Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya menghina para graduan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dengan mengeluarkaan kenyataan yang mencadangkan mereka mencari pekerjaan lain.
Sebaliknya, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sewajarnya mengambil usaha membantu menyelesaikan masalah penempatan mengajar kepada mereka.
Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, para graduan UPSI terbabit berjumlah 5,000 orang dan kesemua mereka adalah lulusan ijazah sarjana muda perguruan.
Menurut beliau, kesemua mereka sepatutnya sudah ditempat mengajar di sesebuah sekolah, tetapi sehingga kini masih menerima nasib tidak menentu, walaupun mereka tidak sepatutnya menerima nasib sedemikian.
Katanya, bagi mendapatkan perhatian pihak kerajaan, mereka telah mengadakan demonstrasi di UPSI baru-baru ini, tetapi masih belum mendapat tindakan yang sewajarnya dari pihak kerajaan.
"Timbalan Perdana Menteri mencadangkan agar mereka mencari kerja lain. Ini jelas merupakan penghinaan terhadap graduan-graduan UPSI," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Namun dalam masa yang sama, menurut beliau, guru-guru tanpa ijazah pula diberikan keistimewaan oleh pihak kerajaan dengan diberikan peluang penempatan mengajar dengan sewajarnya.
"Jadi saya minta Kementerian Pelajaran lihatlah isu ini dan selesaikan dengan baik dengan segera," katanya.
Sementara dalam perkembangan lain, beliau mendedahkan 24 orang pelajar di Kuala Nerang, Kedah telah mengalami masalah setelah minum Susu 1.Malaysia baru-baru.
Daripada jumlah itu, katanya, 8 orang telah mengalami masalah serius sehingga terpaksa dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Nerang.
"Saya difahamkan, Susu 1Malaysia itu diberikan kepada semua pelajar di seluruh negara. Diharap pihak kementerian menarik balik bekalan Susu 1Malaysia di sekolah-sekolah kerana ia tak baik kepada kesihatan," katanya.
Beliau turut meminta Kementerian Pelajaran memberikan perhatian terhadap masalah keciciran para pelajar dalam pelajaran kerana sehingga kini jumlah mereka yang terbabit agak tinggi.
Tambahnya, sejak tahun 2006 hingga 2010, bilangan para pelajar yang tidak meneruskan pelajaran ke peringkat menengah di seluruh negara berjumah 800,000 orang.
Beliau turut kesal kerana jumlah para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara sehingga kini masih rendah iaitu hanyalah sebanyak 29.7 peratus.
"Jadi saya minta kepada pihak kementerian agar memikirkan bagaimana boleh dipertingkatkan lagi jumlah para pelajar menyambung pelajara ke Institusi Pengajian Tinggi," ujar beliau. -HD
Thursday, November 17, 2011
Muhyiddin hina graduan UPSI?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
menteri pelajaran yg x berpelajaran/bertanggungjawab! mungkinkah 5,000 org ini bukan MELAYU???
ReplyDeleteItulah menteri UMNO pirit. Macam yang seorang menteri kalah itu nak pelihara lembu dalam kondo!
ReplyDeleteMasa ini seluruh negara sedang mengalami masalah kekurangan guru dalam sekolah, kenapa tidak menyerap graduan-graduan ini sebagai guru?
ReplyDeleteJika kementerian pendidikan Malaysia sanggup mengambil mereka untuk mengisi kekosongan jawatan guru dalam negara, sudah pasti masalah kekurangan guru ini boleh disesaikan dan pada masa yang sama, dapat mengurangkan kadar pengangguran.
ReplyDeleteKalau sudah terlalu banyak graduan pendidikan kenapa masih lagi ada pengambilan KPLI dan DPLI? Adalah lebih baik mansuhkan sahaja program ini bagi mengelak dari berlakunya lebihan graduan pendidikan.
ReplyDeleteJuga selaku Menteri Pendidikan, seharusnya beliau mencari inisiatif untuk menyelesaikan masalh ini dan bukannnya membiarkan beban itu berada di bahu graduan.
ReplyDeletepersaingan menjadi guru kini amat tinggi, terlalu byk institusi perguruan.
ReplyDeletepara graduan perguruan perlu pandai mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian.
ReplyDeletesebarang isu yang berlaku perlulah diselesaikan dengan sewajarnya.
ReplyDeleteFind alternatives to help the graduates. That's why retirement age should no be at 60.
