SIKAP professional yang ditunjukkan Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong yang memuji keprihatinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika KOngres LDP yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; tidak dapat menutup jurang pertelingkahan Timbalan Presiden LDP, Senator Datuk Chin Su Phin dan Ketua Pergerakan Wanita LDP, Nancy Lim Eng Guan yang sangat kritikal.
V.K.Liew yang bagaikan senyum dalam tangis berjaya mengocak fikiran Muhyiddin bahawa semua pemimpin LDP ketika itu menunjukkan sikap hipokrasi tertinggi terhadap beliau dan Musa Aman sehingga Pergerakan Pemuda UMNO Sabah yang diketuai Haji Awang Kadin Tang terpaksa melakukan protes ‘Ala-Khairy’ di majlis perasmian berkenaan.
Ingatan ikhlas V.K.Liew yang menyarankan agar jangan kerana ‘Nila setitik, rosak susu sebelanga’ rosak binasa diibaratkan sebagai sindiran tajam terhadap Chin dan Nancy serta kelancangan beberapa orang pemimpin LDP yang ‘suka mencari fasal’ agar kembali kepada konsep asal BN.
Dalam Ucapan Dasar Presiden LDP itu di SM Yu Yuan, Batu 4, Sandakan, tidak tergambar langsung wujudnya pergeseran fahaman dalam konteks BN antara LDP dengan Musa Aman.
Namun tidak siapapun menyangka bahawa sedang berlaku ‘Kudita’ (Coup-de-taat) di dalam LDP atas tajaan pemimpin UMNO, terutama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang terlalu kepingin mahu menjadi Ketua Menteri Sabah sehingga telah menyediakan beberapa ‘komando dan gurkha’ yang akan dikerah melakukan rampasan kuasa, termasuk Chin Su Phin, apabila tiba masanya.
Hanya segelintir pemimpin LDP sedang bahawa ‘anak panah sedang dihalakan’ kepada Presiden Parti dan hanya menunggu arahan ‘Panglima Besar LDP’ untuk melepaskan busur bagi menembusi jantung Presiden Boneka LDP.
Walaupun agak sukar, akhirnya V.K.Liew mengakui bahawa ‘Bahtera LDP’ masih dikendali kemudinya oleh ‘Kapitan Chong Kah Kiat’ yang merupakan seteru utama Ketua Menteri Sabah.
Memandangkan V.K.Liew terlalu lemah dan enggan mengikut arahan Kapitan Chong, maka Admiral Chin Su Phin dan Nancy Lim diarahkan melancarkan ‘Saiwar’ (perang psikologi) berterusan terhadap Musa Aman dan BN Sabah.
Kapitan Chong dengan kerjasama ‘Menteri Pelesit’ UMNO telah berjaya menimbulkan kesangsian Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri terhadap kepimpinan Musa Aman dan hanya menunggu masa untuk melakukan ‘kilasan’ termasuk memainkan isu Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong dan mengaitkannya dengan Musa Aman.
Dalam keadaan Musa Aman dikelilingi ‘Parasit dan Lintah Darat’ seperti Nasir Yeo Guan Hock, Michael Chia Tien Foh, Freedy Lim, Richard Barnes, Edmond Lim, Albert Lim, Amin Khan, Mazlan Zakaria dan sebagainya; tidak ada pemimpin atau proksi yang berani tampil membela Musa Aman daripada serangan Chin dan Nancy; melainkan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said.
Kehadiran ramai ‘Parasit dan Lintah Darat’ yang menjual nama Musa Aman menyebabkan beliau tidak mempunyai kekuatan untuk menahan serangan Chin dan Nancy yang menggunakan media tempatan kerana kedudukan mereka sebagai Timbalan Presiden dan Ketua Pergerakan Wanita.
Akibatnya, di mata masyarakat kebanyakan, terutama masyarakat Cina, Musa Aman adalah liabiliti buat BN Sabah dan wajib digantikan dengan Shafie Apdal; sedangkan hakikatnya Musa Aman telah berjaya menyelamat ekonomi Sabah daripada jatuh Muflis dan dalam hala tuju yang tepat ke arah menjadikan Sabah negeri maju 2015.
Dalam keadaan BN di Semenanjung yang sedang nazak, Najib tidak mempunyai keberanian untuk mengambil risiko menggantikan Musa Aman dengan ‘Golden Eye Boy’ Shafie Apdal kerana kesannya amat besar, terutama kepada pelabur demi mempertahankan ranking AAA Sabah.
Najib terlalu bergantung kepada 25 kerusi di Sabah dan 31 kerusi parlimen di Sarawak untuk menyudahkan cita-citanya terus menjadi Perdana Menteri bagi penggal kedua setelah dilantik menggantikan Pak Lah melalui jalan culas.
