Tuesday, November 15, 2011

Mahasiswa Bidas Naib Canselor UiTM

Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) menuntut penjelasan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Sahol Hamid Abu Bakar (gambar) berhubung pertandingan pidato politik anjuran Pemuda BN di kampus universiti itu, semalam yang dikatakan secara terang- terangan berunsurkan politik.

Dalam satu kenyataan media, presiden KAMI, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata jika kerajaan benar-benar ikhlas tidak mahu mahasiswa berpolitik, sepatutnya kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus tidak seharus dikeluarkan.

“Mahasiswa merasakan keterangan naib canselor UiTM bertajuk “Tidak Perlu Pinda AUKU” hanyalah sekadar retorik semata-mata.

“Kalau betul tidak mahu mahasiswa berpolitik , jangan bagi kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus.

“Tindakan memberi kebenaran kepada parti politik masuk ke kampus sebenarnya akan menimbulkan keraguan kepada masyarakat khususnya mahasiswa,” katanya.

Menurut Haziq Abdullah, kenyataan Sahol Hamid (kiri), Jumaat lalu bahawa politik di universiti hanya akan memecahkan perpaduan sesama penuntut sedangkan matlamat utama mereka ialah menimba ilmu dan mendapatkan pekerjaan bagi menjamin masa depan, bercanggah dengan apa yang terjadi di kampus UiTM.

Sahol Hamid juga dilaporkan berkata bahawa universiti itu tidak bersetuju dengan cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana kebebasan politik hanya akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Melayu dan Bumiputera di universiti.

"Anak-anak (penuntut UiTM) saya aman harmoni berjuang bersama-sama dan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

"Apa yang penting kita semua bersatu padu dan tidak berpecah belah," katanya.

Kongkong mahasiswa

Bagaimanapun menurut KAMI, mahasiswa perlu diberikan kebebasan untuk meluahkan pendapat walaupun apa yang bakal diperkatakan itu mungkin bertentangan dengan apa yang dihasratkan oleh pihak universiti.

“Sejujurnya KAMI tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan naib canselor UiTM yang mengatakan penglibatan mahasiswa dalam politik akan menyebabkan perpecahan.

“Kenyataan bahawa pindaan AUKU akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut bumiputera dan Melayu di universiti itu kami kira sebagai sesuatu yang tidak relevan," kata Haziq Abdullah.

Beliau tegas mempertahankan bahawa mahasiswa mesti diberikan kebebasan yang sewajarnya untuk bersuara.

“Tindakan mengongkong mahasiswa sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah malah akan melahirkan mahasiswa yang tidak kritikal, konservatif serta jumud dalam berfikir,” katanya.

Menurutnya lagi jika “orang politik pemerintah boleh dibawa masuk ke kawasan kampus, apa salahnya berikan sahaja kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik.”

“Jangan pula nanti cakap lain tapi buat lain.”

Pertandingan pidato politik Piala Perdana Menteri peringkat saringan zon tengah di UiTM, Shah Alam, semalam,dirasmikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ).

Khairy juga dipetik Bernama berkata program anjuran unit pidato Pemuda Umno itu akan diteruskan di empat zon iaitu zon utara, selatan, pantai timur dan Sabah serta Sarawak. -mk

17 comments:
Write comments
  1. pentadbiran U pun flip flop gara2 amalan double standard UMNgOK!!!

    ReplyDelete
  2. Memang betul, jika kerajaan mahu menghalang mahasiswa daripada berpolitik, maka mereka tidak sepatutnya membuat apapa kempen dalam kampus.

    ReplyDelete
  3. Harap kerajaan akan membuat keputusan yang terbaik dalam hal ini.

    ReplyDelete
  4. Jika sudah ada peraturan yang ditetapkan, peraturan itu hendaklah dipatuhi.

    ReplyDelete
  5. Pelajar tidak sepatutnya membelakangi undang2 yang sudah tertulis.

    ReplyDelete
  6. “Kalau betul tidak mahu mahasiswa berpolitik , jangan bagi kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus.

    “Tindakan memberi kebenaran kepada parti politik masuk ke kampus sebenarnya akan menimbulkan keraguan kepada masyarakat khususnya mahasiswa,” katanya.


    Betul. Saya sokong. Pentadbiran U dan semua parti politik perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Jangan menimbulkan sebarang keraguan kepada mahasiswa dan boleh dipertikaikan.

    ReplyDelete
  7. Aiyoo. Ni la cakap tidak serupa bikin. Jadi apa hal students kena masuk mahkamah sebab berpolitik.

    ReplyDelete
  8. UITM kena memberi penjelasan bagi hal ini.

    ReplyDelete
  9. “Tindakan mengongkong mahasiswa sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah malah akan melahirkan mahasiswa yang tidak kritikal, konservatif serta jumud dalam berfikir,” katanya.

    Setuju selagi tindakan mereka tidak melanggar undang2.

    ReplyDelete
  10. sedangkan waktu pemilihan MPP pun boleh kecoh, inikan pula aktif berpolitik..

    ReplyDelete
  11. baik kerajaan galakkan saja pelajar2 ini berpolitik.. jika berlaku apa2 minta saja pembangkang bertanggungjawab.. mana la tau hanya melalui kebebasan berpolitik ini, ranking mana2 IPT di Malaysia boleh naik..

    ReplyDelete
  12. Ganti sajalah naib canselor tersebut.

    ReplyDelete
  13. apa pun, semua perlulah sentiasa mematuhi peraturan..

    ReplyDelete
  14. parti politik mahu berkempen dan mendapat sokongan di kalangan mahasiswa. lagipun PRU akan tiba tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  15. kalau mahasiswa dikenakan tindakan kenapa tidak naib canselor yang sudah membenarkan petandingan pidato tersebut?

    ReplyDelete
  16. Mahasiswa tidak boleh berpolitik itulah undang-undang yang diberikan.

    ReplyDelete
  17. Buatlah keputusan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Berpidato rasanya tidak salah tapi bukannya ada agenda politik dalam program tersebut.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.