PEKAN, - Seorang ahli UMNO bahagian Pekan iaitu kawasan yang diwakili oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) hari ini tampil mengakui beliau mengundi di enam lokasi yang berlainan pada Pilihanraya Umum Ke-12 tahun 2008 yang lalu.
Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan mengaku ramai lagi rakan-rakannya di dalam UMNO yang juga mempunyai "keistimewaan luar biasa" hasil konspirasi politik yang dilakukan oleh UMNO BN dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Saya merasa bersalah atas apa yang berlaku. Bukan niat saya untuk khianat tapi mereka yang mengatur segalanya dengan teratur dan saya mendapat imbuhan daripada parti atas usaha ini. Tak silap saya antara lokasi yang menjadi tempat saya membuang undi ialah di Pahang Tua, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan), Sekolah Ahmad Pekan dan beberapa lagi lokasi lain", kata beliau ketika dihubungi.
Beliau terpanggil untuk membuat pengakuan ini kerana menyedari dirinya telah "berdosa dan khianat" kepada rakyat. "Saya juga kecewa, sejak sekian lama Datuk Najib menjadi Wakil Rakyat di Parlimen Pekan, tanah-tanah di kawasan ini sedikit demi sedikit terhakis dan diberikan kepada warga asing terutamanya dari Kemboja dan Myanmar.
Malah, Najib juga memunggah begitu ramai orang Kedah dan Perlis untuk membuka kampung baru di Pekan. Mereka diberi layanan isitimewa dan berbagai lagi kemudahan. Tapi kami orang Melayu di Pekan terus dipinggirkan. Projek-projek pembangunan semua diberikan kepada orang luar dan bukan kontraktor tempatan anak Pekan sendiri. Akhirnya kami makan habuk sebaliknya kemewahan dikecapi oleh orang lain.
Dah banyak kali saya bangkitkan isu ini pada Mesyuarat UMNO, tapi jawapannya tetap sama .... apa boleh buat .. Datuk Najib Perdana Menteri kita .. dan kita kena ingat jasa-jasa arwah Ayah dia dulu", kata beliau lagi dengan nada kecewa. Beliau turut menegaskan, kini orang-orang Melayu dalam UMNO di Pekan sebenarnya sudah hilang kepercayaan kepada Najib. Tambahan pula bila mereka melihat proksi isteri Najib iaitu Rosmah Mansor begitu rakus menyapu projek-projek dekat Pekan hatta untuk projek kelas F sekali pun.
-http://pahangdaily.blogspot.com
Saturday, November 12, 2011
Ahli UMNO "Mengaku Mengundi" Di Enam Lokasi Berbeza
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perkara ini memang berlaku jadi diserankan kepada semua pengomen jangan hanya menulis 'Apapun harap perkara ini disiasat' atau 'Benarkah' cubalah buat komen yg ilmuan sikit.
ReplyDeleteDemi kuasa,inilah yg berlaku.Apabila ianya terjadi,apapun kehendak rakyat no 2.Apa sebab,sokongan ikhlas mereka tak perlukan.Nak bagi atau tidak,tak akan menjejaskan "KUASA" yang ada.
ReplyDeleteIni pengundi PM merasa terpinggir.Kita yg di Sabah apa lagi,lagilah terpinggir.Masih sokong BN??????
ReplyDeleteKita di Sabah dihadiah dengan kebanjiran rakyat asing yang diberi IC. Apakah kita mahu suatu hari nanti negeri ini diperintah oleh rakyat asing? Fikirkanlah dengan waras!
ReplyDeletePengakuan ini akan menjejaskan imej baik Umno dan mungkin akan memberi kesan dalam PRU 13.
ReplyDeletepengakuan ini belum tentu benar lagi. bukankah seorang hnya mempunyai satu kawsan mengundi sahaja.
ReplyDeletesenarai pengundi kena dikemaskini semula.
