Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini akan menyaksikan pertembungan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan Azlan Yusof daripada PAS.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini mengumumkan Tengku Zaihan, 37 sebagai calon BN berdepan dengan calon PAS.
Tengku Zaihan adalah jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya.
Pengumuman itu dibuat oleh Muhyiddin di Dataran Kuala Besut yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Pilihan raya kecil DUN itu, diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya yang juga exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar.
Pada pilihan raya umum lalu, allahyarham menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. A Rahman memperolehi 8,809 undi, manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Dengan pengumuman tersebut, Tengku Zaihan bakal berdepan tentangan sengit daripada Azlan seorang ahli perniagaan, yang baru diumumkan bakal mewakili parti itu.
Azlan yang juga bendahari PAS kawasan - lebih dikenali sebagai Che Long - merupakan dilihat paling popular bakal dicalonkan di kalangan penduduk tempatan.
Dua lagi calon yang disenarai pendek ialah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad.
PAS mengumumkan calonnya itu di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini.
Semalam, Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh meminta PAS tidak meletakkan calon bertanding di situ bagi menghormati kemenangan BN dan bulan Ramadan serta yakin BN akan mencapai kemenangan lebih 4,000 undi.
Bagaimanapun, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil DUN itu Datuk Husam Musa pula membidas kenyataan Idris dengan menyifatkan kenyataan Idris itu sebagai "angkuh".
Sementara Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan kenyataan Idris sebagai "takut kalah" sekali gus menyatakan PAS akan mencipta kejayaan dalam pilihan raya itu. -MK
Wednesday, July 10, 2013
PRK K.Besut: Jurutera lwn ahli perniagaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nampaknya isu PRK Kuala besut ini menjadi hangat diperkatakan. Apa pun kita harap PRK ini akan berjalan dengan baik.
ReplyDeleteBN sebelum ini menang majoriti 2434 orang. Mungkin ini memberikan kelebihan kepada BN.
ReplyDeleteBN masih kuat dan rakyat masih lagi menyokong usaha yang dibuat oleh BN.
ReplyDeleteKerajaan BN perlu membuktikan kepada rakyat yang mana BN ini adalah pilihan yang terbaik. Di PRK Kuala Besut ini BN perlu membuktikan yang mana usaha membantu rakyat itu berjaya.
ReplyDeletePAS dan PKR sebelum ini berebut dengan kerusi PRK ini. PAS dengan pendirian mereka akan bertanding walaupun berlaku 3 penjuru. Ini menyebabkan PKR terpaksa mengalah dan marah dengan PAS.
ReplyDeleteTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, kemenangan pada pilihan raya kecil ini cukup signifikan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan BN di Terengganu.
ReplyDeleteBeliau yang juga Pengarah PRK Kuala Besut berkata, oleh itu pengundi di Kuala Besut yang bakal menjadi penentu kepada nasib BN di Terengganu perlu memastikan agenda transformasi yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut dinikmati rakyat di negeri ini.
KERAJAAN TELAH MEMBERIKAN PEMBANGUNAN PADA RAKYAT DI TERENGGANU DAN SEKARANG TIBA MASA RAKYAT MEMBUAT PILIHAN SIAPA YANG LAYAK UNTUK MENDAPAT MANDAT.
"Kemenangan di Kuala Besut jadi penentu untuk memastikan Terengganu kekal dapat bergerak seiring dengan kerajaan di peringkat pusat dan sebab itu kedudukan BN perlu dikukuhkan lagi dan kemenangan ini cukup signifikan," katanya.
ReplyDeletePada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu, BN Terengganu memenangi 17 kerusi DUN manakala pembangkang meraih 15 kerusi DUN untuk BN membentuk kerajaan negeri.
RAKYAT YAKIN BN AKAN TETAP MENERAJUI PENTADBIRAN DI TERENGGANU, JUGA KUALA BESUT
Muhyiddin berkata, selain untuk mencatat kemenangan, jentera pilihan raya BN perlu memastikan jumlah majoriti meningkat berbanding majoriti 2,434 pada PRU13 lalu.
ReplyDeleteMenurutnya, kempen pada bulan Ramadan tidak akan menjadi penghalang jentera BN untuk mendekati rakyat selain menggunakan peluang tersebut untuk berkhidmat mengikut tuntutan agama Islam.
"Kita ambil ini sebagai cabaran sebab jatuh pada bulan puasa dan kita akur kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan tarikh PRK," katanya.
Polis Kontinjen Terengganu menempatkan kira-kira 3,000 anggotanya termasuk 200 pegawai untuk mengawal dan memastikan proses pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut berjalan lancar.
