Friday, July 12, 2013

Hanya Agong boleh pecat Pengerusi SPR

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menegaskan pemecatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya hanya boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Shahidan berkata, perkara itu hanya boleh diputuskan oleh Tuanku memandangkan pelantikan SPR dilakukan oleh baginda dan bukannya kerajaan.

"Hanya Agong yang boleh hentikan mereka (SPR).

"Untuk membuang Pengerusi dan Timbalan SPR, hanya pihak yang melantik sahaja boleh melakukannya iaitu Agong," kata Shahidan membidas pemimpin Pakatan Rakyat yang mendesak supaya kedua-dua pemimpin utama SPR meletak jawatan.

Gesaan supaya pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berundur hangat diperkatakan selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu.

Ia ekoran kontroversi penggunaan dakwat kekal tercetus ketika pilihan raya umum dimana banyak pihak mendakwa dakwat berkenaan mudah hilang selepas dibasuh, bercanggah dengan jaminan SPR bahawa dakwat berkenaan akan kekal sehingga dua minggu bagi mengelakkan pengundi daripada mengundi lebih dari sekali.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan anggota SPR digesa meletak jawatan kerana pengendali pilihan raya itu gagal memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)berjalan dengan bebas dan adil.

Selain itu, PR juga mengadakan perhimpunan besar-besaran #Black505 di seluruh negara sejak 8 Mei untuk memprotes dakwaan penipuan dalam PRU13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa walaupun kehilangan undi popular.

Shahidan sebelum ini berkata dalam sesi sidang Dewan Rakyat bahawa isu dakwat kekal yang tidak kekal itu timbul ekoran dakwat yang digunakan SPR menggunakan pewarna makanan.

SPR bagaimanapun sebelum itu berkata atas alasan kesihatan, kandungan silver nitrat dalam dakwat kekal itu dikurangkan bagi mengelakkan pengundi terdedah kepada risiko kanser.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga mempertahankan SPR apabila berkata Malaysia pada dasarnya tidak memerlukan penggunaan dakwat kekal, sebaliknya cukup menggunakan kad pengenalan untuk mengenal pasti individu tertentu sebagai pengundi.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata penggunaan dakwat kekal itu adalah atas permintaan pembangkang dari PR di Parlimen yang kemudiannya dipersetujui.- TMI

43 comments:
Write comments
  1. Pembangkang dilaporkan menuduh berlaku insiden blackout ketika Pilihan Raya 2013 apabila ada beberapa cybertroopers mereka yang memuat naik gambar tersebut di laman-laman sosial.

    Ternyata bukti fitnah bergambar pembangkang gagal untuk menembak Suruhanjaya Pilihan Raya kerana ianya satu penipuan dan fitnah yang mengarut.

    ReplyDelete
  2. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya mendapati gambar berkenaan telah dilakonkan sebelum pilihan raya sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

    Wan Ahmad berkata gambar itu juga tidak menunjukkan amalan yang menjadi SOP SPR, malah, gambar yang didakwa sebagai petugas yang sedang mengira undi menggunakan lampu suluh juga tidak memakai baju SPR.

    ReplyDelete
  3. Gambar tersebut menunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu terpadam.

    Beliau berkata, bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

    ReplyDelete
  4. Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul… mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

    Wan Ahmad menegaskan dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR.

    ReplyDelete
  5. Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi kenapa sampai sekarang senyap?

    ReplyDelete
  6. Pembangkang tak habis-habis dengan budaya fitnah seperti ini dan cuba menjadikan SPR sebagai mangsa penipuan dan fitnah. Tetapi apabila penipuan mereka didedahkan, semua membisu dan kaku seolah-olah mereka tidak pernah membangkitkan soal perkara seperti itu.

    ReplyDelete
  7. Melalui kenyataan Wan Ahmad itu menunjukkan memang benarlah, pembangkang adalah duri dalam daging kepada rakyat di negara ini.

