Thursday, November 10, 2011

Memperingati rampasan kuasa di Perak

Pada 3 November lalu, sebahagian rakyat Perak mengadakan sambutan 1,000 hari memperingati rampasan kuasa secara haram (takut mengadakan pilihan raya DUN semula kerana tidak ada TELOR) yang dilakukan oleh Najib melalui mempergunakan institusi istana Perak. Satu sidang media diadakan di bangunan parlimen yang diketuai oleh bekas MB, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin. Dalam sidang media tersebut telah mengenangkan kita kembali betapa kotornya politik Najib gilakan kuasa, kedudukan dan kekayaan.

Untuk PRU ke-13 nanti, perkara seumpama ini pasti berlaku di seluruh negeri-negeri dan diperingkat persekutuan yang dikuasai oleh PR sekiranya UMNO (juga anggota BN) mengalami kekalahan teruk seperti yang digambarkan oleh Nizar dalam sidang media berkenaan.

Oleh sebab itulah (UMNO dan BN tidak yakin boleh menang besar seperti selalunya) di ambang PRU ke-13, UMNO memulakan gerakkan menguasai beberapa institusi-institusi tertentu bagi membantu dan menyokong mereka menguasai kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, walaupun mereka kalah sepertimana strategi mereka telah lakukan di Perak Berjaya. Di samping itu, UMNO secara terang-terangan melakukan penipuan mengunakan SPR dan JPN serta pasukan polis bagi menghalalkan pengundian warga asing seperti mereka lakukan di Sabah pada 90an dulu.

UMNO terus menggunakan isu raja-raja bagi memperkukuhkan kedudukannya seperti isu Prof. Abdul Aziz Bari yang dikatakan menghina Sultan Selangor, sedangkan hakikatnya UMNOlah merupakan orang yang bertanggungjawab menghina, memperlecehkan dan menderhaka kepada raja-raja. UMNO juga menggunakan isu agama dan perkauman bagi menarik pengundi khususnya pengundi Melayu bagi menyokongnya semula.

Kembali kes rampasan kuasa di Perak yang dilakukan pada 5 Februari 2009, ia bukanlah menjadi satu rahsia lagi bahawa orang yang bertanggungjawab membuat konspirasi menjatuhkan kerajaan PR di Perak ialah manusia celaka yang bernama Annuar Zaini. Anjing UMNO inilah yang berjaya mempengaruhi Sultan Perak mengambil semula UMNO (yang dibenci, dikencing, diberak dan ditendang ke longkang najis oleh rakyat Perak) sebagai kerajaan mengantikan kerajaan PR yang dipilih rakyat.

Berdasarkan sejarah (mungkin professor UMNO dalam MPN tidak mengiktirafnya) kesultanan Perak adalah merupakan waris daripada kesultanan Melaka melalui Sultan Muzaffar Shah I, iaitu anak kepada Sultan Mahmud. Sejarah Sultan Mahmud sebagai pemerintah Melaka telah diketahui umum berada dalam kelemahan sehingga akhirnya Melaka tumbang dijajah oleh Portugis.

Salah satu kelemahan Sultan Mahmud yang paling ketara ialah beliau dipengaruhi oleh mereka yang di sekelilingnya dalam membuat keputusan. Menurut lagenda sejarah, beliau telah membunuh Bendaharanya Tun Mutahir atas hasutan pembesar di sekililingnya. Malah beliau telah membunuh anaknya sendiri Sultan Ahmad Shah yang telah mengambil alih takhta selepas pembunuhan Tun Mutahir. Kisah sejarah seperti ini sememangnya tidak perlu diungkit, tetapi perlu diambil pengajaran oleh Istana Perak.

Dalam zaman moden ini, sistem pemerintahan Malaysia telah bertukar kepada sistem demokrasi dan mengekalkan intitusi Raja yang terikat dengan perlembagaan. Dari segi perlembagaan kuasa Raja adalah diimbangi oleh kuasa eksekutif iaitu Perdana Menteri atau Menteri Besar. Mereka yang berada di sekeliling Raja atau Sultan dari kalangan pembesar-pembesar Istana hanyalah berkaitan dengan urusan istiadat dan pertabalan Raja atau Sultan yang baru. Dalam hal ehwal mentadbir negeri, Raja atau Sultan harus mendengar nasihat daripada Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat. Zaman Raja atau Sultan mendengar nasihat daripada pembesar Istana telah berlalu.

