Sunday, November 13, 2011

170 Bukan Islam Di Sabah Sokong PAS

Melihat keserlahan dan keupayaan PAS memimpin negeri, telah menjadi tarikan dan dorongan kepada 170 bukan Islam di Sabah untuk menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Naib Pengerusi DHPP Malaysia, S Suria Narayanan berkata, jumlah tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa selepas parti itu memperlihatkan keupayaan dan keseragaman pucuk kepimpinan PAS mentadbir dan mengurus negeri yang dikuasainya dengan cemerlang.

“Kita akan turun sekali lagi ke Sabah dan berkemungkinan besar lebih ramai orang bukan Islam untuk menyertai dewan ini.

“Kita mengalu-alukan mereka. Ini hasrat mereka, dan kita akan raikan,” katanya.

Menurut pegawai media Pemuda PAS Sabah, Mohd Firdaus Muhammad Nor berkata, kesemua 170 orang itu adalah dari kawasan Pensiangan dan mereka menyerahkan borang permohonan kepada setiausaha agung PAS Malaysia, Datuk Mustafa Ali.

Turut hadir ialah pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling; timbalan pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah; ketua penerangan PAS Sabah, Hishammudin Sulaiman; setiausaha PAS Sabah, Awang Laiman dan ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu.

16 comments:
Write comments
  1. Berapa pun jumlah itu tapi jika mereka tidak mempunyai kualiti yang tinggi pasti tidak akan membuahkan apa2 pun kejayaan.

    ReplyDelete
  2. Orang Sabah jangan terpedaya dengan kata2 manis yang diberikan, PAS sememangnya tidak ada tempat di Sabah kerana majoriti rakyat Sabah tidak dapat menerima pakai konsep yang mereka ketengahkan.

    ReplyDelete
  3. Tunggulah dan lihat bila PRU-13 sama ada PAS mampu menang di Sabah ataupun tidak?

    ReplyDelete
  4. bukankah mereka yang ingin menjadi ahli PAS mestilah seorang yang beragama Islam?

    ReplyDelete
  5. saya jarang juga mendengar tentang PAS di Sabah sebelum ni.

    ReplyDelete
  6. Biar rakyat yang menentukan sama ada PAS ini sesuai ataupun tidak.

    ReplyDelete
  7. itu pilihan mereka sendiri untuk menyertai parti yang mereka mahu.

    ReplyDelete
  8. tapi PAS tidaklah begitu berpengaruh di Sabah jika dibandingkan dengan parti-parti lain..

    ReplyDelete
  9. Belum tahu mereka undi apa. Kan rahsia. Huhu..

    ReplyDelete
  10. Secara logik, PAS susah mahu tawan pengundi Sabah.

    ReplyDelete
  11. cemerlang sangat ka urus tadbir PAS di Kelantan? jika sebuah negeri dia ambil masa sehingga 2027 untuk selesaikan masalah air, bagaimana pula agaknya dengan sebuah negara..

    ReplyDelete
  12. PAS pun hanya nampak aktif di Sabah bila dekat PRU.. sebelum ini hanya DAP, PKR dan SAPP sahaja yang kerap turun padang..

    ReplyDelete
  13. tapi adanya barua macam neji ni memang pas tak bertapak di sabah..

    ReplyDelete
  14. Tahniahlah kepada PAS. Tapi kita tidak pasti setakat mana kebenaran ini. Benarkan bukan Islam menyokong PAS?

    ReplyDelete
  15. PAS Sabah baru dilihat menonjol pada masa kini, 170 masih lagi kecil untuk buktikan kebolehan PAS.

    ReplyDelete
  16. PAS..pas-pas saja 170 yang ikut PAS...tida bertambah ba itu siapa yang mau ikut PAS...bagus lagi UMNO atau kalau mau pembangkang bagus lagi PKR, SAPP atau DAP ada gaya sikit lagi di Sabah...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.