ReplyDeleteKetua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, turut membantu dalam PRK itu ialah anggota sukarelawan polis, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam khasnya dalam mengawal keselamatan awam, trafik dan persiapan menghadapi sebarang bencana ketika PRK itu.
"Sepanjang tempoh kempen bermula 12 Julai hingga 24 Julai hari mengundi polis akan mewujudkan 25 pos kawalan di setiap lokasi yang kita anggap adalah kawasan panas," katanya.
ReplyDeleteBeliau berkata, langkah keselamatan yang diambil adalah untuk memastikan pengundi dan penduduk di Kuala Besut berasa lebih selamat sepanjang proses PRK yang pertama selepas PRU13 lalu.
SEMOGA PRK BERJALAN DENGAN LANCAR DAN TIADA PIHAK YANG MEWUJUDKAN HURU-HARA PADA NEGARA
Menurutnya, polis menjangkakan jumlah kenderaan dan orang luar yang datang ke Kuala Besut sama ada jentera parti politik yang bertanding atau pemerhati akan bertambah dalam beberapa hari lagi.
ReplyDeleteKuala Besut mempunyai kira-kira 22,986 penduduk pada keluasan 41 km persegi.
Beliau mengingatkan parti-parti yang bertanding agar mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh SPR ketika berkempen.
ReplyDeleteJamshah berkata, setakat ini polis belum lagi menerima sebarang permohonan dan permit untuk kempen PRK di Kuala Besut.
"Kita akan mengadakan perjumpaan dengan parti-parti yang bertanding dalam tempoh terdekat untuk menjelaskan peraturan yang perlu mereka patuhi," katanya.
Negara kita pernah digemparkan dengan kemenangan seorang wakil rakyat pembangkang yang tidak fasih berbahasa Melayu. Namun, ianya tidak dijadikan isu oleh pihak pembangkang, sudah pasti kerana dia wakil rakyat pembangkang.
ReplyDeleteJika anda mendengar ucapan Lim Kit Siang di Parlimen, berbanding dengan ucapan Datuk Mary Yap, anda boleh adili sendiri betapa bagus dan fasihnya bahasa Melayu Datuk Mary Yap. Tidak tersekat-sekat, tidak teragak-agak, intonasi yang sesuai, grooming (bahasa badan) yang betul kerana Datuk Mary Yap mempelajarinya. Beliau juga tidak meninggikan ucapannya semasa memberi idea, apatah lagi menjerit-jerit di Parlimen sebagaimana biasa dilakukan oleh sesetangah ahli parlimen pembangkang.
ReplyDeleteSaya percaya, kehadiran Datuk Mary Yap di Kementerian Pendidikan akan membawa suatu budaya kerja yang lebih berdisiplin, bertenaga dan menyenangkan warga pendidikan di seluruh negara. Saya yakin perkara ini akan dilakukannya.
ReplyDeleteDatuk P. Kamalnathan (gambar atas) juga seorang Timbalan Menteri Pendidikan yang sangat bagus
ReplyDeleteMaka, saya tidak ada keraguan kepada Datuk Mary Yap dan Datuk P.Kamalnathan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.
ReplyDeleteREVOLUSI di Mesir dengan kebangkitan di Dataran Tahrir dan merupakan salah satu legenda Arab Spring menarik perhatian beberapa tokoh politik di Malaysia untuk berkuasa. Proses demokrasi yang berjalan dianggap palsu dan penuh dengan penipuan.
ReplyDeleteAntara tokoh ini sangat rapat hubungannya dengan Turki. Apabila demonstrasi jalanan berlaku di Turki, tidak pula tokoh ini mengecam cara kerajaan Turki mengendalikan demonstran hingga ramai yang cedera.
ReplyDeleteMuhammad Morsi menang dengan proses demokrasi. Penentang jalanan dikatakan tidak menghormati proses demokrasi. Apa bezanya dengan Malaysia, ada pihak yang menang tetapi tidak diiktiraf dan usahakan menumbangkan kerajaan secara demonstrasi jalanan.
ReplyDeleteProses demokrasi telah menentukan menang-kalah pihak yang bertanding. Tapi yang kalah mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya menipu. Asas tuduhan terhadap penipuan tidak dikemukakan secara sah. Blackout 505 menjadi rangsangan demonstrasi jalanan pimpinan tokoh ini.
ReplyDeleteMujur di Malaysia polis dan tentera mengambil langkah sabar dan bijaksana. Provokasi demonstrasi jalanan tidak didekati oleh polis dan tentera secara kasar. Manakala demonstrasi penangkapan Morsi didepani oleh pihak tentera dan menyebabkan ramai yang terbunuh.