ReplyDeleteKalaulah senang saja cari kerja lain, graduan ini tidak akan sampai buat demonstrasi.
ReplyDeletejanganlah buat rayuan yang pelik2. muhasabah diri. habis tu graduan universiti lain mahu cari peluang dimana? macamlah pelajar UPSI saja yang hebat mengajar.. lawan dalam pasaran lah.. siapa yang bagus dan mampu, dia dapat kerja... itu pun tidak boleh fikir ka?
ReplyDeletekalau ikutkan semua lepasan universiti pun mahu jaminan kerajaan supaya mereka diberikan tempat untuk bekerja selepas habis pengajian.. bukan UPSI saja.. lepas diberikan peluang belajar di UPSI, kini dia minta pula jaminan kerja dengan kerajaan..
ReplyDeleteboleh ka Nasir Zakaria memberikan jaminan kepada semua graduan di semua universiti untuk berkhidmat dengan kerajaan? kalau tidak boleh, kira satu penghinaan juga kepada graduan di universiti lain selain UPSI..
Harap para graduan UPSI perlu faham dengan keadaan semasa. Kita tahu UPSI adalah universiti pendidikan. Tapi kalau tidak dapat pekerjaan guru sementara carilah kerajaan lain.
ReplyDeleteMaksud Muhyiddin Yakin bukannya menghina graduasi UPSI. Tapi beliau cuma memberikan sedikit pendapat untuk mereka yang belum ditempatkan disekolah-sekolah.
ReplyDeleteOktober lalu, PEMUDA Umno Sabah juga mendesak agar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggugurkan Kursus Ijazah Pendidikan di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) jika graduan lepasan IPTS ini tidak dapat diterima sebagai Guru di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Penuh Kerajaan.
ReplyDeleteitu IPTS. yang UPSI ni IPTA..jadi nampaknya sekarang ni sangat ramai saingan jadi bukan semuanya yang ambil pengajian Pendidikan samada di IPTS mahupun IPTA akan dapat jaminan peluang bekerja terus dalam kerajaan. jadi, para graduan janganlah sempitkan fikiran. masih banyak peluang di luar sana walaupun tidak dapat tempat dalam kerajaan. ada juga graduan yang bekerja bukan mengikut kerja yang bersesuaian dengan bidang yang diambilnya di universiti.
ReplyDeleteNeji bodoh tahap gaban,Menteri pendidikan nak ambil guru dari amerika 300 orang nak ajar diMalaysia tapi macamana lepasan TESL dalam negara,macam moyet disusukan anak dibagi racun sebenarnya dia biasa jaga pertanian so bila jaga pendidikan dilayan kita orang macam lembu samalah macam kau Neji penjilat.
ReplyDeleteUPSI mmg IPTA tp pelajar UPSI perlulah melalui prosedur biasa membuat permohonan dan temuduga kerana selain UPSI,institut Perguruan diseluruh negara turut diserapkan ke sekolah-sekolah.Berhubung 300 guru Amerika,mereka diambil untuk menambah lagi pengalaman guru-guru melalui pelaksanaan bengkel dan sbgnya.lepasan TESL pula yg habis dlm bulan Mei ,melalui KISSM dlm bulan Jun dan Ogos umat Islam sudah puasa,kewajaran dilambatkan untuk bersama keluarga,dan bln November diadakan temuduga SPP sbg mengganti kelewatan.Mengenai UPSI,tidak adakah kaedah diplomasi lain selain berdemo?budaya siapakah ini berdemo tanpa ada perbincangan?saya rasa ramai disini sudah bekerjaya dan tahu bagaimana urusan dilakukan.
ReplyDeletePelik kenapa Menteri Pendidikan Malaysia tak iktiraf keluaran pendidikan IPTS/IPTA dalam negara sehingga membazirkan wang(hutang)dan masa penuntut,kenapa terus tutup pintu tanpa penyelesaian win-win situation so nampaknya menzahirkan kelemahan sebagai leader yang diamanah so apalagi nak diharapkan kalau jadi PM nanti mungkin terbaliklah Malaysia agaknya.Sebagai penuntut kena fikir hal ini dalam PRU 13 adakah leader macam ini yang anda perlukan?
ReplyDeletehmm..apa lagi mau dikata kalau graduan jurusan pendidikan ni tidak diserap masuk.cari saja pekerjaan lain
ReplyDelete