Tindakan seorang pegawai syarak sebuah tanah rancangan Felda, di sini yang menahan sepasang kekasih yang disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik sebelum didakwa membebaskan mereka menimbulkan rasa kurang senang beberapa penduduk yang membuat laporan itu, malam kelmarin. Gambar hiasan.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia awal 20-an bersama pasangannya berusia 18 tahun ditahan penduduk serta Imam satu Felda berkenaan selepas didapati berkhalwat dalam sebuah rumah.
Penduduk, Qasha Umar, 28, berkata, penduduk terpaksa mengambil masa 30 minit sebelum menyerbu masuk ke dalam rumah disyaki selepas mendapat maklumat mengatakan terdapat sepasang kekasih sedang berdua-duaan.
Katanya, ketika serbuan dilakukan, mereka terkejut apabila mendapati seorang wanita tua dipercayai ibu kepada remaja terbabit sedang tidur di bahagian tengah rumah sebelum pasangan itu keluar dari bilik kira-kira 15 minit kemudian.
Qasha yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan Felda berkenaan berkata, selepas 15 minit berbual dengan wanita terbabit, muncul seorang lelaki berusia awal 20-an berpura-pura menggaru kepala diikuti remaja perempuan itu.
Selepas diperiksa, pihaknya mendapati lelaki terbabit adalah anak kepada seorang sidang kampung dan tangkapan itu adalah yang kedua dilakukan.
“Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas lelaki terbabit, kami terkejut apabila dimaklumkan lelaki itu sudah berada di dalam bilik remaja perempuan itu sejak jam 10 malam.
“Mereka mengaku sudah melakukan perbuatan itu berulang kali biarpun ibu pasangannya berada di rumah dan berjanji tidak akan melakukannya lagi sebelum pasangan terbabit dibawa ke balai polis berdekatan laporan penahanan,” katanya.
Menurut Qasha, setibanya di balai polis berkenaan, ibu bapa lelaki terbabit sudah sedia menunggu dan berbincang sesuatu dengan Imam satu yang juga pegawai syarak sebelum anak mereka dilepaskan sekali lagi begitu sahaja.
“Dalam hal ini, kami memang tidak berpuashati dengan cara pegawai syarak dan Tok Sidang berkenaan mengambil jalan mudah melepaskan anak sendiri yang melakukan maksiat tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.
“Sebagai ahli jawatankuasa keselamatan di felda ini, saya berharap perkara maksiat seperti ini perlu dipandang serius bukan sebab dia saudara kita atau anak kita, maka boleh dilepaskan tanpa tindakan,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, Pegawai Syarak yang enggan dikenali berkata, pasangan berkenaan ditahan kerana berdua-duaan di dalam bilik namun pada masa sama ada seorang lagi wanita.
“Dalam hal ini, kami sukar mendakwa pasangan terbabit berikutan keadaan itu namun mereka sudah diberikan nasihat serta akujanji agar mereka tidak akan melakukan kesalahan itu lagi,” katanya. -hm
Tuesday, November 15, 2011
Pasangan Khalwat Dibebaskan Kerana Kroni
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
inilah hasilnya apabila malazut terlampau banyak "tuhan" termasuk perkasa n UMNO...
ReplyDeleteIni kesan banyak tayangan video lucah UMNO yang ditayang di Carcosa sri Negara kemudian disiarkan pula oleh TV suku dan TV satu.
ReplyDeleteBertaubatlah daripada perbuatan maksiat macam ini.
ReplyDeletemereka yang bersalah kena dikenakan hukuman, tak boleh dilepaskan begitu sahaja.
ReplyDeleteKahwinlah kalau sudha gatal betul.
ReplyDeleteapa pula kaitannya dengan umno Pirit?? ko boleh bagi jaminan ka kalau pembangkang memerintah tidak akan ada kes maksiat?
ReplyDeletemereka yang melakukan kesalahan patut dihukum..
ReplyDeletetindakan memihak kepada anak sendiri yang sudah membuat salah umpama menghalalkan perbuatan tersebut.
ReplyDeleteDibebaskan begitu saja tanpa ada dikenakan denda. Memang tidak adil. Kalau semua begini sudah pasti maksiat berleluasa.
ReplyDeletedear neji:
ReplyDeletedouble standard kan amalan rasmi UMNO/BN...klu sy tau x ada maksiat jika pembangkang memerintah, kau panggil sy tuhan la...kita x akan tahu prestasi sesiapa/mana2 pihak klu belum diberi peluang...tp yg sy benar2 pasti dgn bersandarkan bukti, big brother UMNO ni bangas la mcm jaruk bakas...