Wednesday, July 3, 2013

Kerajaan BN cuma tangguh GST

KEIKHLASAN Menteri Kewangan Kedua, Dato’ Seri Husni Hanadzlah dalam memberi jawapan di Parlimen pada 27 Jun 2013 berkenaan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST amat dicurigai.

Majoriti rakyat tidak mahu GST dilaksanakan tetapi Husni disyaki bersikap tidak jujur dalam jawapan Parlimen beliau.

Husni memaklumkan Dewan Rakyat bahawa “Kerajaan sekarang sedang melaksanakan kajian mengenai GST yang mana ianya berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga semasa. Kajian sebelum ini yang telah dibuat pada tahun 2009, adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga pada masa tersebut. Oleh kerana terdapat perubahan kepada keadaan ekonomi dan perubahan harga, maka kajian semula perlu dijalankan. Sehubung dengan itu, Kerajaan belum menetapkan lagi bila GST akan dilaksanakan.”

Dua masalah besar timbul dari jawapan beliau tersebut.

Pertama, jawapan Husni ini boleh dibaca sebagai tanda kerajaan hanya menangguhkan sementara pelaksanaan GST. Ini bererti GST boleh dilaksanakan pada bilabila masa difikirkan perlu oleh Kerajaan BN.

Kerajaan perlu ingat bahawa ia akan membangkitkan kemarahan rakyat jika GST dilaksanakan. Kita semua tahu bahawa melalui bayaran BR1M sebelum ini, Kerajaan telah memaklumkan bahawa 60 peratus rakyat Malaysia mempunyai pendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan.

Ini bermakna 60 peratus rakyat Malaysia berpendapatan rendah rendah. Hujah kononnya barangan rakyat berpendapatan rendah dikenakan kadar sifar GST adalah tidak realistik. Walaupun barangan kadar sifar GST, golongan berpendapatan rendah – golongan 60 peratus penerima BR1M – akan dikenakan GST untuk barangan dan perkhidmatan lain.

Pelaksanaan GST tentu akan menyebabkan taraf kehidupan golongan 60 peratus ini terjejas kerana mereka yang selama ini tidak dikenakan cukai pendapatan akan terpaksa membayar cukai melalui GST.

Justeru, pendapatan boleh guna (disposable income) golongan ini akan berkurangan akibat kutipan GST. Apabila pendapatan boleh guna golongan 60 peratus ini terancam ia bermakna pertumbuhan ekonomi kita akan terjejas. Ini adalah kerana dalam keadaan eksport kita yang menurun, perbelanjaan dan penggunaan tempatan amat penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.

Jadi jika kerajaan tetap mahu melaksanakan GST, ia bererti bukan sahaja kerajaan akan menambah derita golongan berpendapatan rendah, ia juga akan membebankan kerajaan sendiri kerana ia memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.

Kedua, jawapan Parlimen dari Husni yang mengatakan bahawa kajian GST hanya dilakukan pada tahun 2009 juga tidak benar.

Di atas nama ‘Panel Kajian Semula Cukai (GST)’, sejumlah RM22 juta diperuntukkan pada tahun 2010, RM13 juta pada tahun 2011, RM11 juta pada tahun 2012 dan RM5 juta pada tahun 2013, iaitu jumlahnya RM51 juta dalam empat tahun, telah digunakan dalam belanjawan-belanjawan sejak 2010 untuk kajian perlakasanaan GST.

Pada tahun 2013, satu perkara perbelanjaan bertajuk ìPerluasan Dasar Cukaiî (Kod 100600) yang bernilai RM 50juta juga disyaki ada kena-mengena dengan pelaksanaan GST.

Sehubungan itu, saya menggesa Menteri Kewangan supaya:

Mengumumkan hasil kajian panel tersebut sejak 2009; kerana kami Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia tidak mahu lagi kerajaan merahsiakan kajian GST kerana ia melibatkan kesejahteraan rakyat terbanyak

Mengumumkan pihak konsultan yang terpilih untuk menjalankan kajian tersebut kerana ini juga perlu diketahui oleh rakyat Malaysia;

Memberi penjelasan lanjut sama ada jawapan Parlimen dari Husni hanya bertujuan menyembunyikan hasrat kerajaan untuk melaksanakan GST atau tidak;

Dan kalau jika Kerajaan BN benar-benar mahu melaksanakan GST, satu jawatankuasa pilihan Parlimen yang merangkumi ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua pihak – BN dan Pakatan Rakyat – perlu ditubuhkan untuk mengkaji dan meneliti pandangan rakyat Malaysia.

Oleh LIEW CHIN TONG

126 comments:
Write comments
  1. Belum Ada Keputusan Mengenai Pelaksanaan GST – Ahmad Husni

    Kerajaan belum memutuskan sebarang keputusan berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

    Katanya kerajaan kini sedang melaksanakan kajian mengenai GST berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga semasa, berbanding kajian sebelum ini pada 2009.

    “Oleh kerana terdapat perubahan kepada keadaan ekonomi dan harga, maka kajian semula perlu dilakukan. Sehubungan itu, kerajaan belum lagi menetapkan bila GST akan dilaksanakan,” katanya.

    Beliau menjawab soalan asal Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, sambil mengambil kesempatan merungkai persoalan mengenai kesan pelaksanaan GST kepada golongan berpendapatan rendah.

    “Berdasarkan kajian yang dibuat, jika GST dilaksanakan, kita berpendapat barangan keperluan asas wajar dikenakan GST pada kadar sifar yang mana barangan ini banyak digunakan oleh rakyat berpendapatan rendah,” katanya.