ReplyDeleteBayangkan kalau pihak keselamatan Malaysia bersikap gopoh dan tidak bijaksana, apa yang berlaku di Turki dan Mesir boleh berlaku di Malaysia. Sayangnya tokoh-tokoh yang mengangkat sumpah di Malaysia sebagai wakil rakyat dan sebahagian pendukung yang berbaring di pintu masuk Parlimen menyatakan bantahan, terlihat semacam suatu episod yang penuh kelakar antara prinsip dan juga realiti.
ReplyDeleteSecara prinsip anak muda yang berbaring diajar bahawa angkat sumpah di Parlimen tidak sah kerana pilihan raya yang berlangsung dituduh sebagai tipu. Malangnya tokoh-tokoh yang mengatakan pilihan raya tidak sah tanpa rasa bersalah terhadap pengikutnya mengangkat sumpah.
ReplyDeleteNiat kumpulan ini ingin mengambil semangat Dataran Tahrir dan Arab Spring. Sayangnya semangat Dataran Tahrir dan Arab Spring memakan diri Morsi. Dan ada kemungkinan penyokong Morsi akan bangkit semula untuk mengembalikan Morsi di Dataran Tahrir dan di tempat-tempat lain di Mesir. Kalau ini terjadi sehingga bila ia akan selesai. Mesir sebenarnya dalam krisis besar. Mesir dalam rusuhan dan keadaan tidak stabil.
ReplyDeleteKalau ini terjadi di Malaysia, negara akan menjadi huru-hara lebih-lebih lagi Malaysia masyarakatnya majmuk. Isu perkauman mudah bangkit. Keadaan negara akan menjadi lebih buruk lagi. Seperti yang terjadi di Mesir, kita tidak mahu ia berlaku di Malaysia. Rekod pembangunan yang meraikan semua kaum menyebabkan Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang stabil. Umumnya gambaran perpaduan dalam kalangan masyarakat dari sudut interaksi sosial, suasana perniagaan adalah baik.
ReplyDeleteBila ada pihak ingin menjadi juara kepada sesuatu kaum menyebabkan kocakan terjadi. Memang ada suara-suara ekstrem tetapi ia masih dalam pembendungan orang yang waras akal fikirnya. Membangkitkan konflik perkauman mungkin mudah tetapi membendung perasaan ini tidak mudah. Warga Malaysia harus insaf bahawa harga perpaduan adalah terlalu mahal untuk dimiliki dan dipertahankan.
ReplyDeleteSebagai sebuah masyarakat majmuk menjadi amanah untuk dijaga perpaduan ini dan jangan terjebak dengan permainan tokoh politik yang berkepentingan untuk merosakkan suasana ini. Kalau ada pun tokoh ini ingin menjadi Perdana Menteri — ?Lain kalilah?. Pilihan Raya Umum Ke-14 masih ada. Kalau Pas merasakan DAP masih relevan dengan cita-cita Negara Islamnya tunggulah lima tahun lagi. Kalau DAP ingin meluaskan lagi dominasinya ke Sabah dan Sarawak tunggulah bila sampai masanya.
ReplyDeleteDemokrasi di Malaysia harus dihormati. Bila MCA dan Gerakan tidak lagi disokong oleh masyarakat Cina, MCA mengambil sikap tidak menyertai kerajaan. Bila Pas dan PKR mendapat banyak kerusi atas bantuan DAP juga ia harus dilihat sebagai suatu percaturan kerusi. Dukungan timbal balik Pas-DAP-PKR tidak membayangkan fahaman dan ideologi perjuangan yang sama untuk dijadikan dasar negara apalagi berdepan dengan musuh bersama BN-UMNO dan lain-lain.
ReplyDeleteTernyata secara demokratik, UMNO memenangi banyak kerusi di samping dukungan Sabah dan Sarawak. Kalaulah takdirnya dalam tempoh lima tahun ini Pas ingin bekerjasama dengan UMNO atas kepentingan umat Melayu, kedudukan politik akan lebih stabil dan kuat. Kalau tidak, apa maksud politik untuk Pas bersama dengan DAP secara jangka panjang. UMNO dengan iklim politik yang ada akan menang lagi menjelang PRU-14.
ReplyDeleteCALON BN YANG BERKALIBER, PILIHAN TEPAT
ReplyDeleteKekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) Terengganu kini mempunyai hanya kelebihan satu kerusi sahaja.Nasib BN Terengganu akan ditentukan apabila pilihan raya kecil bagi DUN Kuala Besut akan diadakan berikutan kematian penyandang Dr A.Rahman Mokhtar, akan dilaksanakan dalam tempoh 60 hari mulai hari ini.
TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA BN. TERUS NIKMATI PEMBANGUNAN DIBERIKAN OLEH KERAJAAN
Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru semua umat Islam di Malaysia supaya terus kukuh bersatu demi mencapai kemajuan agama dan kesejahteraan bangsa serta kejayaan negara.
ReplyDeleteCALON BN YANG BERKALIBER, PILIHAN TEPAT
ReplyDeleteYang Dipertua DUN Terengganu hari ini menyerahkan surat pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu.
Yang Dipertua DUN Mohd Zubir Embong menyerahkan surat itu kepada Pengarah SPR negeri Fakhrul Razi Ab Wahab di pejabat beliau di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu pada 10 pagi ini.
TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA BN. TERUS NIKMATI PEMBANGUNAN DIBERIKAN OLEH KERAJAAN
Perdana Menteri berkata kehadiran Ramadan diharap akan menjadi saksi perpaduan umat Islam sejagat dan Malaysia khususnya demi merealisasikan kejayaan Agenda Transformasi Negara bagi semua rakyat Malaysia agar dapat terus hidup aman dan damai selama-lamanya.
ReplyDeleteCALON BN YANG BERKALIBER, PILIHAN TEPAT
ReplyDeleteFakhrul Razi berkata beliau akan menyerahkan surat itu kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini. Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut boleh diadakan selewat-lewatnya pada 27 Ogos depan.
Pada ketika pembangkang begitu bersemangat untuk bertanding berdasarkan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, SPR negeri menyatakan pihaknya sudah bersedia untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut (N1).
Fakhrul Razi berkata, kesemua petugas SPR negeri yang baru sahaja selesai mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu bersedia memikul tanggungjawab mengendalikan PRK itu pada bila-bila masa berdasarkan arahan yang dikeluarkan SPR.
TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA BN. TERUS NIKMATI PEMBANGUNAN DIBERIKAN OLEH KERAJAAN
Kehadiran Ramadan pada tahun ini adalah satu rahmat kepada semua rakyat Malaysia kerana kita masih berada dalam keamanan yang berterusan dan rezeki yang melimpah ruah
ReplyDeleteCALON BN YANG BERKALIBER, PILIHAN TEPAT
ReplyDelete“SPR negeri bersedia menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta tidak tmbul kesulitan kerana kita baru sahaja menjalankan PRU13 yang lalu. Semua petugas-petugas dan pegawai pengurus pilihan raya (RO) sudah mendapat latihan dan taklimat yang cukup. Mungkin hanya perlu `refreshment’ lagi sebelum diadakan PRK. Selain itu, kerjasama amat baik dari kerajaan negeri dan jabatan-jabatan yang terlibat amat memuaskan serta bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh SPR nanti,” katanya selepas menerima surat makluman kekosongan kerusi DUN Kuala Besut itu.
TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA BN. TERUS NIKMATI PEMBANGUNAN DIBERIKAN OLEH KERAJAAN
Najib berkata mutakhir ini, perkembangan politik di negara-negara tertentu di Timur Tengah memperlihatkan betapa pentingnya nilai perpaduan dan semangat persaudaraan sesama Islam.
ReplyDeleteCALON BN YANG BERKALIBER, PILIHAN TEPAT
ReplyDelete"Ini satu pilihan raya kecil yang sangat kritikal, kerana majoriti yang diperolehi oleh Umno di situ (kerusi Kuala Besut) agak membanggakan. Namun mereka (Umno) hanya mendapat kelebihan dua kerusi untuk membentuk kerajaan negeri Terengganu," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen, tidak sampai satu jam berita kematian Dr Rahman tersebar.
TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA BN. TERUS NIKMATI PEMBANGUNAN DIBERIKAN OLEH KERAJAAN
beliau menyeru agar umat Islam berpegang teguh kepada asas al-Quran dan Sunnah yang menyeru kepada pengukuhan tali persaudaraan secara berterusan.
ReplyDelete
ReplyDeleteCALON BN YANG BERKALIBER, PILIHAN TEPAT
Berikutan kematian Dr A.Rahman akibat kanser paru-paru kelmarin, pilihan raya kecil pertama bakal diadakan selepas pilihan raya umum diadakan pada 5 Mei lepas.
Kawasan itu akan menjadi tumpuan sekiranya pilihan raya kecil diadakan memandangkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri Terengganu dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 kerusi berbanding 14 kerusi dimenangi PAS manakala satu lagi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).
TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA BN. TERUS NIKMATI PEMBANGUNAN DIBERIKAN OLEH KERAJAAN
Beliau berkata perpaduan yang kukuh akan terjalin apabila umat Islam berpaut kepada asas-asas ajaran Islam yang menyeru ke arah kebaikan dan persaudaraan serta perjuangan untuk menegakkan syiar Islam secara kolektif.