Sehubungan itu, Najib sudah pasti tidak yakin lagi dengan Shafie yang cuba membina ‘kem sendiri’ setelah pendedahan demi pendedahan dibuat media termasuk Sabahkini.net dan The Malaysian Insider berhubung pembaziran dana awam yang dilakukan Menteri KKLW tersebut bagi mengumpul dana politik untuk menentang Musa Aman dan membelakangkan nasihat Najib.
Persoalannya, mampukah Shafie mencabar Musa Aman dalam keadaan dirinya mula dibelenggu Skandal Projek Top-UP dan Pendedahan Laporan Audit bagi Agensi di bawah KKLW serta kemerosotan sokongan kerana hanya kroni tertentu yang mendapat projek sehingga menimbulkan benih kebencian ratusan kontraktor lain?
Oleh : SUHAILA RIDWAN (sabahkini)
Saturday, November 12, 2011
Siapa Presiden LDP Sebenar?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bukankah V.K Liew President LDP kah? Siapa lagi?
ReplyDeleteHarap V.K Liew mampu memimpin parti dan ahlinya dengan sebaik mungkin.
ReplyDeletependirian Chin bukan pendirian LDP, LDP tiada sebarang masalah dgn Musa dan UMNO.
ReplyDeletepemimpin LDP adalah V.K Liew, beliau memimpin LDP dgn baik sekali.
ReplyDeleteChin Su Phin is like a rotten apple in the barrel.
ReplyDeleteV.K Liew must do his best to lead his party and work together with the state government to solve issues.
ReplyDeleteChin tidak ada pendirian..menyusahkan ramai org dengan kritikan beliau yg langsung tidak masuk akal..
ReplyDeletethese people are the same, not honest.
ReplyDeletejika tidak puas hati kluar sahaja dri BN... memalukan diri sendiri ja..tiada pendirian...
ReplyDeleteChin paling lantang bersuara dan berani mengkritik tindakan pemimpin2 lain.
ReplyDeletememang berbeza sekali sikap Liew dengan Chin.
ReplyDeletesikap segelintir pemimpin ldp sugguh biadap,diharap pemimpin ldp mengambil tindak di atas kurang sopanaan mereka terhadap keritikan2 yg tidak bertangung jawab
ReplyDelete"Najib terlalu bergantung kepada 25 kerusi di Sabah dan 31 kerusi parlimen di Sarawak untuk menyudahkan cita-citanya terus menjadi Perdana Menteri bagi penggal kedua setelah dilantik menggantikan Pak Lah melalui jalan culas."
ReplyDeleteSabah tetap akanmenjadi deposit BN, tambahan dengan projek IC yang dikatakan itu.
Kalau tidak sehaluan, memang susah untuk bekerja-sama lagi. Harap Najib bijak menyelesaikan masalah antara parti komponen.
ReplyDeleteIni cuma pandangan Chin dan tidak mewakili LDP. Walau apa pun, parti komponen seharus sebulat suara dan memeperjuang menghala agenda yang sama.
ReplyDelete"Akibatnya, di mata masyarakat kebanyakan, terutama masyarakat Cina, Musa Aman adalah liabiliti buat BN Sabah dan wajib digantikan dengan Shafie Apdal; sedangkan hakikatnya Musa Aman telah berjaya menyelamat ekonomi Sabah daripada jatuh Muflis dan dalam hala tuju yang tepat ke arah menjadikan Sabah negeri maju 2015."
ReplyDeleteMusa tetap mendapat sokongan orang ramai di Sabah. Usaha dan kejayaan Musa memang terbukti dan semakin bertambah baik.
Jika BN enggan menubuhkan RCI, tetap akan mendapat cabaran giat dalam parti komponen.
ReplyDeleteSokong Datuk Seri Musa Aman, beliau berjaya memulihkan tabung Negeri Sabah, beliau menguruskan sabah dengan mengambilkira aspirasi rakyat berbilang kaum.Dibawah pentadbirannya tiada permusuhan kaum, lapisan rakyat sabah bebas menganuti kepercayaan masing-masing, jangan biar cita-cita sebelah pihak mahu jadi ketua menteri sabah, apapun BN masih pilihan rakyat sabah.
ReplyDeleteVK Liew harus bersikap lebih tegas terhadap ahli LDP yang keterlaluan seperti Chin Su Phin.
ReplyDeletemusa aman menjalankan tugas beliau selaku KM sabah dengan baik..rekod cemerlang beliau tidak memungkinkan beliau akan digantikan.