    Menurutnya, perkhidmatan asas seperti kesihatan, pendidikan swasta, pengangkutan awam, tol dan rumah kediaman juga dikategorikan sebagai bekalan yang dikecualikan, yang bermaksud GST tidak dikenakan pada peringkat akhir pembekalan perkhidmatan berkenaan.

    Katanya, daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 160 daripadanya telah melaksanakan GST.

    “Tentunya kerajaan mahu sistem cukai terbaik dalam mengurus kewangan, iaitu meningkatkan hasil yang akan membolehkan peningkatan pendapatan negara untuk kepentingan pengguna dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

    Ahmad Husni berkata, sejak 2010 hingga Jun 2013, 4,667 program penerangan GST telah dilaksanakan, yang melibatkan lebih 202,000 peserta.

    Ia melibatkan tiga kumpulan sasar utama iaitu kerajaan, industri dan pengguna.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan Tidak Akan Laksana GST Dalam Tempoh Jangka Dekat, Kata Husni

    Kerajaan tidak akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam tempoh jangka dekat kerana ia masih mengkaji kesan dan kadar yang akan dilaksanakan.

    Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan masih berunding dengan ahli politik, sektor swasta dan awam sebelum membuat apa-apa keputusan.

    “Kami masih belum memutuskan mengenai GST kerana kami perlu mengkaji semula perkara itu dan kami kini sedang di dalam proses mengkajinya dari sudut yang menyeluruh.”

    “Semua tindakan yang diambil perlu dilihat bukan sahaja dari segi perolehan kerajaan, malah perlu dilihat dari segi kemakmuran orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat ke-19 Kumpulan serantau Asia/Pasifik Institut Bank Simpanan Dunia (WSBI) di sini hari ini.

    Selain menjana pendapatan kerajaan, pelaksanaan GST itu juga adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan cukai korporat dan cukai peribadi.

    “Kami juga mengkaji sama ada kami boleh menyediakan sedikit bantuan kepada orang ramai,” katanya.

    Ketika ditanya mengenai kadar yang akan dikenakan, Husni berkata: “Kami perlu mengkaji semula di segi manfaat terhadap kerajaan, sektor swasta dan orang ramai,” kata Husni, sambil menyatakan kerajaan tidak menetapkan satu tempoh tertentu untuk melaksanakan cukai itu.

    Semasa berucap sebelum itu, Husni menyeru institusi perbankan supaya member perhatian terhadap golongan berpendapatan rendah di bandar yang menerima gaji tetap tetapi sukar menyeimbangkan pendapatan masing-masing.

    Katanya golongan itu terdedah kepada “jerung” peminjam wang haram berikutan peningkatan tekanan melebarkan permintaan kredit.

    “Kesan aktiviti haram ini terhadap kehidupan sosial kita terlalu besar dan saya berharap anda dapat membantu menjauhkan kumpulan berpendapatan rendah itu daripada aktiviti kredit haram dan menarik mereka membuat pinjaman yang dikawal selia, bertanggung jawab dan selamat,” katanya.

    ReplyDelete
  3. Ramai lagi rakyat yang masih kurang memahami konsep GST, malah ada yang memberi persepsi negatif apabila cadangan pelaksanaannya dibincangkan secara lebih serius sehingga ke Dewan Rakyat. Sebenarnya cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    ReplyDelete
  4. Vital people understand GST before implementation

    It is important to prepare people, businesses, companies and industries to be Goods and Services Tax-ready before its full implementation.

    Deputy Minister of Finance Datuk Ahmad Maslan said the introduction of GST or value added tax would not burden Malaysians.

    “What we need is to enhance the awareness programme in order to educate the people about the mechanism and concept of GST so that they will understand the advantages.

    “GST is a system that is effective and fair which will replace the sales and services tax (SST),” he told a press conference before the presentation of Excellent Services Awards to 108 officers of the state Customs Department here yesterday.

    “Understandably, GST will not burden the people as it will not be applied on basic daily necessities such as rice, sugar or things in the food and vegetables categories,” he said.

    In fact, the people only need to understand that they were already paying taxes every day and GST would not be an added tax but one that would replace SST, he said.

    Furthermore, he said the taxes collected would be put back to the system to benefit the people.

    “There is nothing to fear about GST for 160 countries around the world have already implemented the system,” he said, adding that its implementation was not likely to happen this year as several studies in the final stages were still ongoing to ensure smooth implementation.

    “Preparations are being finalised as it is a huge task which will involve the Customs Department especially in managing the transactions,” he said.

    He said the government’s focus now was to carry out awareness programme to expose, inform and educate the general public about the system. As for the rate of GST to be imposed, Maslan said they would have to wait for the next budget to announce it.

    Noting the negative response from the opposition about the full (GST) implementation, Maslan said it was an unwise thought as the country would be moving backward without it.

    “With thorough studies and research being done by consultants, economists and analysts, this is the best system to boost the economy and the people’s welfare,” he said.

    “Also, GST can help minimise the gap of ‘shadow economy’, a black hole in the market where unreported taxes are lost,” he said.

    ReplyDelete
  5. GST, apabila dilaksanakan, akan menggantikan sistem cukai yang diguna pakai kini, iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu pada kadar lima hingga 10 peratus. kerajaan dijangka menurunkan cukai pendapatan dan korporat selepas GST dilaksanakan namun kadar penurunan belum diketahui.