ReplyDeleteKehadiran Ramadan kali ini juga diharapkan dapat memupuk perpaduan di kalangan umat Islam di Malaysia khususnya kerana mereka akan berkumpul di masjid-masjid dan surau untuk menunaikan solat sunat tarawih dan ibadat-ibadat sunat yang lain, kata Najib.
ReplyDeleteCALON BN YANG BERKALIBER, PILIHAN TEPAT
ReplyDeletePada pilihan raya 5 Mei lalu, Dr Rahman maraih 8,809 undi manakala Napisah Ismail (PAS) mendapt 6,375 untuk memenangi majoriti 2,434. Terdapat 144 undi rosak dengan kawasan pilihan raya itu mempunyai 17,713 pengundi.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga tidak menolak kemungkinan pilihan raya kecil itu diadakan pada Ramadan.
"Apa pun, SPR akan bermesyuarat untuk menentukannya (tarikh penamaan calon dan pengundian)," katanya ketika berucap pada majlis penghargaan dan penyampaian sijil pilihan raya umum negara ke-13 negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan malam semalam.
TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA BN. TERUS NIKMATI PEMBANGUNAN DIBERIKAN OLEH KERAJAAN
ReplyDeleteCALON BN YANG BERKALIBER, PILIHAN TEPAT
Ada pihak mengatakaan BN kini berada dalam kedudukan tidak menentu kerana kegagalan untuk mengekalkan kerusi itu akan menyebabkan satu keputusan dan keadaan yang tergantung.
Sekiranya berlaku, DUN mungkin perlu dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang baru.
Yang nyata sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, DUN Kuala Besut adalah kubu kuat Umno. Namun, UMNO Terengganu tidak akan mengambil perkara itu sebagai perkara yang mudah.
TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA BN. TERUS NIKMATI PEMBANGUNAN DIBERIKAN OLEH KERAJAAN
persaingan yang pasti sengit
ReplyDeleteCALON BN YANG BERKALIBER, PILIHAN TEPAT
ReplyDeleteKerana itu, menurut Ketua Penerangan Umno Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, BN akan melakukan semua yang terdaya untuk mengelakkan DUN digantung. "Keadaan Dewan Undangan Negeri yang tergantung akan menjadi satu tragedi.
Kita mesti melakukan semua yang kita boleh untuk memastikan kemenangan yang meyakinkan," katanya semalam.
BN Terengganu akan memastikan calon yang dipilih untuk pilihan raya kecil itu adalah yang sama berkaliber seperti Dr Rahman.
TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA BN. TERUS NIKMATI PEMBANGUNAN DIBERIKAN OLEH KERAJAAN
CALON BN YANG BERKALIBER, PILIHAN TEPAT
ReplyDeleteAda pihak mengatakan pertempuran pilihan raya kecil untuk Kuala Besut akan menjadi pertandingan hidup atau mati bagi BN.
Ini kerana pakatan pembangkang, sememangnya mahu merebut peluang untuk memerintah kerajaan. kedudukan DUN yang tergantung akan mengakibatkan krisis kerana parti yang satu lagi boleh mendakwa mereka mempunyai mandat untuk mentadbir negeri. apa yang pasti PR meletakkan satu perjuangan yang baik dan BN perlu bersedia dengan lebih baik untuk mempertahankan kerusi itu.
TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA BN. TERUS NIKMATI PEMBANGUNAN DIBERIKAN OLEH KERAJAAN
CALON BN YANG BERKALIBER, PILIHAN TEPAT
ReplyDeletePenganalisis politik Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, sekiranya keputusan pilihan raya tidak memihak kepada BN, Terengganu akan ditinggalkan dengan DUN yang tergantung, dengan gabungan pakatan pembangkang yang masing-masing mempunyai 16 kerusi negeri.
Jika ini berlaku, Sultan boleh memberi peluang kepada BN yang merupakan pemerintah pada masa ini untuk membentuk kerajaan dengan mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Nege
TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA BN. TERUS NIKMATI PEMBANGUNAN DIBERIKAN OLEH KERAJAAN
ReplyDeleteCALON BN YANG BERKALIBER, PILIHAN TEPAT
"Jika mereka gagal, Sultan akan memberi peluang yang sama kepada pakatan pembangkang. Jika kedua-duanya gagal, Dewan Undangan Negeri perlu dibubarkan dan pusingan pilihan raya yang baru perlu diadakan bagi negeri ini.
Kerana itulah menurut Prof Datuk Dr Mohamed, Prof Dr Mohamed yang merupakan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) berkata pilihan raya Kuala Besut adalah sangat penting kerana ia akan menentukan nasib Terengganu.
TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA BN. TERUS NIKMATI PEMBANGUNAN DIBERIKAN OLEH KERAJAAN
Jabatan Penyiaran Malaysia Terengganu menyusun rancangan khas sempena pilihan raya kecil Kuala Besut selama dua minggu dari 11 hingga 24 Julai ini.
ReplyDeletePengarahnya, Azizah Mohd Yusoff, berkata rancangan khas ini adalah liputan sepanjang berlangsungnya kempen sehingga hari pengundian dengan mengadakan lintas langsung enam jam sehari pada waktu tertentu di sebuah resort di Kuala Besut dan di lokasi yang ditetapkan.
ReplyDelete"Kita akan bersiaran langsung melalui Radio Malaysia Terengganu (Tfm) di Bukit Pak Apil dan ada masanya kita akan bersiaran dan berlintas langsung di Kuala Besut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini hari ini.
ReplyDeleteBeliau berkata, 15 petugas dari jabatan berkenaan akan bertugas pada pilihan raya kecil ini dan akan turut dibantu rakan setugas mereka dari Jabatan Penyiaran Malaysia Kuala Lumpur.
ReplyDeleteAzizah berkata selain liputan kempen, program khas itu bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat tentang keprihatinan kerajaan terhadap rakyat di negeri ini.
ReplyDeleteKatanya Radio Malaysia Kelantan (Kfm) akan turut berlintas langsung pada pilihan raya kecil ini.
ReplyDeleteTan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Tengku Zahrin Che Ku Abd Rahman, seorang jurutera awam, sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
ReplyDeleteTimbalan Perdana Menteri berkata Tengku Zahrin, 37, merupakan calon terbaik kerana selain anak jati Kuala Besut, pemilihan beliau mendapat sokongan anggota parti di semua peringkat.
ReplyDeleteBagi kita calon muda ini diterima ahli parti dan tidak ada masalah sebagai “orang pantai” kerana beliau dekat dihati rakyat,” katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN dan pengumuman calon.
ReplyDeleteSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh mengundi untuk PRK Kuala Besut yang mempunyai 17,683 pengundi dan 12 Julai sebagai tarikh penamaan calon. Kekosongan DUN Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.
ReplyDeleteSementara itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata kemenangan pada pilihan raya kecil ini cukup signifikan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan BN di Terengganu.
ReplyDeleteBeliau yang juga Pengarah PRK Kuala Besut berkata oleh itu pengundi di Kuala Besut yang bakal menjadi penentu kepada nasib BN di Terengganu perlu memastikan agenda transformasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut dinikmati rakyat di negeri ini.
ReplyDelete“Kemenangan di Kuala Besut jadi penentu untuk memastikan Terengganu kekal dapat bergerak seiring dengan kerajaan di peringkat pusat dan sebab itu kedudukan BN perlu dikukuhkan lagi dan kemenangan ini cukup signifikan,” katanya.
ReplyDeletePada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu, BN Terengganu memenangi 17 kerusi DUN manakala pembangkang meraih 15 kerusi DUN untuk BN membentuk kerajaan negeri.
ReplyDeleteMuhyiddin berkata selain untuk mencatat kemenangan, jentera pilihan raya BN perlu memastikan jumlah majoriti meningkat berbanding majoriti 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.
ReplyDeleteMenurutnya kempen pada bulan Ramadan tidak akan menjadi penghalang jentera BN untuk mendekati rakyat selain menggunakan peluang tersebut untuk berkhidmat mengikut tuntutan agama Islam.
ReplyDeleteKetua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menggariskan empat faktor kenapa pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan itu 24 Julai ini.
ReplyDeleteBeliau turut mengingatkan pengundi untuk tidak menjadikan pilihan raya kecil itu sebagai satu mainan atau percubaan untuk mengubah selera kerana jika tersilap pilih, mereka akan kecewa sepanjang hidup.
ReplyDelete“Faktor utama rakyat perlu memilih BN di Kuala Besut ialah bagi menentukan kestabilan pemerintahan di Terengganu yang diterajui BN,” katanya selepas berucap kepada pemimpin Rela di Pusat Khidmat Komuniti Rela DUN Kuala Besut di Kampung Baharu.
ReplyDeleteAhmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata faktor kedua ialah dengan mengekalkan BN di Kuala Besut akan membuktikan sokongan dan menghormati keyakinan kepimpinan negara melantik anggota Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Pendidikan Kedua baru-baru ini.
ReplyDeleteSelain itu, katanya, rakyat Kuala Besut masih memerlukan pembangunan yang hanya boleh diberikan oleh kerajaan melalui BN.
