Sunday, November 13, 2011

Naib Presiden UMNO Amal Rasuah?

PENDEDAHAN Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham di dalam Sabahkini.net bertajuk ‘Rural Ministry Paid RM404 M For Higher Bids’ berhubung kepincangan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang melantik kontraktor yang menawarkan harga sehingga 500 peratus tinggi daripada harga pasaran, memang agak mengejutkan.

Tetapi kelihatannya amat membanggakan Perdana Menteri Malaysia yang seolah-olah merestui amalan rasuah dilakukan oleh ‘Golden Eye Boy’, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal.

Pembaziran lebih RM500 juta dana awam bagi semua projek mega yang dilaksanakan oleh KKLW di bawah NKRA, tidak termasuk projek kecil yang bernilai hampir RM1Billion adalah salah laku jenayah pecah amanah, rasuah dan sabotaj kepada ekonomi negara.

Kes ini harus dipandang berat oleh semua agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Akauntabiliti seperti Jabatan Audit Negara kerana merupakan jenayah perdagangan yang meletakkan negara di ambang muflis.

Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Solar Hibrid di Pulau Banggi adalah contoh yang paling tepat untuk membuktikan bahawa amalan rasuah yang diperkukuhkan dengan ‘Top-Up’ harga adalah budaya ‘samseng’ yang seakan direstui Menteri Kewangan Malaysia merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Jika tidak, kenapa beliau hanya mendiamkan tindakan KKLW memilik kontraktor ‘muflis’ bukan bumiputera, Usaha Serimas Sdn.Bhd untuk menjalankan kontrak KKLW.T.67/2011 bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II Di Pulau Banggi dengan kos RM 81,475,281.42 sedangkan sebuah anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu TNBES turut menyertai tender berkenaan menawarkan harga RM55,520,848.

Perbezaan harga RM25,954,433.42 merupakan satu kesalahan jenayah terancang kerana sebelum ini TNBES turut melaksanakan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa I di Pulau Banggi dengan kos RM21 juta sahaja; sekalipun menyerahkan kontrak tersebut kepada empat subkontraktor iaitu Usahasama Shapadu Properties Sdn Bhd dan Berestu Corporation Sdn Bhd untuk kerja Sivil dan Bangunan dan Unimodal Sdn Bhd; Restu Indah Sdn Bhd dan Power Technologies Sdn. Bhd untuk kerja bangunan.

Mengikut maklumat dalaman TNBES, kos berkenaan termasuk profit dan melantik subkontraktor kerana kos sebenar projek BELB Solar Hibrid Fasa II Pulau Banggi hanya berharga RM40 juta sahaja.

Jelas sekali perbezaan harga RM41 juta daripada tender yang ditawarkan kepada Usaha Serimas Sdn.Bhd adalah untuk membeli kesetiaan Ketua UMNO Bahagian, AJK UMNO Bahagian, Puteri dan Wanita demi untuk mengucar kacirkan sistem politik dan pentadbiran yang sedia ada.

KKLW menggunakan modus operandi yang sama kerana menawarkan projek kecil kepada semua ‘Desperado’ dalam UMNO

Dalam kes MARA seperti yang ditegur Ketua Audit Negara, semua tender atau projek KKLW atau agensi di bawahnya seakan boleh ‘dikenduri’ oleh Menteri atau suku sakatnya; tanpa perlu merujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Pengarah Agensi berkaitan; seolah-olah Menteri KKLW mempunyai kuasa veto dalam melaksanakan projek.

Menteri KKLW telah membelakangkan Arahan Perbendaharaan, Tatacara Tawaran Tender dan Akta Acara Kewangan; seolah-olah tidak perlu tertakluk kepada Akta Audit Negara dan Akauntabiliti Kerajaan.

Dalam hal ini sewajarnya, PDRM dan SPRM mengambil tindakan drastik berasaskan laporan polis dan SPRM yang telah saya buat kerana mengikut undang-undang, Menteri KKLW telah melakukan rasuah dan pecah amanah.

Apakah Perdana Menteri, SPRM, Polis dan Ketua Audit Negara merestui amalan yang dilakukan Menteri KKLW kerana sejak 2008 amalan songsang ini berterusan yang melibatkan pembaziran peruntukan berbilion ringgit?

Tindakan ‘pecah amanah dan rasuah’ Menteri KKLW telah melahirkan ramai jutawan segera yang terdiri daripada ‘Political Reject’ di dalam UMNO dan Parti Komponen BN; termasuk Haji Mohd Yuso Apdal, Christoper Chiew, Alfred Chan, Datuk Chin Su Phin, Datuk Peter Anthony, Datuk John Ambrose, Yusof Said dan sebagainya yang dijadikan ‘Kuda Tunggangan’ untuk menghancurkan UMNO Sabah.