    ReplyDelete
  6. Tun Dr Mahathir Mohamad juga bersetuju bahawa GST harus dilakukan secara berperingkat. Semuanya harus dilakukan secara perlahan-perlahan, bukan jumlah sepenuhnya sekali gus, bagi faedah rakyat.

    ReplyDelete
  7. semua makanan asas telah ditetapkan tiada cukai, jadi GST tidak akan memberi kesan kepada barangan ini. Pilihan lain, sama ada anda ingin makan di restoran yang mengenakan cukai atau di restoran biasa, itu adalah pilihan sendiri. Anda boleh menentukan jenis perkhidmatan yang ingin digunakan.

    ReplyDelete
  8. Menurutnya, hanya perniagaan dengan perolehan RM500,000 dan ke atas setahun yang perlu berdaftar untuk GST. Jadi, restoran biasa atau kedai runcit yang tidak mencapai tahap itu tidak dikenakan cukai ini.

    ReplyDelete
  9. kesan GST kepada orang ramai dijangka tidak begitu ketara. Jika dilihat, perbelanjaan terbesar bagi seseorang adalah makanan asas, iaitu 60 peratus daripada pendapatan. Barangan ini tidak dikenakan cukai jadi kesannya kepada individu tidak ketara. Perkhidmatan kesihatan, perumahan, pengangkutan awam dan pendidikan juga dikecualikan daripada cukai.

    ReplyDelete
  10. GST atau cukai nilai tambah (VAT) telah digunakan di lebih 140 negara dan di Asean, hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum menggunakan sistem ini.

    ReplyDelete
  11. sehingga kini, terdapat pelbagai salah faham mengenai GST dan isu ini perlu dilihat dari sudut lebih objektif. Kepada yang berkata GST akan membebankan orang miskin, adakah mereka buat kajian terhadap corak perbelanjaan golongan ini?

    ReplyDelete
  12. GST juga akan menutup kelemahan pengurusan cukai SST seperti cukai berganda, lari daripada cukai (tax evasion) dan sebagainya. Untuk pengetahuan kawan-kawan daripada jumlah penduduk (populasi) seramai 28 juta di Malaysia kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) seramai 11 juta di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan (income tax) adalah lebih kurang 25%. GST perlu dilaksanakan untuk meluaskan kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia lalu menambah pendapatan kerajaan secara tidak langsung.

    ReplyDelete
  13. Kita percaya perlaksanaan GST ini ada sebabnya. Bukannya kerajaan suka-suka melakukan semua ini. Bermakna mereka yang membayar cukai pendapatan adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang menerima manfaat daripada kerajaan seperti BR1M, BB1M dan segala bentuk jenis subsidi yang lain. GST akan menjadikan setiap lapisan masyarakat sama ada miskin, sederhana atau kaya membayar cukai untuk menyumbang kepada pendapatan kerajaan.

    ReplyDelete
  14. Apa pun pengenalan untuk GST itu perlulah difahami oleh semua. Kerana sekarang ini masih ramai yang tidak tahu GST itu apa.

    ReplyDelete
  15. Kita harapkan kerajaan akan mencari jalan yang terbaik untuk perkara ini. jangan memberikan dan tambah beban kepada golongan yang kurang berkemampuan. Sebaiknya cari bagi mengimbangkan perkara ini.

    ReplyDelete
  16. Kerajaan belum memutuskan sebarang keputusan berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

    ReplyDelete
  17. Kenaikan harga khususnya pada barang kawalan subsidi tidak akan berlaku seperti yang didakwa, kata Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Karim.

    Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu memberitahu, kementerian tersebut sentiasa menjalankan kerja pemantauan dan tidak ada sebarang perubahan pada harga barang kawalan subsidi yang didapati setakat ini.


    ReplyDelete
  18. “Dakwaan barang naik selepas pilihan raya adalah tidak benar sama sekali kerana fenomena turun naik harga ditentukan faktor permintaan dan bekalan…bukan pilihan raya,” katanya.

    ReplyDelete
  19. Isu tersebut turut giat dimainkan oleh pihak pembangkang sebelum dan semasa tempoh berkempen PRU13.

    Rohani turut memberitahu bahawa pemantauan akan terus dijalankan bagi memastikan tidak ada kenaikan harga secara luar biasa berlaku.

    ReplyDelete
  20. Idris Jala kata kalau tak laksanakan GST negara akan bangkrap!

    ReplyDelete
  21. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    JIKA mengikut perancangan awal kerajaan, cukai perkhidmatan dan barangan (GST) sepatutnya sudah dilaksanakan dua tahun lalu iaitu pada 2007.

    ReplyDelete
  22. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Bagaimanapun, pelaksanaannya yang diperkenalkan pada 2005 ditangguhkan kerana dilihat agak tergesa-gesa selain negara memerlukan sebuah penstrukturan semula cukai yang lebih sistematik.

    ReplyDelete
  23. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Selepas empat tahun, kajian mekanisme GST menerusi Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan ketika ini sudah berada pada fasa terakhir dan akan dibentangkan pada akhir sidang Dewan Rakyat. Pelaksanaannya pula dijangka pada 2011.

    ReplyDelete
  24. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Tidak dinafikan, pelaksanaan GST memberi kelebihan terutamanya kepada kerajaan dalam meningkatkan aliran pendapatan yang kemudiannya boleh digunakan bagi melaksanakan projek-projek untuk manfaat seluruh rakyat.

    ReplyDelete
  25. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Ia juga mudah difahami oleh rakyat berbanding cukai yang dikenakan pada kadar berbeza bagi perkhidmatan dan barangan yang berlainan.

