Datuk Seri Idris Jala hari ini menegaskan semula bahawa Malaysia masih berhadapan dengan risiko menjadi negara muflis dalam satu dekad lagi jika ia membelanjakan wang yang dipinjam untuk perbelanjaan-perbelanjaan operasi seperti subsidi berbanding menggunakannya bagi tujuan pelaburan.
“Jika ekonomi kita mengalami pertumbuhan kurang empat peratus dan jika kita tidak memotong perbelanjaan operasi kita, jika kita pinjam pada kadar 12.5 peratus, jika hutang tahunan kita meningkat 12.5 peratus dan pulangan kita pula tidak berkembang, maka ia akan berlaku,” kata Jala hari ini selepas mengumumkan perkembangan terkini mengenai pelaburan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Beliau mencetuskan kebimbangan yang sama tahun lalu ketika ramai membicarakan mengenai isu subsidi, yang kemudiannya menjadi kontroversi.
Hutang kebangsaan Malaysia meningkat 12.3 peratus untuk mencecah RM407 bilion tahun lalu, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan minggu lalu.
Meskipun ekonomi mengalami pertumbuhan 7.2 peratus tahun lalu, defisit fiskal tahun lalu mengekalkan hutang awam lebih 50 peratus berbanding kadar KDNK bagi tahun kedua berturut-turut.
Pakar ekonomi juga berkara bahawa pertumbuhan ekonomi negara boleh perlahan ke paras 3.6 peratus tahun depan daripada kadar 4.3 peratus yang dijangkakan tahun ini ekoran risiko kemelesetan berganda global.
Bagaimanapun kata beliau, Malaysia tidak akan melalui kemelesetan tetapi akan melalui perkembangan ekonomi yang perlahan ekoran merebaknya krisis kewangan di Eropah.
Katanya, jangkaan beliau tidak bermakna Putrajaya akan berhenti daripada membuat pinjaman.
“Kita harus membuat pinjaman dengan syarat wang itu digunakan untuk pelaburan berbanding untuk perbelanjaan operasi,” kata beliau lagi.
“Kita harus memastikan pinjaman kita sepadan dengan pelaburan,” katanya lagi.
Wednesday, November 2, 2011
Kenyataan Muflis Untuk Naikkan Harga Minyak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
perbelanjaan-perbelanjaan operasi seperti subsidi berbanding menggunakannya bagi tujuan pelaburan~sesungguhnya jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan sekarang sangat tinggi dan sewajarnya rakyat memahami bahawa ini isu global.
ReplyDeleteIdris Jala kau kasih naik saja bah minyak jadi RM20.00 seliter biar rakyat sayangkan BN
ReplyDeleteyg merana rakyat bah ..
ReplyDeletemcamana IJ bulih predict bahawa negara x akan mengalamai kemelesetan ekonomi? banyak isu/perkara yg di luar kawalan, lagipun namanya pun economist bukannya tuhan...
ReplyDeletene lagi satu punya bodoh...dah tahu akan muflis cari lah jalan atau cara bagaimana nak selesaikan..bukan cara naikkan harga ...penduduk luar bandar akan merana nanti bab kos akan di tambah pada barang-barang..kat bandar lain pula ceritanya..apa punya orang..pandai ke atau saja ambil kesempatan..
ReplyDeleteMasa ini harga minyak sudah mula turun, baik kita janganlah bergantung pada subsidi, ikutilah harga pasaran seperti negara-negara lain.
ReplyDeletecari iktiar lain untuk menyelamatkan keadaan. Pasti dapat mencari jalan untuk mengelak daripada negara menjadi muflis.
ReplyDeleteTeruk lah kalau tidak ada subsidi, kalau yang kaya raya tidak kisah lah tapi kalau macam kami yang tidak berapa, macam mana mau hidup, mau naik bas pun banyak pilak. Mohon agar kerajaan dapat mencari inisiatif yang tidak membebankan rakyat..
ReplyDeleteTidak perlulah ada kawalan harga minyak ataupun subsidi, biarlah kita mengikuti harga pasaran sahaja supaya adil untuk semua.
ReplyDeletepengurusan kewangan yang cekap membolehkan semuanya diuruskan dengan sebaiknya..
ReplyDeletemelalui pengurusan yang baik diharapkan ekonomi negara akan sentiasa berada dalam keadaan stabil.
ReplyDeleteIJ ini yang menaikkan semula MAS pada suatu ketika dahulu. Rasanya beliau ini agak berkebolehan. Apabila beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian, kerajaan perlu ambil perhatian.
ReplyDeleteKerajaan harus bijak mengurus dan mengawal perbelanjaan. Dalam pada masa yang sama, kebajikan rakyat juga harus diambil kira.
ReplyDeletekerajaan bijak dalam menguruskan kewangan negara. cari jalan lain untuk tingkatkan pendapatan negara.
ReplyDeleteharaplah ekonomi negara akan makin meningkat.
ReplyDeletedalam bajet alternatif Pakatan, tinggi sangatkah perbelanjaan untuk subsidi kepada rakyat? mereka juga tidak mampu memberikan subsidi yang melimpah2 kepada rakyat..
ReplyDeletepihak yang menyampah dengan kenyataan ini patut mencadangkan idea tentang bagaimana mahu memajukan dan meningkatkan ekonomi negara ini tetapi dalam masa yang sama rakyat sentiasa menikmati subsidi yang tinggi setiap tahun..
ReplyDeletenegara Malaysia kan pengeluar minyak juga. sepatutnya ini memberi kelebihan pada rakyat terutama negeri pengeluar minyak seperti Sabah.
ReplyDeletekebajikan rakyat perlu diberi kutamaan bila kerajaan mengambil apa2 tindakan dan keputusan.
ReplyDeleteUNDILAH BN PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG SUPAYA KITA DAPAT MERASAKAN KENAIKAN HARGA MINYAK, DAPAT MERASAKAN CUKAI GST DAN SEBAGAINYA. RUGI KALAU TAK MERASA ITU SEMUA!
ReplyDeleteHarap PM akan menguruskan kewangan Negara dengan baik untuk mengelak muflis berlaku di Negara kita yang aman damai dan maju jaya ini.
ReplyDeleteJadi kalau kita undi Pembangkang pastikah harga barang, minyaak dan semuanya akan turun?? Ooo jawapannya mestilah tidak. Manalah pembangkang mahu rugi..
ReplyDelete