SPRM dan Polis seolah-olah sudah menjadi satu badan elit yang hanya diperalatkan oleh pemimpin UMNO untuk menghukum atau mencantas pemimpin yang tidak disukai oleh pucuk pimpinan parti; sedangkan penjenayah sebenar turut dilindungi kerana menganggotai badan elit berkenaan.

Tidak cukup dengan sikap Menteri KKLW yang kalis tindakan, Pegawai Khasnya di Tenom, Jamawi Jaafar, juga berkuasa penuh mengatasi Ahli Parlimen dan ADUN kerana mempunyai ‘Kuasa Eksekutif’ untuk melaksana atau mengagehkan projek KKLW kepada kroni dan proksi menteri.

Memang agak menakjubkan kerana di zaman Najib menjadi Menteri Kewangan, khidmat Jurutera atau Jabatan Kejuruteraan seperti Jabatan Kerjaraya dan Jabatan Pengairan dan Saliran tidak diperlukan lagi kerana merestui Menteri KKLW melantik FELCRA menjalankan tugas pemantauan projek.

Transformasi FELCRA daripada bidang pertanian kepada kejuruteraan merupakan salah satu kehebatan Najib kerana sesiapa sahaja boleh menjadi Jurutera untuk mengawalselia projek KKLW sehingga Pejabat Daerah dan JKR dianggap sebagai ‘Pengacau’.

Mungkin rakyat tertanya-tanya bagaimana akauntabiliti kerajaan ditadbir urus oleh Kerajan BN kerana sesiapa sahaja boleh dilantik menjadi Jurutera atau Akauntan tanpa mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diamalkan Kementerian atau Jabatan lain.

Senario ini berlaku mungkin disebabkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang bukan akauntan bertauliah kerana mengikut Undang-Undang, hanya ‘Akauntan Bertauliah’ yang boleh dilantik sebagai Ketua Juruaudit Negara.

Oleh itu, tidak hairan jika Laporan Ketua Audit Negara seperti ‘Surat Khabar Lama’ kerana tidak boleh digunakan sebagai alibi untuk pendakwaan di Mahkamah disebabkan tidak ada Jurutera Professional atau Akauntan Bertauliah yang berkhidmat dengan Jabatan Audit Negara bagi memantau pengauditan Jabatan Kerajaan; saling tidak tumpah seperti tindakan KKLW melantik FELCRA bagi mengawal selia projek.

Kesan ketara daripada tindakan tidak professional Menteri KKLW, telah mewujudkan beberapa kasta di dalam UMNO, terutama mereka yang benar-benar ikhlas berjuang untuk parti dan mereka yang hipokrit yang berjuang untuk kepentingan peribadi atau kumpulan ketiga ialah penjenayah yang berselindung di sebalik lambang UMNO untuk merampas kuasa dan menggunakan kuasa untuk memperkayakan diri dan kroni, sampai bila-bila.

Pemimpin UMNO yang ada sekarang terlalu bacul untuk menegur tindakan Menteri KKLW kerana kedudukan Datuk Seri Mohd Apdal sebagai Naib Presiden UMNO yang dilihat sebagai mengatasi undang-undang (Above The Law).

UMNO kini dilihat sebagai ‘Gudang Sampah Sarap’ kerana semua pemimpinnya tidak lagi mengutamakan prinsip perjuangan untuk parti, malah sering mencipta sengketa kerana mereka hanya hidup senang, jika wujud sengketa antara pemimpin.

Jika dalam Kes MARA, Ketua Pengarah MARA mengumumkan pihaknya akan mengutip balik semua bayaran terlebih dibayar kepada kontraktor, apakah dalam kes ini, KKLW akan mendapatkan kembali ratusan juga ringgit yang dibayar secara tidak sah oleh KLLW; terutama kepada ‘Bill Collector’ utama seperti Marzuki Datuk Nasir, Azis Jamman, Christopher Chiew, Mohd Yusof Apdal dan sebagainya?

Oleh : CITRA MASADI (sabahkini)

60 comments:
Write comments
  1. pemberian/pemilihan kontrak kpd tender TERTINGGI kpd kontraktor/kroni shafei? mana MACC? scratching yr balls???

    ReplyDelete
  2. "Pembaziran lebih RM500 juta dana awam bagi semua projek mega yang dilaksanakan oleh KKLW di bawah NKRA, tidak termasuk projek kecil yang bernilai hampir RM1Billion adalah salah laku jenayah pecah amanah, rasuah dan sabotaj kepada ekonomi negara."

    Kenapa ini terjadi? Kerajaan harus memberi penjelasan terhadap kes pembaziran tersebut. Siasatan perlu dijalankan serta merta.