    ReplyDelete
  26. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Ia juga dapat mengurangkan beban pembayar cukai kerana jumlah yang membayar cukai pendapatan hanya beberapa peratus berbanding keseluruhan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  27. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Di rantau Asia Tenggara ini pula, hampir seluruh negara sudah melaksanakan sistem cukai itu melainkan tiga buah negara sahaja iaitu Malaysia, Brunei dan Myanmar.

    ReplyDelete
  28. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Namun kita perlu realistik dalam membuat perbandingan kerana tidak semua pelaksanaan GST memberi kelebihan kepada negara-negara tertentu.

    ReplyDelete
  29. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Di Kanada misalnya, kerajaan Parti Progresif Konservatif pimpinan Perdana Menteri Brian Mulroney tumbang pada 1993 apabila memperkenalkan GST pada 1989.

    ReplyDelete
  30. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Hong Kong juga ketika ini dikatakan sedang mengkaji semula pelaksanaan GST.

    ReplyDelete
  31. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Ini secara tidak langsung menunjukkan pelaksanaan GST bukan mudah untuk diterima lebih-lebih lagi di kalangan rakyat.

    ReplyDelete
  32. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Terdapat beberapa perkara daripada pelaksanaannya yang jika tidak diperhalusi boleh membebankan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan miskin.

    ReplyDelete
  33. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Apatah lagi dalam suasana ekonomi yang agak perlahan ketika ini serta kos kehidupan yang agak tinggi, pelaksanaan GST mungkin dilihat tidak kena pada masanya.

    ReplyDelete
  34. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Dalam sistem percukaian yang digunakan ketika ini misalnya, golongan berpendapatan rendah tidak dikenakan cukai.

    ReplyDelete
  35. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Tetapi selepas pelaksanaan GST, mereka bakal dikenakan cukai secara tidak langsung yang dipindahkan kepada perkhidmatan dan barangan.

    ReplyDelete
  36. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Bagi rakyat berpendapatan rendah, hakikat itu mungkin satu bebanan berbanding dengan golongan kaya yang mendapat kelebihan kerana tidak lagi perlu membayar cukai yang tinggi serta beberapa cukai yang dikecualikan.

    ReplyDelete
  37. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Rakyat juga bimbang pelaksanaan GST akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melambung tinggi.

    ReplyDelete
  38. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Gambaran-gambaran sebeginilah yang berlegar-legar di kalangan rakyat kebanyakan menyebabkan ramai yang masih belum faham mengenai GST.

    ReplyDelete
  39. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Lebih malang, ia dimanipulasi pula oleh sesetengah pihak untuk menghentam kerajaan meskipun mereka mengetahui pelaksanaannya mampu memberi kelebihan kepada semua pihak.

    ReplyDelete
  40. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Hakikatnya, GST mengecualikan beberapa perkhidmatan dan barangan asas yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk disediakan kepada rakyat kebanyakan, lebih-lebih lagi kepada golongan miskin.

    ReplyDelete
  41. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Antaranya yang dijangkakan bebas GST ialah makanan, pendidikan, kesihatan serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan kebajikan dan keagamaan.

    ReplyDelete
  42. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Perlu juga untuk difahami bahawa cukai GST adalah cukai yang dikenakan ke atas pengguna dengan asas yang lebih meluas.

    ReplyDelete
  43. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Bukannya cukai perniagaan yang membolehkan kumpulan peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati.

    ReplyDelete
  44. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Dalam situasi ini, peranan peniaga hanyalah sebagai ejen cukai kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  45. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Kenaikan harga barang dalam satu-satu masa pula lebih kepada barangan mewah.

    ReplyDelete
  46. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Bagi pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Md Jani, beliau berpandangan GST memberi kelebihan dari dua sudut iaitu memudahkan kerajaan mengutip cukai dengan jaminan ia berjalan lebih cekap.

    ReplyDelete
  47. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Dalam masa yang sama jelas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Ko-ordinator Pusat Informasi Usahawan di Kolej Profesional Mara, Melaka ini, pelaksanaannya juga dapat mengurangkan bebanan pembayar cukai pendapatan yang sebenarnya minoriti.

    ReplyDelete
  48. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Bagaimanapun katanya, GST wajar bermula pada kadar yang rendah sebelum dinaikkan beransur-ansur supaya tidak membebankan rakyat.

    ReplyDelete
  49. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Beliau mengambil contoh Singapura yang mula memperkenalkan GST pada 1994 pada kadar sebanyak tiga peratus dan menaikkan kepada lima peratus selepas itu.

    ReplyDelete
  50. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Kadar itu tidak jauh berbeza dengan kadar yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu berkisar antara tiga hingga empat peratus yang relevan dengan situasi semasa.

    ReplyDelete
  51. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Kadar yang rendah itu juga adalah komitmen kerajaan dalam mengimbangkan dengan kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  52. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    "Rakyat sebenarnya mengharapkan agar kerajaan menjadikan matlamat mendapatkan pendapatan kerajaan yang lebih baik sebagai keutamaan dalam pelaksanaan GST ini.

    ReplyDelete
  53. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Dalam hal ini, kerajaan perlu menggiatkan lagi aktiviti kebajikan untuk rakyat bagi mengimbangi beban cukai yang bakal mereka tanggung.

    ReplyDelete
  54. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Contohnya menaikan jumlah biasiswa kecil persekutuan untuk pelajar-pelajar kurang berkemampuan atau menambah peruntukan.

