Thursday, November 10, 2011

CCTV Bongkar misteri ‘lembaga hitam’

GOMBAK: Usaha seorang lelaki memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh rumah untuk menjejak ‘lembaga hitam’ yang sering dikesan di kawasan rumahnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu rupa-rupanya teman lelaki anaknya.

Malah, rakaman CCTV itu turut membuatkan dia menepuk dahi apabila memaparkan anak perempuannya berusia 16 tahun bercumbuan selepas teman lelakinya berusia 21 tahun menyelinap masuk ke bilik tanpa pengetahuan bapanya, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Sebelum ini, lelaki berkenaan dilapor memasang CCTV di seluruh rumahnya di Taman Sri Ehsan di sini, selepas bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga kerana menyangka rumahnya menjadi sasaran pencuri atau diganggu makhluk halus.

Sumber polis berkata, ini kerana beliau sering ternampak kelibat ‘lembaga hitam’ di kawasan rumahnya terutama ketika lewat malam sejak kira-kira sebulan lalu.

Menurutnya, malam kelmarin ketika menonton televisyen di ruang tamu lelaki itu sekali lagi mengesan kelibat ‘lembaga hitam’ itu melintas di tingkap rumahnya. -HM

11 comments:
Write comments
  1. Mesti terkejut dan kecewa bila ayah tersebut menemui perkara ini.

    ReplyDelete
  2. pasti bapanya sangat kecewa bila mengetahui hal ini.

    ReplyDelete
  3. remaja sekarang ni mudah terpengaruh untuk melakukan pekara yang tidak baik. nampaknya ibu bapa perlu lebih memainkan peranan untuk memantau anak-anak mereka.

    ReplyDelete
  4. Jika tanggungjawab sebagai ibu dan bapa serta guru telah dilaksanakan tapi keadaan tetap sama, diri sendiri yang berslah dalam hal ini!

    ReplyDelete
  5. rupa2nya anak sendiri yang bela 'lembaga hitam'.. baik lepas ni kasi lock saja pintu tu dari dalam dan pegang kuncinya..

    ReplyDelete
  6. budak remaja sekarang semakin sosial dan berani. ibubapa perlu mendidik anak mereka agar dapat menggunakan kebebasan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  7. Apa nak jadi dengan remaja sekarang.

    ReplyDelete
  8. Hati remaja bergelora perlu dikawal sebelum perut membesar seterusnya terjebak pembuangan bayi sebagai jahiliyah moden.

    ReplyDelete
  9. Akhirnya terjawab juga apa lembaga hitam itu sebenarnya.

    ReplyDelete
  10. sundal...err sweet 16...pastinya mendapat pendidikan drpd UMNO [pakar seks n liwat] n mentornya umi hafilda, penyokong saiful, sex instructor CSL...1pornoMalaysia, truly asia!!!

    ReplyDelete
  11. Kahwinkan saja budak itu dgn bf dia. Habis cerita!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.