    ReplyDelete
  3. Jika keadaan ini berterusan, tidak lama lagi negara kami akan "bankrupt". Ini amat serius dan harus mengambil tindakan segera.

    ReplyDelete
  4. "Usaha Serimas Sdn.Bhd untuk menjalankan kontrak KKLW.T.67/2011 bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II Di Pulau Banggi dengan kos RM 81,475,281.42 sedangkan sebuah anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu TNBES turut menyertai tender berkenaan menawarkan harga RM55,520,848."

    Jika ada bukti yang sah, tindakan undang-undang harus diambil kepada golongan yang berkenaan dengan kes rasuah sebegini. Kontraktor yang mendapat tender melalui saluran tidak betul harus "black list".

    ReplyDelete
  5. Please catch the "big shark". These group of people needed to send to jail that may jeopardize the development of the country.

    ReplyDelete
  6. "Senario ini berlaku mungkin disebabkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang bukan akauntan bertauliah kerana mengikut Undang-Undang, hanya ‘Akauntan Bertauliah’ yang boleh dilantik sebagai Ketua Juruaudit Negara."

    Sistem Audit Negara harus diperbaiki untuk membaiki kelemahan dan lubang-lubang yang berkemungkinan memberi peluang untuk golongan lain untuk berasuah.

    ReplyDelete
  7. Harap SPRM akan berusaha menyiasat tuduhan rasuah seperti ini.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan kita perlulah beroperasi dengan lebih banyak transparensi supaya penyelewengan boleh dikurangkan.

    ReplyDelete
  9. jika betul seperti yg di dakwa..harap dapat ambil tindakan...

    ReplyDelete
  10. harap s*r akan siasat hal ini... untuk membuktikan dakwaan ini...jika tiada bukti lebih baik jangan cakap..

    ReplyDelete
  11. Jika sudah terbukti salah, layangkan surat pemecatan!

    ReplyDelete
  12. Mana2 individu yang didapati tidak perform dengan jayanya, adalah lebih baik jika digantikan sahaja kepada yang lebih cekap!

    ReplyDelete
  13. Harus mengemukakan buktiyang sah berkenaan dengan tuduhan rasuah. Jika ada bukti, ambil tindakan undang-undang tanpa beragu-ragu lagi.

    ReplyDelete
  14. SPRM should play their role against corruption. We anti corruption that harmful to the country economy.

    ReplyDelete
  15. Tender of project are now not transparent enough, a lot of them take things for granted. The government needed to improve their current system.

    ReplyDelete
  16. "Pembaziran lebih RM500 juta dana awam bagi semua projek mega yang dilaksanakan oleh KKLW di bawah NKRA, tidak termasuk projek kecil yang bernilai hampir RM1Billion adalah salah laku jenayah pecah amanah, rasuah dan sabotaj kepada ekonomi negara."

    Any evidence? Please proven with valid evidence, bring these people to court.

    ReplyDelete
  17. Betul kata Khairul, harimau besar ini harus ditangkap agar tidak mengugat perkembangan negara.

    ReplyDelete
  18. MACC has been urged to investigate alleged irregularities in the rural development projects in Sabah awarded through the Federal Ministry of Rural and Regional Development.

    ReplyDelete
  19. Apa2 pun tunggu la hasil siasatan.

    ReplyDelete
  20. perkara ini harus diberi perhatian sewajarnya kerana melibatkan dana awam..

    ReplyDelete
  21. kerajaan sering melaksanakan kempen jangan membazir...maka dana awam tidak harus dibazirkan..

    ReplyDelete
  22. apa2 pun, siasatan harus dijalankan...kekangan politik harus ditembusi untuk menegakkan keadilan.

    ReplyDelete
  23. adakah DAP bebas dari rasuah? sebelum menegur pihak lain, adalah lebih baik DAP memastikan mereka adalah bebas rasuah...

    ReplyDelete
  24. pihak berkenaan harus menyiasat perkara ini..

    ReplyDelete
  25. I hope the gov will be fair in dealing this situation.

    ReplyDelete
  26. Gov need to get rid of those leaders that practice corruption.

    ReplyDelete
  27. Jangan biarkan sesiapa pun yang menjadi 'above the law'.

    ReplyDelete
  28. Sedia maklum dunia politik ini penuh dengan tipu helah dan rasuah. Ia tidak akan berubah selagi tiada kesedaran dalam diri individu itu sendiri.

    ReplyDelete
  29. Kenapa tiada pemantauan dijalankan selama ini? Kenapa bila sudah terlebih peruntukan baru mahu siasat? Pemantauan dari masa ke masa adalah penting untuk elakkan penyelewengan.

    ReplyDelete
  30. A transparency investigation is needed. Action should be taken for those people who were involve in this corruption.