    ReplyDelete
  55. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Ini bagi membolehkan lebih ramai dapat menikmatinya memandangkan cukai ini ditanggung oleh semua individu yang berbelanja termasuk pelajar-pelajar sekolah.

    ReplyDelete
  56. Kerajaan masih belum memutuskan bila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dapat dilaksanakan kerana ia masih di peringkat kajian.

    Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sekiranya kerajaan melaksanakan GST tersebut, mekanisme yang akan digunakan adalah melindungi golongan berpendapatan rendah.

    Kerajaan mahu sistem kutipan cukai yang terbaik dalam menguruskan kewangan kerana peningkatan hasil pendapatan akan membolehkan peningkatan perbelanjaan untuk kepentingan ekonomi.

    ReplyDelete
  57. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Selain itu tambah Nassrul Hakim, perlu juga ada keseimbangan antara faedah kepada golongan berpendapatan tinggi dengan golongan berpendapatan rendah.

    ReplyDelete
  58. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Ini kerana tambah 'definisi' pengurangan pendapatan kepada golongan kaya dan miskin amat berbeza.

    ReplyDelete
  59. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    Bagi golongan berpendapatan tinggi katanya, pengurangan pendapatan bermaksud mereka kini hanya boleh melancong dalam negeri berbanding luar negara seperti sebelum ini.

    ReplyDelete
  60. GST UNTUK KEBAIKAN SEMUA

    "Tetapi 'definisi' pengurangan pendapatan kepada golongan miskin bermakna jika dahulu mereka makan dua kali sehari, sekarang mereka terpaksa makan sekali sehari," ujar beliau.

    ReplyDelete
  61. GST merupakan satu sistem percukaian yang baik dan telah dilaksanakan di 140 negara. Bagaimanapun, kerajaan akan melakukan lebih banyak promosi serta memberikan penerangan mengenai persepsi negatif terhadap pelaksanaan GST. Rang Undang- Undang GST dibentangkan di Parlimen untuk bacaan pertama pada Disember 2009, namun bacaan kedua yang dijadualkan pada Mac 2010, ditangguhkan. Ia pada mulanya dijangka dilaksanakan pada pertengahan 2011 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

    ReplyDelete
  62. Satu-persatu dakyah penipuan yang disebarkan oleh parti pembangkang dalam mencipta provokasi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Sewaktu hari pembuangan undi, dakyah yang dibawa oleh pemimpin Pakatan Haram dan penyokong mereka adalah kerajaan membawa masuk pengundi hantu dari negara luar. Penipuan ini terus disebarkan hingga kini dalam setiap ceramah PR yang menunjukkan mereka protes dengan keputusan PRU13 di mana kemenangan besar berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  63. Malah, mereka juga turut menyebarkan dakyah berlakunya ‘balckout’ ketika pengiraan undi sedang dijalankan dan mendakwa berlaku penipuan dalam pengiraan undi. Secara tidak langsung, PR sebenarnya mencabar kedaulatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menguruskan pilihan raya negara kita hingga mewujudkan provokasi dalam diri rakyat Malaysia. Yang terkini, mereka semakin galak pula mewujudkan dakyah kerajaan telah pun menaikkan harga barang-barangan asas selepas PRU13.

    ReplyDelete
  64. Mereka giat menyalurkan dakyah ini di laman-lama sosial seperti Facebook dan Twitter dan dipercayai ditaja oleh DAP, ‘Red Bean Army’. Mereka menyebarkan dakyah palsu kenaikan harga barangan seperti petrol, minyak masak, gas memasak, gula, tepung dan roti untuk menghasut pemikiran rakyat dan menambah kebencian dalam hati rakyat sendiri kepada kerajaan. Jadi, mereka mahukan rakyat berfikir kononnya pakatan pembangkang lebih baik dalam mentadbir negara berbanding kerajaan BN.

    ReplyDelete
  65. Dakyah kenaikan harga barang adalah tidak benar sama sekali kerana sekiranya ada pun kenaikan harga barangan ia dilakukan oleh pekedai yang menyokong pembangkang serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan yang sebenarnya belum dikuatkuasakan sehingga kini. Tindakan menyebarkan dakyah ini juga turut dilakukan oleh Timbalan Setiausaha Agung Pas, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang mendakwa kerajaan menaikkan harga gas memasak sebanyak RM2 kepada RM30 setong sedangkan perkara itu tidak benar, selain kenaikan harga roti jenama Gardenia yang tidak berasas sama sekali. Rakyat seharusnya lebih bijak untuk menilai dalam hal ini dan bukan hanya nak ikut emosi.

    ReplyDelete
  66. Azman telah menyebarkan penipuan itu di laman Twitternya dan turut di’retweet’ oleh Ketua Penipuan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
    Tetapi, Azman baru-baru ini mengeluarkan kenyataan penyebaran dakyah itu hanyalah isu yang remeh dan tidak perlu di ambil pusing.
    Nampak sangat Azman tidak punyai bukti dan asas yang kukuh untuk meneruskan dakyah penipuan ini.
    Boleh pula Azman mahukan dakyah penipuan ini tidak diteruskan kerana hanya beranggapan isu ini terlalu remeh.
    Sebenarnya Azman, akui sahaja dakyah yang cuba disebarkan ini adalah tidak benar sama sekali. Tak gitu?`

    ReplyDelete
  67. Boleh pula Azman mahukan dakyah penipuan ini tidak diteruskan kerana hanya beranggapan isu ini terlalu remeh. Sebenarnya Azman, akui sahaja dakyah yang cuba disebarkan ini adalah tidak benar sama sekali. Tak gitu?`

    ReplyDelete
  68. BANGGA JADI ANAK MALAYSIA.
    KAUT UNTUNG MELALUI RAKYAT...balun

    ReplyDelete
  69. GST sudah dibaca dua kali...hehehe..cuma sekali jee lagi untuk dibaca bagi diluluskan...maka kereta yang membawa dokumen GST stop sekejap di hentian..untuk minum-minum dan tinjau-tinjau..ada lagi ke penonton yang menyaksikan perlumbaan ini...hehehe..kalau line clear maka..kereta GST pun akan dipacu ke garisan penamat...