ReplyDeleteKatanya, pelbagai rancangan pembangunan telah diatur oleh bekas wakil rakyat DUN Kuala Besut Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar yang bakal memberi faedah dan manfaat besar dan hanya boleh dijayakan sekiranya rakyat terus memberi mandate kepada BN.
ReplyDeleteFaktor keempat, katanya penduduk Kuala Besut perlu menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah banyak berjasa kepada rakyat menerusi pelbagai program transformasi.
ReplyDeleteAhmad juga berkata kementeriannya akan terus membantu kaum Bumiputera dalam bidang perniagaan agar bertepatan dengan wawasan ‘Malaysia Negara Maju, Rakyat Berpendapatan Tinggi’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.
ReplyDelete“Usaha itu akan termasuk menempatkan peniaga Bumiputera di lokasi-lokasi strategik di bandar-bandar utama termasuk di Lembah Klang untuk berniaga,” katanya.
ReplyDeleteSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh mengundi untuk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut yang mempunyai 17,683 pengundi dan 12 Julai sebagai tarikh penamaan calon. Calon sebelum ini juga ahli BN harus diteruskan dengan kemenangan dan diterajui oleh BN sendiri juga.
ReplyDeleteKekosongan DUN Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. Pemergiannya akan dikenang dan harus diteruskan agendanya yang tertinggal.
ReplyDeleteBN hari ini mengumumkan anak jati Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, seorang jurutera awam, sebagai calonnya pada pilihan raya kecil itu.
ReplyDeletePopulariti calon bukan satu jaminan atau kelebihan untuk menawan hati pengundi pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, kata Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau berkata, pengundi di kawasan itu tidak mudah termakan dakyah dan menyokong calon sembarangan yang tidak dikenali secara dekat.
ReplyDelete“Pengundi di Kuala Besut yang majoritinya nelayan telah saya kenali sejak bertahun lamanya ketika menjadi wakil rakyat dan mereka mempunyai prinsip sendiri dalam soal menentukan wakil rakyat mereka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan beberapa media cetak mengenai ura-ura pembangkang meletakkan pendakwah bebas terkenal Ustas Azhar Idrus (UAI) sebagai calon Pas pada pilihan raya kecil itu.
ReplyDeletePilihan raya kecil DUN Kuala Besut bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar Rabu lepas akibat kanser paru-paru. Idris yang juga Menteri Pendidikan II berkata, jika penduduk Kuala Besut tidak memilih calon Barisan Nasional (BN), segala rancangan yang diatur sebelum ini tidak akan dapat dilaksanakan mengikut perancangan.
ReplyDeleteSementara itu, beliau berkata, UMNO bahagian Besut akan menyenaraikan nama tokoh-tokoh anak tempatan termasuk pentadbir agama, pendidik, pegawai tadbir dan bekas pegawai kanan kerajaan kepada Pengerusi BN untuk dicalonkan pada pilihanraya kecil itu. Rakyat khususunya penduduk di Kuala Besut diingatkan agar tidak terpengaruh dengan sebarang dakyah yang boleh mengelirukan mereka menjelangnya pilihan raya kecil Kuala Besut nanti.
ReplyDeleteSelain itu juga, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Badrolhisham Zaki berkata apa jua formula dan apa jua yang dicanang oleh pembangkang perlu ditolak kerana matlamat mereka hanyalah untuk merampas kerusi berkenaan dan bukannya untuk kepentingan penduduk setempat.
ReplyDeleteMenurut beliau berdasarkan kepada pilihan raya sebelum ini, tentunya Kuala Besut nanti akan dihujani dengan pelbagai persepsi dan pelbagai dakyah yang semata-mata untuk kepentingan politik sahaja.
ReplyDelete“Perlu diingat pilihan raya kecil ini adalah cukup penting untuk kesinambungan perancangan serta pelaksanaan yang telah dibuat oleh wakil rakyat sebelum ini. Mereka wajar melihat dan menilai dengan mendalam.
ReplyDelete“Apa yang penting segala maklumat dan segala dakyah yang dilontarkan perlu ditapis dan diteliti satu persatu supaya semua pihak mendapat keuntungan dan bukannya pihak-pihak tertentu sahaja,” katanya.
ReplyDeleteBeliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Terengganu seterusnya percaya penduduk Kuala Besut cukup bijak dan matang untuk membuat penilain terbaik.
ReplyDeleteBeliau percaya mereka pun sedar dan tahu perkara itu dan atas dasar itu mereka telah memberikan sekali lagi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lalu.
ReplyDelete“Apa pun inilah masa yang terbaik untuk penduduk Kuala Besut buktikan bahawa segala dakyah dan persepsi yang cuba dimanipulasi oleh mana-mana pihak tidak akan ke mana,” katanya lagi.
