Ketika berita mengenai anak Datuk Seri Najib Razak dilapor berbelanja mewah di Australia, laman blog dan sosial seperti Facebook menyiarkan gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memakai rantai mutiara.
Ia dikaitkan dengan laporan akhbar Australia, The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia minggu lalu.
Rombongan itu mengambil kesempatan untuk membeli belah di negara itu ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).
Akhbar The West Australian melaporkan, seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.
Namun akhbar itu tidak menamakan wanita terbabit.
Spekulasi bertiup kencang apabila blogger dan peminat politik mengaitkan wanita berkenaan dengan Rosmah- yang sebelum ini menggelarkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia atau Wanita Pertama Malaysia.
Selain itu, akhbar yang sama turut melaporkan anak gadis perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan sekurang-kurangnya RM195,000 untuk membeli belah di David Jones.
Bagaimanapun ini bukan kali pertama keluarga Najib dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah ketika negara dibebani dengan hutang sebanyak RM437 juta dan rakyat menderita akibat kenaikan kos hidup.
Rosmah sebelum ini turut dikaitkan dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta yang dibeli dari syarikat Jacob & Co- sebuah syarikat berlian terkemuka di London.
Beliau juga gemar mempamerkan kemewahan termasuk memakai beg tangan jenama mewah Birkin, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa.
Minggu lalu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin meminta Rosmah menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah berkenaan.
Beliau berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan itu. -KD
Wednesday, November 2, 2011
Siasat Segera ‘Wanita Pertama’ Belanja Sakan Di Australia!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Akhbar tersebut x namekan Rosmah pun dan dgr cite anak Najib tak datang pun ke Australia.x ade pun gambar anak die kan..
ReplyDeletenama pun spekulasi, belum tentu betul..dahla tu nama rosmah tak pulak disebut dimana-mana dalam keratan akhbar tu, sekadar menyebut first lady..negara mana pun tak sebut, macam mana kata itu rosmah?
ReplyDeleteanak dia pun tak ikut, siapa ada gambar yang anak dia ikut sama dalam trip ke perth?
ada mana2 negara komanwel yg menggunakan first grandma [lady]? x pula c najis menafikannya...
ReplyDeleteJika ingin berbelanja bairlah sederhana.
ReplyDeleteApa yang kita perolehi didunia ini tidak akan berkekalan.
ReplyDeleteBaik tunggu penyiasatan yang lebih lanjut lagi.
ReplyDeleteKenalah mengenal pasti bahawa artikel surat khabar itu betul-betul menulis pasal Isteri dan anak PM.
ReplyDeleteada saja isu yang sengaja dimainkan sekarang ni..
ReplyDeleteini hanyalah spekulasi saja..akhbar tersebut tidak pun menyatakan nama Rosmah dalam artikelnya..
ReplyDeleteBila spekulasi timbul, Rosmah jugalah yang jadi sasaran.
ReplyDeletePihak Rosmah tampillah beri penjelasan.
ReplyDeletebyk sangat spekulasi tentang Rosmah, tapi tak tau sejauhmana kebenarannya.
ReplyDeletebagaimana akhbar itu boleh mengaitkan anak najib sedangkan pada waktu itu hanya Najib dan Rosmah sahaja yang berada di sana? bukankah ini satu penipuan?
ReplyDeletesusahlah kalau ada paparazi di mana2. ini hal pun dipersoalkan.
ReplyDeletekenapa ahli keluarga Najib saja jadi sasaran? kenapa tak siasat isteri2 menteri yang lain? pasti mereka pun ada membeli belah macam Rosmah juga.
ReplyDeleteSudah ramai yang cemburu dengan apa yang ada dengan Isteri PM sekarang. Macam-macam cerita telah dikeluarkan.
ReplyDeleteSemakin hari semakin banyak isu yang cuba dimainkan oleh pihak lain. Ini hanya ingin melemahkan kepimpinan Datuk Najib. Jadi rakyat boleh memikirkan sendiri. Semakin hari ramai yang menyerang secara peribadi tapi bukan kepada PM tapi kepada keluarga beliau. Bagaimana perasaan Guan Eng bila dibuat demikian??
ReplyDeletesemua ketua negara kalau isterinya dinamaa kan first lady,ok lah bah itu,biarkan lah mereka belanja sakan...kita disabah saja yang paling bodah,kena kasi 50 ringgit sudah angkat tangan berapi menyokong UMNO,tapi rakyaat paling miskin kita lah bodoh piang bah sabah ini masih cium bontot.
ReplyDelete