    ReplyDelete
  70. salah satu org kampung tu mestinya anwarista..poyooo

    ReplyDelete
  71. kasi lulus sja GST tu x payah tanguh2!! aku dah tak sabar dah ni! lepas tu petrol plak bila lagi nak naik? aku betul2 tak sabar dah ni akhir sekali padan muka org yg pangkah DUTCHING!!!!!

    ReplyDelete
  72. Sebenarnya kerajaan Be End dah lama kenakan GST kpd semua rakyat Malaysia.Kalau x caya gilah ke KFC. Malahan secara senyap2 GST telah pun dikenakan di banyak tempat.Inilah akibatnya memangkah Be End.Akhirnya rakyat semua menanggung beban.

    ReplyDelete
  73. GST is a consumption tax based on the value-added concept. GST is imposed on goods and services at every production and distribution stage in the supply chain including importation of goods and services.

    ReplyDelete
  74. GST is a more comprehensive, effective, transparent, and business friendly tax system. GST can overcome the various weaknesses inherent in the present consumption tax system.

    ReplyDelete
  75. The inherent weaknesses under the present tax system are the cascading tax, double tax and pyramiding tax, tax erosion and leakages through transfer pricing and other means.

    ReplyDelete
  76. GST is expected to increase tax compliance and is easier to administer in view of its self policing method.

    ReplyDelete
  77. the businesses are required only to submit simplified tax returns based on prescribed formats.

    ReplyDelete
  78. All records and documents relating to the relevant transaction are required to be kept in the business premises for audit by the GST auditor.

    ReplyDelete



  79. The GST implementation is part of the government’s tax reform programme to enhance the capability, effectiveness and transparency of tax administration and management.

    ReplyDelete
  80. The purpose of the government in proposing the GST at a lower rate is to neutralize GST impact on the rakyat and consumers so as not to unduly burden the rakyat especially the lower income group

    ReplyDelete
  81. By imposing GST at a lower rate, it is expected that the consumers will benefit from the price reduction in most of the goods and services.

    ReplyDelete
  82. GST is charged and collected on all taxable goods and services produced in the country including imports.

    ReplyDelete
  83. Bernardette BugrunterJuly 5, 2013 at 2:36 PM

    Sebetulnya saya tidak tahu bagaimana Kerajaan Negeri Selangor menguruskan kebanjiran pusat-pusat hiburan yang tumbuh subur sejak Pakatan Haram menjajah negeri itu kira-kira lima tahun yang lalu. Mungkin mereka uruskan hal tersebut dengan menggunakan kepala lutut!

    ReplyDelete
  84. Bernardette BugrunterJuly 5, 2013 at 2:36 PM

    Baru-baru ini, Exco Kerajaan Negeri berkaitan, Teng Chang Kim menyalahkan rakyat Selangor yang tidak memberikan maklumat pada pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha menangani pusat maksiat haram di negeri itu.

    ReplyDelete
  85. Bernardette BugrunterJuly 5, 2013 at 2:37 PM

    Menurut Chang Kim, hampir seribu premis hiburan dan rumah urut haram dikenal pasti di seluruh Selangor dan pihaknya mengaku telah hilang kawalan bagi menangani gejala tidak sihat yang mengancam negeri termaju itu.

    ReplyDelete
  86. Bernardette BugrunterJuly 5, 2013 at 2:37 PM

    Pertamanya, saya ingin bertanya Exco terbabit, siapakah yang bertanggunjawab dalam hal mengawal pusat-pusat hiburan, maksiat, judi dan rumah urut haram itu? Atau lebih tepat lagi, siapa “boss” atau “dalang” di sebalik kegiatan yang melanggar undang-undang PBT itu?

    ReplyDelete
  87. Bernardette BugrunterJuly 5, 2013 at 2:37 PM

    Rasanya Chang Kim boleh bertanya sendiri pada Ronnie Liu. Bukankah sebelum ini ramai pihak yang menuding jari padanya? Malah ada dakwaan yang mengatakan bahawa Ronnie merupakan “taiko” yang melindungi kegiatan kongsi gelap dan aktiviti tidak bermoral di sekitar Selangor, bukan?

    ReplyDelete
  88. Bernardette BugrunterJuly 5, 2013 at 2:38 PM

    Pada saya, Chang Kim tidak wajar sama sekali meletakkan kesalahan tersebut di bahu rakyat. Rakyat tidak memberi maklumat yang lengkap pada PBT? Biar betul!

    ReplyDelete
  89. Bernardette BugrunterJuly 5, 2013 at 2:38 PM

    Setahu saya, sudah berkali-kali rakyat Selangor dan orang ramai mengadu mengenai kegiatan premis-premis maksiat yang berleluasa di kawasan masing-masing. Malah pihak media pula sering menerbitkan laporan-laporan yang “panas” mengenai kegiatan maksiat yang berpunca dari premis-premis haram tersebut. Bukan sekali dua, sudah berkali-kali dilaporkan dalam bentuk “investigative report”.