ReplyDeleteapa jua masalah boleh diselesaikan di meja rundingan...tidak perlu memberi ruang kepada pembangkang untuk mengambil kesempatan terhadap apa jua masalah yang dihadapi.
ReplyDeleteVK Liew harus bersikap lebih tegas terhadap mana2 ahli LDP yang telah merosakkan imej BN..mengekalkan mereka dalam LDP hanya akan merosakkan parti sahaja.
ReplyDeletemusa aman is an ideal CM of sabah.
ReplyDeletesoalan bonus! siapa lg klu bukan haji logiut najib tun rajak. UMNO sbg big brother membuat semua keputusan, lain2 komponen BN hanyalah penjilat pantat shj...
ReplyDeleteBN harus menerima permintaan dan menunaikan permintaannya. Ia adalah untuk kebaikan semua pihak terutama orang Sabahan.
ReplyDeleteBukan semua orang bleh terima kritikan, bagi yang tidak boleh terima, ia akan mendatangkan kesan negatif.
ReplyDelete"Skandal Projek Top-UP dan Pendedahan Laporan Audit bagi Agensi di bawah KKLW serta kemerosotan sokongan kerana hanya kroni tertentu yang mendapat projek sehingga menimbulkan benih kebencian ratusan kontraktor lain?"
ReplyDeleteIni adalah masalah yang paling besar di Sabah, yang kaya akan menjadi lebih kaya, yang miskin tetap miskin. Seharus semua projek dibuka untuk tender, pastikan projek diberi kepada syarikat & kontraktor yang betul-betul memenuhi syarat.
Perosak harus dikeluarkan dari parti komponen. Yang berkebolehan harus diberi untuk menjawat jawatan tinggi.
ReplyDeleteLiew should competent and be able to resolve conflicts in between and continue strike the best for the people in line with the agenda.
ReplyDeleteKalau bukan VK Liew, siapa lagi????
ReplyDeletePolitik ni ada2 saja. Kadang2 yang tiada pun ada.. huhu
ReplyDeleteMengenai Musa Aman, terpulanglah pada rakyat untuk menilai kemampuannya. Saya yakin ada yang suka ada juga yang tak...
ReplyDeleteInilah manusia... Rambut saja sama hitam tapi hati lain2...
ReplyDeleteMengenai Shafie mencabar Musa Aman, kita tunggu sajalah perkembangannya nanti. Nak komen pun susah juga. hehe
ReplyDeletebeginilh politik..mcm2 ada..pa2 pun Musa Aman tetap terbaik..
ReplyDeletepandangan Chin sahaja...bukan LDP...
ReplyDeleteChin is just using LDP's name to attack MA. ain't it obvious.
ReplyDeletemaybe Chin ought to switch to the opposition side?
ReplyDeleteSelamat berjuang kepada LDP dan harap mereka boleh bekerjasama dengan kerajaan Sabah.
ReplyDeleteOf course VK Liew..
ReplyDeleteChin Su Pin tidak mungkin akan naik ke plantar itu.
ReplyDeleteGood luck to LDP.
ReplyDeletetingkatkan kerjasama dengan semua dan laksanakanlah tanggungjawar dengan sebaiknya..
ReplyDeletesebaiknya semua harus sentiasa berganding bahu dan fokus untuk berkhidmat kepada rakyat.
ReplyDeletebukan salleh seorang saja malah semua pemimpin2 BN tidak setuju dengan Chin..
ReplyDeleteTidak hairan jika Chin ada agendanya tersendiri.
ReplyDeletekalau wujudpun usaha rampasan kuasa di Sabah, saya rasa semua itu hanya sia2.. baik Chin tumpukan matlamat asal parti mereka..
ReplyDeleteTindakan Chin ini hanya akan memakan diri sendiri.
ReplyDeleteStandardlah tu ada yang suka Musa Aman, ada juga yang tidak. Siapa2 yang jadi KM tentu kena kritik2 macam2 oleh pihak yang tidak sehaluan dengan beliau.
ReplyDeleteVK Liew harus kawal ahli2 partinya. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
ReplyDeleteMungkin tidak Chin itu cuma secara peribadi dan bukannya ada kaitan dengan LDP pun.
ReplyDeleteV.K Liew sebagai presiden LDP perlulah menasihati ahli LDP itu supaya mengawal tingkah laku. Ini demi kebaikkan perhubungan antara parti.
ReplyDeleteKita tidak pasti apa yang tersirat dalam fikiran Chin Su Pin sehinggakan bertindak demikian. Tidak apalah semua itu biarlah penduduk Sabah yang memikirkan sendiri. Rasanya apa yang dikatakan oleh Chin tidak akan menggugat keboleh KM Sabah.
ReplyDelete