Thursday, November 17, 2011

152,182 Anak Luar Nikah Dalam 2 Tahun

Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan Kementerian Pemba­ngunan Wanita, Ke­luarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Timbalan Menterinya, Heng Seai Kie berkata, dari pada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproductive dan sosial.

“Program itu melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian membendung gejala itu.

Seai Kie (gambar) berkata, enam pusat remaja ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun, bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.

“Program outreach yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja, melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011,” katanya.

Timbalan Menteri Ke­sihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang, dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lalu.

“Setakat ini, kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut,” katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa).

Rosnah berkata, usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal. - Bernama

18 comments:
Write comments
  1. negeri miskin, tp rakyatnya 'produktif'. ini mesti ikut amalan hj logiut najib...

    ReplyDelete
  2. Harap program outreach ini boleh membantu mengurangkan masalah anak luar nikah dalam negara.

    ReplyDelete
  3. Maslah anak luar ini sememangnya sangat serius dalam negara, ini bukan satu jumlah yang kecil. Harap masalah ini boleh ditangani dengan berkesan.

    ReplyDelete
  4. Rasanya ini bukan orang2 tempatan, ini mesti kerja2 PTI!

    ReplyDelete
  5. Cicit Paduka Mat SallehNovember 17, 2011 at 8:48 AM

    Perbanyakkan sekolah2 agama (Sekolah Agama Rendah/Menengah) disetiap pelusuk kampung, bandar dan setiap daerah.Bangunkan tanah2 MUIS/USIA untuk didirikan sekolah2 Agama/pusat2 riadah dan rujukan remaja. Jgn pulak tanah yg ada dijual utk dapatkan wang, itu adalah tindakan mundur kbelakang krana wang adalah utk dptkan tanah/aset msyrkat islam. Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang menandakan menteri2 islam/MUIS/USIA mendapat lava dosa tertinggi dlm M'sia.

    ReplyDelete
  6. begitu ramai anak luar nikah dilahirkan, ia benar2 membimbangkan.

    ReplyDelete
  7. harap masalah ini akan dapat ditangani.. Ibu bapa perlu sentiasa memantau anak-anak mereka agar tidak terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral..

    ReplyDelete
  8. Sabah tertinggi? Mungkin kerja2 PATI. Mungkin juga kahwin kampung jadi ada sedikit masalah dalam pendaftaran. Asalkan jangan saja buang bayi macam yang dilaporkan hari2 dalam akhbar.

    ReplyDelete
  9. Tidak diperincikan gulungan mana yg. menjadi penyumbang terbanyak anak haram non muslim atau muslim.

    ReplyDelete
  10. Harap permudahkan lagi syarat untuk kahwin. Ini akan dapat mengurangkah kes anak luar nikah.

    ReplyDelete
  11. kes buang bayi paling tinggi ialah di Selangor dan Johor..

    ReplyDelete
  12. tidak lama lagi Tuhan akan turunkan bala ke atas manusia kalau perkara2 seperti ini berleluasa.bertaubatlah sebelum terlambat!

    ReplyDelete
  13. anak luar nikah tak kira bangsa apa? semua bangsa pun ada..macam kalau orang melayu sendiri yang buat?

    ReplyDelete
  14. Pusat2 hiburan; kelab malam, karaoke, rumah urut, hotel pelacuran, dadah, mudah terpengaruh, tanpa pengawasan ibubapa, tanpa pegangan agama, tanpa aktiviti berfaedah adalah punca2 penyunbang ke arah tersebut

    ReplyDelete
  15. Azizah Dun pun terkejut katanya mungkin orang PTI. Jadi secara automatik menteri UMNO juga mengakui kewujudan ramai PTI di Sabah tapi tak mahu RCI untuk PATI ditubuhkan. Mengapa? Kamu fikirlah sendiri

    ReplyDelete
  16. mungkinkah menteri/pihak berkaitan akan menepis dan cuci tangan dg angka 41,490 orang ??? adakah mereka akan membuat prancangan jngka pnjang atau mungkinkah lidah mereka akan bermain silat beruang bila kena baru buang....???

    ReplyDelete
  17. memperbanyakkan sek agama akan menghindar maksiat? perempuan bertudung @ usung cross besar2 x pandai romen/kongkek [luar nikah]? dlm panggung wayang, taman, shopping mall, temp tersembunyi, etc - mana2 pun maksiat berlaku...

    ReplyDelete
  18. akhir zaman memang akan berlaku perkara2 seperti itu Pirit. tunggu masa lagi dunia mau hancur.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.