    Membudayakan fitnah, politik perkauman, pemikiran jumud dan sempit membuatkan mereka adalah terlalu hina.

    ReplyDelete
  8. Sejak daripada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU-10) khususnya, sudah mula kedengaran suara-suara sumbang mempertikaikan institusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Keadaan semakin parah apabila pembangkang tewas dalam PRU-12 (2008), apabila jari mula di tuding kepada SPR sebagai punca utama kekalahan mereka.

    ReplyDelete
  9. SPR dijadikan kambing hitam. Pembangkang secara sistematik mula merancang mengenakan tekanan terhadap SPR. Himpunan haram yang dilabel Bersih-1, Bersih-2 dan Bersih-3 diadakan kononnya untuk mengenakan tekanan awam ke atas SPR dengan pelbagai tuntutan.

    ReplyDelete
  10. Kejayaan pembangkang ialah apabila Parlimen menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Select Committee) untuk Penambahbaikan Pilihan Raya.

    ReplyDelete
  11. Hampir kesemua tuntutan pembangkang telah dipenuhi oleh Jawatankuasa Khas Parlimen ini, termasuk mengguna pakai kaedah kuno “dakwat kekal" untuk kononnya menghalang pengundian berganda, atau dalam istilah pembangkang, “pengundi hantu".

    ReplyDelete
  12. Walaupun SPR mencadangkan penggunaan kaedah biometrik yang lebih moden dan canggih, namun pembangkang beria-ia menolaknya dan tetap berkeras mahukan penggunaan kaedah dakwat kekal.

    ReplyDelete
  13. Namun apabila kaedah dakwat kekal dilaksanakan dalam PRU-13 baru-baru ini, pembangkang pula beria-ia pula mencari kesalahan dan kelemahan kaedah tersebut.

    ReplyDelete
  14. Tidak pernah saya lihat dalam sejarah pilihan raya di dunia ini termasuk di negara ketiga dan mundur di mana pembangkang beria-ia cuba ‘menghapuskan’ kesan dakwat kekal pada jari pengundi selepas mengundi.

    ReplyDelete
  15. Walaupun langsung tidak ada sebarang bukti yang sahih, dan langsung tidak ada bukti adanya pengundi yang telah dicalitkan dengan dakwat kekal boleh mengundi semula buat kali kedua, namun pembangkang terus memainkan sentimen ini untuk menimbulkan kebencian kepada SPR. Kesemua ini adalah dengan satu tujuan, untuk memperlekeh dan mempertikai kredibiliti SPR; dan sekali gus keputusan pilihan raya!

    ReplyDelete
  16. Sebenarnya masalah di negara ini bukannya dengan sistem pilihan raya, atau institusi SPR. Masalahnya ialah Malaysia mempunyai pembangkang yang demo-crazy, langsung tidak bertamadun, yang kerjanya tidak lain hanya menyalak dan menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri!

    ReplyDelete
  17. Sedangkan mereka sendiri seperti ayam yang gah berkokok, tetapi tahi penuh berselaput di ekor!

    Lihat sahaja cara “demokrasi" dilaksanakan di dalam PKR dan DAP! Sehingga ahli mereka sendiri mendedahkan konspirasi kotor dan jijik, pembohongan, penipuan, putar belit, amalan kronisme dan macam-macam lagi semasa pemilihan parti mereka.

    ReplyDelete
  18. Sejak kekalahan mereka dalam PRU-13, pembangkang tidak henti-henti menyalahkan SPR. Mereka mengadakan road show, himpunan haram dan lain-lain untuk menekan SPR.

    ReplyDelete
  19. Mereka memberi label “Blackout 505" - kononnya berlaku penipuan dan pembohongan oleh SPR dalam mengendalikan PRU-13 dengan fitnah kononnya SPR mahu memenangkan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  20. Malah mereka sampai mahu mengadu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kononnya berlaku penipuan termasuk oleh SPR sehingga menyebabkan mereka kalah dalam PRU-13. Saya cukup pasti Obama akan bersetuju dengan saya yang pembangkang Malaysia ini memang sahih demo-crazy!!!

