Jasad penuntut Malaysia Adrian Jay Pereira, yang ditetak mati di luar rumah sewanya di bandar Malang, Jawa Timur, Indonesia, malam Selasa, selamat tiba di Advance Cargo Centre (ACC), MAS Kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Rabu.
Jasad mendiang yang tiba pada pukul 2.30 petang dengan penerbangan MH 870 dari Surabaya, disambut beberapa anggota keluarganya yang begitu sebak melihat jasad itu.
Pereira, 23 penuntut Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya, Malang, dilaporkan ditetak dengan senjata tajam ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya di luar rumah sewanya di bandar Malang, Jawa Timur pada malam Selasa.
Turut mengiringi jasad mendiang yang akan dibawa ke rumahnya di Taman Klang Jaya, Klang, Selangor, adalah wakil Kementerian Pengajian Tinggi dan wakil Kedutaan Indonesia di Malaysia.
Sebanyak 173 penuntut Malaysia kini mengikuti pengajian di Malang dan daripada jumlah itu, 161 adalah di Universiti Brawijaya. -BERNAMA
Thursday, November 10, 2011
Jasad Pelajar Malaysia Dibunuh Di Jawa Timur Tiba Di KLIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa.
ReplyDeletetakziah diucapkan, semoga arwah dpt bersemadi dgn aman.
ReplyDeletetakziah diucapkan..harap keluarga mangsa tabah menghadapi semua ini.
ReplyDeleteKeselamatan pelajar kita yang berada diluar negara harus dipertingkatkan agar perkara seperti ini tidak berulang.
ReplyDeletemudah untuk isu ini dikontroversikan jika rakyat Malaysia mahu bertindak seperti rakyat di Indonesia.. apa2pun, takziah kepada keluarga mangsa dan banyak2 bersabar..
ReplyDeletekejadian seperti ini sering berlaku sejak kebelakangan ini. di Malaysia sendiri pun sudah banyak kejadian pembunuhan. apa lagi di negara luar yang sering berlaku kekecohan dan peperangan. apapun, rakyat Malaysia yang berada di luar negara menuntut ataupun bekerja perlu sentiasa berhati2 dan pandai membawa diri.
ReplyDeleteCondolence to the family.
ReplyDeleteKita tidak boleh juga salahkan mana-mana pihak dalam hal ini. Yang penting jadi pengajaran perkara ini dan kita harapkan suspek akan dapat dikenakan hukuman yang setimpal.
ReplyDelete