ReplyDeletekalau tahu perkara tu salah sepatutnya bertindaklah ikut cara yang betul. adakah sebab imbuhan tu saja rambang mata jadinya. ataupun takut kena hukuman bila tidak mengikut kata orang atasan?
ReplyDeletebuatlah perubahan dalam PRU nanti. jangan lagi ulangi apa yang telah berlaku pada PRU lepas.
ReplyDeletekenapa takut dedahkan identiti?? kalau sudah rasa bersalah dan berani buat kenyataan media, tampilkan la diri supaya buktinya lebih jelas.. sekadar cakap2 begini, semua orang pun boleh buat..
ReplyDeletekalau Anwar boleh nafi setiap tuduhan yang disertakan dengan bukti, kerajaan juga boleh nafi tuduhan seperti ini yang langsung tidak ada bukti..
ReplyDeletetunjukkanlah bukti jika dakwaan ini benar..
ReplyDeletejika tiada bukti dan pengadu tidak mendedahkan identiti ini hanya akan dianggap sebagai dakwaan tidak berasas.
ReplyDeletePastikan perkara seperti ini dapat dielekkan dalam masa depan.
ReplyDeleteHarap kita boleh mengadakan Pilihan Raya yang adil dan bersih.
ReplyDeleteWaaa siapa2 yang tinggal dikawasan ini, harap dapat tampil dan memberikan penjelasan keadaan sebenar.
ReplyDeleteCari publisiti kah? Baru konon sekarang mahu menyesal? Ceh..kalau dulu boleh menipu, apa yang diluahkan ini pun boleh direka-reka juga kan?
ReplyDeleteKalau betul pun, tentu si penulis ini tidak berani tampil kerana takut akan kesannya nanti. Makanya, jangan bermain dengan api. Kelak ia akan memakan diri anda.
ReplyDeletePilihan ditangan anda mau BN boleh tapi jangan bising kalau Barang Naik + GST anak cuba Pakatan boleh kerana tidak mustahil keadaan berubah kerana kalau takut sampai mati tak berubah.
ReplyDeleteProjek IC palsu di Sabah yang disertakan bukti serta pempimpin komponen BN seperti UPKO minta dibuat RCI tapi UMNO bodoh kata tak ada bukti apa hal pula. Memang dasar UMNO ini PENIPU besar. Bayangkan lebuhraya Tenom Beaufort melalui lembah Padas yang dilakukan pecah tanah oleh Perdana Menteri Dr Mahathir dulu pun tak jadi. Bukankah itu bukti UMNO PENIPU BESAR
ReplyDelete1. ngam la itu, moon. kita perlukan komen2 yg lebih kritikal supaya boleh menjadi trigger ke arah perbincangan yg lebih berkualiti/informatif.
ReplyDelete2. rasuah, phantom voters, rakyat sabah 'palsu', provokasi, uneven playing field, manipulasi isu2 sensitif, malay supremacy, penghapusan konsep separation of power, tembirang, monopoli media - tanpa elemen2 ini, di mana agaknya UMNO? longkang??????
altantuya dibunuh sbb nak halang rahsia besar dibongkar. jadi tak heran org ni tak mahu identitinya dipublishkan maklumlah takut kena c4. tak gitu?
ReplyDeleteKenapa baru sekarang mengaku??Kenapa tidak dulu lagi..Orang sebegini tidak perlulah kita percaya ini cuma perangkap untuk menghantui fikiran orang ramai.
ReplyDeleteKalau kesal dan rasa bersalah buatlah pembayarannya pada PRU 13 ini. Kalau disuruh mengundi dienam lokasi ambillah imbohannya dan tunaikan undi kpd yg. lain.
ReplyDeleteKita masih tidak pasti dengan kebenaran cerita ini. Mungkin ini mereka yang dibayar untuk membuat pengakuan palsu semata-mata. Mainan politik PR katakan.
ReplyDeletemenang pun atas penipu ....
ReplyDelete