Thursday, November 17, 2011

Demo : Mahasiswa UMS Serah Memo Isu Elektrik

SEKUMPULAN mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) kelmarin, telah menyerahkan memorandum keduanya berkenaan isu caj elektrik kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA), Prof. Madya Datuk Dr. Kassim Mansur.

Penyerahan memorandum tersebut diwakili Naib Presiden Pembangunan Insan, Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Khairuddin Daud.

“Hari ini, kita telah menghantar memorandum kedua berkenaan isu caj elektrik yang dikenakan kepada mahasiswa.

“Antara masalah yang dihadapi oleh mahasiswa berkenaan isu ini adalah tiada makluman awal berkenaan perubahan caj yang dikenakan kepada mahasiswa. Dan masalah dari sudut kaedah pembayaran yang dikenakan kepada mahasiswa, kerana mahasiswa perlu membayar yuran ini semasa cuti semester melalui CIMB Cliks,” katanya kepada sidang media selepas penyerahan memorandum berkenaan.

Menurut Khairuddin lagi, sekiranya mahasiswa tidak menjelaskan pembayaran, mereka tidak dapat mendaftar subjek. Sedangkan pada masa tersebut, rata-rata pinjaman PTPTN untuk mahasiswa belum diperoleh.

Mahasiswa dilaporkan memberi tempoh sehingga 21 November 2011 kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) untuk mempertimbangkan resolusi yang dicadangkan serta memberi jawapan menyeluruh berkaitan kadar caj tersebut.

“Diperingkat mahasiswa, memerlukan kata putus daripada TNC HEPA berkenaan isu ini. Antara resolusi yang dicadangkan adalah tidak mengenakan caj yuran elektik kepada mahasiswa tahun 2 bagi semester ke-2 sesi 2011/2012.

“Ini bertujuan membayar semula caj elektrik yang berlebihan dikenakan kepada mahasiswa tahun 2 dan ke atas,” ujarnya.

Penyerahan memorandum itu turut dihadiri Pengarah Jabatan perkhidmatan Pelajar MPM UMS, Voon Hai Leed; Pengerusi GAMIS Sabah, Asmi Basri dan beberapa pimpinan mahasiswa.

Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR (sabahkini)

46 comments:
Write comments
  1. tahniah, sbb menyedari hak masing2. suatu tindakan yg wajar n bertamadun...

    ReplyDelete
  2. Harap masalah elektrik ini boleh ditangani oleh pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  3. Masalah penangguhan pinjaman PTPTN ini patut diperbaiki, susah untuk mahasiswa untuk mendaftar subjek jika pinjaman selalu lambat diluluskan.

    ReplyDelete
  4. Kenapa mahu buat demo? ini kan budaya dari SM tidak perlulah bawa ke sini. Kenapa tidak ada meja perbincangan lagi di UMS??? Truk la macam ini.

    ReplyDelete
  5. Mesti MPM UMS ni dari semenanjung, itu pasal la demo2 macam ini dibawa masuk ke UMS..

    ReplyDelete
  6. pihak UMS kena mempertimbangkan semula caj tersebut.

    ReplyDelete
  7. harap masalah ini dpt diselesaikan dgn jalan terbaik.

    ReplyDelete
  8. ini sebuah revolusi kecil

    ReplyDelete
  9. "sekiranya mahasiswa tidak menjelaskan pembayaran, mereka tidak dapat mendaftar subjek. Sedangkan pada masa tersebut, rata-rata pinjaman PTPTN untuk mahasiswa belum diperoleh."

    Semoga pihak UMS mengkaji kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Keadaan para mahasiswa harus juga dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  10. "Mahasiswa dilaporkan memberi tempoh sehingga 21 November 2011 kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) untuk mempertimbangkan resolusi yang dicadangkan serta memberi jawapan menyeluruh berkaitan kadar caj tersebut."

    Memorandum yang dikemukan harus dikaji dan mencari formula kadar caj yang berpatutan.

    ReplyDelete
  11. Pertambahan kos selalu mendatangkan reaksi yang negatif. Semoga pihak UMS mendapat keseimbangan di antaranya.

    ReplyDelete
  12. Small matter but but needed to resolve soon.

    ReplyDelete
  13. Ini akan memberatkan beban para mahasiswa. Semoga kadar caj dapat diperbaiki.

    ReplyDelete
  14. kenapa students pula kena tanggung caj elektrik?