    ReplyDelete
  21. Terbaru, pembangkang mendesak supaya kesemua anggota SPR, terutamanya Pengerusi, meletak jawatan. Malah mereka mendesak supaya SPR diletakkan di bawah penguasaan dan penyeliaan sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen yang akan diketuai pembangkang.

    ReplyDelete
  22. Persoalannya ialah adakah tuntutan ini wajar? Dan adakah kerajaan patut akur dan tunduk kepada desakan pembangkang ini?

    Untuk mengupas isu ini, kita wajib melihat sumber penubuhan dan fungsi, kuasa dan kedudukan institusi SPR itu sendiri.

    ReplyDelete
  23. Peruntukkan berkenaan penubuhan SPR dan perkara berkaitan dengan keahliannya dan perjalanan pilihan raya umum di Malaysia terkandung didalam Bab 8 Perlembagaan Persekutuan dalam bab pilihan raya.

    Secara khusus, perkara berkaitan SPR dan institusinya terkandung didalam Artikel 114. Soal pelantikan, penggajian dan penamatan ahli SPR semuanya disebut didalam Artikel 114 yang mengandungi tujuh perkara.

    ReplyDelete
  24. Fasal (1) dan (2) Artikel 114 menyentuh tentang soal pelantikan ahli SPR.

    Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tiga ahli lain.

    Pada melantik ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang Di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.

    ReplyDelete
  25. Jelas daripada peruntukkan di atas bahawa kuasa melantik ahli SPR adalah kuasa mutlak Yang Di-Pertuan Agong, setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja! Langsung tidak disebut berkenaan kuasa Parlimen untuk melantik mana-mana ahli SPR.

    Jadi cadangan pembangkang untuk memberi kuasa kepada Parlimen untuk menentukan pelantikan ahli SPR bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan, malahan ia suatu cubaan rampasan kuasa ke atas kuasa dan bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong

    ReplyDelete
  26. Dalam erti kata lain, ia suatu penderhakaan kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

    Mengapakah kuasa pelantikan ahli SPR diberi secara khusus dan mutlak kepada Yang Di-Pertuan Agong dengan konsultasi bersama Raja-raja Melayu tanpa langsung merujuk kepada Perdana Menteri, kerajaan mahupun Parlimen?

    Ini adalah kerana SPR adalah institusi yang akan mengendali, menyelia dan menjalankan pilihan raya yang akan menentukan sebuah Kerajaan bagi Malaysia. Dan ia adalah Kerajaan yang bernaung di bawah kuasa Raja-raja Melayu; kerana negara ini adalah dahulunya dikuasai oleh Raja-raja Melayu.

    ReplyDelete
  27. Sudah barang pastilah penentuan pembentukan mana-mana Kerajaan bagi negara ini mesti mendapat perkenan Raja-raja Melayu. Dan untuk memastikan itulah maka kuasa melantik ahli SPR diberi secara mutlak kepada Yang Di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Raja-Raja Melayu yang lain.

    Namanya pun KeRAJAan. Ia adalah badan pentadbiran di awah naungan dan kuasa RAJA. Ia bukan government seperti yang difahami Barat - iaitu sekadar govern - mentadbir.

    Di Malaysia ia disebut KERAJAAN - pentadbiran negara di bawah naungan dan kedaulatan Raja-raja Melayu.

    Sebab itu semua urusan Kerajaan dibuat atas nama dan bagi pihak Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ataupun Urusan Seri Paduka Baginda.

    ReplyDelete
  28. Fasal (3), (4) dan (4A) Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukkan tentang penamatan khidmat atau pemecatan jawatan mana-mana ahli SPR.