    ReplyDelete
  90. Bernardette BugrunterJuly 5, 2013 at 2:38 PM

    Saya tertanya-tanya, dengan maklumat dan laporan yang meluas dari media, apakah pihak PBT di bawah Kerajaan Pakatan Haram Selangor tidak dapat berbuat sesuatu mengenainya? Apakah Chang Kim tidak dapat berfikir dengan otak dan akal bahawa pihaknya boleh menubuhkan sebuah pasukan penyiasat bagi meneliti dakwaan orang ramai dan menyiasat sedalam-dalamnya tentang kegiatan pusat-pusat maksiat haram itu?

    ReplyDelete
  91. Bernardette BugrunterJuly 5, 2013 at 2:40 PM

    Seterusnya, apakah Chang Kim meletakkan otaknya di bawah tapak kaki apabila tidak dapat berfikir untuk mengambil tindakan tegas melalui hasil siasatan pasukan khas tersebut? Saya menyarankan agar Chang Kim merekrut Unit Amal PAS untuk menyiasat premis-premis hiburan dan maksiat di sekitar Selangor dan bertindak bagi pihak kerajaan negeri. Unit Amal PAS sangat sesuai buat kerja begini.

    ReplyDelete
  92. Bernardette BugrunterJuly 5, 2013 at 2:40 PM

    Lagipun, bukankah Unit Amal PAS itu ditubuhkan untuk memerangi perkara mungkar dan batil? Atau Unit Amal PAS memang bacul untuk menguruskan perkara sedemikian? Atau Unit Amal PAS takut nak kacau periuk nasi Cina DAP? Setahu saya, maklumat mengenai kebanjiran pusat maksiat sama ada haram atau berlesen di Selangor sudah menjadi isu panas sejak lima tahun lalu.

    ReplyDelete
  93. Bernardette BugrunterJuly 5, 2013 at 2:41 PM

    Malah beberapa siri youtube turut menjadi viral panas menyindir sinis Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang seolah-olah menjadikan negeri itu sebagai Darul “Massage”. Takkanlah Chang Kim tidak perasan tentang sindiran itu? Jadi, tunggu apa lagi? Pergilah sita mana-mana premis yang patut! Jangan takut pada Ronnie Liu. Dia tak boleh buat apa-apa, dia sudah tidak berjawatan besar dalam Kerajaan Pakatan Haram Selangor lagi. Atau Chang Kim takut pada Ronnie Liu? Kalau takut, cakap sajalah takut…

    ReplyDelete
  94. yang paling bodoh..tagap-tagap pindik..balun gst

    ReplyDelete
  95. Cukai cuma dikenakan kepada syarikat yang mencapai pendapatan lebih dari 500,000.

    ReplyDelete
  96. Kedai yang menjalankan perniagaan haram dan tanpa lesen bukan sahaja di Selangor malah di seluruh Malaysia.

    ReplyDelete
  97. Siapakah yang sebenarnya dimanfaatkan melalui GST?

    ReplyDelete
  98. When the right time to implement GST?

    ReplyDelete
  99. Semoga beban rakyat dapat diringankan.

    ReplyDelete
  100. GST is required to address Malaysia’s fiscal deficit and provide for the transformation of a fundamental and equitable tax system in the country. At the moment, only a small population base pays taxes, approximately 10% of the workforce or 5.6% of the nation’s 28 million population.

    ReplyDelete
  101. As we move forward, another concern is that export revenues are likely to decline with tepid economic conditions in international markets coupled with declining import duties due to trade liberalisation.

    ReplyDelete
  102. At a time when the government is looking for a stable source of revenue, it is even more necessary to implement the GST which provides a stable source of income which is less susceptible to economic downturns due to the consumption nature of the tax.

    ReplyDelete
  103. This would become more imperative as many government projects are in the pipeline. The projects would directly benefit the people. Its execution should not be hampered by the lack of government revenues.

    ReplyDelete
  104. Still, there are lingering concerns. One notable issue is inflation. If that kicks in, it would exacerbate the burden of the people that would soon have to contend with subsidy rationalisation programme that would inflate all prices of goods and services.

    ReplyDelete
  105. It was estimated that if the GST rate is set at around 7%, the effective rate in neigbouring Singapore at the moment, the nation woud rake in approximately RM27 billion.

    ReplyDelete
  106. This could be channelled towards the various government programmes that would ensure the wellbeing of the people.

    ReplyDelete
  107. The additional income raised could be channelled towards the wellbeing of the people through assistance such as Bantuan Rakyat 1Malaysia that could be targeted at groups of people that would continue to need assistance.

    ReplyDelete
  108. The GST would also attempt to address the inherent weaknesses of the existing sales and services tax and progressively reduce the corporate and income tax simultaneously with the implementation of the GST.

    ReplyDelete
  109. Tax consultants have pontificated that there are myths that need to be debunked to inspire the confidence of the people, notably that there would be a general increase in prices across the board.

    ReplyDelete
  110. There are a large number of goods property that would be exempt from the GST. It includes essential foodstuff, water and electricity, government services and public transport, health, education, highway, toll financial and residential.

    ReplyDelete
  111. On top of that, there are legislations such as the Anti-Profiteering Act that is in place that would deter retailers from charging excessively on goods.