    ReplyDelete
  15. May be the charges above their capabilities. Study the problem and find solution.

    ReplyDelete
  16. Betul kata Peng Sen, caj itu memang menjadi tanggungan berat. Semoga pihak pendidikan dapat membuat perubahan dan adjust.

    ReplyDelete
  17. That is normal feedback about the increment of the charges. May be the adjustment a bit too high and beyond their expenses budget.

    ReplyDelete
  18. "Hari ini, kita telah menghantar memorandum kedua berkenaan isu caj elektrik yang dikenakan kepada mahasiswa."

    Memorandum yang dikemukakan berkemungkinan diabaikan, semoga memorandum kedua dikaji dan mencari kadar caj yang berpatutan.

    ReplyDelete
  19. Dunia berlainan. sikit hal semua tampil dan "strike", seharus menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih berkesan dan lembut.

    ReplyDelete
  20. mpp ni bawa budaya dari kl ni ke sabah ,patut di bidas sikit2 demo,budaya pembangkang ni...

    ReplyDelete
  21. kena berani bersuara agar tidak diperbodohkan oleh pihak atasan.

    ReplyDelete
  22. pihak pengurusan UMS harus segera menyelesaikan perkara ini..kerana perkara ini boleh menjejaskan imej UMS di mata rakyat.

    ReplyDelete
  23. apa2 perkara yang membebankan pelajar harus segera dimansuhkan...

    ReplyDelete
  24. budaya demo bukan budaya rakyat sabah...diharap budaya negatif ini tidak lagi akan dipraktikkan di mana2 tempat khasnya UMS di masa akan datang...kalau mahu buat demo, buat di semenanjung sebab budaya ini adalah budaya orang semenanjung..

    ReplyDelete
  25. apa2 pun, harap masalah ini akan dapat diselesaikan..

    ReplyDelete
  26. harap masalah ini akan diselesaikan dengan baik.

    ReplyDelete
  27. Even a student, you should know your rights.

    ReplyDelete
  28. sebaiknya melakukan perbincangan untuk mencari penyelesaian..

    ReplyDelete
  29. Rob,
    Hehe..there are UMS students from West M'sia too. Whatever it is, channel the discontent feeling through the right path.

    ReplyDelete
  30. Diharap pihak UMS dapat tangani isu ini dengan bijak tanpa menjejaskan kebajikan mahasiswa.

    ReplyDelete
  31. Sebaiknya biar pelajar dapat duit pinjaman dan barulah wajibkan mereka untuk membayarnya. Jika tidak ada pembayaran dilakukan baru mereka tidak akan dapat mendaftar untuk sem akan datang selagi tanggungjawab tidak dilaksanakan.

    ReplyDelete
  32. Buatlah keputusan yang terbaik untuk pembayaran ini.

    ReplyDelete
  33. DEMO di UMS?? Boleh tahan..Bah uruslah baik-baik aa Mahasiswa UMS..

    ReplyDelete
  34. Harap pihak berkuasa akan memberi perhatian terhadap isu ini.

    ReplyDelete
  35. Semoga masalah penangguhan untuk meluluskan peminjaman PTPTN ini boleh ditangani.

    ReplyDelete
  36. nama GAMIS memang sudah sinonim dengan demo.. teruskan saja berdemo jika cara itu mampu menunjukkan profesionalisme pelajar2 universiti..

    ReplyDelete
  37. Demo baik untuk kesedaran hak beramai-ramai.

    ReplyDelete
  38. saya tak sedar pun tentang caj2 elektrik ni dulu time sekolah. yang saya ingat kena bayar untuk peralatan2 elektrik yang digunakan saja. itupun untuk satu semester. tapi ada juga yang tak bayar sebab bukan ada selalu buat spotcheck pun.

    ReplyDelete
  39. di IPTA pun demo ni nampak makin popular sekarang. lama kelamaan asal ada yang tak memuaskan hati, mesti demo yang mereka buat.

    ReplyDelete
  40. Demo aman dibenarkan olek akta persekutuan dlm lingkungan demokrasi so jangalah kita memandang hina sebab negara kita bukan pemerintahan kuku besi.

    ReplyDelete
  41. Hope things won't get any more serious.

    ReplyDelete
  42. This will teach everyone a lesson.

    ReplyDelete
  43. tidak menyebutkan niat demo, kenapa pula sibuk memfitnah?

    ReplyDelete
  44. gambar yang admin letak, bukan gambar sewaktu dengannya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.