kadang kala melakukan perbuatan yang memalukan diri sendiri...

Entah apa yang dia nak buat pulak entahlah.. tapi ada Najib kisah itu semua?.. Najib peduli apa kat Ibrahim Ali dan PERKASA tu..

Buktinya orang Hindraf yang menentang kerajaan Najib lantik ke dalam kabinetnya sebagai Menteri.. tapi PERKASA??

Rasa aku lah kalau Najib lantik Ibrahim Ali ni jadi Pengerusi Tabung Haji tentu dia tak marah..

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kesal berikutan kerajaan tidak menghargai peranan mereka sebaik pilihan raya umum (PRU) berakhir.

"Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya.

Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan.

"Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa.

"Kerjasama baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya kumpulan lain yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut mendapat layanan lebih istimewa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengungkit pertemuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Dong Zong dan Hindraf, malah menjemput paderi ke Putrajaya.

"Mereka (kerajaan) sanggup dengar permintaan dan aduan daripada kumpulan tersebut tetapi tidak pula dengan Perkasa.

"Kerajaan jumpa Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya, tapi ada tak dengar Perkasa dapat layanan sama? Ada tak pemimpin Umno yang hadir ke mesyuarat Perkasa atau rasmikan majlis anjuran Perkasa?" katanya.

Ibrahim bagaimanapun tidak menyatakan tindakan yang bakal mereka ambil tetapi menegaskan mereka kian hilang sabar dengan karenah kerajaan dan memberi amaran supaya tidak mempersoal langkah yang akan diambil.

"Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya.

"Kami berjuang untuk agama, bangsa dan negara... perbuatan adalah lebih baik daripada kata-kata," tambahnya lagi.

Kedua-dua calon Perkasa iaitu Ibrahim dan Naib presidennya, Datuk Zulkifli Noordin tewas pada PRU13 dan sejak itu, mereka 'tersisih' dari arus politik perdana ~ The Malaysian Insider


Kesian kat dia.. Ni video dari Malaysiakini..

25 comments:
Write comments
  1. Berahim al katakki jelaskn yg beliau mngkin akan jadi Pemandu Teksi utk cari nafkah. Begitu lah rendah diri dan sederhana beliau dlm kehidupan. Kah kah kahhh.. Berahim berahim. Nak minta permit teksi pulak beliau dan setahu aku memang pemimpin UMNO dulu2an banyak permit teksi utk disewa dan yg jadi penyewa adalah askar2 pencen.

    ReplyDelete
  2. Sudah sendapppp member kita ni. Maunya tak sentap, setelah bertungkus lumus menjaja kepentinagn melayu ke sana dan sini agar seirama dengan perjuangan umno akhirnya dia dilupakan. Jasanya kepada umno dipandang sepi. Akhirnya Ibrahim Ali merajuk dan mahu pandu teksi.

    ReplyDelete
  3. SUDAH2LAH MERAJUK TU IBRAHIM ALI.. NAJIB PUN TIDAK SANGGUP MENGAMBIL RISIKO BERSEKONGKOL DENGAN PERKAKAS PERKAUMAN SEPERTI PERKASA.. BAIK IBRAHIM BALIK KAMPUNG SAJALAH DAN BERSARA DARI POLITIK..

    ReplyDelete
  4. APA YANG HEBAT SANGAT DENGAN PERKAKAS SEHINGGA NAJIB PERLU MEMBERIKAN PENGHARGAAN KEPADA IBARAHIM DAN KONCO2NYA?? TIDAK KAH PERKAKAS SEDAR BAHAWA PARTI PERKAUMAN INILAH YANG MENJEJASKAN REPUTASI BAIK BN? TIDAKKAH PERKAKAS SEDAR BAHAWA DISEBABKAN MEREKA JUGA, SENTIMEN PERKAUMAN SEMAKIN SUBUR DI NEGARA INI??

    ReplyDelete
  5. JIKA PERJUANGAN PERKAKAS HANYA UNTUK MENDAPATKAN JAWATAN, BAIK LUPAKAN SAJA HASRAT MAHU BERPOLITIK.. PATUTLAH IBRAHIM ALI KUAT TIDUR DALAM DEWAN.. RUPANYA BAGI BELIAU, PERJUANGAN MENYUBURKAN SENTIMEN PERKAUMAN ITU PENTING UNTUK BELIAU MENDAPATKAN JAWATAN BERGAJI TINGGI..

    ReplyDelete
  6. Katak oh katak kenapa engkau bising macam mana aku tak bising PM tak layan aku!

    ReplyDelete
  7. Ibrahim baik diam saja dan jadi pemandu teksi.

    ReplyDelete
  8. Sudah kalah, buat cara orang kalah ya.

    ReplyDelete
  9. Terima la kenyataan yang rakyat tak suka kan awak ler Ibrahim Ali..

    ReplyDelete
  10. Kepada pengundi buatlah pilihan yang tepat, kerana dengan memilih calon BN, Terengganu akan kekal stabil, jika berlaku sebaliknya sudah pasti kemungkinan kerajaan campuran akan berlaku.

    ReplyDelete
  11. Ini bermakna sejarah berulang dan perjalanan pentadbiran negeri tidak dapat tidak akan penuh politiking yang merugikan bumi penyu itu sendiri. Itulah hikmah yang paling utama.