Perkara inilah yang berlaku di Perak. Sultan telah membelakangkan nasihat Menteri Besar yang mendapat kepercayaan majoriti rakyat sebaliknya mendengar pandangan pembesar-pembesar istana. Di kalangan pembesar-pembesar Istana Perak itu terdapat mereka yang mempunyai kepentingan diri atau kepentingan parti. Salah seorang daripadanya ialah Annuar Zaini yang diperkatakan oleh banyak pihak sebagai salah seorang perancang rampasan kuasa tersebut. Beliaulah yang dikatakan banyak mempengaruhi Istana Perak dalam membuat keputusan terutama yang berkaitan dengan senario politik negeri Perak ketika selepas PRU ke-12, UMNO tersungkur menyembah bumi. Tindakan beliau ini telah menyebabkan rakyat mulai ragu dengan pendirian istana yang sepatutnya tidak berpihak. Ketidakpuasan hati rakyat ini membangkitkan kemarahan rakyat dan mereka bangun menentang, tetapi akhirnya kecundang kerana UMNO menggunakan seluruh institusi kerajaan yang ada di langit, udara, darat dan lautan, tambahan pula mendapat sokongan padu dari institusi istana Perak sendiri yang mahukan UMNO kembali berkuasa.

Tidak diketahui mengapa Annuar Zaini ini begitu istimewa di Istana Perak. Beliau bukanlah keturunan diraja. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang pembesar Istana Perak dan dalam Sambutan Jubli Perak, beliau telah dianugerahkan sebagai salah seorang yang begitu banyak jasanya kepada Sultan Azlan. Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya yang Canselornya adalah Sultan Azlan sendiri. Sehingga hari ini ramai rakyat jelata begitu tertanya apakah tuah yang ada pada Annuar Zaini ini sehingga beliau begitu dekat di hati Sultan Azlan, malah lebih diutamakan untuk mendapat nasihat berbanding Menteri Besar dari PR yang diberi mandat oleh rakyat.

Keterlibatan Annuar Zaini dalam perancangan rampasan kuasa ini sememangnya menjadi percakapan umum, tetapi ia semakin disahkan dengan penggunaan nama Raja Muda (Raja Nazrin) semasa menculik Nasarudin Adun Bota. Sebagaimana maklumat yang ditulis oleh bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Misbahul Munir, beliau dimaklumkan oleh isteri Adun Bota tersebut dua orang lelaki telah datang ke rumahnya untuk menjemput beliau mengadap Raja Muda. Siapakah yang sebegitu berani mendakwa dirinya menjadi wakil kepada Raja Muda. Sudah pasti mereka bertindak dengan dibelakangi oleh seseorang yang mempunyai kedudukan sebagai pembesar Istana. Tidak mustahil juga perkara tersebut berlaku kepada Adun DAP dari Jelapang. Kedua-dua mereka kelihatan terpinga-pinga semasa Najib mengumumkan rampasan kuasa.

Ketika PAS kalah di negeri Terengganu dalam PRU 2004 yang lalu, Annuar Zaini ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas yang mengaku kalah, beliau menyatakan "baguslah mengaku kalah tetapi jangan pula selepas ini mengacau pentadbiran Terengganu". Sepatutnya kenyataan beliau itu diterjemahkan dalam konteks Negeri Perak. Beliau sepatutnya mengaku kalah dan tidak melakukan seribu satu onar dengan menggunakan nama Istana Perak mengacau pentadbiran Negeri Perak. Tindakan beliau untuk merampas teraju Kerajaan Negeri dengan cara yang jijik dan memualkan ini akan memalitkan sejarah hitam kepada Kesultanan Perak dan leluhurnya Kesultanan Melaka yang akan sekali lagi tercatat dalam sejarah.

Plot rampasan kuasa ini walaupun dilakukan begitu licik, tetapi mudah diketahui oleh rakyat Perak bahkan rakyat Malaysia. Walaupun pelbagai alasan digunakan melalui media-media massa, rakyat sekarang sudah mula celik. Rakyat sekarang bukan seperti zaman Sultan Mahmud dahulu, sebaliknya mereka mendapat berita secara live mendahului propaganda media-media massa. Rakyat mula persoalkan bagaimana boleh berlaku umpanan rasuah terhadap exco, bagaimana exco-exco boleh hilang sehingga tidak diketahui oleh keluarganya sendiri, bagaimana begitu bodoh mereka mengemukakan alasan sakit tulang belakang, bagaimana Adun Bota diculik dan lain-lain yang diketahui oleh rakyat terlebih dahulu sebelum media menyiarkan.

Hasil daripada perancangan yang jijik dan mual itu, 96% rakyat telah melihat bahawa BN akan menerima padah dalam PRU ke-13 akan datang. Tokoh-tokoh vateran UMNO sendiri seperti Dr Mahathir dan Ku Li melahirkan rasa jijik dengan rampasan kuasa ini. Yang paling jelas Pak Lah dan Najib sendiri sedar bahawa rakyat sangat jijik dengan permainan kotor ini sehingga mereka tidak sanggup untuk kembali ke medan tempur sebagaimana tuntuntan Menteri Besar Perak untuk membubarkan DUN. Tindakan Annuar Zaini bersama kumpulannya merancang rampasan kuasa ini sebenarnya akan memburukan lagi imej UMNO yang telah ditolak rakyat dalam dua pilihanraya kecil yang diadakan selepas itu.