    ReplyDelete
  112. Fears of the proposed implementation of GST could be allayed with the fact that it is implemented in 140 countries. The only three countries in the region yet to implement the tax regime are Brunei, Myanmar and Malaysia.

    ReplyDelete
  113. GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negaraOctober 9, 2013 at 9:02 AM

    Walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak popular dan mendapat kritikan, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini menggesa kerajaan terus melaksanakannya bagi menjana pendapatan negara.

    ReplyDelete
  114. GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negaraOctober 9, 2013 at 9:05 AM

    Beliau berkata, sememangnya pelaksanaan GST di Malaysia bukan satu langkah popular tetapi sistem cukai baru itu perlu dilaksanakan bagi menjamin pendapatan kepada kerajaan sekaligus membolehkan pembangunan negara terus dapat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  115. GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negaraOctober 9, 2013 at 9:17 AM

    Kenyataan Nur Jazlan hadir selepas kadar pertumbuhan negara tidak mencapai sasaran seperti yang ditetapkan, Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini juga telah menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi seluruh 2013 ini kepada antara 4.5% dan 5% daripada antara 5% dan 6% sebelum ini.

    ReplyDelete
  116. GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negaraOctober 9, 2013 at 9:18 AM

    Dalam laporan suku kedua tahun ini, BNM melaporkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar pada 4.3%, kadar yang dianggap perlahan menurut penganalisis ekonomi berbanding unjuran awal yang diramalkan pada 4.9%.

    ReplyDelete
  117. GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negaraOctober 9, 2013 at 9:19 AM

    Beliau turut menggesa supaya rakyat perlu diberi penjelasan supaya mengetahui fakta sebenar mengenai GST serta sebab mengapa sistem itu perlu dilaksanakan dengan segera.

    ReplyDelete
  118. GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negaraOctober 9, 2013 at 9:19 AM

    "Masalahnya di Malaysia ini, persepsi lebih diterima sebagai fakta sehingga menyebabkan fakta dianggap sebagai penipuan, begitu hebat putar belit pembangkang yang meracuni fikiran rakyat mengenai GST ini," kata beliau.

    ReplyDelete
  119. GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negaraOctober 9, 2013 at 9:38 AM

    Langkah pelaksanaan GST dilihat sebagai jalan untuk mengatasi defisit fiskal yang sudah melebar kepada RM14.9 bilion, selain penurunan mendadak lebihan akaun semasa kepada RM2.6 bilion dalam suku kedua tahun ini.

    ReplyDelete
  120. GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negaraOctober 9, 2013 at 9:40 AM

    Mengulas mengenai GST lagi, Nur Jazlan, berkata Malaysia adalah antara kelompok kecil negara di dunia ini, yang masih belum melaksanakan GST, sedangkan lebih 200 negara seluruh dunia termasuk Mesir, Thailand, Filipina dan Singapura sudah melaksanakannya.

    ReplyDelete
  121. GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negaraOctober 9, 2013 at 9:42 AM

    "Malah Indonesia, Nigeria serta Pakistan sudah melaksanakan GST, adakah Malaysia terlalu teruk sehingga masih tidak boleh melaksanakan GST," ujarnya lagi.

    ReplyDelete
  122. GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negaraOctober 9, 2013 at 9:46 AM

    Beberapa hari lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mengakui bahawa kerajaan akan cuba memasukkan GST dalam Bajet 2014, yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan, Oktober ini.

    ReplyDelete
  123. GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negaraOctober 9, 2013 at 9:48 AM

    Malah, Najib dalam pembentangan Bajet 2013 tahun lalu, turut menyatakan bahawa kerajaan akan cuba menstruktur semula sistem cukai negara dalam memastikan defisit perbelanjaan kerajaan dapat dikurangkan.

    ReplyDelete
  124. GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negaraOctober 9, 2013 at 9:51 AM

    Najib bakal menghadapi cabaran kepimpinan menjelang pemilihan parti Oktober ini, menimbulkan ketidaktentuan janjinya untuk mengurangkan defisit sebanyak 4.5 peratus daripada KDNK, Malaysia antara negara yang mempunyai hutang tertinggi di Asia.

    ReplyDelete
  125. GST perlu untuk seimbangkan ekonomi jangka panjang negaraOctober 9, 2013 at 9:54 AM

    Malaysia mencatatkan hutang kerajaan kepada KDNK 53.1% daripada KDNK pada 2012.

    Agensi penarafan kredit dunia, Fitch Ratings baru-baru ini meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif, serta mempersoalkan langkah kerajaan yang mengabaikan reformasi kewangan terutamanya selepas berakhir pilihan raya baru-baru ini.

    ReplyDelete
  126. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Anita Grava , pemberi pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% kepada individu, firma-firma dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e- mel di : ( anitagrava@live.co.uk )

    DATA PEMINJAM 'S

    1) Nama Penuh : .......................................................
    2 ) Negara: ...........................................................
    3) Alamat : ..........................................................
    4) Negeri : ..............................................................
    5 ) Seks : ................................................................
    6) Status Perkahwinan: .................................................
    7) Pekerjaan: .....................................................
    8) Nombor Telefon : ................................................
    9) kedudukan masa ini di tempat kerja: .....................
    10 ) Pendapatan Bulanan: .............................................
    11) Jumlah Pinjaman Diperlukan : .....................................
    12) Tempoh Pinjaman : ................................................
    13) Tujuan Pinjaman : ............................................
    14) Agama: ........................................................
    15) Pernahkah anda memohon sebelum .................................

    terima kasih,
    Puan Anita

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.