Timbalan Ketua Majlis Ahli Parlimen BN Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.
Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.
Bung Moktar (kiri) membuat komen itu ketika anggota parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.
"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.
"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.
"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.
Anggota parlimen Kinabatangan itu tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.
Bagaimanapun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar. -MK
Tuesday, November 15, 2011
Bung Moktar gesa Shahrizat letak jawatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sokong Bung Mokhtar Sarijat patut letak jawatan. Dia perempuan pengkhianat. Lain yang disuruh lain yang dibuat. Inilah wanita kebanggaan UMNO busuk!
ReplyDeleteBah Neji macam mana bung suruh Ketua Wanita letak jawatan! Kau masih pertahankan wanita pengkhianat negara itu?
ReplyDeleteIni lah masalah dalam UMNO mana-mana pemimpin busuk masih lagi kekal dalam jawatan walau pun sangat busuk masih kuat bertahan dalam UMNO... sebab pemimpin busuk ini pandai ambil HATI Presiden UMNO.
ReplyDeleteSusahnya Menjadi Rakyat 99.9% pemimpin UMNO@bn pakat2 cover kawan2 dari kepala sampai keturunan mereka makan duit haram hati perut mereka ni dah hitam busuk sampai ke usus. ini yang neji mahu?
ReplyDeleteHehehehehe c Neji mana dia?masuk lubang cacing barangkali,itulah kalau bodoh badak begitulah yang salah pun mati dia pertahankan.Neji pandai moyet dapat bunga hehehehehe.
ReplyDeletec shaJILAT sebenarnya kalah dlm PRU tp nasi kangkangnya kena kc makan sama c hj logiut najib, terus kena lantik menteri, n di umban pula dgn RM250juta...
ReplyDeleteBiarlah mereka yang terlibat itu menyelesaikan masalah mereka sendiri, yang lain jangan batu api.
ReplyDeleteSyarizat sememangnya perlu bertanggungjawab, tapi bukan dengan cara letak jawatan.
ReplyDeleteRamai yang mengesa beliau untuk meletak jawatan. Secara peribadi saya juga bersetuju jika beliau meletak jawatan.
ReplyDeleteLagipun sudah terlalu lama beliau berada dalam dunia politik.
ReplyDeletePatut pun dia letak jawatan rakyat dah buang dia jauh-jauh tapi masih tak malu jadi menteri? Najib sindir dia itu Sarijat layak jaga lembu saja. Jadi letak jawatan sajalah rakyat pun tolak dia melalui pilihanraya ke12 lalu.
ReplyDeletekita tgk apa tindakan sharizat selepas ini.
ReplyDeleteini YB PTI mana si sharizat takut,sekali saja si sharizat jentik jari diam sudah dia ini.
ReplyDeleteApalah Sharizat rasa sekarang? Tentu beliau dalam tekanan. Tiada harapan bertanding PRU13 nanti.
ReplyDeleteRakyat mahukan kebenaran.
ReplyDeleterelek kamu bro.. selepas sprm kini diambil alih oleh PDRM untuk siasat kes shahrizat.. kalau dibuktikan benar bersalah, pandai2 dia lah mau letak jawatan atau tidak.. tapi tu Anwar pun patut bersara dari politik.. tidak cukup memberikan berbilion ringgit kepada kroni2 beliau semasa beliau menjadi menteri kewangan, kini berhadapan pula dengan kes yang lebih ganas..
ReplyDeletebiarlah pekara ini disiasat oleh pihak yang berkaitan untuk mengetahui kebenarannya..
ReplyDeletesaya pasti Shahrizat tidak akan letak jawatan. masih ramai yang beri sokongan kepada beliau termasuklah Muhyiddin dan Najib.
ReplyDeleteSPRM buat siasatan tapi bolehkah rakyat mempercayai ketelusan mereka??
ReplyDeleteJika benar isu NFC tidak ada kena mengena dengan Dato’ Seri Shahrizat Jalil, sewajarnya beliau langsung tidak ada urusan dengan syarikat ini apatah lagi menggunakan wang NFC untuk membayar perbelanjaan beliau.
ReplyDeleteTindakan yang lebih mulia ialah bagi menteri-menteri yang berkenaan memikul tanggungjawab dan mengambil tindakan tegas berhubung skandal NFC ini.
ReplyDeleteSeharusnya BUng perlulah mencari jalan penyelesaian dan bukannya memberikan kenyataan sedemikian. Cuba berikan pendapat yang perlu untuk menangani isu ini.
ReplyDeleteBung moktar sendiri tidak ada membawa perubahan kepada Kinabatangan juga perlu meletak jawatan. Fikir sebelum berkata-kata. Sebagai satu parti seharusnya cuba memberikan bantuan. Kita sendiri tidak pasti dimana silapnya perkara ini.
ReplyDeleteyang hairan nya kenapa pula PDRM ambil alih siasatan bukan tahi lembu yang di pelihara oleh keluarga sharizat boleh dibuat bom,yang di nyatakan si sharizat ini guna wang kerajaan 250 juta bukan menternak lembu tapi wang itu digunakan untuk beli kondo,saya sebagai orang kampung,dimana pengertian saya kalau wang kerajaan digunakan salah sepatutnya SPRM yang siasat,ini macam SPR kerana yang saya tahu tugas SPR ada lah mengandali pilihan raya apabila diberitahu oleh dewan undangan atau dewan rakyaat...tungang terbalik sudah ini kerajaan.
ReplyDeleteKalau isu yang serupa menyebabkan SPRM menyiasat YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini, SPRM juga perlu tangkas menyiasat NFC, YB Dato’ Shaziman Mansor dan YB Yunus kerana mendapat lembu yang dibiayai rakyat. ko berani ka neji?
ReplyDelete