Bagaimanapun tindakan itu turut memalitkan nama baik Istana Perak. Ketika seluruh negara tertumpu kepada susuk tubuh Sultan Azlan sama ada membubarkan DUN atau tidak, baginda bertindak menyempurnakan rancangan tersebut. Ketika rayuan mencurah-curah dalam laman web Istana Perak supaya memberi semula mandat kepada rakyat, baginda mencurahkan balik rayuan itu ke luar jendela Istana Perak. Paling mengejutkan Baginda bertindak secara tidak cermat dengan meminta Menteri Besar meletakkan jawatan. Seharusnya Baginda memilih jalan yang lebih sederhana meminta Menteri Besar mengadakan sidang tergempar DUN supaya boleh diusulkan undi tidak percaya.

Sudah menjadi rahsia umum Baginda tidak begitu menyenangi Menteri Besar disebabkan beberapa isu yang sampai kepada Baginda melalui jalan pembesar-pembesar Istana. Boleh dikatakan kebanyakan pembesar-pembesar Istana Perak itu cenderung kepada UMNO termasuklah Annuar Zaini, justeru tidak menghairankan jika khabar yang disampaikan kepada Sultan Perak melalui jalan pembesar-pembesar negeri ini tentang Menteri Besar adalah negatif. Semua rakyat tahu bagaimana Menteri Besar begitu taat dengan Sultan Perak, tetapi Baginda di kelilingi oleh pembesar-pembesar Istana Perak yang tidak sebulu dengan Menteri Besar. Di sini kelihatan Baginda berada dalam kondisi sebagaimana luluhur Baginda Sultan Mahmud dahulu.

Sambutan Jubli Perak pemerintahan Baginda yang diadakan itu sepatutnya diperkukuhkan dengan keputusan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Perak telah dicemari dengan nasihat-nasihat salah oleh Pembesar Istana. Keputusan Baginda dilihat seperti satu 'finishing' kepada satu konspirasi rampasan kuasa yang didakwa oleh PR dirancang oleh salah seorang pembesar baginda yang bernama Annuar Zaini. Sejarah Sultan Mahmud yang memerintah hampir 30 tahun termasuk membunuh Bendahara Tun Mutahir anakandnaya sendiri seharusnya tidak berulang. Sebagaimana Tun Mutahir dibunuh hasil hasutan pembesar-pembesar Istana, maka Istana Perak hari ini perlu menyingkirkan pembesar-pembesar yang seumpama itu kerana merekalah yang akan memalitkan sejarah hitam Kesultanan Perak.

Sumber asal : DISINI

16 comments:
Write comments
  1. coup de etat ke atas kerajaan PR perak oleh UMNO adalah serampang 2 mata-rampasan kuasa n merogol sultan perak!!!

    ReplyDelete
  2. Harap perkara ini boleh diselesaikan dengan sebaik-mungkin.

    ReplyDelete
  3. Terpulanglah kepada Istana bagaimana mereka hendak menyelesaikan masalah seperti ini.

    ReplyDelete
  4. pembangkang kena terima hakikat bahawa mereka tidak lagi dpt menguasai Perak.

    ReplyDelete
  5. jika pembangkang nak dpt Perak semula, tunggulah PRU.

    ReplyDelete
  6. terdapat ADUN PR yang keluar parti jadi mereka kehilangan majoriti untuk terus mentadbir Perak.

    ReplyDelete
  7. sekarang ni pelbagai isu ditimbulkan..apa pun, terserah kepada rakyat untuk menilai dan memilih dengan bijak.

    ReplyDelete
  8. PRU13 nanti boleh rampas balik ba kalau yakin rakyat Perak memihak kepada Pakatan..

    ReplyDelete
  9. Permainan orang2 besar.

    ReplyDelete
  10. Kalau benar-benar layak memerintah Perak, buktikanlah PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  11. Pakatan rampas Perak, BN pula rampas kembali Pulau Pinang..

    ReplyDelete
  12. lebih baik perkukuhkan negeri2 yang ditadbir sekarang. takut nanti lepas PRU tiada stupun yang tinggal.

    ReplyDelete
  13. Apa2 pun kena tunggu pada PRU13,semuanya akan jelas.

    ReplyDelete
  14. Semuanya akan terjawab di PRU13 akan datang.

    ReplyDelete
  15. Mari kita lihat sampai mana kebenaran dakwaan PR ini.

    ReplyDelete
  16. Tidak wujud isu rampasan kuasa kerana Nizar sendiri telah hilang undi kepercayaan terhadapnya dan kepimpinan Nizar dilihat sangat lemah dengan hanya menurut kata DAP tanpa menjaga kepentingan orang Melayu seperti meluluskan pajakan tanah 100 tahun yang jelas merugikan orang Melayu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.