    ReplyDelete
  29. Secara ringkasnya, seseorang ahli SPR hanya boleh tamat atau ditamatkan perkhidmatannya seperti berikut:

    1. Mencapai umur 65 tahun;

    2. Meletak jawatan dengan mengutus surat yang ditandatanganinya sendiri kepada Yang Di-Pertuan Agong;

    3. Hilang kelayakan di bawah fasal (4A) iaitu adalah seorang bankrap, bekerja makan gaji dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan bergaji diluar tugasnya, atau seorang ahli mana-mana Majlis Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.

    4. Secara khusus kepada Pengerusi SPR, beliau akan hilang kelayakan sebagai Pengerusi jika menjadi ahli mana-mana pertubuhan atau badan, sama ada diperbadankan atau tidak, dan sama ada bergaji atau tidak (kecuali pertubuhan atau badan yang menjalankan apa-apa kerja kebajikan atau sukarela yang berfaedah kepada masyarakat).

    5. Dan tiada mana-mana ahli SPR boleh dipecat kecuali atas alasan-alasan dan dengan cara yang sama seperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

    Maknanya dalam soal pemecatan seorang ahli SPR, ia disamatarafkan dengan status seorang Hakim Mahkamah Persekutuan!

    ReplyDelete
  30. Nampaknya, penggunaan dakwat kekal sebagai tanda seorang pengundi itu sudah membuang undi masih lagi dimainkan oleh parti pembangkang.

    Sejak berakhirnya PRU13, walaupun baru sahaja beberapa jam proses membuang undi dilakukan, pembangkang dan pengikut-pengikut mereka terus sahaja menghentam SPR kerana menggunakan dakwat kekal yang boleh hilang selepas beberapa kali dicuci.

    Secara tidak langsung, ia kononnya membuktikan SPR adalah badan yang tidak telus dalam menguruskan proses pilihan raya.

    ReplyDelete
  31. Sementalah PRK di DUN Kuala Besut bakal berlangsung nanti, pembangkang masih terus mahu menghentam pihak SPR biar pun SPR masih lagi berusaha memperbaiki penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya.

    Hari ini di Parlimen, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin pula mahu mengheret Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat isu bersabit dakwat kekal ini.

    Katanya, KDN perlu mengambil tindakan susulan terhadap laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh pengundi-pengundi.

    ReplyDelete
  32. Kalau saya pengerusi SPR, sudah lama saya saman kesemua ketua-ketua pembangkang ini.

    ReplyDelete
  33. Pembangkang menuduh tanpa buktiOctober 2, 2013 at 5:28 PM

    SHAH ALAM: Dakwaan pembangkang kononnya berlaku penipuan semasa proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu, telah dinafikan oleh pemimpin parti komponennya.

    Sekaligus membuktikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menjalankan tugas mereka, demikian menurut Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

    ReplyDelete
  34. Pembangkang menuduh tanpa buktiOctober 2, 2013 at 5:30 PM

    Beliau menjelaskan sistem daftar pemilih yang dikendalikan SPR adalah telus dan tegasnya tiada ruang bagi warga asing didaftarkan sebagai pengundi di negara ini.

    "Ini terbuktilah semua penjelasan dan penafian dibuat oleh SPR sebelum dan selepas PRU-13 adalah benar. SPR bercakap berasaskan fakta. Sekarang dah terbukti dan sebelum Ong Kian Ming komen tentang perkara ini, saya dah kata ia mustahil warga asing dapat mendaftar sebagai pengundi.

