Tuesday, November 15, 2011

Bajet Belum Lulus, Pemberian "One-Off" Sudah Diagihkan

Kementerian Pelajaran dibidas oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat kerana mengedarkan wang bantuan persekolahan RM100 kepada kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah yang disenaraikan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan Bajet 2012 yang belum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Gambar: Pemberian RM100 telah mula diberikan kepada para pelajar Tahun Satu SJKC Chung Hwa Wei Sin, Terengganu, hari ini.

"Rang undang-undang masih dibahaskan di Dewan. Bagaimana wang boleh dibelanjakan sebelum peruntukan itu diluluskan?” soal M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) kepada timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee.

Kulasegaran menimbulkan perkara itu mengikut Peraturan Tetap 66(4), yang memperincikan butiran sebelum rang undang-undan pembekalan itu akan menjadi bajet perbelanjaan kerajaan.

Bagaiamanapun, Kiandee menolak perkara itu dengan alasan ia bukan di bawah bidang kuasa Dewan Rakyat dan peraturan tetapnya.

"Ini tiada kaitan dengan Dewan. Ini urusan kementerian. Mereka sepatutnya tahu apa yang mereka lakukan.

"Saya hanya boleh memantau peraturan tetap yang berkaitan perjalanan Dewan. Ini isu luar, tidak peraturan tetap yang dicabuli,” katanya lagi.

Bantuan persekolahan RM100 itu masih disenaraikan sebagai perbelanjaan dan sedang didebatkan bagi cadangan rang undang-undang Bajet 2012.

Bagaimanapun, Khamis lalu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata wang bantuan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.

Wang bantuan itu yang akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011. Bayaran bantuan kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari tahun depan. -mk


Dewan Rakyat Kecoh Pembangkang Bantah Bantuan Sekolah RM100

KUALA LUMPUR: Suasana hambar persidangan Dewan Rakyat pada Isnin bertukar kecoh apabila ahli Parlimen pembangkang dan Barisan Nasional (BN) masing-masing bertikam lidah mengenai isu pemberian bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar seperti yangdiumumkan pada perbentangan Bajet 2012.

Kekecohan berlaku apabila beberapa wakil rakyat pembangkang dengan lantang mempertikaikan keputusan kerajaan memberikan bantuan persekolahan berkenaan yang kini disalurkan kepada akaun sekolahmasing-masing secara serta merta.

M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) membangkitkan Peraturan Mesyuarat66(4) dengan menyatakan bahawa tindakan pemberian wang bantuan persekolahan itu adalah salah dan tidak mengikut peraturan.

"Pemberian ini tidak mengikut peraturan. Bagaimana kerajaan boleh beri bantuan RM100 kepada setiap pelajar sedangkan Bajet 2012 masih belum diluluskan di Dewan ini?

"Kalau kami jadi kerajaan, kami boleh beri RM1000 kepada setiap pelajar, tapi isunya ialah perlu ikut peraturan," katanya pada sesi perbahasan pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012.

Bagaimanapun Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menghalang Kulasegaran membangkitkan isu berkenaan kerana ia tidak berkaitan dengan peraturan mesyuarat tersebut.

"Perkara berkenaan tidak bertentangan dengan peraturan mesyuarat. Saya serahkan perkara tersebut kepada pihak kementerian untuk menguruskannya," katanya.

Peraturan 66(4) menyatakan setelah dibacakan Rang Undang-undang Perbekalan itu kali yang kedua dan usul mengenai Anggaran Pembangunan disetujukan, Rang Undang-undang dan ketetapan akan terserah kepada Jawatankuasa sesebuah Majlis.

Keputusan Ronald itu menimbulkan kemarahan beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuk Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dan Chong Eng(DAP-Bukit Mertajam).

Kekecohan semakin ketara apabila beberapa ahli Parlimen BN mendakwa tindakan pembangkang itu seolah-olah mereka tidak bersetuju dengan pemberian bantuan berkenaan.

"Kerajaan ada duit, apa salahnya kalau kita belanjakan untuk rakyat?

"Inilah masalah pembangkang, mereka tidak tahu belanjakan wang untuk kepentingan rakyat. Semua perkara mereka nak bangkang," kata Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol).

Minggu lalu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bantuan RM100 kepada pelajar akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing serta merta.

Bagaimanapun bantuan persekolahan itu akan disalurkan kepada pelajar Tingkatan Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.

Sementara pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi pesekolahan 2012, pembayaran bantuan persekolahan akan dibuat pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing bagi memudahkan pembayaran. -mstar

15 comments:
Write comments
  1. patutlah banyak projek kerajaan yg lari budget, diberikan kpd kroni, pembinaan x ikut specs...biasa la, SOP UMNO/BN utk membankrapkan negara...

    ReplyDelete
  2. Betulkah kejadian ini? biar betul! Tidak pula ada liputan media yang mengiyakan pemberian ini.

    ReplyDelete
  3. Siapa yang memberi kebenaran untuk meluluskan pengagihan ini! pasti ada salah faham.

    ReplyDelete
  4. Harap kerajaan boleh memberi penjelasan mengenai isu pemberian bantuan ini sebelum peruntukan diluluskan.

    ReplyDelete
  5. Pastikan apapa program akan dilaksanakan dengan mengikuti peraturan yang betul.

    ReplyDelete
  6. pasti adapenjelasan munasabah bagi hal ini.

    ReplyDelete
  7. Spill the truth. What is really happening?

    ReplyDelete
  8. Jangan sampai silap percaturan.

    ReplyDelete
  9. janganlah perkara seperti ini mahu dipolitikkan.. ni kira baguslah kerajaan bantu murid2 untuk persediaan sekolah musim hadapan.. tidak juga persediaan tu dibuat last minute..

    ReplyDelete
  10. jika ianya sesuatu yang baik apa salahnya..

    ReplyDelete
  11. kalau belanjawan yang sudah dibentangkan dan sudah dijanjikan dengan rakyat tidak dilaksanakan ada pula yang kata setakat janji2 manis saja.

    ReplyDelete
  12. pembangkang memang kerja dia membangkang saja.

    ReplyDelete
  13. Baguslah kalau sudah diagihkan duit bantuan tersebut. Harap gunakan duit bantuan tersebut dengan baik dan belilah barang keperluan sekolah untuk tahun depan.

    ReplyDelete
  14. Perkara yang baik dilakukan oleh kerajaan pasti akan mendapat tentangan dari pembangkang. Tidak dapat tarik balik sudah, sudah kena agihkan maka teruskanlah.

    ReplyDelete
  15. pandai jugak neji ingat bodoh memanjang

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.