ReplyDeleteDalam hal ini mana-mana ahli harus meneruskan agenda perjuangan ahli sebelum ini yang dikenang pemergiannya. Oleh itu calon baru juga harus memenuhi aspirasi rakyat bukan bertanding atas mahu menang sahaja.
ReplyDeleteFederal Territory Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor also said that the integrated port would only be built if it did not pose any problem to the Kota Kinabalu Port.
ReplyDeleteDalam usaha menyediakan rumah untuk golongan miskin luar bandar, pelbagai daerah dan agensi peringkat negeri telah digembleng untuk mengenal pasti isi rumah yang memerlukan. Sementara portal eKasih (pangkalan data negara untuk isi rumah berpendapatan rendah) juga digunakan untuk memilih calon.
ReplyDeletekumpulan fokus peringkat daerah akan mengemukakan cadangan berhubung dengan keperluan terhadap rumah baharu atau kerja-kerja membaik pulih.
ReplyDeletePilihan raya itu menyaksikan pertembungan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof
ReplyDeleteLANGSUNG10.15pm: Pengurus pilihan raya kecil DUN Kuala Besut A Rahim Jusoh mengumumkan Tengku Zaihan sebagai ADUN Kuala Besut.
BN - 8,288 undi
PAS - 5,696 undi
Majoriti - 2,592 undi
Ia menunjukkan bahawa BN hanya berjaya menambah 158 undi berbanding majoriti dalam pilihan raya umum 5 Mei.
ReplyDelete10pm: Kumpulan penyokong BN bersorak sebaik calon parti itu, Tengku Zaihan tiba ke pusat penjumlahan undi.
Tengku Zaihan diiringi barisan pemimpin parti tersebut - Tan Sri MuhyiddinYassin, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Ahmad Maslan.
9.02pm: AJK pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu sedar bahawa BN mendahului dalam pilihan raya umum lagi dengan majoriti 2,434 undi.
ReplyDeleteNamun, BN hanya berjaya meraih tambahan kira-kira 200 undi walau mengumumkan peruntukan RM477 juta semasa kempen tersebut, katanya.
"Kami berpuas hati dan reda, meskipun disogokkan dengan begitu hebat dan juga mereka mengharapkan menang 4,000 undi, tetapi kami berjaya mengagalkan mereka," kata Dzulkefly.
ReplyDelete"Kami tahu sukar (untuk capai) menang tapi tidak mustahil dan kami menerima kekalahan. Kami melancar serangan bersungguh-sungguh namun pelbagai sebab (kekalahan) ini," katanya.
Tambahnya, PAS juga tidak melihat bahawa strategi mereka untuk membentuk jumlah kerusi yang sama banyak di DUN Terengganu itu merupakan satu kesilapan.
ReplyDelete"Kami tidak menganggap agenda 16:16 satu yang silap, kerana kami telah menjelaskan sejelas-jelasnya, cuma ada rakyat yang faham dan percaya, tetapi tidak boleh memberi undi. Jika dihitung dengan sogokan, menakut-nakutkan dan sebagainya.
ReplyDelete"Kami juga berdepan dengan pengundian (pada hari bekerja), menyebabkan pengundi luar dan penyokong kami tidak dapat balik," katanya.
ReplyDelete8.30pm: ANALISIS - PAS membuka gelanggang dengan menimbulkan isu besar termasuk isu tanah dan juga strategi untuk mencapai jumlah kerusi sama banyak dengan BN - 16:16.
PAS kemudiannya berubah arah dengan menganjurkan program seperti karnival mesra rakyat, cabutan bertuah dan juga pemberian petrol percuma kepada penunggang motosikal.
Pertambahan jumlah majoriti undi BN yang tidak begitu signifikan itu juga menunujukkan bahawa PAS masih dapat mengekalkan pengaruh dari penyokongnya walau tewas.
ReplyDelete8.25pm: Setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menulis ucapan tahniah kepada parti atas kemenangan di DUN Kuala Besut.
"Tahniah BN, kita menang dengan majoriti lebih baik walau jumlah keluar mengundi 79 peratus, kita menang kesemua pusat daerah mengundi.
ReplyDelete"Terima kasih rakyat Kuala Besut (kerana) undi BN," katanya.
8pm: Sumber PAS menyebut, BN mendahului dengan hampir 2,600 undi.
BN pada awal kempen mensasarkan untuk meraih sehingga 4,000 undi majoriti.
PAS - 5,283 undi
BN - 7,882 undi
Majoriti - 2,599 undi
Rosak - 93 undi
Walau macamanapun, BN tetap menang di kuala Besut.
ReplyDelete