    ReplyDelete
  35. Pembangkang menuduh tanpa buktiOctober 2, 2013 at 5:31 PM

    "Apa yang dikatakan pembangkang tentang 40,000 warga asing ia sebagai dakyah politik untuk menimbulkan kemarahan rakyat. Mereka tentu marah dengar orang luar mengundi. Matlamat mereka nak menimbulkan kemarahan," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

    ReplyDelete
  36. Pembangkang menuduh tanpa buktiOctober 2, 2013 at 5:31 PM

    Memetik laporan portal Free Malaysia Today, Pemikir Strategi DAP Ong Kian Ming menafikan kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh dan insiden bekalan elektrik terputus di kawasan pilihan rayanya Serdang dan Temerloh sebagaimana yang didakwa pembangkang pada pilihan raya lalu.

    Ong juga bersetuju dengan penafian Pemantau Pilihan Raya (Pemantau) yang ditugaskan menyiasat tuduhan berkenaan, namun dalam masa yang sama memberitahu DAP masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung hal itu.

    ReplyDelete
  37. Pembangkang menuduh tanpa buktiOctober 2, 2013 at 5:32 PM

    Malah ia juga turut diakui oleh seorang pemimpin PAS yang tidak mahu identitinya didedahkan.

    Mengulas lanjut, Wan Omar berkata fitnah dan tuduhan yang ditimbulkan pihak pembangkang bertujuan membangkitkan kemarahan rakyat agar sokongan beralih kepada mereka.

    ReplyDelete
  38. Pembangkang menuduh tanpa buktiOctober 2, 2013 at 5:33 PM

    SPR tegasnya tidak mencampuri urusan politik mana-mana parti di negara ini dan fitnah tersebut hanya mahu memburukkan imej badan bebas berkenaan.

    "Marah akan bertukar kepada pembangkang. Itu matlamat mereka. Jadi permainan politik itu adalah kotor dengan menggunakan fitnah untuk memancing undi. Itu kita perkatakan dari dulu. Mereka berkempen guna firnah dan mereka fitnah untuk memancing undi untuk menimbulkan kemarahan rakyat," jelas beliau.

    ReplyDelete
  39. Pembangkang menuduh tanpa buktiOctober 2, 2013 at 5:34 PM

    Penganalisis politik, Prof Dr Jayum Anak Jawan apabila diminta mengulas hal yang sama mengatakan pembangkang kini perlu menumpukan perhatian kepada hal-hal rakyat dan negara setelah dipilih pada PRU-13 lalu.

    ReplyDelete
  40. Pembangkang menuduh tanpa buktiOctober 2, 2013 at 5:35 PM

    Beliau meminta masyarakat di negara ini dapat berfikir secara matang untuk menilai kebenaran sesuatu isu yang sengaja dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu.

    ReplyDelete
  41. Pembangkang menuduh tanpa buktiOctober 2, 2013 at 5:35 PM

    "Hal pilihan raya dah lepas, bila kita menuduh, kita mesti ada bukti. Dulu tak perlu bukti sebab kita nak pengaruh pemikiran pengundi dalam masa singkat. Sekarang jika nak katakan ada pengundi hantu kita perlu tunjuk bukti. Itu yang masalahnya sekarang.

    ReplyDelete
  42. Pembangkang menuduh tanpa buktiOctober 2, 2013 at 5:36 PM

    "Hal itu sudah berlalu. Jika kita nak lihat integriti dan keberkesanan masing-masing, kita kena lihat apa yang mereka buat sebagai wakil rakyat. Isu dah berlalu dan kalau kita fokus pun tak guna juga. Sekarang mereka dah menang dengan membangkitkan perkara seperti itu tapi kita kena lihat apa yang mereka lihat semasa perbahasan di parlimen yang akan menonjolkan kematangan dan keberkesanan proses demokrasi. Itu yang lebih penting sekarang," demikian kata Jayum.

    ReplyDelete
  43. Pembangkang menuduh tanpa buktiOctober 2, 2013 at 5:37 PM

    Pemantau sebelum ini menjelaskan tiada sebarang bukti berlakunya penyelewengan pilihan raya seperti kewujudan pengundi hantu di 87 kerusi perlimen dan bekalan eletrik terputus seperti yang diperkatakan pembangkang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.