    ReplyDelete
  31. Singkirkan mereka yang suka ambil kesempatan dalam kesempitan.

    ReplyDelete
  32. Harap SPRM akan berusaha menyiasat kes-kes rasuah yang dibangkitkan ini.

    ReplyDelete
  33. SPRM ada tanggungjawab untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan telus, adil dan bersih.

    ReplyDelete
  34. apa cerita dengan 7 fail siasatan yang sudah dibuka oleh SPRM untuk negeri Sabah? kalau boleh ajak sekali Citra sebab dia lebih dulu buka fail..

    ReplyDelete
  35. pemberian kontrak untuk projek2 yang dilaksanakan mungkin banyak melibatkan kronisme. ada syarikat yang tak layak tapi tetap juga diberi projek.

    ReplyDelete
  36. adakah projek bekalan elektrik solar hibrid ni masih tetap menggunakan bateri asid plumbum?

    ReplyDelete
  37. kalau gejala rasuah ni tetap tidak dapat dikikis, negara kita tidak mustahil akan muflis disebabkan beban hutang yang semakin bertambah. apapun, diharap laporan audit bagi tahun 2011 akan menunjukkan perubahan yang positif.

    ReplyDelete
  38. Betul kh perkara ini terjadi, lama2 negara akan bagkrap, jika berterusan begini..

    ReplyDelete
  39. jika benar seperti yg di dakwa, bawa bukti ke makahmah...kalo ada lh..

    ReplyDelete
  40. Begini la polotik ne, yang tiada, diadakan cerita, yg ada, ditiadakan..hehe...rakyat yg binggung mna satu mau percaya..

    ReplyDelete
  41. hal ini sebaiknya disiasat, kita belum tahu samada ia benar atau tidak.

    ReplyDelete
  42. tuduhan tanpa bukti tak ada maknanya.

    ReplyDelete
  43. Semakin hangat cerita Shafie apdal sekarang ini membabitkan rasuah. Benar atau tidak kita sendiri tidak ada bukti yang nampak. Semua hanya dengan kata-kata.

    ReplyDelete
  44. Adakah ini fitnah atau bukan? Shafie perlulah membersihkan nama beliau atas tuduhan seperti ini. Demi menjaga nama baik BN.

    ReplyDelete
  45. Selagi tidak ada bukti selagi itulah sukar untuk kita percayai. Jika benar ini berlaku tunjukan bukti kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan membuktikan kesalahannya.

    ReplyDelete
  46. SPRM perlulah menjalankan siasatan atas kenyataan ini. Rasuah perlu ditangani jika tidak ini akan menjejaskan ekonomi negara dan juga menyebabkan projek lambat siap, tidak berkualiti, terbangkalai dan sebagainya. Ini akan membazirkan duit rakyat semata-mata.

    ReplyDelete
  47. memandangkan sudah ada aduan daripada pihak pembangkang, jadi SPRM sila siasat 'tanpa gentar atau pilih kasih'!

    ReplyDelete
  48. jangan pula ada ahli SPRM pun makan rasuah...

    ReplyDelete
  49. harap siasatan rasuah ini dapat keputusan yang memuaskan kepada semua pihak

    ReplyDelete
  50. memang bukanlah tugas yang mudah untuk memerangi rasuah tetapi harap SPRM benar-benar tulus dan menjalankan tugas mereka dengan jayanya

    ReplyDelete
  51. semoga SPRM berjaya dan harap amalan rasuah ini berkurangan tidak kira sebelum atau selepas PRU-13

    ReplyDelete
  52. sebaiknya penjelasan diberikan berhubung dengan pekara ini.

    ReplyDelete
  53. apa pun, biarlah pekara ini disiasat untuk mengetahui sama ada dakawaan ini benar atau tidak...

    ReplyDelete
  54. Kerajaan perlulah menangani perkara ini dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  55. Cakap pasal rasuah, entah pemimpin mana yang bersih tanpa rasuah ooo.. Ada ka? hehe

    ReplyDelete
  56. Banyak sangat dakwaan tapi setakat cakap saja takda guna kalau akhirnya takda juga tindakan.

    ReplyDelete
  57. So hal ini perlu disiasat dan pastikan agar kebenaran dapat didedahkan.

    ReplyDelete
  58. Saya yakin rakyat dahagakan kebenaran. Selagi kebenaran tak ditemukan, selagi itulah hal ini akan terus menjadi masalah pada negeri Sabah.

    ReplyDelete
  59. Semoga hal ini mendapat perhatian sewajarnya. Apapun, kita tunggu sajalah perkembangan seterusnya.

    ReplyDelete
  60. perlu menyiasat lebih teliti lagi, janganlah melakukan rasuah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.