    ReplyDelete
  12. Dulu Nik aziz 'hadiahkn' kerusi MP Pasir mas...dia lipat kepala Nik Aziz apabila menang PRU. Kini,dia lipat tengkok PM pulak. Yg aku heran,sanggup Mahathir pergi tolong kempen bg pihak Berahim ali al katakki tu. Kan UMNO ada calon sendiri di Pasir Mas tu dlm PRU baru2 ni. Sokong je lahhh calon BN tu. Mahathir dgn Berahim alkatakki tu 2x5 5x2 je lah ponn

    ReplyDelete
  13. Jawatan kosong yang harus diisi ole Ibrahim ialah badut atau pelawak.

    ReplyDelete
  14. Maksud tersirat ialah menjadi PEMANDU "teksi". PEMANDU kepada politik,ekonomi dll dlm negara ini(i.e. teksi) yang telah diambil alih oleh lanun2 yang digelar PEMANDU!!!

    ReplyDelete
  15. Sarah Moore said...
    July 5, 2013 at 11:05 AM..tajuk kat atas ibrahim ali kecewa dan ugut najib..komen ko poyo, sinalau wakas..maaf kuar tajuk pungut dari tong sampah.

    ReplyDelete
  16. Ibrahim Ali YANG SUPER BODOHOctober 6, 2013 at 8:49 PM

    Pemimpin Cina marah Ibrahim Ali isu Ang-pow putih: Belajarlah adab dan minta maaf
    Pemimpin-pemimpin Cinadari seluruh Negara telah meminta Perkasa untuk memohon maaf kerana memberi 'ang-pow ' dalam sampul putih pada majlis rumah terbuka yang juga dikatakan merendahkan martabat dan mengeksploitasi warga emas.

    ReplyDelete
  17. Ibrahim Ali YANG SUPER BODOHOctober 6, 2013 at 8:51 PM

    "Ibrahim Ali dan gengnya memang bodoh. Mereka terjerat oleh permainan mereka sendiri. Mereka tidak berminat dengan orang Cina dan sedihnya mereka mensasarkan orang-orang tua. Ia adalah eksploitasi semata-mata dan memalukan mana-mana kumpulan yang menuntut memperjuangkan hak-hak kaum.

    ReplyDelete
  18. Ibrahim Ali YANG SUPER BODOHOctober 6, 2013 at 8:51 PM

    Sudah tentu, warga emas akan tergesa-gesa ke sana kerana mereka mempunyai rata-rata adalah golongan susah, jadi patutkah mereka dipersalahkan atau Perkasa? "Naib Presiden PKR, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

    ReplyDelete
  19. Ibrahim Ali YANG SUPER BODOHOctober 6, 2013 at 8:52 PM

    "Memberi 'angpow' dalam sampul putih semasa Tahun Baru Cina bertujuan untuk menjadi satu perayaan yang membawa makna kemakmuran dan keriangan. Ini jelas menunjukkan bahawa Ibrahim Ali tidak sensitif dan tidak ikhlas," Mah Siew Keong Naib Presiden Gerakan berkata dalam satu kenyataan.

    ReplyDelete
  20. Ibrahim Ali YANG SUPER BODOHOctober 6, 2013 at 8:52 PM

    Belajarlah untuk menghormati orang lain

    Kepada orang Cina, putih melambangkan kematian dan dikhaskan untuk pengkebumian, di mana lilin putih dinyalakan dan sumbangan yang diberikan untuk membantu mereka yang berkabung diisi dalam sampul surat putih.

    ReplyDelete
  21. Ibrahim Ali YANG SUPER BODOHOctober 6, 2013 at 8:53 PM

    Ketua Perkasa, Ibrahim Ali sehingga kini enggan memohon maaf. Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali menjelaskan kesilapan ini adalah tidak disengajakan.

    ReplyDelete
  22. Ibrahim Ali YANG SUPER BODOHOctober 6, 2013 at 8:53 PM

    Namun, penjelasan itu ditolak dan dipertikaikan juga.

    "Sebagai seorang anggota parlimen dan berada di arena politik bertahun-tahun lamanya, Ibrahim masih begitu jahil tentang budaya kaum-kaum lain, dan ini adalah kenapa dia telah terus mengeluarkan banyak kenyataan tanpa berfikir," kata ahli parti Gerakan, Mah.

    ReplyDelete
  23. Ibrahim Ali YANG SUPER BODOHOctober 6, 2013 at 8:53 PM

    "Apabila mereka mahu untuk mencari publisiti, mereka tergesa-gesa mengumumkan akan mengadakan majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina dan menjemput para media. Apabila mereka membuat kesilapan yang ketara, perkara yang perlu mereka lakukan adalah memohon maaf tetapi Ibrahim dan Perkasa bersembunyi di sebalik alasan bahawa mereka jahil akan perkara itu.

    ReplyDelete
  24. Ibrahim Ali YANG SUPER BODOHOctober 6, 2013 at 8:54 PM

    Tetapi ini adalah satu isu menghormati orang lain. ini menunjukkan mereka tidak mempunyai rasa hormat kepada orang Cina dan tindakan perkauman yang mereka sering lakukan. Mereka tidak boleh melakukan perkara mudah dengan betul, dan mereka ingin meluaskan fahaman politik mereka kepada kaum lain pula.

    ReplyDelete
  25. Ibrahim Ali YANG SUPER BODOHOctober 6, 2013 at 8:54 PM

    Nasihat saya kepada mereka adalah untuk mempelajari beberapa adab terlebih dahulu," selar Jui Meng. Malaysia Chronicle

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.