Sepang: Malang berganda bagi seorang pelajar tingkatan tiga apabila dirogol dua lelaki yang baru dikenali di dua lokasi berasingan selepas pertemuan pertama mereka di Dengkil, dekat sini ini. Gambar fail
Dalam kejadian jam 12 tengah malam, 28 Ogos lalu, pelajar berusia 15 tahun itu mengikut rakannya berjumpa teman lelaki rakannya itu berhampiran kedai serbaneka 24 jam di Taman Putra Permai, Seri Kembangan.
Mereka kemudian dibawa ke sebuah kedai makan di Dengkil dengan menaiki dua motosikal yang ditunggangi dua lelaki untuk minum bersama 10 lelaki lain dipercayai rakan lelaki berkenaan.
Selepas minum, mangsa dan rakannya dibawa ke sebuah taman yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya, sebelum seorang lagi lelaki tiba ke lokasi berkenaan dengan menaiki motosikal berwarna hitam. Menurut sumber, ketika berada di taman itu mangsa ditarik seorang daripada 13 lelaki terbabit ke tempat gelap dan merogolnya.
Sumber berkata, selepas kejadian itu, lelaki yang menaiki motosikal berwarna hitam dan teman lelaki rakannya berjanji menghantar mangsa serta rakannya pulang ke rumah, tetapi kedua-duanya dibawa ke tempat lain secara berasingan.
“Mangsa tidak terus dibawa pulang, tetapi dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit dan dirogol lelaki terbabit. “Selepas itu, mangsa dihantar pulang ke rumah, tetapi dalam perjalanan motosikal milik lelaki terbabit kehabisan minyak berhampiran sebuah kedai perabot.
“Peluang itu digunakan mangsa untuk melarikan diri dan nasib menyebelahi gadis itu apabila terdapat anggota polis di kawasan berkenaan,” katanya.
Mangsa dibawa ke Balai Polis Dengkil untuk membuat laporan.
Bagaimanapun, difahamkan, mangsa sekali lagi membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya di sini, kelmarin.
Bertindak di atas laporan berkenaan, polis Putrajaya menahan seorang lelaki dipercayai suspek pada hari sama laporan dibuat.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang daripada suspek terbabit.
Difahamkan, suspek direman enam hari sehingga Selasa ini untuk membantu siasatan. -hm
Sunday, November 13, 2011
Pelajar Tkn 3 Dirogol 2 Lelaki Di 2 Lokasi Berlainan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
padan muka terlampau mau bersosial tanpa batasan dan pengetahuan orang tua.
ReplyDeletesex education drpd trio datuk Tontolou, umi hafilda, CSL n guru liwat UMNO???
ReplyDeleteRemaja perlulah berhati-hati bila berkenalan dan bersosial.
ReplyDeleteSaya tertanya2 bukankah mangsa yang berumur 15 tahun seharusnya tidur @ mengulangkaji pelajaran dalam jam2 sebegitu. Kenapa keluar rumah jika tidak ada urusan penting untuk selesaikan?
ReplyDeleteInilah akibatnya terlalu sosial. mana tanggungjawab ibubapa? jam12 pun anak masih berkeliaran di luar..
ReplyDeletekes ini patut dijadikan pengajaran kepada remaja.
ReplyDeleteJangan jadi bantaton.
ReplyDeletejangan mudah percaya dengan orang yang baru dikenali dan pandai2 la jaga diri.. umur 15 tahun tu boleh sudah membezakan mana baik dan buruk..
ReplyDeleteInilah remaja sekarang yang suka ikut kawan yang tidak dikenali.
ReplyDeleteitulah akibatnya berjalan malam dan mengikut lelaki.
ReplyDelete